Monday, October 26, 2009

Istiadat turun-temurun

Majlis pertabalan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-11, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir berlangsung pada hari ini 26.10.2009.

SELEPAS 42 tahun, hari ini rakyat Negeri Sembilan menyaksikan sekali lagi adat istiadat pertabalan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir akan ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-11. Istiadat itu berlangsung di dalam Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti di Kuala Pilah.

Bagi memastikan kelangsungan institusi diraja Negeri Sembilan terjaga dari segi adat, perjalanan istiadat pertabalan itu dilakukan mengikut adat turun-temurun yang diwarisi sejak dahulu.


TUANKU Muhriz bersama permaisuri Tuanku Aishah Rohani bersama anakanda baginda Tunku Ali Redhauddin (dua dari kiri) dan Tunku Zain Al'Abidin (dua dari kanan). Turut sama Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan (kiri) dan Datin Seri Raja Salbiah Tengku Nujumudin selepas majlis Istiadat Pengurniaan Gelaran Pusaka Tuanku Besar Seri Menanti di Kuala Pilah pada Febuari lalu.

Upacara pertabalan itu hakikatnya sudah pun dimulakan dengan istiadat menurunkan dan memasang alat kebesaran diraja di halaman Istana Besar Seri Menanti 22 Oktober lalu.

Tugas membawa keluar alat kebesaran diraja itu dari Balairong Seri ke dalam Istana Besar Seri Menanti bermula pada pukul 9 pagi dan dilaksanakan oleh Pegawai 99 yang diketuai oleh Datuk Seri Amar Diraja Ahmad Minar, setelah mendapat perkenan Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin ibni Tuanku Muhriz.

Alat kebesaran

Alat-alat kebesaran itu yang terdiri daripada lapan kaki payung kuning, lapan bilah tombak berambu, lapan bilah keris panjang, lapan bilah pedang panjang dan lapan tonggol kuning, hitam dan merah kemudian diletakkan di atas meja khas sebelum ditepung tawar diikuti bacaan doa oleh Datuk Johan Abdullah Yusof. Alat-alat kebesaran itu kemudian dibawa keluar dari Istana Besar Seri Menanti dan dipasang di tempat khas di halaman Istana Besar Seri Menanti. Istiadat itu diakhiri dengan tembakan dua das meriam.


ISTANA lama Seri Menanti kini dijadikan Muzium Seri Menanti.

Alat-alat kebesaran diraja itu kekal terpasang di halaman Istana selama tujuh hari sehingga istiadat menyimpan dilakukan pada Rabu ini.

Sebelum istiadat pertabalan dimulakan, Datuk Bentara Kanan akan tampil ke hadapan Singgahsana dalam Balairong Seri untuk menghadap dan memohon perkenan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.

Sejurus menerima perkenan, beliau kemudiannya menyeru Datuk Seri Amar Diraja mengadap untuk haluan sembah, sebelum Datuk Bentara Dalam menyeru Undang Luak Sungai Ujong, Datuk Klana Petra Datuk Mubarak Dohak bagi mengadap dan melafazkan pertabalan.

Ucapan

Datuk Klana Petra iaitu Imam Undang Yang Empat kemudian melafazkan ucapan pertabalan ke atas Tuanku Muhriz sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Lafaznya: "Adalah Undang Yang Empat dengan adat istiadatnya menabalkan Yang Dipertuan Besar, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir naik takhta kerajaan Negeri Sembilan."


PEGAWAI 99 yang diketuai Datuk Seri Amar Diraja Ahmad Minar (tidak kelihatan dalam gambar) mengarak keluar alat kebesaran diraja untuk dipasang di halaman Istana Seri Menanti.

Selepas istiadat itu berlangsung, Datuk Seri Amar Diraja dan Datuk Pegawai Yang Enam akan bangun untuk menurunkan Daulat yang kemudiannya Datuk Bentara Kanan menyeru 'Daulat Tuanku' sebanyak tiga kali.

Selepas itu, lagu kebesaran Negeri Sembilan diperdengarkan berserta tembakan meriam 32 das dari 41 Bateri Istiadat, Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD).


TUANKU Muhriz mencelupkan kedua-dua belah tangan ke dalam Cepu Bedak Limau yang dipersembahkan oleh Orang Empat Istana Datuk Raja Diwangsa pada Istiadat Bersiram di Panca Persada di Istana Besar Seri Menanti semalam.

Adat istiadat itu diteruskan lagi dengan Istiadat Menghadap Menjunjung Duli oleh Undang Yang Empat sebelum diikuti Datuk-Datuk Penghulu Luak Tanah Mengandung terdiri daripada Datuk Setia Maharaja Lela Pahlawan (Luak Ulu Muar), Datuk Lela Pahlawan (Jempol), Datuk Anjah Pahlawan (Terachi), Datuk Orang Kaya Mempasir Setiawan (Gunung Pasir), Datuk Johan Pahlawan Lela Perkasa Walat Kuala Dioh (Inas).

Kemudian diikuti istiadat menghadap oleh Datuk-Datuk Lembaga Luak dan Lembaga Waris Undang Sungai Ujong yang dimulai dengan Lembaga Sungai Ujong iaitu Datuk Mendika, Datuk Sri Maharaja Diraja, Datuk Akhirzaman, Datuk Amar Setia; Lembaga Jelebu - Datuk Menteri, Datuk Mengiang, Datuk Chincang, Datuk Senara; Lembaga Di Baroh - Datuk Merbangsa, Datuk Gempa Maharaja, Datuk Bangsa Balang, Datuk Samsura Pahlawan dan Lembaga Di Darat iaitu Datuk Seri Maharaja, Datuk Senda Maharaja, Datuk Andika dan Datuk Mendika.

Ia diikuti dengan Waris Sungai Ujong iaitu Datuk Laksamana, Datuk Panglima Besar, Datuk Johan, Datuk Lela, Datuk Muda Labu, Datuk Paduka Diraja, Datuk Senda Maharaja; Waris Jelebu iaitu Datuk Umbi, Datuk Raja Balang, Datuk Paduka, Datuk Majinda; Waris Johol iaitu Datuk Baginda Tan Emas; Waris Rembau iaitu Datuk Shahbandar, Datuk Mangku Bumi, Datuk Menteri Lela Perkasa, Datuk Raja Diraja dan Datuk Perba.

Sembah taat

Apabila semua proses istiadat menghadap itu berakhir Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan akan menyembah ucapan tahniah dan sembah taat setia daripada kerajaan dan seluruh rakyat Negeri Sembilan.

Selepas ucapan tahniah Menteri Besar, ia diikuti pula dengan titah ucapan Tuanku Muhriz dan seterusnya bacaan doa oleh Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Yusof Ahmad.

Datuk Bentara Kanan seterusnya mengumumkan Istiadat Pertabalan telah disempurnakan, begitu juga Datuk Seri Amar Diraja mengadap dan memaklumkan kepada Tuanku Muhriz bahawa pertabalan telah selamat disempurnakan.

Pelantikan Tuanku Muhriz sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan diperkenan selepas Almarhum Tuanku Ja'afar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman mangkat pada 27 Disember 2008.

Tuanku Muhriz jalani istiadat bersiram hari ini 25.10.2009

KUALA PILAH: Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir, dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani binti Tengku Besar Mahmud hari ini menjalani istiadat bersiram dengan penuh tradisi yang diwarisi turun-temurun di Istana Besar Seri Menanti dekat sini.

Istiadat bersiram ini diadakan selepas istiadat menurunkan dan memasang alat kebesaran diraja di halaman Istana Besar Seri Menanti pada Khamis lalu.



Negeri Sembilan bakal menyaksikan pertabalan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, yang akan berlangsung penuh istiadat di Balairong Seri Istana Besar Seri Menanti pagi esok.
Istiadat pertabalan ini akan disempurnakan oleh Undang Luak Sungai Ujong Datuk Mubarak Dohak sebagai imam Undang Yang Empat.

Pada istiadat bersiram bermula pukul 10.35 pagi ini, Tuanku Muhriz dan Tuanku Aishah Rohani bersemayam di atas Takhta Rencana dan diarak dari Istana Besar Seri Menanti ke Panca Persada (kira-kira 500 meter) disusuli dengan empat das tembakan meriam.



Perarakan Takhta Rencana yang ditarik Pegawai 99 didahului kumpulan Rebana, diikuti pembawa alat kebesaran diraja, pembawa Cepu Bedak Limau dengan diiringi Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz dan kerabat diraja.
Setelah sampai dan bersemayam di Panca Persada, Orang Empat Istana menyempurnakan istiadat bersiram dengan menyembahkan bedak limau setelah mengelilingi baginda berdua sebanyak 7 kali.



Selesai pusingan ketujuh Datuk Seri Amar Diraja Ahmad Minal menyembahkan Cepu Bedak Limau untuk istiadat bersiram. Tuanku Muhriz kemudian mencelupkan kedua belah tangan baginda ke dalam Cepu Bedak Limau.

Selepas itu Datuk Seri Amar Diraja menjunjung duli kepada Tuanku Aishah Rohani. Setelah selesai upacara itu, diadakan persembahan pencak silat, tarian piring dan caklempong lagu "Raja Bersiram".



Majlis diakhiri bacaan doa oleh mufti kerajaan negeri Datuk Mohd Yusof Ahmad.
Baginda berdua kemudian bersemayam semula di atas Takhta Rencana dan diarak kembali ke Istana Besar Seri Menanti dengan disusuli empat das tembakan meriam lagi.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan dan isteri Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Razak Mansor, anggota Exco, wakil rakyat dan ketua-ketua jabatan adalah di antara 5,000 orang yang menyaksikan istiadat tersebut.

Istiadat bersiram yang selesai pada jam 12 tengah hari itu diakhiri dengan majlis santapan tengah hari di Dewan Banquet, Istana Besar Seri Menanti manakala rakyat menikmati hidangan tengah hari di dua tempat berasingan iaitu di padang Sekolah Kebangsaan Tunku Laksamana Nasir dan kawasan lapang berhampiran Istana Tasek.



Pada 29 Disember 2008, Tuanku Muhriz dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan oleh Undang Yang Empat di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti, selepas kemangkatan Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman dua hari sebelumnya.

Tuanku Muhriz keturunan Raja Lenggang

KUALA PILAH: Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir yang akan ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 26.10.2009 ini adalah keturunan langsung daripada salasilah lebih 200 tahun keturunan Raja Lenggang dan juga Raja Alam Pagaruyung, Sumatera.

Tuanku Muhriz diputerakan pada 14 Januari 1948. Baginda adalah satu-satunya anak lelaki Almarhum Tuanku Munawir Tuanku Abdul Rahman dengan Tunku Ampuan Durah Tuanku Besar Burhanuddin.

Baginda dilantik sebagai Tunku Laksamana (kedudukan kedua di antara Putera Yang Empat) pada tahun 1960, dan setahun kemudian, baginda ditabalkan sebagai Tunku Besar Seri Menanti (kedudukan tertinggi di antara Putera Yang Empat), gelaran yang disandang selama 47 tahun.
Dibesarkan di Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz bersekolah di Sekolah Tuanku Muhammad Kuala Pilah dan Sekolah Tunku Besar Tampin, sebelum ke Sekolah Menengah King George V, di Seremban.

Baginda melanjutkan pengajian di Aldenham School, Elstree, England, di mana baginda menduduki O-Levels dan A-Levels.

Baginda kemudian melanjutkan pengajian dalam bidang perundangan di University of Wales, Aberystwyth, United Kingdom dan mendapat ijazah LLB pada tahun 1970.
Sekembali baginda ke Malaysia, Tuanku Muhriz memulakan kerjaya baginda dalam pelbagai bidang seperti kewangan dan pengiklanan. Pengalaman ini memberi pendedahan kepada baginda dalam pelbagai industri di rantau ini.

Pada masa yang sama, Tuanku Muhriz telah menyumbang bakti baginda kepada pelbagai badan amal dan kebajikan melalui penglibatan baginda sebagai ahli yang aktif dalam Kelab Rotary, Kuala Lumpur.

Tuanku Muhriz juga telah menunjukkan minat baginda dalam memberi peluang meningkatkan pelajaran kepada anak bangsa dengan menjadi ahli dalam Lembaga Pemegang Amanah bagi Tinggi Foundation, yang memberi biasiswa kepada pelajar Malaysia yang cemerlang tetapi tidak berkemampuan untuk meneruskan pengajian mereka ke peringkat ijazah sarjana muda.

Tuanku Muhriz juga dilantik sebagai ahli Lembaga sebuah syarikat awam di Malaysia dan syarikat-syarikat berkepentingan asing yang beroperasi di Malaysia.
Sebelum dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan pada 29 Disember 2008, Tuanku Muhriz adalah Ahli Lembaga sebuah bank serantau, sejak 2006.

Tuanku Muhriz berminat terhadap muzik bermula sejak kecil di mana ketika zaman persekolahan baginda, Tuanku Muhriz membentuk beberapa kumpulan muzik dan sejak itu mempunyai beberapa koleksi gitar yang ditempatkan di beberapa istana untuk membolehkan baginda memetik irama jazz, samba, Beatles dan irama klasik lain yang menjadi kegemaran baginda.

Dalam bidang sukan pula, skuasy merupakan sukan kegemaran Tuanku Muhriz. Baginda telah lama bermain sukan kegemaran baginda itu dan sehingga kini masih aktif bermain sekurang-kurangnya sekali seminggu.

Baginda juga gemar menonton acara-acara sukan lain.

Baginda meminati kelab bolasepak Arsenal dan gemar menonton pertandingan tenis Grand Slam.

Tuanku Muhriz melangsungkan perkahwinan dengan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud pada 25 April 1974 dengan mengadakan istiadat di Istana Maziah Kuala Terengganu, Istana Lama Seri Menanti dan Istana Munarah, Seremban.

Pasangan Diraja itu mempunyai tiga orang putera - Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin, Tunku Zain Al-'Abidin dan Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-Amin.

Pada 29 Disember 2008, Tuanku Muhriz dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan oleh Undang Yang Empat di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti, selepas kemangkatan Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman dua hari sebelumnya.

Pameran Raja Kita di Istana lama Seri Menanti

KUALA PILAH: Rakyat Negeri Sembilan berpeluang mengenali dengan lebih dekat institusi diraja dan keluarga diraja negeri itu dengan mengunjungi "Pameran Raja Kita" di Istana Lama Seri Menanti dekat sini.

Pameran itu diadakan sempena pertabalan Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-11.

Tuanku Muhriz telah berkenan merasmikan pameran itu.
Pameran secara percuma itu diadakan bertujuan menyalurkan maklumat dan pengetahuan kepada orang ramai mengenai peranan dan sumbangan Tuanku Muhriz sebagai pemerintah, meliputi pelbagai aspek yang tinggi nilai warisan sejarah dan estetikanya.

Pameran itu adalah usaha murni untuk mengumpul, memelihara dan menyebarkan maklumat kepada masyarakat berkaitan sejarah institusi diraja Negeri Sembilan sejak dari zaman pemerintahan Raja Melewar yang berasal dari Pagar Ruyung, Sumatera.

Antara yang dipamerkan ialah potret baginda dan keluarga, persalinan diraja, salasilah diraja dan replika alat kebesaran diraja seperti payung kuning, tombak berambu, keris panjang, pedang panjang dan tonggol.
Pameran yang memaparkan institusi diraja Negeri Sembilan, biografi, peranan dan sumbangan baginda kepada rakyat Negeri Sembilan, terbuka kepada semua termasuk pengkaji artifak.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu negeri, Datuk Mohammad Razi Kail, berkata pameran itu yang bermula semalam akan kekal untuk tempoh yang belum diputuskan.

"Pameran Raja Kita adalah suatu medium yang memberi pendedahan serta merapatkan jurang antara institusi diraja negeri ini dengan rakyat," katanya di sini, hari ini.

Beliau yang juga pengerusi jawatankuasa induk pameran itu berkata inisiatif seperti itu diambil bagi memelihara dan memartabatkan lagi warisan sejarah yang tinggi nilainya.
Beliau berharap pameran itu akan dapat menarik lebih ramai pelancong datang ke Negeri Sembilan

Sunday, October 25, 2009

Program Ramah Mesra Kg Bt Serambai 24.10.2009

Program ramah mesra ini telah dianjuran oleh JKKK kg. Bt Serambai dengan kerjasama UMNO Caw. Bt Serembai dan Perst. Belia Bt Serambai.



Datuk Jalaluddin Alias Timbalan Ketua Umno Bahagian Jelebu telah hadir dan memberi ucapan alu-aluan pada majlis ini.



Datuk Yunus Rahmat, ADUN Klawang merangkap Ahli Exco Kerajaan Negeri Sembilan telah hadir dan seterusnya merasmikan program ini.



Datuk Yunus Rahmat serta ketua JKKK Kg Bt serambai serta bakal-bakal Jemaah haji dari Kg. Bt. Serambai



Bergambar bersama Ahli Exco Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Yunus Rahmat serta Speaker Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan, Datuk Razak Mansor.

Saturday, October 24, 2009

Hadiah Najib untuk rakyat


Sebagai sebuah pentadbiran yang mendahulukan rakyat, segala sumpah janji dan khidmat diabdikan tidak lain tidak bukan, adalah untuk melihat kesejahteraan serta kemakmuran dinikmati semua pihak tanpa sebarang pengecualian

CUKAI

  • Pelepasan cukai pendapatan individu dinaikkan kepada RM9,000 daripada RM8,000.

    Pengurangan kadar cukai maksimum individu daripada 27 peratus kepada 26 peratus.

  • Pelepasan cukai langganan jalur lebar sehingga RM500 setahun pada 2010 hingga 2012.

KAKITANGAN AWAM

  • Bayaran khas RM500 kepada penjawat Gred 41 hingga Gred 54 serta pesara wajib kerajaan pada Disember ini.
  • Pinjaman pembelian komputer setiap tiga tahun berbanding lima tahun sekali sekarang.

RUMAH

  • 74,000 unit rumah kos rendah disediakan untuk disewa kepada rakyat pada 2010.

KWSP

  • Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia diuruskan oleh KWSP untuk yang tiada pendapatan tetap termasuk pemandu teksi, petani dan penjaja. Setiap RM100 caruman, kerajaan menyumbang 5 peratus tertakluk kepada jumlah RM60 setahun.
  • Pelepasan cukai individu untuk caruman KWSP dan premium insurans hayat dinaikkan RM1,000 kepada RM7,000.
  • Caruman KWSP dinaikkan semula kepada 11 peratus.

PENDIDIKAN

  • Menukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa bagi pelajar mendapat ijazah kelas pertama.
  • 30 pelajar terbaik menerima Biasiswa Nasional di universiti tersohor.
  • Pakej ‘netbook’ termasuk perkhidmatan jalur lebar dengan bayaran RM50 sebulan untuk dua tahun.
  • Diskaun 50 peratus perkhidmatan kereta api jarak jauh kepada pelajar dengan kad diskaun pelajar 1Malaysia.

Friday, October 23, 2009

Intipati bajet sulung Najib



Berikut ialah intipati Bajet 2010 '1Malaysia, Kemakmuran Bersama':

1. Peruntukan wang berjumlah RM191.5 bilion yang meliputi RM138.3 bilion (72.2 peratus) untuk belanja mengurus dan RM53.2 bilion (27.8 peratus) untuk belanja pembangunan.

2. Bayaran khas RM500 kepada penjawat awam bagi Gred 41 hingga Gred 54 dan setaraf dengannya serta pesara wajib kerajaan pada bulan Disember ini.

3. Peningkatan pengecualian cukai pendapatan kepada penyedia perkhidmatan jagaan kesihatan daripada 50 peratus nilai peningkatan pendapatan eksport kepada 100 peratus sebagai galakan untuk menarik lebih ramai pelancong kesihatan.

4. Pelepasan cukai individu ke atas yuran langganan jalur lebar sehingga RM500 setahun mulai 2010 hingga 2012.

5. Pinjaman pembelian komputer ditawarkan kepada penjawat awam setiap tiga tahun sekali berbanding lima tahun sekali sekarang.

6. Subsidi, insentif dan bantuan hampir RM2 bilion untuk membela nasib golongan petani dan nelayan.

7. Peruntukan lebih RM9 bilion untuk projek infrastruktur termasuk pembinaan jalan, jambatan, bekalan air, perkhidmatan pembentungan, pelabuhan dan perkhidmatan laut serta projek lapangan terbang.

8. Peruntukan tambahan RM20 juta di bawah Tabung Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) untuk usahawan kecil kaum India (Peruntukan sedia ada RM15 juta).

9. Peruntukan RM3 juta sebagai geran pelancaran penubuhan Tabung Kebajikan Penggiat Seni bagi memastikan kebajikan warga seni sentiasa terbela dan diberi perhatian.

10. Peruntukan tambahan RM20 juta untuk memberi pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dengan sasaran 20 buah sekolah pada 2010.

11. Menganugerahkan Biasiswa Nasional kepada 30 pelajar terbaik di kalangan yang terbaik berasaskan kepada merit sepenuhnya. Penyandang Biasiswa Nasional ini akan melanjutkan pelajaran ke universiti tersohor di dunia.

12. Menukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa bagi pelajar yang berjaya menamatkan pengajian ijazah sarjana muda kelas pertama atau setaraf dengannya bermula tahun 2010.

13. Diskaun tambang 50 peratus bagi perkhidmatan kereta api KTMB jarak jauh kepada pelajar berumur 13 tahun sehingga mereka masih bertaraf pelajar bermula 1 Jan, 2010.

14. Pakej "netbook", termasuk perkhidmatan jalur lebar percuma, kepada 100,000 pelajar universiti tempatan dengan bayaran RM50 sebulan untuk tempoh dua tahun bermula 1 Jan, 2010.

15. Peruntukan RM100 juta bagi pelaksanaan Program PERMATA, yang memberi penekanan terhadap kaedah pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak secara bersepadu dan terancang.

16. Perlindungan insurans dan takaful mikro untuk peniaga kecil-kecilan mendapat manfaat perlindungan dalam lingkungan RM10,000 hingga RM20,000 dengan premium serendah RM20 sebulan.

17. Menubuhkan 14 lagi Mahkamah Sesyen Khas Rasuah dan empat Mahkamah Tinggi Khas Rayuan Kes Rasuah.

18. Cukai perkhidmatan sebanyak RM50 setahun ke atas kad kredit utama dan kad caj, termasuk kad yang diberi percuma dan cukai pendapatan RM25 setahun ke atas setiap kad kredit tambahan mulai 1 Jan, 2010.

19. Semua kementerian dan jabatan kerajaan diwajibkan untuk menyediakan pusat penjagaan harian dan pendidikan anak-anak dengan setiap kementerian dan jabatan diberi peruntukan RM200,000 untuk penubuhannya.

20. Kadar cukai pendapatan individu maksimum dikurangkan daripada 27 peratus kepada 26 peratus berkuatkuasa tahun taksiran 2010.

21. Pelepasan diri kepada pembayar cukai pendapatan individu dinaikkan kepada RM9,000 daripada RM8,000 mulai tahun taksiran 2010 bagi membolehkan pembayar cukai nikmati peningkatan pendapatan boleh guna sebanyak RM1,000.

22. Hampir 50,000 isi rumah miskin tegar yang berdaftar di bawah program eKasih dan 4,000 isi rumah Orang Asli yang telah dikenal pasti akan dibantu untuk mencapai matlamat sifar kemiskinan tegar. Peruntukan RM41 juta untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat Orang Asli.

23. Peruntukan RM48 juta bagi melaksanakan program pembasmian kemiskinan bandar meliputi bantuan kebajikan dan program bayaran sewa rumah dan Kementerian Wilayah Persekutuan ditukarkan nama kepada Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.
24. Penyediaan 74,000 rumah kos rendah oleh Jabatan Perumahan Negara untuk disewa pada tahun 2010.

25. Pelancaran skim KWSP pada Januari 2010 bagi membolehkan pencarum mendapatkan jumlah pembiayaan lebih besar bagi pembelian rumah yang bernilai lebih tinggi atau bagi pembelian rumah tambahan.

26. Peruntukan RM224 juta kepada OKU untuk bantuan, melaksanakan Program Pemulihan Dalam Komuniti dan peruntukan RM174 juta untuk warga emas.

27. Kadar elaun kanak-kanak OKU di sekolah pendidikan khas kelolaan NGO dinaikkan daripada RM50 kepada RM150 sebulan bagi setiap orang mulai 1 Jan 2010.

28. Penubuhan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia yang diuruskan oleh KWSP.

29. Potongan caruman pekerja KWSP dinaikkan semula ke kadar 11 peratus secara sukarela berkuat kuasa serta-merta.

30. Membina jalan luar bandar sepanjang 510km dan jalan kampung sepanjang 316km dengan peruntukan RM857 juta termasuk jalan di Kapit, Lawas dan Simunjan di Sarawak serta Kinabatangan, Kota Belud dan Keningau di Sabah. BERNAMA

Mesyuarat Agung & Perjumpaan Hari Raya Pers. Asyraf Negeri Sembilan pada 3.10.2009



Dari kiri Sy Zainal Abidin, Sy Amiluddin, Sy Muhammad, Penceramah jemputan dari USIM, YTM Tunku Besar Tampin Sy Razman Al-Qadri, Sy Hamzah, Sy Loed dan Sy Zulnurin.




Jamuan Hari Raya bersama YTM Tunku Besar Tampin di Balai Rasmi Tunku. Turut hadir Ungku Mohsin, Sy Mustafa dan S/U Agong Asyraaf Sy Shaiful Jamalullail.



Juga diadakan Majlis Maulud Nabi. Salah satu pengisian antara Mesyuarat Agung dan Jamuan Hari Raya.


YTM Tuanku Besar Tampin dan ahli-ahli ashraf sedang kusyuk membaca kitab Maulidur Rasul.




Antara Ahli yang hadir pada majlis tersebut sedang menikmati Jamuan yang disediakan.

Thursday, October 22, 2009

KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK (TABIKA) SIMPANG GELAMI, JELEBU


PENDAHULUAN


Taman Bimbingan Kanak-Kanak atau rengkasnya TABIKA Kg Simpang Gelami telah mula diasaskan pada tahun 1979. Ia dikelolakan Jabatan Kemajuan Masyarakat ((Kemas) di bawah Kementerian Luar Bandar. Tujuan Tabika yang diujudkan diseluruh negara untuk memberi peluang dan kemudahan bagi kanak-kanak yang berusia enam tahun terutama di luar Bandar untuk mendapat pendidikan asas sebelum mereka masuk secara formal ke darjah satu ( tahun satu ) di sekolah rendah apabila mereka berumur tujuh tahun.


Di Bandar-bandar kelas tabika sudah lama diwujudkan dan diusahakan oleh pihak Swasta .Kanak –kanak dibandar lebih terdahulu mendapat didikan asas sebelum mereka masuk ke sekolah rendah. Tindakan kerajaan menubuhkan Tabika supaya kanak-kanak dapat sama berpeluang belajar saperti dialami oleh rakan-rakan sebayanya yang tinggal di bandar.


BILA TABIKA SPG GELAMI DI ASASKAN:


Bagaimana Tabika di Kg Spg Gelami ditubuhkan? Dalam satu mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung Spg Gelami, saya selaku Setiausaha JKKK ketika itu telah mencadangkan agar Tabika dapat wujudkan di Balai Raya Spg Gelami memandangkan Spg Gelami lokasinya di tengah –tengah Mukim Peradong .Di mukim Peradong ada dua buah sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan Peradong dan Sekolah Kebangsaan Kampai. Sebelum masuk sekolah secara formal amat baik mereka dapat peluang belajar asas di Tabika dahulu.


Kanak-kanak dari Kg Peradong dan Kg Chenor juga Kampai mudah untuk datang ke Spg Gelami. Pengerusi JKKK En Selamat Ishak (Allahyarham) memberi peluang perbincangan dibuat dan ada pandangan yang baik dan ada seolah-olah tidak bersetuju namun syor ini mendapat persetujuan kuat dari En Salim Yusof dan Tuan Hj Abu Samah. Saya selaku yang membawa cadangan amat gembira kerana akhirnya majlis bersetuju dan permohonan bertulis dibuat kepada pihak Kemas Jelebu dan mendapat persetujuan Penyelia Kemas Kawasan En Khamis Mahmud. Kelas Tadika sebelum ini dijalankan di Kg Kuala Pah.


TABIKA BEROPERASI DI BALAI RAYA:


Di atas persetujuan pihak Kemas Tabika ini berpindah dari Kg Kuala Pah dan mula beroperasi di Balai Raya Spg Gelami. Inilah satu –satu kemudahan bangunan dulunya dikenali sebagai pejabat “Local Counsel “zaman darurat 1948. Spg Gelami ini dikenali Peradong New Village atau Kg Baharu. Dizaman darurat Peradong New Village ini adalah merupakan penempatan sementara rakyat kebanyakan orang Cina dan orang asli yang dikumpulkan dan terkawal kerana kampung ini dipagar keliling dengan kawat duri dan semua mesti berada dalam kawasan tepat pukul 7 petang dan boleh keluar kerja pukul 6 pagi begitulah keadaan kehidupan harian masyarkat di sini ketika darurat. Di kampung Peradong New Village /Kampung Baharu Peradong ini ada ditempatkan pasukan keselamatan iaitu pasukan polis yang ditempatkan di Balai Polis Peradong.


En Selamat Ishak Pengerusi JKKK Kg Spg Gelami dilantik sebagai pengerusi Tabika Spg Gelami yang pertama ( 1979 - 1981 ) Apabila En Selamat Ishak meninggal dunia ( Tuan Hj Syed Loed Syed Yusof telah mengambil alih tempat beliau.(1982 -1983 ) kemudian Hj Shamsudin Hj Baharun menjadi pengerusi mulai 1984- 2000 dan mulai tahun 2001 Tuan Hj Syed Loed Syed Yusof telah dipilih semula untuk menjadi pengerusi Tabika ini.

Tabika ini telah menumpang di Balai Raya ini buat sekian lama walaupun peruntukan dari Kemas telah ada (tahun 2001) bagi tujuan pembinaan bangunan sendiri dan lengkap dengan kemudahan pembelajaran dan alat-alatan jasmani. Projek ini tidak dapat dilaksanakan kerana di kampung Spg Gelami dan sekitarnya tidak ada tanah kerajaan bagi tujuan pembinaan Tadika ini. Rata-rata tanah-tanah di sini adalah tanah milik persendirian dan tiada yang sanggup untuk mewakafkan tanah mereka. Jika bangunan tidak dibina bermakna kelas ini terus menumpang di Balai Raya ini juga dan kerumitan menyusun peralatan dan masalah keselamatan memang ketara apabila ada majlis dijalankan di Balai Raya oleh pihak JKKK dan lain-lain badan sukarela atau siasah di kampung ini.


Pada tahun 1998 Tabika menumpang di bangunan FAMA Spg Gelami apabila Balai Raya Spg Gelami ia itu ‘Bangunan Local Counsel ‘ dirobohkan untuk digantikan dengan bangunan baru saperti yang ada sekarang.


PENGERUSI TABIKA SPG GELAMI:


Di antara pengerusi Tabika Spg Gelami:


  1. En Selamat Ishak PPN,PJK 1979 - 1981
  2. Tn Hj Syed Loed b Syed Yusof 1982 - 1983
  3. Tn Hj Shamsudin b Hj Baharom PMC,PJK 1984 -2000
  4. Tn Hj Syed Loed b Syed Yusof

(AMN, PPN, ANS, PMC, PJK, JP) 2001… sekarang


Saya telah dipilih menjadi pengerusi dalam mesyuarat melantik Jawatankuasa TBK atau mesyuarat tahunan pada 22 Mac, 2001 oleh ibu bapa dan penjaga kanak-kanak yang hadir.


BARISAN JAWATANKUASA TBK 2001/2002:

Pengerusi : Tn Hj Syed Loed b Syed Yusof

Naib Pengerusi : En Mohd Hafidz b Hj Ibrahim

Setiausaha : Pn Harlina bt Hj Abd Karim

Bendahari : Pn Zamzaili bt Hj Zainal (guru TBK)

Jawatankuasa : En Zulkifli b Saman

En A.Halim b Abu

En Ibrahim Omar

En Shaharudin b Musa

En Azmi b Md Nor

En Rosnan b Md Noh

Pn Asiah bt Tabri

Pn Atimah bt Wagiman

Pn Kalsom bt Sanusi

Pn Siti Zawiyah bt Jaya

Pn Hajjah Dahari

Pn Ramlah bt Lela

Pemeriksa Kira-kira:

En Misyar b Hj Majid

Pn Zaleha bt Karim


Selaku pengerusi saya terpaksa mencari dan berakhtiar untuk mendapatkan sebidang tanah kosong untuk mendirikan bangunan TBKini..Pihak Kemas hanya menyediakan kos pembinaan bangunan sahaja. Lebih merumitkan jika tidak ada tapak peruntukan ini akan dibawa ke kawasan lain dan Tabika terpaksa menumpang lagi dan sampai bila untuk menumpang.


Pada 03 April 2001 saya telah menulis surat memohon kepada Pertubuhan Peladang Kawasan Jelebu (PPK) untuk menggunakan tanahnya di Lot 1779 yang saya berpendapat amat sesuai dan stratejik. Kedudukan tanah ini di antara Balai Raya Spg Gelami dan Masjid Sungai Relai, Spg Gelami. Tanah ini digunakan oleh pihak Jabatan Parit dan Saliran (JPS) dengan mendirikan tolok hujan.


Permohonan jawatankuasa TABIKA Spg Gelami telah dipersetujui oleh pihak Jemaah Pengarah PPK Jelebu melalui suratnya PPK J( AO) 5 Jld 2 ( 76) bertarikh 18 April, 2001.Dengan surat tersebut diangkat kepada Pegawai Daerah Jelebu bahagian unit pembangunan. Dengan ada kebenaran pihak PPK Jelebu meminjamkan tanah tersebut dan kerja –kerja pembinaan pun dilaksanakan. Bangunan Tabika siap dibina dan kelas Tabika dapat diguna sepenuhnya mulai tahun 2002.


TENAGA PENGAJAR TABIKA SPG GELAMI;

Puan Siti Jariah bt Dahban 1979- 1983

Puan Siti Bariah bt Ibrahim 1980-1981

Pn. Siti Jariah bt Dahban 1982-1983

Pn. Nur Rashidah bt Yahya 1984-1998

Puan Zamzaili bt Zainal 1999- sekarang


PEMBANTU MASYARAKAT TABIKA SPG. GELAMI

Pn. Mariam bt Ibrahim 1979-1980

Cik Nornisah bt Mat Jadi 1980-1981

Cik Norsimah bt Hj Sareh 1982- 1983

Cik Nornisah bt Mat Jadi 1982-1983

Cik Mazirah bt Usul 1984-1998

Cik Suraya 1984-1998

Pn. Rohani bt Abu Kasim 1984-1998

Pn. Normala bt Mat 1984-1998

1999-2000

Pn. Atemiah bt Wagiman 2001-2003

Pn. Hjh. Zainab bt Tubah 2003-2004

Pn. Hjh. Sh. Aishah bt Sy. Hassan 2004-2005


KERAMAIAN PELAJAR:


Sejak Pra Sekolah dipekenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia di sekolah-sekolah rendah khasnya di Sekolah Kebnangsaan Peradong, kemasukkan pelajar ke Kelas Tabika Simpang Gelami mula berkurangan namun kelas ini ditumpukan kepada pelajar-pelajar yang berumur di bawah 6 tahun. Namun sambutan masyarakat masih menggalakkan dan diharapkan Tabika ini terus maju.


KERJA TAMBAHAN:


Jabatan Kemas telah meluluskan peruntukan untuk membina singap di bahagian depan bangunanTabika dan menyimen tapaknya bagi kemudahan meletakkan alat permainan dan keselesaan pelajar-pelajar. Projek ini dijalan secara gotong royong. Majlis perasmian dilakukan oleh Ybg En Jalaludin Hj Alias pada Mac 2004 menggantikan tempat YB Dato Seri Utama Dr Rais Yatim, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri merangakap Ahli Parlimen Jelebu yang tidak dapat hadir . Kebetulan hari ini adalah hari calon –calon Kawasan Parlimen dan Dewan Undangan negeri berkumpul di kediaman YAB Dato Menteri Besar Negri Sembilan mengisi dan melengkap dokumen pilihan raya dan hari penamaan calon pada 12.3.2004, En Jalaludin adalah calon bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Klawang.Beliau menggantikan tempat Dato Hj Shamsul b Mat yang tidak bertanding tahun ini.


PROJEK TAMBAHAN


Pihak Kemas pada tahun 2004 telah memperuntukan untuk kerja-kerja bagi memberi keselesaan dan kemudahan kepada anak-anak. Kerja-kerja tersebut adalah melebarkan bangunan berukuran 9 x 40 kaki, mengecat bangunan, menaik taraf longkang dan kerja-kerja pendawaian .


PENUTUP:


Bagi pihak penduduk khasnya Kg Spg Gelami dan masyarakat Mukim Peradong mengucapkan terima kasih kepada Pertubuhan Peladang Kawasan Jelebu (PPK) di atas keprihatinan pihak ahli jemaah pengarahnya terhadap pendidikan dan masa depan anak –anak membenarkan pihak jawatankuasa Tabika Kg Spg Gelami mendirikan Bangunan ini. Ini adalah kebajikan yang amat tinggi yang disumbangkan PPK Jelebu.


Oleh: Hj Syed Loed b Syed Yusof

AMN, PPN, ANS, PMC, PJK, JP

Tuesday, October 20, 2009

Taklimat Kepentingan ICT Dalam Kehidupan Masa kini.

Majlis pelancaran ICT dan penyediaan prasarana Internet Kg Gagu, Jelebu dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri dilasanakan oleh Ybhg Datuk Hj Jalaluddin Alias, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jelebu mewakili YB Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia merangkap Ketua UMNO Bahagian Jelebu pada 18 Oktober, 2009, 3.00 petang, diDewan Orang Ramai Kg Gagu Jelebu.



Turut hadir Pengurus Besar TM Negri Sembilan,Salmah Mohd Taufek, ahli-ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Jelebu dan pemimpin dan masyarakat Kg Gagu dan Kg Teriang.
Menurut Pengurus Besar TM Negeri Sembilan ,"Usaha dan program ini untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan internet dilokasi luar bandar bagi meralisasikan hasrat merapatkan jurang digital antara kawasan bandar dan luar bandar dan sekali gus menyokong pembentukan generasi bermaklumat dan berimformasi ".


Taklimat ICT disampaikan oleh En Saharuddin Marzuki dari TM Negri Sembilan.

INFO PENTING

01. Majlis pelancaran 1Malaysia telah dilakukan dan disempurnakan Datuk Seri Najib Razak Perdana Menteri Malaysia.Majlis telah dihadiri lebih 60,000 rakyat Perak di Stadium Perak pada 18 Oktober,2009 (Ahad) malam.
Gagasan 1Malaysia adalah prinsip keadilan sosial keranakerajaan mahu berlaku adil kepada semua rakyatnegara ini.Mana-mana kaum tidak patut berasa terpinggir kerana semua kaum akan dibantu jika mereka tertinggal dalam sebarang aspek
Turut hadir Timabalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin, Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Penerangan Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim. Perdana Menteri turut mnerasmikan LOGO 1Malaysia.

Menurut PM

"jika disebut Bumiputera mungkin ada pihak berasa mereka bukan rakyat Malaysia. Bila disebut 1Malaysia, baru ada semangat kekitaan ".

1Malaysia bukan retorik, gimik politik tetapi memberi makna sangat besar kepada rakyat Malaysia.
1MALAYSIA : " RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"

02. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Hari Malaysia yang disambut setiap 16 September sempena penubuhan Persekutuan Malaysia dengan penyertaan Sabah dan Sarawak pada 1963, sebagai cuti umum mulai tahun depan (2010). Ini bermakna rakyat merayakan dua hari kebangsaan secara berkembar.

Hari Merdeka pada 31 Ogos mengingatkan rakyat mengenai perjuangan mencapai kemerdekaan daripada penjajahan yang dirayakan dengan pelbagai acara rasmi, seperti perarakan untuk mengingati detik sejarah itu.

Hari Malaysia dirayakan dengan acara bersifat mengeratkan perpaduan, persefahaman antara kaum.,kejayaan dan pencapaian masyarakat menerusi bidang sukan, sosiobudaya, kesenian dan lain-lain yang akan menyemarakkan semangat 1Malaysia.

Monday, October 19, 2009

MERAIKAN BAKAL-BAKAL HAJI 2009/1430H

Pertubuhan Peladang Kawasan Jelebu (PPK .J) mengadakan majlis meraikan ahli-ahli PPK J. yang akan menunaikan haji ke Mekah tahun ini bertempat di Hotel Sri Klawang, Jelebu petang 19.Okt. 2009. Majlis ini merupakan khidmat sosial kepada ahli-ahli disamping bantuan khairat kematian kepada ahli yang meninggal dunia dan bantuan pelajaran kepada anak-anak ahli yang cemerlang dalam peperikaan peringkat UPSR, PMR, SPM dan yang berjaya melanjut pelajaran diperingkat Universiti(IPTA).



Seramai 19 orang ahli PPK Jelebu yang berjaya menjadi tetamu Allah ke Mekah itu terdiri daripada:

Sam bt Dollah (Amar Penghulu)
Azizah bt Rashid (Gagu)
Mat Isa b Jamal (Amar Penghulu)
Zalahia bt Samat (Lakai)
Hj Abd Latif b Ahmad (Gagu - AJK PPPKJ)
Saesah bt Abd Rahman (Teriang)
Mat Tarmizi b Selamat (Teriang)
Siiti Norihan bt Ujang (Gagu)
Yusran b Ariffin (Gagu)
Rohana bt Yusof (Teriang)
Hijah bt Mohd Yassin (Amar Penghulu)
Hamdan b Omar (Bt Serambai)
Sabi b Jaafar (Spg Gelami)
Mohad Hamli b Hj Arshad (Kampai)
Mohad Damri b Maani (Gagu)
Noor Baiti bt Othman (Petaseh)
Abdul Hamid b Ismail (Amar Penghulu)
Syed Mokhtar Syed Puteh (Spg Gelami)





PPK telah menyumbangkan RM 100.00 seorang berbanding tahun -tahun sebelum ini PPK hanya mampu memperuntukan RM 50.00 sahaja. Disamping itu YB Datuk Yunus Rahmat Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian Asas Tani Dan Pembangunan Koperasi/ADUN Klawang telah menyumbang RM 100.00 seorang namun beliau tidak dapat bersama kerana terpaksa menghadiri majlis rasmi di Istana Seri Menanti. Kuala Pilah waktu yang sama.
Majlis ini turut dihadiri pegawai-pegawai dari agensi kerajaan seperti Wakil Pegawai Daerah, Jabatan Pertanian, Mardi. Perikanan, Fama dan pihak polis dan Pengerusi JKKK dalam di Daerah Jelebu.



Kita doakan mereka di berati Allah dan mendapat Haji Mabrur Insyaallah.

Saturday, October 17, 2009

Jamuan Hari Raya Aidilfitri 1430 H


Bertempat di Dewan Besar Spg Durian,Jelebu JKKK Kg Spg Durian ,UMNO Spg Durian dan Persatuan Belia Spg Durian bersama berjaya menganjurkan perjumpaaan Hari raya aidilfitri bermula jam 8.00 malam.
Turut hadir YB Datuk Yunus Rahmat Exco Kerajaan NS /ADUN Klawang merangkap ketua UMNO Spg Durian dan Datin Juriah.Jemputan dari AJK UMNO Bahagian Jelebu,Ketua Pemuda Wanita danPuteri serta ketua-ketua cawangan dan ahli-ahli juga masyarakat setempat telah memeriahan majlis tersebut. Majlis telah di hiburkan dengan pasukan pancaragam yang anggotanya terdiri belia-belia tempatan.




YB Datuk Yunus Rahmat ( Ketua Cawangan Spg Durian ) kiri bergambar bersamaTuan Syed Loed Aljufri (AJK Bah Jelebu ) Pn Hjh Saleha Manap )AJK Wanita Bah Jelebu,En Ab Manaf dan En Yusof Hj Sahat ,Pengerusi JKKK Kg Chenor Kuala Klawang.



En Dol Ramly JP.Pengerusi JKKK Spg Durian ( kanan) berbaju melayu kuning sempat bergambar dengan para tetamu termasuk En Amran Sameon ( AJK UMNO Bah Jelebu ) Pn Hjh Saleha (AJK Wanita Bah Jelebu, Tuan Syed Loed Aljufri ( AJK Bah Jelebu )



En Amran Sameon ( AJK UMNO Bah Jelebu ) berbaju melayu begitu kacak malam tersebut bergambar bersama pemimpin -pemimpin UMNO yang hadir.


En Othman Hj Dusa ( AJK UMNO Bah Jelebu) kiri ,sempat bergambar selepas menjamu selera bersama En Abd Manaf ( UMNO Mentaus ), Tuan Syed Loed Aljufri (AJK UMNO Bah Jelebu ) dana Pn Hjh Saleha Manap ( AJK Wanita UMNO Bah Jelebu )



Sebahagian Ahli-ahli pemuda sedang menikmati jamuan yang di sediakan.Menu disediakan memang menyelerakan



Kelihatan dalam gambar YB Datuk Yunus Rahmat (Ketua Caw. Spg Durian ) dan Datin Juriah (bertudung putih )) bersama tetamu-En Othman Dusa (AJK Bah Jelebu )berbaju putih tengah,En Amran Sameon (AJK Bah Jelebu ) berbaju Melayu biru muda sedang menikmati hidangan yang disediakan.



Sebahagian AJK Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Jelebu bersama Puan Noor Merry ( Bekas Ketua Putri UMNO Bah Jelebu (2 dari kanan ) sedang menjamu selera .

RENUNGAN BERSAMA

Tiga penyebab sempurnanya kenikmatan:
Bersyukur kepada Allah atas nikmat itu
Memanfaatkan nya dengan baik,
Selalu memeliharanya dengan baik

Tiga perkara yang paling sukar :
Menyimpan rahsia
Melupakan luka hati
Memanfaatkan waktu terluang

Tiga perkara yang harus disegerakan :
Beramal soleh
Menguburkan jenazah
Mengahwinkan gadis dengan lelaki yang sepadan

Tiga perkara yang membinasakan:
Angkuh dan sombong, kedekut dan zina

Tiga golongan lelaki :
Yang dikenal kerana keperibadiannya
Yang dikenal kerana lidahnya
Yang dikenal kerana hartanya

Tiga Jenis Ulamak:
Alim yang hidup dengan ilmunya dan orang lain menyertainya
Alim yang hidup dengan memanfaatkan ilmunya tetapi orang lain tidak bersamanya
Alim yang ilmunya dimanfaatkan oleh orang lain sedangkan dia membinasakan dirinya

Guru Kencing Berdiri Murid Kencing Berlari



























PERTANDINGAN VIDEO PENDEK HIJRAH MERDEKA ONLINE SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1443H/2021M

 “Bersama Menjiwai Hijrah Dan Merdeka” Assalamualaikum wrt wbt, Sukacitanya dimaklumkan bahawa Pertandingan Video Pendek Sempena Majlis Samb...