Tuesday, August 17, 2021

PERTANDINGAN VIDEO PENDEK HIJRAH MERDEKA ONLINE SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1443H/2021M


 “Bersama Menjiwai Hijrah Dan Merdeka”


Assalamualaikum wrt wbt,


Sukacitanya dimaklumkan bahawa Pertandingan Video Pendek Sempena Majlis Sambutan Maal Hijrah 1443H/2021M

anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) akan diadakan pada ketetapan berikut :


πŸ“† 15 Ogos 2021 - 31 Ogos 2021


Pertandingan dibahagi kepada 2 kategori :


1) Kategori Remaja

Berumur 15 - 19 Tahun

πŸ₯‡PERTAMA : RM 1,000.00

πŸ₯ˆKEDUA : RM 700.00

πŸ₯‰KETIGA : RM 500.00

πŸ…3 X SAGUHATI : RM 300.00 setiap pemenang


2) Kategori Dewasa

Berumur 20 - 50 Tahun

πŸ₯‡PERTAMA : RM 1,000.00

πŸ₯ˆKEDUA : RM 700.00

πŸ₯‰KETIGA : RM 500.00

πŸ…3 X SAGUHATI : RM 300.00 setiap pemenang


Untuk makluman, kesemua pertandingan ini diadakan secara atas talian. 


Syarat dan borang penyertaan boleh didapati di :

Syarat Penyertaan : https://bit.ly/syarat2videopendek


Borang Pendaftaran : https://bit.ly/videopendekHijrahMerdeka


*Urus Setia

JHEAINS TALK ABOUT : "SOP vs RUMAH ALLAH"

 


Assalamualaikum W.b.t Sempena bulan Hijrah Merdeka Online, JHEAINS akan mengadakan program JHEAINS TALK ABOUT : "SOP vs RUMAH ALLAH" secara dalam talian. 


πŸ“šπŸ“šπŸ“šπŸ“šπŸ“šπŸ“šπŸ“šπŸ“šπŸ“š


πŸ“†πŸ“† TARIKH : 25 OGOS 2021 (RABU)

⏰⏰ MASA : 10.30 PAGI

πŸ§•πŸ‘¨‍πŸ’ΌPESERTA : TERBUKA

πŸ“‹πŸ“‹Link pendaftaran peserta: https://bit.ly/HijrahMerdekaRumahAllah


πŸ–₯πŸ“±Pautan Zoom App : https://us02web.zoom.us/j/82304513768?pwd=UFZPVndwVnhwYWdqTzVORU95djZhUT09


Meeting ID: 823 0451 3768

Passcode: jheains


πŸ“ŒπŸ“ŒPautan akan diaktifkan pada jam 10.15 pagi


πŸ”–πŸ”– Penyertaan PERCUMA!!!

πŸ“ƒ πŸ“ƒ E-SIJIL Disediakan

🎁🎁10 HADIAH QUIZ WANG TUNAI Bagi Peserta Online Yang Berdaftar


#JHEAINS

#HijrahMerdekaOnline

#JHEAINSTalkAbout:"SOPvsRumahAllah"

TALK SHOW HIJRAH MERDEKA "KHALIFAH MASA DEPAN"

Assalamualaikum W.b.t Sempena bulan Hijrah Merdeka Online, JHEAINS akan mengadakan program TALK SHOW HIJRAH MERDEKA "KHALIFAH MASA DEPAN" secara dalam talian. 


πŸ“šπŸ“šπŸ“šπŸ“šπŸ“šπŸ“šπŸ“šπŸ“šπŸ“š


πŸ“†πŸ“† TARIKH : 28 OGOS 2021 (SABTU)

⏰⏰ MASA : 10.30 PAGI

πŸ§•πŸ‘¨‍πŸ’ΌPESERTA : TERBUKA

πŸ“‹πŸ“‹Link pendaftaran peserta: https://bit.ly/HijrahMerdekaKhalifahMasaDepan


πŸ–₯πŸ“±Pautan Zoom App : https://us02web.zoom.us/j/85625051823?pwd=RGVBMXl1MS9ZUWE4OHlwMUIxaTJjZz09


Meeting ID: 856 2505 1823

Passcode: 422207


πŸ“ŒπŸ“ŒPautan akan diaktifkan pada jam 10.15 pagi


πŸ”–πŸ”– Penyertaan PERCUMA!!!

πŸ“ƒ πŸ“ƒ E-SIJIL Disediakan

🎁🎁10 HADIAH KUIZ WANG TUNAI Bagi Peserta Online Yang Berdaftar


#JHEAINS

#HijrahMerdekaOnline

#TalkShowHijrahMerdeka"KhalifahMasaDepan"


 

JHEAINS TALK ABOUT "DO AND DON'T"

 


Assalamualaikum W.b.t Sempena bulan Hijrah Merdeka Online, JHEAINS akan mengadakan program JHEAINS TALK ABOUT "DO AND DON'T" secara dalam talian. 


πŸ“šπŸ“šπŸ“šπŸ“šπŸ“šπŸ“šπŸ“šπŸ“šπŸ“š


πŸ“†πŸ“† TARIKH : 30 OGOS 2021 (ISNIN)

⏰⏰ MASA : 10.30 PAGI

πŸ§•πŸ‘¨‍πŸ’ΌPESERTA : TERBUKA

πŸ“‹πŸ“‹Link pendaftaran peserta: https://bit.ly/HijrahMerdekaDoNDont


πŸ–₯πŸ“±Pautan Zoom App : https://us02web.zoom.us/j/84439854187?pwd=dmp5ZG04TjBBSWFmZTVPUDk0Y1JnZz09


Meeting ID: 844 3985 4187

Passcode: jheains

πŸ“ŒπŸ“ŒPautan akan diaktifkan pada jam 10.15 pagi


πŸ”–πŸ”– Penyertaan PERCUMA!!!

πŸ“ƒ πŸ“ƒ E-SIJIL Disediakan

🎁🎁10 HADIAH KUIZ WANG TUNAI Bagi Peserta Online Yang Berdaftar


#JHEAINS

#HijrahMerdekaOnline

#JHEAINSTalkAbout:"DoAndDon't"

Monday, March 9, 2020

Senarai penuh Kabinet

SENARAI PENUH KABINET
Perdana Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin
BARISAN MENTERI KANAN DAN TIMBALAN MENTERI
1. Menteri Kanan - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
Timbalan Menteri: Datuk Lim Ban Hong (akan dilantik sebagai senator)
2. Menteri Kanan - Menteri Pertahanan
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Menteri: Datuk Seri Ikhmal Hisham Abdul Aziz
3. Menteri Kanan - Menteri Kerja Raya
Datuk Seri Fadillah Yusof
Timbalan Menteri: YB Datuk Dr Shahruddin Bin Md Salleh
4. Menteri Kanan - Menteri Pendidikan
Dr Mohd Radzi Md Jidin
Timbalan Menteri I: Dato’ Dr Mah Hang Soon (akan dilantik sebagai senator)
Timbalan Menteri II: YB Muslimin Bin Yahaya
SENARAI MENTERI PENUH DAN TIMBALAN MENTERI
Menteri Kewangan
Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (akan dilantik sebagai senator)
Timbalan Menteri I: YB Datuk Abd. Rahim Bin Bakeri
Timbalan Menteri II: YB Mohd Shahar Bin Abdullah
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi)
Datuk Seri Mustapa bin Mohamed
Timbalan Menteri: YB Arthur Joseph Kurup
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas)
Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof
Timbalan Menteri: Datin Mastura Binti Yazid
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang)
Datuk Takiyuddin Hassan
Timbalan Menteri: Datuk Eddin Syazlee Shith
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri (akan dilantik sebagai senator)
Timbalan Menteri: Ahmad Marzuk Shaary
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak)
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Timbalan Menteri: YB Dato’ Hajah Hanifah Hajar Taib
Menteri Pengangkutan
Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong
Timbalan Menteri: Hasbi Habibollah
Menteri Alam Sekitar
Datuk Tuan Ibrahim Bin Tuan Man
Timbalan Menteri: Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad (akan dilantik sebagai senator)
Menteri Sumber Manusia
Datuk Seri Saravanan A/L Murugan
Timbalan Menteri: Awang Hashim
Menteri Wilayah Persekutuan
Tan Sri Annuar Musa
Timbalan Menteri: Datuk Seri Dr Santhara Kumar
Menteri Wanita dan Keluarga
Datuk Seri Rina Mohd Harun
Timbalan Menteri: Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff
Menteri Pengajian Tinggi
Datuk Dr Noraini Ahmad
Timbalan Menteri: Datuk Dr Mansor Othman
Menteri Tenaga dan Sumber Asli
Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah
Timbalan Menteri: Ali Anak Biju
Menteri Dalam Negeri
Datuk Seri Hamzah Zainuddin
Timbalan Menteri I: Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said
Timbalan Menteri II: Jonathan Yassin
Menteri Kesihatan
Datuk Seri Dr Adham Baba
Timbalan Menteri I: Datuk Dr Noor Azmi Ghazali
Timbalan Menteri II: Datuk Aaron Ago Dagang
Menteri Pertanian dan Industri Makanan
Datuk Seri Dr Ronald Kiandee
Timbalan Menteri I: Datuk Seri Ahmad Hamzah
Timbalan Menteri II: Datuk Che Abdullah Mat Nawi
Menteri Pembangunan Luar Bandar
Datuk Dr Abd Latiff Hj Ahmad
Timbalan Menteri I: Datuk Abdul Rahman Mohamad
Timbalan Menteri II: Datuk Henry Sum Agong
Menteri Luar Negeri
Datuk Seri Hishammuddin Hussein
Timbalan Menteri: Datuk Kamaruddin Jaffar
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
Datuk Alexander Nanta Linggi
Timbalan Menteri: Datuk Rosol Wahid
Menteri Komunikasi dan Multimedia
Datuk Seri Saifuddin Abdullah
Timbalan Menteri: Datuk Zahidi Zainul Abidin
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Zuraida Kamaruddin
Timbalan Menteri: Datuk Seri Ismail Abd Mutalib
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
Khairy Jamaluddin
Timbalan Menteri: Ahmad Amzad Hashim
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Timbalan Menteri: Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali
Timbalan Menteri I: Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng
Timbalan Menteri II: Willie anak Mongin
Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan
Datuk Seri Hajah Nancy Shukri
Timbalan Menteri: Datuk Dr. Jeffrey G. Kitingan
Datuk Halimah Mohamed Sadique
Timbalan Menteri: Datuk Seri Tiong King Sing
Menteri Belia dan Sukan
Datuk Seri Reezal Merican Bin Naina Merican
Timbalan Menteri: Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (akan dilantik sebagai Senator)

Tuesday, March 7, 2017

komat jelebu






  





asal usul halloween




Perlu pendekatan jelas tingkat penggunaan Bahasa Melayu - Rais



KUALA LUMPUR: Penasihat Kerajaan Dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan, Tan Sri Dr Rais Yatim berkata pemegang dasar harus membuat pendekatan yang jelas supaya bahasa Melayu selaku bahasa kebangsaan diangkat menjadi bahasa komersial dalam semua urusan. Beliau berkata usaha untuk meningkatkan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan rakyat Malaysia perlu bermula daripada peringkat kanak-kanak. Menurutnya kalangan ibu bapa masa kini lebih gemar menyajikan buku-buku dalam bahasa Inggeris berbanding dalam bahasa Melayu kepada anak-anak, dan bahasa Inggeris dijadikan bahasa utama dalam medan bacaan dan komunikasi mereka. "Dasar-dasar yang berkaitan juga harus disemak semula dan perancangan baharu perlu dibuat ... saya khuatir dalam satu dekad akan datang, bahasa Melayu akan mengalami kejatuhan yang sangat memalukan dan tidak lagi diangkat sebagai bahasa utama di Malaysia. "Dengan memberi galakan membaca buku-buku bahasa Melayu sejak dari awal ia diyakini mampu menyemarakkan semangat cinta akan bahasa Melayu di dalam diri mereka," kata bekas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu kepada Bernama baru-baru ini. Seorang guru Bahasa Melayu di sebuah sekolah di Johor Baharu, Rafeah Badaruddin turut melahirkan kebimbangan terhadap sikap ibu bapa yang lebih menggalakkan anak-anak membaca dan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama kerana lambat laun ia boleh menjejaskan kemahiran mereka untuk berbahasa Melayu. Berdasarkan pengalamannya, beliau berkata murid-murid sedemikian sering berhadapan dengan masalah dalam menstruktur ayat dalam bahasa Melayu. "Sebagai contoh, saya dan ibu mahu ke 'post office' ... murid ini menggunakan perkataan bahasa Inggeris dalam ayatnya kerana dia tidak tahu penggunaan perkataan 'pejabat pos' dalam bahasa Melayu," katanya. Rafeah berkata bagi mengatasi masalah itu pelbagai aktiviti dijalankan pihak sekolah bagi membantu murid-murid dalam memperkasakan bahasa Melayu seperti program galakkan membaca, pertandingan berbalas pantun dan pidato. Ketua Eksekutif Little Sun Sdn Bhd, Leon Ang Kok Leong, yang juga penerbit buku kanak-kanak, berkata di kawasan bandar khususnya, buku bahasa Inggeris mempunyai permintaan lebih tinggi berbanding buku dalam bahasa Melayu. Buku-buku cerita klasik Inggeris seperti, 'Cinderella', 'Snow White' dan 'Rapunzel' sering menjadi permintaan kanak-kanak hari ini. "Walau bagaimanapun, buku-buku bahasa Melayu tetap mempunyai pengikut tersendiri terutamanya di kawasan luar bandar," katanya. Penyandang Kursi Profesor Pengajian Melayu ke-3 di Beijing Foreign Studies Universiti (BFSU) China, Datuk Dr Awang Sariyan pula mempunyai pendapat berbeza dan menganggap keadaan itu sebagai sesuatu yang biasa kerana tiada asas kajian mengenai situasi itu setakat ini. Beliau berkata masih ramai kanak-kanak di Malaysia yang suka membaca buku berbahasa Melayu dan hanya segelintir sahaja yang menyukai buku-buku bahasa Inggeris terutama dalam kalangan keluarga elit. "Pada asasnya, pendedahan kepada buku-buku bahasa Inggeris tidak ada masalah, ia memang sesuatu yang wajar cuma kita janganlah meminggirkan buku-buku bahasa Melayu," katanya. Awang berkata buku-buku bahasa Inggeris sering mendapat perhatian kerana ia ditulis menggunakan bahasa yang baik. "Sebagai contoh buku siri popular berbahasa Inggeris seperti 'Harry Potter' ditulis menggunakan bahasa yang baik. Ini soal kreativiti dan kemampuan pengarang," katanya. Katanya sebab itu dua institusi penting seperti sekolah dan rumah sangat memainkan peranan dalam soal ini bagi menjaga dan memelihara status bahasa Melayu tanpa menidakkan kepentingan bahasa Inggeris. "Di sekolah, guru-guru haruslah memberi arahan yang jelas supaya minat membaca dalam kedua-dua bahasa itu dapat ditanam manakala di rumah, ibu bapa perlu menyajikan anak-anak mereka dengan bahan bacaan berbahasa Melayu yang secukupnya di samping buku-buku bahasa Inggeris," katanya. Tambahnya lagi, golongan kanak-kanak hari ini lebih tertarik membaca buku-buku yang menggunakan bahasa Melayu ringkas atau dicampur aduk dengan bahasa Inggeris yang kini terdapat banyak di pasaran. "Pihak penerbit dan pengarang perlu ada tanggungjawab sosial yang tinggi serta mereka tidak seharusnya hanya memikirkan pasaran sahaja. "Jika hanya memikirkan buku mesti laris sahaja, langgar segala soal bahasa, etika dan moral ia seperti berikan racun kepada anak-anak kita," katanya. Menyedari hal itu, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Abdul Adzis Abas berkata bagi menarik minat kanak-kanak membaca bahan bacaan berbahasa Melayu, DBP giat menjalankan program pembinaan bakat penulis yang digilap dalam kalangan penulis baharu yang melibatkan penulis kanak-kanak dan remaja. "Selain itu, DBP juga melantik pakar daripada pelbagai bidang bagi mengenal pasti judul-judul yang menarik untuk ditulis dan menilai manuskrip yang diterima untuk peningkatan kualiti selain mengadakan penganjuran sayembara atau peraduan menulis cerita kanak-kanak," katanya. Abdul Adzis berkata DBP akan sentiasa memperkasakan bahan bacaan berbahasa Melayu agar kanak-kanak akan berasa lebih dekat dan cintakan bahasa kebangsaan itu. - BERNAMA

4 Mei 2016

KONGRES BUDAYA KOMITMEN SEMUA



MUKADIMAH
KONGRES Budaya julung kali diadakan pada 1971 dan tidak pernah lagi dibuat selepas itu. Dalam tempoh 46 tahun sejak itu, pelbagai dasar telah dilaksanakan dalam mengejar kemajuan yang telah mencorakkan kehidupan masyarakat. Tetapi sayangnya, nilai-nilai masyarakat Melayu semakin pupus dek terpengaruh dengan budaya luar.
Bimbang budaya Melayu akan terhakis, kerajaan dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DB P) akan menganjurkan semula Kongres Budaya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 15 April ini untuk mencari asas-asas kehidupan bernilai tinggi bagi masyarakat Malaysia amnya dan Melayu MUKADIMAH khususnya.
Bercakap kepada wartawan Mingguan Malaysia, HAFIZAHRIL HAMID, AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI dan ZULKARNAIN OTHMAN, Penasihat Sosiobudaya Kerajaan, TAN SRI DR. RAIS YATIM memberitahu, asasasas kehidupan atau budaya bernilai tinggi itu perlu dilihat dalam konteks cara hidup dan tidak disempitkan dalam manifestasi seni sahaja.
"Sekarang setelah melihat keadaan bangsa Malaysia amnya dan orang Melayu khasnya menghadapi cabaran masa hadapan, kami berpendapat jika tidak diungkai beberapa perkara ulung dalam kehidupan kita, mungkin kita terus digelombangi cara hidup luar dan tidak lagi mempunyai asas-asas kehidupan Melayu, warga Malaysia orang Cina, orang India dan lain-lain," kata beliau.
 
MINGGUAN: Kongres Budaya pertama dianjurkan pada 1971. Kenapa ambil masa begitu lama untuk buat kongres yang kedua?
RAIS: Sebab peringatan kita tentang kongres pertama itu, asas-asasnya agak berbeza. Masa itu Malaysia baru terbentuk. Kita memikirkan tentang pentingnya ketuanan Melayu dan kemerdekaan dalam Malaysia. Dalam 46 tahun ini, kita mempunyai banyak dasar-dasar yang dianggap penting dan berkesan. Misalnya Wawasan 2020, Dasar Pandang ke Timur dan pelbagai lagi. Kesemuanya ada 21 dasar. Jadi, kerajaan Persekutuan dan negeri menganggap tidak perlu diadakan kongres kerana sudah ada banyak dasar. Bila kita buat semakan balik, rupa-rupanya kita banyak hilang keperibadian. Kita tidak soal tentang keperibadian tetapi banyak pasal kemajuan dan ekonomi. Ada satu pendekatan iaitu budaya berekonomi Malaysia yang akan dibincang. Misalnya Dasar Ekonomi Baru (DEB) masih berada antara 15 peratus dan 18 peratus. Kalau setakat 18 peratus, apa kita buat? Kita kena akui kita sudah silap besar. Pakar mengatakan tidak lebih 18 peratus tetapi kerajaan hendak mengatakan sekurang-kurangnya 23 peratus. Di situpun tidak ada satu angka yang boleh diperakukan terus. Satu lagi sebab kenapa tidak diadakan kongres adalah kebanyakan orang apabila sebut kongres budaya, mereka ingat kebudayaan sahaja. Sedangkan budaya bererti cara hidup. Dalam salah faham begitulah ambil masa sampai 46 tahun.




Apakah keperluan untuk mengadakan Kongres Budaya pada masa sekarang?

RAIS: Sebagai Penasihat Sosiobudaya Kerajaan, saya terasa semenjak saya menjadi Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dahulu lagi, soal hendak mewujudkan budaya tinggi masyarakat kita sentiasa muncul setiap musim dalam erti kata budaya dalam konteks cara hidup, bukan budaya dalam konteks manifestasi seni sahaja. Bermakna cara berfikir, menterjemahkan fikiran, pendidikan kita, cara kita bertindak dalam menghadapi sesuatu masalah secara kumpulan atau individu dan kandungan-kandungan dalam pentadbiran negara. Ini kita anggap sebagai cara hidup. Cara hidup inilah sebenarnya yang melahirkan kebudayaan, waima budinya atau terjemahan kepada manifestasi budaya dalam bentuk seni, kraf dan lain-lain. Kali terakhir kita mempunyai Kongres Budaya adalah tahun 1971, bermakna sudah 46 tahun. Saya sendiri terasa ketinggalan sebab tidak sempat semasa saya menjadi Menteri Kebudayaan dahulu mendapatkan pandangan Perdana Menteri dan kawan-kawan dalam Kabinet, pentingnya untuk diadakan kongres. Sekarang setelah melihat keadaan bangsa Malaysia amnya dan orang Melayu khasnya menghadapi cabaran masa hadapan, kami berpendapat jika tidak diungkai beberapa perkara ulung dalam kehidupan kita, mungkin kita terus digelombangi cara hidup luar dan tidak lagi mempunyai asas-asas kehidupan Melayu, warga Malaysia orang Cina, orang India dan lain-lain. Ini premis yang paling utama, terasa oleh kita selepas 46 tahun. Tempoh hari setelah berbincang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sambil saya menyampaikan surat dan pandangan saya, beliau pun bersetuju supaya kongres ini diadakan semula. Sementelahan pula kongres pada 1971 dirasmikan oleh Tun Abdul Razak Hussein. Jadi, sekarang anakandanya menjadi Perdana Menteri, saya terasa terpanggil untuk meminta persetujuan kerajaan diberi hemah supaya kita mengadakan kongres.

Apakah isu-isu pokok yang akan dibincangkan pada Kongres Budaya kali ini?

RAIS: Saya sedar dengan mengadakan kongres ini bukan semua masalah habis, mungkin ada tambahan yang lain. Tetapi sekurang-kurangnya boleh kita cari nas-nas dan kesedaran-kesedaran baharu, bagaimana kelemahan asas atau perkara yang perlu kita wujudkan semula supaya dapat kita teruskan perjuangannya. Pertamanya, kongres ini (diadakan) untuk mencari asas-asas kehidupan bernilai tinggi. Bukannya soal jawi atau bagaimana jualan akhbar Melayu menurun tetapi nilai-nilai tinggi dalam kehidupan kita, saya dan rakan-rakan dapati ia sudah menurun.
Apakah ertinya nilai-nilai tinggi itu boleh kita senaraikan. Senarai ini nampak seperti budi sudah berkurangan dalam kehidupan kita. Orang Melayu sudah tidak berpegang banyak kepada budi. Nas-nas al-Quran dan hadis elok dalam sebutannya tetapi tidak ada terjemahannya ke bawah.
Selain daripada itu, selepas merdeka tahun 1957, kita masih dapat tandas busuk dan kotor dalam masjid dan surau. Ini saya dapati memang menusuk pemikiran dalaman kita. Disiplin dalam sekolah pun teruk. Masyarakat kita seolah-olah tidak ada panduan yang berkesan untuk mengawal hal-hal seperti itu. Harus kita bincangkan perkara ini walaupun sekarang kita masuk ke bab Transformasi Nasional 2050 (TN50), kita hendak lihat bagaimana Wawasan 2020 tempoh hari gagal atau kurang dan apa yang harus kita masukkan dalam TN50. Jawapannya mudah, mesti ada perkiraannya tentang budaya tinggi yang boleh membawa kita ke tahap tamadun tinggi.


Bagi menerapkan budaya tinggi, sudah tentu aspek pendidikan amat penting. Apakah perlu dibuat perubahan terhadap dasar pendidikan?

RAIS: Saya lihat dalam aspek tamadun tinggi, orang Thailand, Singapura dan Indonesia sudah melumbai kita. Jadi terasa oleh saya, sekarang mesti tengok pendidikan nasional kita. Mungkin inilah yang harus kita bincang bersama di mana masalah timbul dalam konteks pendidikan kita di bawah. Hal-hal ini akan menjadi topik dan bahan pemikiran penting kepada rakan-rakan di kongres itu. Sebahagian besar universiti, badan-badan budaya bukan kerajaan, para guru dan pemimpin masyarakat akan terlibat. Kami akan melibat seramai mungkin pihak yang boleh menyumbangkan cadangan. Topik yang satu lagi ialah cara kita mengolah pendidikan rendah dan prasekolah. Sekarang ini semua longgar. Prasekolahnya longgar dan di sekolah rendah tidak ada penekanan kepada budi dan nilai persekitaran. Sungai kita paling kotor sebab tidak diajar menghormati alam semula jadi. Jadi pihak saya yang selalu memekik mengatakan “Pisau raut bongkok hulu. Bentang tilam tengah halaman. Pasir di laut jadi guru. Alam terbentang pedoman.” Itu pantun lama tetapi orang sudah tidak pakai. Tidak ada hubungan antara pendidikan dengan persekitaran kita.

Mungkinkah Kongres Budaya ini juga diadakan setelah melihat hubungan antara kaum di negara ini yang semakin regang?

RAIS: Satu perkara lagi yang saya rasa penting ialah budaya perpaduan kaum yang di tanah air kita rapuh. Kita lihat sekolah Cina membawa budaya Tionghua dan mereka meneruskan impian mereka. Bahasa mereka jangan sentuh, mereka tahu apa hendak buat. Budaya mereka jangan sentuh, mereka tahu apa hendak buat. Kita tidak ada pendirian itu dalam pembelajaran kita.
Jadi, guru-guru kita tidak lagi diajar silibus budi. Kalau guru tidak cukup asuhan di situ, sampai macam mana kita dapat mewujudkan dalam kalangan anak-anak di bawah. Bagi saya dan kawan-kawan dalam jawatankuasa kongres, inilah masanya untuk kita menilai semula sebelum TN50 menjadi realiti. Dalam hal perpaduan juga kita dapati Rukun Negara “terpijak pergi, terlanjur pulang”. Prinsip penting ini tidak menjadi substantif. Sebaiknya Rukun Negara ini dijadikan sebagai mukadimah kepada Akta Pendidikan. Sekarang ini mereka cap di buku latihan sahaja.

Bagaimana Tan Sri melihat peranan raja dan kerajaan dalam mewujudkan masyarakat berbudaya tinggi?

RAIS: Resolusi daripada kongres itu akan diserahkan kepada dua pihak. Yang pertama sudah tentu Perdana Menteri sendiri dan kita akan pohon beliau supaya secara ikhlasnya bersetuju melihat semula kandungan pendidikan yang membawa kepada budaya tinggi. Kedua, kepada Majlis Raja-Raja. Sebab Raja-raja di negara kita pun sudah berkesempatan menilai. Kebanyakan baginda reaktif dan tidak proaktif dalam mengekalkan adat Melayu. Dalam Perkara 160 Perlembagaan, bahasa Melayu hendaklah ditutur lazim, beragama Islam dan mengamalkan adat-istiadat Melayu atau budaya Melayu. Kita mempersoalkan setakat mana Raja-Raja Melayu mengamalkan dan mempromosi adat Melayu itu sendiri. Adat termasuk bahasa kita, menterjemahkan ajaran-ajaran penting agama, muzik dan cara bercakap beradab tetapi kami lihat ini tidak dapat diamalkan waima di istana dan gerak-geri para sultan kita. Sudah tentu kita dapat kecualikan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah tetapi baginda pun memerlukan pandangan daripada pihak-pihak tertentu.
Teguran kepada institusi raja ini mungkin agak sukar kerana ia perkara agak sensitif.

RAIS: Apakah kita derhaka jika kita beritahu? Saya kira tidak. Sebab agama kita mengajar kita bila kelihatan dalam suasana memerlukan keteguhan, kita perlu berani menegur waima kita terpaksa membawa kepada Majlis Raja-Raja beberapa hal ini. Tersentuh di sini bagaimana Yang di-Pertuan Agong melayani tuntutan hak-hak istimewa orang Melayu. Kalau di negeri, raja-raja. Kalau kita lihat, ia adalah intipati Perlembagaan yang tidak boleh diambil ringan. Selain itu tentang bahasa Melayu yang sudah jelas tidak lagi berbentuk bahasa Melayu yang dapat kita fahami dalam budaya kita. Buku nahu Melayu sekarang seperti buku nahu Inggeris dengan terma-terma sekali. Ringkas sekali boleh kita kata adverba, adjektiva, perbuatan-perbuatan subjek dan predikat. Jadi, tidak ada cara untuk mengolah bahasa Melayu. Ini terasa oleh kita dan mungkin Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) terpaksa merungkai beberapa hal dan itupun jika dipersetujui dalam konteks kita berkerajaan. Jadi, perlu ada kesungguhan daripada pihak diraja dan kerajaan dalam menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa perdagangan. Kalau kedua-dua pihak ini tidak mahu, bahasa Melayu tidak akan terpakai sebab tidak ada nilai komersial dan dagangan. Apabila pergi ke bank, semua perjanjian dalam bahasa Inggeris. Insurans pun begitu.

Apakah aspek budaya tinggi ini tidak diberi penekanan dalam intipati Wawasan 2020 sebelum ini sehingga ia kembali dibangkitkan?

RAIS: Masa Tun Dr. Mahathir Mohamad memang ada kesilapan. Sebab nilai budi dan budaya tidak pernah menjadi utama. Ini sudah ternyata dalam 22 tahun. Cuma dalam Wawasan 2020 ada ungkapan hendak mewujudkan masyarakat penyayang tetapi setakat itu sahaja. Tidak ada akar umbinya untuk dilaksanakan.

05 Mac 2017

-sumber utusan online-

PERTANDINGAN VIDEO PENDEK HIJRAH MERDEKA ONLINE SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1443H/2021M

 “Bersama Menjiwai Hijrah Dan Merdeka” Assalamualaikum wrt wbt, Sukacitanya dimaklumkan bahawa Pertandingan Video Pendek Sempena Majlis Samb...