Friday, January 29, 2010

PBTM CAWANGAN JELEBU

Kuala Klawang: 28 Januari,2010 Khamis

Persatuan Bekas Tentera Malaysia PBTM Cawangan Jelebu telah menganjurkan majlis jamuan makan tengah hari meraikan mereka ,khas ahli-ahli yang telah menunaikan haji ke mekah dan mereka iaitu bekas ahli jawatankuasa persatuan yang bersara kerana tidak dapat meneruskan khidmat kerana telah uzur dan di atas kerelaan diri msaing-masing.


Ybg Dato Hj Jalaluddin Alias ( kanan) sedang menyampaikan ucapan kepada hadirin.

Majlis ini telah di adakan di Wisma Pahlawan Bandar Tinggi Kuala KLawang
Tetamu utama ialah Ybhg Dato Hj Jalaluddin Hj Alias Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jelebu/bekas ADUN Klawang.
Turut hadir YDP PBTM Negeri Sembilan Mej (B) Sazali Ismail dan barisan Jawatankuasa Negeri Sembilan Tuan Setapa ,Ketua Polis Daerah Jelebu.



Bergambar ramai AJK PBTM Jelebu (kiri ) dan Barisan JK PBTM peringkat Negeri Sembilan ( kanan) bersama Ybhg Dato Hj Jalaluddin Alias ,Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jelebu.

Menurut Ketua PBTM Jelebu,Tuan Hj Mat Sidek Sikin majlis ini diadakan diluar Seremban dan Daerah Jelebu merupakan Daerah pertama menjadi ' tuan rumah '
PBTM Jelebu merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Ybh Dato Hj Jalaluddin Alias (ketika itu adalah ADUN Klawang ) disamping ahli-ahli yang berhormat yang lain telah banyak membantu terutama dalam usaha PBTMJ untuk mengumpul dana bagi mendirikan Wisama Pahlawan Jelebu ini.

PERTANDINGAN VIDEO PENDEK HIJRAH MERDEKA ONLINE SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1443H/2021M

 “Bersama Menjiwai Hijrah Dan Merdeka” Assalamualaikum wrt wbt, Sukacitanya dimaklumkan bahawa Pertandingan Video Pendek Sempena Majlis Samb...