Sunday, February 21, 2010

TAKLIMAT PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PENASIHAT MAHKAMAH BAGI KANAK-KANAK


KUALA KLAWANG : 20 Februari,2010 (Sabtu )
Program taklimat peranan dan tanggungjawab jawatankausa kebajikan kanak-kanak Daerah & Penasihat Mahkamah bagi kanak-kanak peringkat Negeri Sembilan Darul Khusus anjuran Pejabat Kebajikan Masyarakat telah diadakan di Hotel Sri Klawang,Jelebu.
Program ini telah dirasmikan YB Dato Hajah Zainab binti Nasir DPNS,DNS,PMC,Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Wanita,Keluarga Dan Kesejahteraan Masyarakat Negeri Sembilan DK merangkap ADUN Kawasan Gemas



OBJEKTIF PROGRAMA :
** Menjelaskan kepada semua ahli Jawatankuasa Kebajikan Kanak-kanak Daerah tentang peranan dan tanggungjawab mereka bagi membantu jabatan dalm mengatasi masalah sosial/akhlak dikalangan remaja bawah umur 18 tahun.



** Meningkatkan pengetahuan Penasihat Mahkamah Bagi Kanak-Kanak berkaitan Akta Kanak-Kanak 2001 yang digunapakai untuk membantu pihak Mahkamah bagi kanak-kanak dalam memberi syor pada sesuatu kes kanak-kanak bawah umur.



Turut hadir Tuan Pegawai Daerah Jelebu, Yang Setia Ketua Polis Daerah Jelebu dan Tuan Hj Mizan b Hj Maulud,Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKMN) Negeri Sembilan dan En Mohd Ali bin Talib,Pen Pengarah Kanan Bhg Kanak-kanak JKM Malaysia juga pembentang kertas satu dan dua.



Taklimat ini memang baik dan penting kepada mereka khasnya untuk memberi pandangan dan khidmat dalam bahagian masing-masing sama ada sebagai ahli jawatankuasa Kebajikan kanak-kanak Daerah dan kepentingan penasihat mahkamah bagi kanak-kanak dan amat berguna kepada ahli ahli yang baru dilantik.



Wednesday, February 17, 2010

Perkampungan bersama anggota keluarga

Kg Peradong : 15 Februari,2010 /01 R.awal 1341 (ISNIN)

Alhamdulillah buat julung kalinya dihimpunkan anak -anak buah dan cucu cicit Generasi / Warisan Tuan Syed Yusof b Syed Husin Aljufri (Warisan Undang ) dan Puan Hjh Sharifah Noriah bt Syed Abdul Rahman (waris UMBI ) dirumah pusaka di Kg.Peradong Bt 4 3/4 Kuala Klawang.
Anak-anak Tn Syed Yusof Aljufri dan Puan Hjh Sharifah Noriah Syed Abd Rahman Aljufri adalah :
1. Puan Hjh Sh Zaiton Bt Syed Yusof Aljufri (yang sulung /Kak Long ) menetap di Kg Spg
Gelami
2. Tuan Hj Syed Nordin @ Kamaruddin B Syed Yusof -( Anak kedua/ Bang Ngah ) -Allahyarham -(Kg Labu Bt 8
Seremban.
3.Tuan Syed Mohd Noh b Syed Yusof ( Anak ketiga /Bang Lang ) menetap di Bt 4 3/4 Kg Peradong.
4 Puan Sharifah Zakinah Bt Syed Yusof ( keempat /Kak Chik ) menetap di Kg Sik,Sik ,Kedah.
5.Tuan Hj Syed Loed b Syed Yusof AMN,PPN,ANS,PMC,PJK,JP ( Anak kelima / Abang Teh
terkenal dengan ' Teh ' ) menetap di Taman KSM (Koperasi Serbaguna Malaysia ) Kg
Larong,Kuala Klawang.
6.Puan Hjh Hamidah bt Syed Yusof ( Anak keenam -anak bongsu / Cik Midah ) Alahyarhamah
menetap di Ampang,Kuala Lumpur



Dari enam orang adik beradik ini, dua orang telah kembali kerahmatullah iatu Tuan Hj Syed Nordin b Syed Yusof ( md 23.Mei,2001 ) dan disemadikan di Bt 8 Kg Labu,Seremban Dan Hjh Sh Hamidah meninggal di rumahnya di No 13,Taman Sri Watan, Ampang ,Kuala Lumpur ( md pada 31 Ogos,1995 ) dan di semadikan di Bt 4,Kg Peradong,Jelebu.
Kesempatan Cuti Tahun Baru hari kedua ini memudahkan memanggil pulang anak-anak buah untuk bersama dalam majlis kenduri dan perjumpaan ini kerana mereka bekerja dan menetap di merata tempat ,ada di Johor,Selangor,Kelantan dan Kedah selain yang tinggal di Negri Sembilan. Namun ada juga yang tidak dapat sama di atas perkara yang tidak dapat dielakkan.



Kenapa majlis ini diadakan di rumah pusaka ini ?



Rumah pesaka ini telah lama tidak di huni dan kerja-kerja baikpulih dan pengubahsuaian bahagian dapur ( terlalu uzur ) telah dibuat dan dicat baru.Namum rumah ibu, strukturnya dan keadaan masih kukuh namun ada sebahagian lantai tengah rumah terpaksa diganti kerana sudah reput dan tidak selamat untuk dipijak. Rumah ini telah berusia hampir 90 tahun.Tuan Hj Syed Loed b Syed Yusof Aljufri telah bertindak mengeluarkan kos bagi kerja-kerja pemuliharaan rumah warisan ini .Rumah ini adalah menjadi kebanggaan Tuan Syed Loed Syed Yusof dan adik beradiknya kerana disini mereka dilahir dan dibesarkan.Rumah ini diperturunkan /di beri kepada Puan Hjh Sh Hamidah b Syed Yusof ( anak bongsu ) namun beliau telah meninggal dunia lebih awal dan meninggalkan lima orang anak.Menjadi amalan adat pepatih di Negri Sembilan, rumah pesaka di diserah hak kepada anak perempuan sulung atau anak perempunan yang bongsu termasuk tanah atau tapaknya.



Jika rumah pusaka terbiar begitu sahaja boleh menyebabkan runtuh ,serta semak samun maka warisanya boleh bertindak menyelamatkan warisan tersebut.
Majlis perkampungan keluarga Tuan Syed Yusof dan Puan Hjh Sh Noriah ini pada hari di mulakan majlis mauludur rasul dan diikut tahlil arwah dan doa selamat .Tahlil khusus untuk:
1 .Tuan Syed Yusof b Syed Yusof X Puan Hjh Sh Noriah bt Syed Abdul Rahman
2. Tuan Syed Husin b Syed Abdullah x Puan Sharifah Endut ( Ninda )
3. Tuan Syed Abd Rahman b Dato Undang Syed Ali x Puan Asiah bt Abu Bakar ( Ninda )
4.Tuan Hj Syed Nordin @ Kamaruddin b Syed Yusof
5.Puan Hjh Sh Hamidah bt Syed Yusof



Hampir 200 orang ahli dan cucu -cucu dan anak-anak masing dari keturuan Tuan Syed Yusof dan Pn Hjh Sh Noriah telah hadir termasuk tetamu dan jiran tetangga.
Turut hadir - YM Tunku Mohsinuddin Tunku Mohd Jamil Ben Shahab,YDP Persatuan Asyraaf Negeri Sembilan,Tuan Syed Zahir b Syed Mohamad Zin al-Qudsy ,Tuan Syed Mohd b Syed Abdullah Alhabshi,Tuan Haji Syed Khairodin b Syed Ismail Almahdi.



Ada cadangan supaya program saperti ini dapat diadakan pada setiap dua hari raya Aidilfitri setiap tahun. InsyaAllah boleh menjadi realiti jika semua anak-anak buah menyokong dan sama-sama menjayakan perhimpunan ini dengan menyumbang tenaga dan dana supaya program dan pengisiannya tersusun ,dapat dibuat dengan menarik serta mengeratkan lagi dikalangan generasi ketiga khasnya.

Lebih Banyak Kajian Halal Diperlukan

Oleh Melati Mohd Ariff


Halal ialah cara hidup orang Islam yang membabitkan banyak hal. Untuk itu, lebih banyak kajian halal perlu dilakukan memandangkan terlalu banyak isu yang melibatkan produk yang digunakan oleh orang Islam.

Halal bukan sahaja mengenai makanan tetapi meliputi benda-benda bukan makanan seperti kosmetik, bahan dandanan diri, farmaseutikal dan ubat-ubatan, yang sebahagian besarnya dihasilkan oleh orang bukan Islam.

"Dalam hal biasa kita tidak ada pilihan kecuali yang halal. Menjadi kewajipan kita menyoal apakah satu-satu produk itu dihasilkan mengikut hukum syarak memandangkan orang Islam diwajibkan hanya mengambil benda-benda yang halalan dan thoyiban (baik antaranya dari segi kebersihan, berkhasiat, bebas dari toksin)," kata Prof Dr Yaakob Che Man, Pengarah Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH), Universiti Putra Malaysia (UPM).

Beliau turut berpendapat, langkah memperbanyak kajian halal akan turut melonjakkan nama Malaysia sebagai hab ilmu halal.

Ia juga menepati aspirasi negara untuk menjadi hab produk halal seperti yang terkandung di dalam Pelan Induk Pembangunan Ketiga (IMP3) 2006-2020.

USAHA KURANG

Prof Dr Yaakob, 56, berkata masih tidak banyak inisiatif berkaitan kajian atau analisis halal dijalankan bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia.

Menurut beliau, jika ditinjau tempoh lima tahun lepas, tidak ada pihak yang membuat kajian tentang halal.

Malah ada yang beranggapan halal ini bukan satu isu sedangkan ia menjadi topik perbincangan hangat apabila pihak media menyiarkan berita mengenai produk yang diragui kehalalannya.

"Hanya sejak akhir-akhir ini halal diberi perhatian. Keadaan itu juga mendorong IPPH sebagai pusat akademik dan penyelidikan serta pembangunan (R&D) khusus kepada produk halal memperhebat usaha itu.

"Orang Islam juga wajar menerajui usaha ini dan saya sendiri, sebagai seorang saintis Islam merasa bertanggungjawab untuk menjalankan kajian halal bagi menjaga kepentingan umat Islam," kata Prof Dr Yaakob dalam wawancara dengan Bernama di pejabat IPPH di sini baru-baru ini.

Prof Dr Yaakob berkata sebelum komited dengan halal, beliau ialah profesor dalam bidang minyak dan lemak dan pakar terutamanya dalam kajian minyak kelapa sawit.

Beliau kemudian menjurus kepada halal kerana melihat lemak babi ialah isu besar untuk orang Islam.

"Ini membuatkan saya beralih pandangan, masih lagi minyak tetapi kepada lemak babi memandangkan banyak perkara melibatkan babi," jelasnya.

Prof Dr Yaakob bagaimanapun berpendapat tidak ramai yang mahu menjadikan bidang halal sebagai satu karier walhal ia semakin menjadi keperluan besar termasuk dalam dunia perniagaan global.

"Memang ramai yang bercakap tentang halal tapi tak ramai yang hendak menjadikannya satu karier. Itu juga sebab mengapa saya memilih bidang halal ini," katanya.

LATAR BELAKANG

Menurut Prof Dr Yaakob, UPM ialah institut pengajian tinggi awam pertama membabitkan diri dalam bidang penyelidikan dan pembangunan halal dengan penubuhan Institut Makanan Halal (IMH) pada Jun 2006.

IMH kemudian ditukar nama kepada IPPH pada 1 Julai 2006 untuk memperluas lagi skop kajian halal yang dijalankan.

Ia juga sebagai usaha menjadikan IPPH pusat rujukan, penyelidikan dan pembangunan yang terunggul dalam bidang yang berkaitan dengan produk halal.

"Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Unit Perancangan Ekonomi (EPU) melihat IPPH sebagai ikon rujukan halal dan ingin melihat institut ini menjadi pusat rujukan halal negara dalam jangka masa terdekat," kata Prof Dr Yaakob yang memiliki Ijazah Kedoktoran Falsafah dalam bidang kimia makanan, University of Illinois, Urbana-Champaign, Amerika Syarikat.

Anak kelahiran Terengganu ini berkhidmat dengan UPM sebagai pensyarah di Fakulti Sains dan Teknologi UPM mulai 1980 sebelum dipinjamkan sebagai pengarah pengasas IMH.

Sepanjang berkhidmat dengan IPPH, Prof Dr Yaakob menjalankan pelbagai kajian bagi menghasilkan kaedah untuk mengesan kehadiran sumber haram seperti lemak dan daging babi serta kandungan alkohol di dalam produk termasuk makanan.

Sebagai pengiktirafan kepada daya usahanya itu, beliau menerima pelbagai anugerah dan antara yang terkini ialah dinobatkan sebagai saintis pertama menerima Anugerah Saintis Halal di 'World Halal Research Summit 2009' yang diadakan di Kuala Lumpur.

Anugerah disampaikan sendiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Di peringkat IPPH pula, institut ini memenangi Anugerah Pusat Penyelidikan Halal Terbaik 2009 di Minggu Pelancongan Islam dan Halal Antarabangsa (IISTHAL) 2009.

R&D IPPH

Sejak Julai 2006, IPPH meningkatkan usaha R&D bagi menghasilkan kaedah-kaedah analisis serta ujian halal.

Sehubungan dengan itu, pelbagai kajian dibuat terhadap makanan dan produk bioteknologi yang mengandungi unsur tidak halal termasuk lemak babi, gelatin, DNA babi dan alkohol.

IPPH juga bermatlamat untuk mengkomersilkan hasil penyelidikan institut ini untuk analisis produk halal di seluruh dunia.

"Selama ini tidak ada kaedah untuk ujian halal. Yang ada, berbentuk konvensional, bermakna ia digunakan untuk benda lain tetapi diguna pakai dan disesuaikan untuk ujian halal.

"Kerajaan menganggap halal satu bidang yang besar lalu mencadangkan IPPH membangunkan kaedah atau pun teknik ujian khusus untuk halal," jelas Prof Dr Yaakob.

Beliau berkata dalam membuat kajian untuk menghasilkan kaedah yang diperlukan, IPPH akan membuat analisis sampel seperti lemak babi.

Antara kaedah yang berjaya dihasilkan ialah Real-Time PCR (Polmerase Chain Reaction) bagi mengesan DNA babi. Kaedah ini berjaya meraih Anugerah Harta Intelek Negara 2009 serta Anugerah Eureka di Brussels, Belgium pada 2009.

Prof Dr Yaakob berkata Teknik Real-Time PCR ini juga telah didaftar patennya di Malaysia dan juga di 20 negara lain di dunia.

"Untuk Real-Time PCR ini, kami sedang berunding dengan beberapa pihak untuk mengkomersilkan test-kit DNA babi ini supaya ia boleh diguna pakai di makmal-makmal bukan sahaja di Malaysia tetapi negara-negara lain.

IPPH turut menghasilkan beberapa kaedah saintifik lain untuk mengesan kehadiran sumber haram termasuk 'Fourier Transform Infrared Spectroscopy', 'Electric Nose', 'Differential Scanning Colorimetry, Kromatografi dan Telemetri EEG, ECG.

Menurut Prof Dr Yaakob, fokus utama IPPH ialah untuk memastikan Malaysia dapat menghasilkan kaedah pengesanan dan pengesahan halal terbaik dan diiktiraf di peringkat dunia.

GUNA KHIDMAT

Kepakaran IPPH dalam bidang kajian halal ini turut dimanafaatkan oleh badan-badan agama seperti Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebagai contoh, apabila Jakim menghadapi satu-satu isu teknikal yang berkaitan halal atau apabila mahu mengeluarkan sesuatu fatwa.

Jelas Prof Dr Yaakob, untuk tujuan itu pihaknya akan dipanggil membuat penjelasan saintifik yang ada hubung kait dengan status halal, sebagai contoh dengan isu alkohol, makanan haiwan, daging ayam bercampur daging babi atau isu penyembelihan haiwan.

IPPH juga membantu Jakim dalam memperkukuh persijilan halal yang dikeluarkan jabatan itu.

"Dalam hal ini kami membantu membangunkan kaedah untuk menguatkan lagi kredibiliti Sijil Halal Malaysia," jelasnya sambil menambah bahawa sijil halal yang dikeluarkan Jakim ialah yang terbaik di dunia dan perkara itu tidak boleh dipersoal.

Prof Dr Yaakob turut terbabit dalam membangunkan Standard Halal MS15000 yang digunapakai untuk pengeluaran sijil halal Jakim bagi produk makanan.

Beliau ialah pengerusi pertama Halal Standard MS1500:2000.

Standard itu telah dipertingkat dan yang diguna pakai kini untuk produk makanan ialah MS15000:2009 (Semakan Kedua) yang dipengerusikan Ketua Pengarah Jakim.

Belau juga terbabit sebagai ahli jawatankuasa pembentukan MS2200:2008 yang digunakan untuk kosmetik.

MAKMAL ANALISIS

Sebagai usaha memantapkan lagi kedudukan IPPH sebagai pusat R&D halal, sebuah makmal analisis halal sedang dibangunkan di lokasi institut di sini dan dijangka siap menjelang April tahun ini.

Prof Dr Yaakob berkata EPU memperuntuk dana sebanyak RM10 juta untuk membangunkan makmal analisis halal itu.

Apabila beroperasi sepenuhnya dengan mendapat akreditasi ISO 17025 nanti, ia akan menjadi makmal analisis halal pertama di Malaysia.

Dijangka antara perkhidmatan yang disediakan oleh makmal ini ialah perkhidmatan analisis bagi pensijilan halal Jakim atau badan pensijilan lain, dalam dan luar negara dan perkhidmatan analisis produk halal kepada sektor industri dan awam.

Makmal berkenaan juga akan membantu Jakim dalam membuat persediaan modal insan dan kepakaran sebagai persiapan kepada penubuhan makmal halal Jabatan itu di Bandar Enstak, Nilai.

BANTU UBAH SIKAP

Kesedaran orang Melayu tentang halal memang rendah. Ini rumusan yang dibuat Prof Dr Yaakob.

"Dalam kehidupan orang Islam, halal bukan perkara remeh. Ia perkara amat serius tapi sesetengah orang Islam, kalau ke kedai makan, tengok orang pakai tudung, masuk makan, sedangkan kedai itu kedai bukan Islam, tak ada sijil halal tapi mereka tak kisah.

Beliau turut menyentuh tentang ketiadaan Akta Halal untuk mewajibkan pengeluar atau pengedar produk mendapat persijilan halal.

Justeru, pengguna Islam dinasihatkan supaya memberi perhatian berat kepada soal halal-haram dan hanya membeli produk yang mempunyai logo halal yang boleh dipercayai seperti logo halal JAKIM.

Sebagai menampung kekurangan program kesedaran mengenai halal, IPPH turut mengadakan ceramah kesedaran halal untuk orang awam.

Prof Dr Yaakob ialah antara penceramah yang terbabit pada Kempen 1Malaysia 1Halal pada 26-28 Feb ini di Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Tiada Kompromi Kuatkuasa Sijil Halal

Oleh Melati Mohd Ariff

"Dikerat 18 pun kita tidak kompromoi dalam soal halal. Ini bermakna sekali-kali tidak ada kompromi dalam perkara yang membabitkan integriti dan perlaksanaan hukum syarak.

"Itu adalah kata-kata keramat Saimah Mukhtar, Pengarah Hub Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

"Dan tugas kami memang berisiko tinggi. Ini termasuk menerima ugutan tetapi ini sudah menjadi asam garam tugas kami di cawangan pemantauan dan penguatkuasaan," demikian tegas Mohd Amri Abdullah, Penolong Pengarah, Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan, Bahagian Hub Halal JAKIM dalam wawancara dengan Bernama baru-baru ini.

Beliau menambah, pihaknya menjalankan tugas berdasarkan peraturan dan hukum syarie yang telah distandardkan.

Sehubungan dengan itu, katanya, mana-mana pemegang sijil halal atau orang yang melakukan kesalahan yang ada kaitan dengan isu halal akan dikenakan tindakan berdasarkan prosedur berkenaan.

Mohd Amri terbabit dalam operasi pemantauan dan penguatkuasaan Sijil Halal sejak menyertai JAKIM pada 2003.

KEGIATAN OPERASI

Operasi pemantauan dan penguatkuasaan Sijil Halal dibuat secara berkala dan ianya melibatkan produk yang ditakrif sebagai berisiko tinggi dan rendah.

"Berisiko Tinggi" melibatkan produk yang berasaskan daging, lemak atau minyak, alkohol serta syarikat-syarikat yang antaranya tidak mengamalkan Amalan Pengilangan Baik (GMP) dan Amalan Kebersihan Baik (GHP).

Operasi untuk pihak berkenaan dibuat lebih dari sekali setahun sementara kategori berisiko rendah pula melibatkan produk yang bukan berasaskan daging, mengamalkan GMP, GHP, adanya Eksekutif Halal dan jawatankuasa halal dalaman serta syarikat yang mengeluarkan produk berkenaan diyakini amalan pengilangannya.

Operasi pemantauan dan penguatkuasaan untuk kategori ini mungkin dibuat sekali dalam setahun.

Operasi juga dibuat berasaskan aduan orang ramai dan operasi berkenaan dijalankan di seluruh Negara.

Mohd Amri berkata sepanjang 2009, pihaknya menjalankan sebanyak 146 pemantauan iaitu 120 pemantauan berkala dan 26 pemantauan berdasarkan aduan orang ramai.

Menurut Mohd Amri, bidang kuasa cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hub Halal juga meliputi Sabah dan Sarawak bagi pihak yang mendapat sijil halal.

AGENSI LAIN TERLIBAT

Operasi pemantauan dan penguatkuasaan JAKIM turut melibatkan pegawai-pegawai daripada pelbagai jabatan, kementerian serta agensi. Antaranya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Kementerian Kesihatan, Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, KASTAM, JAIN dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Bergantung kepada keperluan, operasi berkenaan turut melibatkan anggota polis sebagai langkah keselamatan.

"Banyak operasi yang kita lakukan melibatkan rumah sembelih dan hotel yang mungkin berlaku kebarangkalian ketidakakuran.

"Katakan sebuah hotel yang mengambil bekalan ayam daripada satu-satu pembekal dan apabila harga ayam naik, hotel itu mungkin akan mengambil ayam daripada pembekal lain yang harganya lebih murah. Ini akan membuatkan pemantauan lebih kerap dibuat," jelas Mohd Amri.

Untuk rekod, menurut statistik JAKIM, sehingga Mei 2009, hanya 27 atau hanya 1.4 peratus daripada kira-kira 2,000 hotel di seluruh Negara telah mendapat sijil halal JAKIM bagi dapur utama mereka.

ADUAN ORANG RAMAI

Berhubung aduan orang ramai, Mohd Amri memberitahu aduan yang dibuat adalah mengenai pemegang Sijil Halal dan yang melibatkan soal perbahasaan halal.

"Walau apa pun kita akan buat pemeriksaan bersama dengan agensi penguatkuasaan yang lain. Misalannya jika ada yang berhubungkait dengan logo halal tetapi tidak ada Sijil Halal atau Sijil Halal telah tamat tempoh, ini melibatkan Akta Perihal Dagangan (APD) 1972, di bawah kuasa KPDNKK.

"Pihak JAKIM tidak ada kuasa undang-undang selain dari menarik balik Sijil Halal yang dikeluarkan atau menggantung sijil tersebut. Kita hanya sebagai pengesah sijil termasuk juga yang menggunakan logo halal palsu," tambahnya.

Untuk aduan yang ada kaitan dengan Akta Makanan 1983, contoh berhubung soal kebersihan premis, operasi akan dibuat bersama dengan pegawai penguatkuasa Kementerian Kesihatan dan yang berhubung dengan Akta Haiwan pula akan melibatkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

"Mana-mana aduan yang ada kena mengenai dengan PBT, tertakluk di mana lokasi premis yang diperiksa, kita akan ajak pegawai penguatkuasa PBT berkenaan.

"Ini menunjukkan banyak agensi penguatkuasa terlibat dalam Sijil Halal. Ini juga membuatkan Sijil Halal kita diiktiraf di seluruh dunia sebab sistem yang kita laksanakan di mana kita keluarkan sijil dan kita buat pemantauan balik untuk sijil yang diberi," jelasnya.

CONTOH KES

Menurut Mohd Amri, kes-kes yang melibatkan penggunaan sijil dan logo halal palsu atau menggunakan kalimah perbahasaan yang membawa maksud halal sememangnya banyak.

Beliau memberitahu contoh aduan yang meminta JAKIM memeriksa sebuah kedai makan mamak yang menggunakan ayat Al-Quran untuk menarik pelanggan Muslim atau menggunakan perkataan halal sendiri.

"Ini sebenarnya tidak termasuk dalam bidang kuasa JAKIM kerana kuasa JAKIM hanya membabitkan logo dan Sijil Halal yang kita keluarkan.

"Dalam kes kedai mamak itu, yang boleh mengambil tindakan ialah KPDNKK sekiranya terbukti makanan yang dihidangkan tidak halal. Beban pembuktian terletak kepada JAKIM. Kita kena buat kajian halal atau haram sebelum KPDNKK boleh mengambil kes,"katanya.

Beliau memberi satu lagi contoh mengenai sebuah premis makanan yang menggunakan ayat Al-Quran dan apabila diperiksa, kedai tersebut yang terletak di Lembah Klang mempunyai pekerja yang kesemuanya beragama Hindu tetapi lesen perniagaannya atas nama seorang Melayu.

"Di bawah APD 1972 tindakan akan diambil ke atas pemilik dan dalam hal ini pemiliknya Melayu, dan mungkin lesen perniagaan telah dialibabakan. Pindaan yang diusahakan JAKIM untuk APD 1972 antaranya adalah untuk menangani kelemahan seperti ini.

"Kalau pemilik lesen orang India, pekerja bukan Islam dan meletakkan ayat Quran di dalam premis makanan, KPDNKK boleh mengambil tindakan. Di dalam hal ini, Kementerian Dalam Negeri juga boleh mengambil tindakan di bawah penggunaan teks ayat Quran,"katanya.

Mohd Amri juga memberi contoh sekiranya Sijil Halal diberi untuk 10 produk dan apabila pihaknya membuat operasi pemantauan dan penguatkuasaan dan mendapati ada 11 produk dan produk ke-11 menggunakan logo halal, KPDNKK boleh merampas produk yang ke-11.

JAKIM, katanya akan menarik balik atau menggantung Sijil Halal untuk setiap satu daripada 10 produk tadi kerana pengusaha tidak berlaku jujur dalam membuat perisytiharan.

Pengusaha berkenaan diberi tempoh 14 hari untuk membuat rayuan dan keputusan akan dibuat oleh panel yang berkenaan.

"Sesetengah pihak dalam industri menganggap tindakan kami ini menyusahkan mereka tetapi sebenarnya daripada pengalaman kami, ada juga yang bersikap positif dan mendapatkan nasihat untuk memperbetulkan kesilapan mereka.

"Bagi pihak pengguna, sudah tentunya mereka akan melihat secara positif tindakan penguatkuasaan yang dibuat oleh JAKIM, persijilan kita mempunyai kredibiliti melalui penguatkuasaan yang kita laksanakan,"jelasnya.

LAGI OPERASI

Bagi operasi ke atas rumah penyembelihan yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi, ianya dibuat berdasarkan aduan dan sebagai operasi berkala. Ianya lazim dilakukan sekitar pukul 3 pagi memandangkan bekalan ayam akan mula dihantar ke pasar-pasar selepas subuh, kata Mohd Amri.

Antara operasi yang pernah dilakukan ialah yang melibatkan aduan urat leher ayam yang disembelih tidak putus atau ayam direndam dalam air panas.

Beliau memberitahu sekiranya aduan didapati benar, pihaknya akan meminta rumah penyembelihan menghentikan operasi dan mengisytiharkan jumlah ayam yang sudah disembelih dan sama ada melupuskan ayam-ayam tersebut atau mengisytiharkan ayam itu sebagai tidak halal dan hanya menjualnya kepada bukan Islam.

Cepat atau lambat satu-satu operasi bergantung kepada kes dan menurut Mohd Amri ada kes yang operasinya bermula jam 12 tengahari dan berakhir pada jam 3 petang keesokannya.

"Kami di JAKIM telah diterapkan dengan Roh Halal dan Jihad Halal yang cukup kuat. Jadi tak ada masalah untuk buat operasi pada awal pagi atau yang mengambil masa berjam-jam lamanya,"tegasnya.

AMBIL MUDAH

Mohd Amri turut menegur sikap sesetengah orang Islam di negara ini yang membuat andaian semua produk yang dijual di Malaysia adalah halal tanpa meneliti ramuan yang digunakan untuk membuat produk tersebut.

"Bila kita buat operasi pemantauan dan penguatkuasaan, barulah mereka sedar. Pihak kami pernah menyerbu sebuah restoran atas aduan orang ramai yang meragui kehalalannya. Ramai pengunjung Islam sedang makan di premis yang tidak halal itu dan apabila ditanya, komen mereka makanan sedap. Lagi pun kata mereka juruwangnya memakai tudung.

"Yang haram bukan dari segi daging khinzir tetapi alkohol. Kebanyakan makanan Barat, Cina dan Jepun menggunakan alkohol untuk menyedapkan makanan. Pengalaman saya makanan Barat banyak menggunakan cuka wain atau alkohol. Sikit atau banyak, mabuk atau tak memabukkan, yang haram tetap haram," tegas Mohd Amri.

Beliau menasihatkan masyarakat Islam untuk menjaga kehalalan makanan kerana sumber makanan yang haram akan turut mencacat-celakan keturunan.

Menurut beliau, ada pihak yang menyatakan generasi orang Islam hari ini sebagai generasi strawberi, lemah dan rosak akhlak.

"Buah strawberi itu kan lembik, tidak boleh diusik, Ini semua berpunca daripada makanan. Kita mesti beratkan makanan yang halalan thoyiban. Jika ini tidak ditangani, generasi Islam akan terus lemah.

"Otak yang cergas datang dari sumber makanan. Saya ibaratkan makanan sebagai minyak. Kalau minyak tidak berkualiti, nak nyalakan lampu pun tak boleh, nak gerakkan kereta pun tak boleh. Kita perlu tukar generasi strawberi ini dengan faktor makanan.

"Orang Islam mesti menjadi pengguna yang bermaklumat, mesti ada sifat ingin tahu, tahu membezakan sama ada satu-satu makanan itu halal atau tidak. Jadikan ini pembelajaran sepanjang hayat. Tengok orang Yahudi, bagaimana mereka boleh melahirkan generasi yang hebat dan menguasai ekonomi dunia.

Puncanya hanya mengambil makanan yang berkhasiat (kosher), orang Yahudi menjaga betul apa yang mereka makan," kata Mohd Amri.
ata Mohd Amri.

Pentingnya Sijil Halal

Oleh Melati Mohd Ariff

Sijil dan logo halal bukan sahaja memberi jaminan kepada masyarakat Islam bahawa sesuatu makanan atau produk itu halal mengikut syarak tetapi ia juga mempunyai implikasi besar kepada industri atau pengusaha yang mengeluarkannya.

Tidak dapat dinafikan bahawa aspek halal menjadi satu sistem kualiti dalam dunia perniagaan hari ini termasuk di peringkat global yang dapat menarik pelanggan Muslim dan bukan Muslim.

"Halal bukan sahaja dilihat dari sudut keagamaan tetapi satu komponen penting dalam dunia perniagaan termasuk pasaran halal global. Negara bukan Islam juga mengutamakan produk halal untuk pengguna mereka kerana aspek kualiti dan keselamatan," demikian menurut Saimah Mukhtar, Pengarah Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam wawancara dengan Bernama baru-baru ini.

Pasaran produk halal yang besar juga, kata beliau, membuatkan sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab menjadi rakus memanipulasi perkataan halal untuk tujuan pemasaran dan keuntungan.

SIJIL DAN LOGO HALAL

Sepanjang 2009, Jakim menerima sebanyak 1,907 permohonan sijil halal dan jumlah yang diterima daripada Bumiputera ialah 622 dan bukan Bumiputera 1,285.

Kelulusan sijil halal yang dibuat pada 2009 pula ialah 301 Bumiputera dan 886 bukan Bumiputera.

"Yang kita tarik balik sijil halal atas alasan tertentu termasuk kebersihan hanya sekitar 10 peratus sahaja," kata Saimah sambil menegaskan Jakim menjaga kepentingan kedua-dua pihak, iaitu pengguna dan juga industri.

Jakim juga, kata beliau, mendaftarkan logo dan sijil halal Malaysia dengan Perbadanan Harta Intelek.

Di samping itu, Jakim juga melantik SIRIM Berhad untuk mendaftarkan logo halal Malaysia di luar Negara.

Menurut Saimah, sebelum itu sijil halal Malaysia didaftarkan di China dan Indonesia.

Jakim juga, katanya, mengiktiraf 47 badan Islam di 23 buah negara untuk mengeluarkan sijil halal bagi produk mentah, produk siap dan rumah penyembelihan bagi tujuan pasaran di Malaysia.

HALAL DAN JAKIM

Jakim terbabit dalam memberi pengesahan status halal kepada makanan dan barang gunaan Islam di negara ini sejak 1974.

Ketika itu, Pusat Penyelidikan Islam, Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS), Jabatan Perdana Menteri memberikan pengesahan halal kepada beberapa produk makanan utama yang dikeluarkan oleh syarikat pengeluar makanan tempatan dalam bentuk surat pengesahan halal.

Bermula pada 1994, pengesahan halal diberi dalam bentuk sijil pengesahan halal beserta dengan logo halal atas nama BAHEIS (Bahagian Hal Ehwal Islam) dan dikuti pengeluaran logo halal atas nama Jakim pada tahun 1997.

Berasaskan kepada keperluan semasa, mulai 30 Sept 1998, tugas pemeriksaan premis bagi tujuan halal dilaksanakan oleh sebuah syarikat yang dilantik kerajaan iaitu Syarikat Ilham Daya Sdn Bhd dan Jakim mengendalikan aspek lain seperti pengeluaran sijil dan tugas pemantauan.

Bagaimanapun, pada 1 Sept 2002, kerajaan memutuskan untuk Jakim mengendalikan semua urusan pengesahan sijil halal termasuk tugas pengauditan.

Bagi memenuhi perkembangan pesat industri makanan halal di negara ini serta keperluan semasa umat Islam, Jakim mewujudkan sebuah bahagian baru pada 2002 yang diberi nama Bahagian Makanan dan Barangan Gunaan Islam.

Bahagian itu, yang menguruskan semua kegiatan berkaitan dengan pengurusan halal termasuk pengesahan sijil halal, standard halal, pemantauan, Pengiktirafan Badan Islam luar Negara dan sebagainya kemudian ditukar kepada Bahagian Hab Halal, dan logo halal Malaysia dikeluar dan didaftarkan.

Pada Januari 2008, pengeluaran logo halal diselaraskan bagi semua Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) di mana hanya satu logo halal Malaysia sahaja digunakan oleh Jakim dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) tanpa kod negeri.

Pada 2 April 2008, pengeluaran sijil halal kemudian diambil alih Halal Development Corporation (HDC).

Tugas ini diserahkan semula kepada Jakim pada 8 Julai 2009 dan Jakim mula mengeluarkan sijil halal pada 1 Ogos 2009.

SATU SIJIL

Meskipun penggunaan satu logo halal dimulakan pada Januari 2008, sijil halal masih dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri.

Bagaimanapun, Jakim sedang mengusahakan supaya sijil halal yang dikeluarkan dapat diseragamkan.

Buat masa ini juga, setiap negeri menggunakan standard masing-masing dalam pengeluaran sijil halal.

"Dengan penyeragaman ini, nama JAKIM yang tertera di atas sijil akan digugurkan dan digantikan dengan KERAJAAN MALAYSIA.

"Jika semua negeri bersetuju menggunakan sijil halal yang seragam, ini bermakna pensijilan halal di negara ini akan menggunakan standard halal Malaysia MS15000:2009 untuk produk makanan dan MS2200:2008 untuk kosmetik," kata Saimah yang menyandang jawatan Pengarah Bahagian Hub Halal Jakim sejak 17 Ogos 2009.

Menurut beliau, dengan penyeragaman sijil halal, produk halal untuk pasaran domestik dan eksport akan membawa imej Malaysia.

Saimah berkata pihaknya sedang membuat kunjungan hormat ke setiap negeri untuk mendapatkan persetujuan JAIN bagi penyeragaman mekanisme itu.

Setakat ini, katanya, beberapa negeri bersetuju untuk penyeragaman sijil halal itu. Pulau Pinang, tambah beliau ialah negeri yang mempunyai banyak syarikat multi-nasional dan negeri pertama yang bersetuju dengan langkah penyeragaman sijil halal.

"Pulau Pinang dan Negeri Sembilan disusuli Melaka akan menjadi negeri perintis untuk penyeragaman sijil halal ini dan kita sedang melatih pegawai-pegawai mereka untuk mengaplikasikan sistem on-line. Buat masa ini semua negeri memproses permohonan secara manual," tambah Saimah.

Jelasnya, jikapun sijil halal diseragamkan, proses permohonan termasuk bayaran pemprosesan sehingga kepada pengeluaran sijil masih diuruskan masing-masing. JAIN dan Jakim lebih bertindak sebagai badan penyelaras.

PINDAAN AKTA

Penyeragaman sijil halal bagaimanapun akan hanya dapat dilaksanakan selepas pindaan dibuat ke atas Akta Perihal Dagangan (APD) 1972 dan Saimah berkata pihaknya mensasarkan pindaan Akta berkenaan untuk dilaksanakan Jun ini.

Dengan pindaan itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan melantik pihak berkuasa yang kompeten untuk mengeluarkan sijil halal dan dalam hal ini, pihak berkenaan ialah Jakim DAN JAIN.

"Ini bermakna hanya Jakim dan JAIN boleh mengeluarkan sijil halal. Sekarang ini sesiapa sahaja boleh mengeluarkan sijil halal. Langkah ini juga untuk membendung penipuan penggunaan sijil halal palsu yang berlaku sekarang.

"Penyeragaman logo dan sijil juga akan memudahkan pengguna untuk membuat keputusan," jelas Saimah.

BENDUNG MANIPULASI

Saimah memberitahu bahawa negeri-negeri memberi maklum balas positif kearah penyeragaman ini atas semangat kerjasama yang terjalin selama ini.

Sekiranya ada negeri yang tidak bersetuju dengan penyeragaman ini, apa yang perlu dilakukan ialah dengan memasukkan klausa di bawah pindaan APD bahawa 'competent authority' atau pihak berkuasa yang kompeten iaitu Jakim dan JAIN kecuali negeri X (nama negeri yang tidak bersetuju).

"Jakim telah berbincang dengan pihak Peguam Negara mengenai perkara ini dan kami yakin klausa seperti ini tidak akan berlaku," katanya.

Saimah turut memberitahu beberapa risiko untuk negeri yang memilih untuk tidak menyertai penyeragaman sijil halal.

Menurut beliau, negeri yang tidak termasuk dalam APD sebagai 'competent authority' dalam pengeluaran sijil halal yang seragam memang boleh mengeluarkan sijil halal di negeri masing-masing tetapi dalam masa yang sama, pihak lain termasuk syarikat atau individu di negeri berkenaan boleh mengeluarkan sijil halal.

"Ini kerana JAIN di negeri tersebut tidak dinamakan sebagai competent authority apabila Akta Perihal Dagangan 1972 dipinda.

"Sekiranya sesebuah MAIN mengeluarkan arahan hanya JAIN boleh mengeluarkan sijil halal, arahan sedemikian hanya terpakai kepada orang Islam sahaja.

"Kalau ada syarikat bukan Islam di negeri itu mengeluarkan sijil halal, tindakan tidak boleh diambil dan kita bimbang ini akan membuka ruang untuk manipulasi. Inilah sebabnya mengapa Jakim bersungguh-sungguh mengusahakan penyeragaman dan usaha ini sebenarnya memperkukuh bidang kuasa negeri dalam pengurusan halal," jelas Saimah.

Sunday, February 7, 2010

BARISAN KEPIMPINAN UMNO BAHAGIAN JELEBU

1. AHLI JAWATANKUASA UMNO BAHAGIAN JELEBU SESI 2008-2011



PENGERUSI TETAP En Jeffri Ros Bin Abu Kasim
TIM PENGERUSI TETAP En Othman Bin Baharin
KETUA YB Dato Seri Utama Dr Rais Bin Yatim
TIMBALAN KETUA Ybhg Dato Hj Jalaluddin Bin Hj Alias
NAIB KETUA Ybhg Tuan Hj Zainudin Bin Hj Ismail
KETUA PEMUDA En Mohd Razi Bin Mohd Ali
KETUA WANITA Cik Zuraidah Mohd Zin
KETUA PUTERI ( Pemangku )
Puan Norziatulakmar Bt Martin
SETIAUSAHA En Ab Hamid Bin Othman
BENDAHARI YB Dato Zainal Abidin Bin Hj Ahmad
KETUA PENERANGAN En Habibullah Bin Mohd Ali

AHLI JAWATANKUASA

En Zaharudin Bin Baba Sameon
Tuan Hj Amran Bin Sameon
En Adnan Bin Abd Baki
En Maarof Bin Mat Rashad
En Osman Bin Mohd Dusa
En Baharom Bin Nordin
Pn Mariam Bt Dusa
En Rasli Bin b Zinal
En Ahmad Sidi Bin Adam
En Azmi Bin Selamat
Tuan Hj Said Zubir Bin Said Ali
En Shafie b Bakri
En Abdul Rauap Bin Puteh
En Ab Malek Bin Ab Manaf
En Dol Ramli Bin Mustafa
Tuan Hj Syed Loed Bin Syed Yusof
En Mohamad Fuad Bin Abdul Ghani
Tuan Hj Amrus Bin Ibrahim
Puan Esah Bt Kassim
En Mohd Zubir Bin Ghani
En Zahari Bin Md Din
En Azham Bin Mohamad Raos
En Baharudin Bin Jali

PEMERIKSA KIRA-KIRA
En Nordin Bin Kitam
Tuan Hj Ab Kadir Bin Lalang @ Maamor


2 JAWATANKUASA PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN JELEBU
SESI 2008-2011



KETUA : En Mohd Razi b Mohd Ali
NAIB KETUA : En Mohd Aizil bin Md Derus
SETIAUSAHA : En Ab Hamid bin Othman
PEN.SETIAUSAHA:En Abu Bakar b Abd Fatah
BENDAHaRI : En Mohamad Kamal b Kassim
KETUA PENERANGAN : En Rashidin b Mohd Shariff

AHLI JAWATANKUASA :
: En Ishak b Kalu
: En Noor Azmi b Abdul Aziz
:En Hazimin b Mohd Nor
: En Ariffin b Mohd Arif
:En Abd Ghani b Saari
:Rosmadi bArif
:En Azman b Abd Malek
:Ustaz Hj Mustafa Al-Bakri b Hj Md Isa
:En Mohd Azim b Nasir
:En Mohd Rodhiazy b Razali
:En Mohd Fadli b Mat Zin
:En Norman b Mohd Nor
:En Kamarulzaman b Abd Latif
:En Mohd Azham b Mohamad Raos
:En Mohd Razaiwan b Yunus
:En Azrul b Mat Nazir
:En Yuzri b Yunus
:En Mohd Irwandi b Mohd Yusof



3. AHLI JAWATANKUASA PERGERAKAN WANITA
UMNO BAHAGIAN JELEBU SESI 2008- 2011



KETUA :Cik Zuraidah bt Mohd Zin
NAIB KETUA :Pn Siti Mariam bt Dusa
SETIAUSAHA :En Ab Hamoid b Othman
PEN: SETIAUSAHA :Pn Roziah bt Shapie
BENDAHARI :Pn Fatimah bt Jabar
KETUA PENERANGAN :Pn Siti Hawa bt Mukti

AHLI JAWATANKUASA :
Pn Norsiah Usol
Pn Esah Kassim
Pn Chek Nah bt Ibrahim
Pn Hjh MMaikalsom bt Ismail
Pn Hjh Asiah bt Yassin
Pn Zariah bt Khairuddin
Pn Zaiton bt Sulaiman
Pn Hjh Noriah bt Ali
Pn Rohana bt Sulaiman
Pn Hjh NOrhailah bt Ishak
Pn Hjh Saleha bt Manap
Pn Siti Zaleha bt Shabudin
Pn Adibah bt Abd Aziz
Pn Raja Mis Sariah bt Raja Hamzah
Pn Hakimahtun Saadiah bt Hj Tan Ahmad
Pn Hasnah bt Mohd Diah
Pn Norhain bt Mahmood


4.AHLI JAWATANLUASA PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN JELEBU
SESI 2008- 2011



KETUA : Pn Noor Marry bt Abdul Karim
( Meletak Jawatan mulain22 Jun 2009 )
NAIB KETUA : Pn Norziatulakmar bt Martin
(Memangku KETUA mpd 23 06.09 )
SETIAUSAHA : En Ab Hamid b Othman
PEN.SETIAUSAHA : Sdri Norazean bt Ujang @ Ahmad
BENDAHARI :Sdri Marsytha bt Md Maamor
KETUA PENERANGAN : Sdri Rosilawati bt Abdul Malek

AHLI JAWATANKUASA :

Sdri Haryati bt Sidi
Sdri Noraini bt Abdullah
SdriNorazila bt Junus
Sdri Fariza bt Abd Ghani
Sdri Sahara bbt Sahamsudin
Sdri Azilah bt Abu
Sdri Norazamimah bt Yusof
Sdri Norsilawati btBahudin
Sdri Suhaila bt Mohd Zin @ Abdul Kadir
Sdri Marsyitah bt Abd Rani
Sdri Hafira bt Mauris
Sdri Rosina bt Sidek
Sdri Sumnaiyah bt Abd Latif
Sdri Sri Rahayu Haryani bt Abd Ghafar
Sdri Mezarena Azmi
Sdri Suhaida bt Atan

PERTANDINGAN VIDEO PENDEK HIJRAH MERDEKA ONLINE SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1443H/2021M

 “Bersama Menjiwai Hijrah Dan Merdeka” Assalamualaikum wrt wbt, Sukacitanya dimaklumkan bahawa Pertandingan Video Pendek Sempena Majlis Samb...