Friday, September 12, 2014

Undang Luak Jelebu disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Simpang Gelami





JELEBU 12 Sept. - Jenazah Undang Luak Jelebu, Dato' Mendika Menteri Akhirulzaman, Dato' Musa Wahab, tiba di Masjid Kampung Gelami, pada pukul 12.50 tengah hari ini untuk disembahyangkan sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Simpang Gelami, dekat sini.
Terdahulu, pemimpin, pembesar adat dan rakyat menziarah jenazah Almarhum untuk memberikan penghormatan terakhir di Balai Undang Jelebu, Kuala Klawang.
Turut menziarahi ialah Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Dr. Awaludin Said dan beberapa Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri.
Jenazah Almarhum turut diiringi oleh ahli keluarga, Undang Luak Rembau, Dato' Lela Maharaja Dato' Muhamad Sharip Othman, Tunku Besar Tampin Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri serta pembesar lain. - UTUSAN ONLINE.

Jelebu dinobat bandar mampan 2012


Majlis Daerah Jelebu hari ini dipilih untuk menerima Anugerah Bandar Mampan 2012 bersama empat pihak berkuasa tempatan (PBT) lain di Lembah Klang.
Empat PBT lain yang dipilih mendapat anugerah itu adalah Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Majlis Perbandaran Subang Jaya dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya.
Lima PBT itu masing-masing mendapat markah melebihi 90% mengikut piawaian Petunjuk Rangkaian Pembangunan Mampan Bandar-Luar Bandar Malaysia (Murninets).
Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Arpah Abdul Razak berkata anugerah itu menjadi penanda utama kerajaan dalam menilai prestasi PBT dalam meningkatkan kemampanan bandar di Malaysia.
"Bandar yang mencapai indeks lebih 80 peratus dalam Murninets dianggap telah mencapai tahap bandar mampan," katanya mewakili menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan di majlis tersebut.
Sementara itu, Yang Dipertua Jelebu Mohamed Roduan Ujang (gambar) berkata kekuatan Jelebu adalah terletak jauh dari bandar selain dilitupi tumbuhan menghijau.
Katanya, suasana kehidupan di sana juga aman damai dengan indeks jenayah yang kecil dan kurang berlaku kemalangan jalan raya.
"Cuaca di sana agak sejuk dan penduduknya tidak perlu memikirkan kesesakan lalu lintas dengan kemudahan asas yang lengkap disediakan.
"Suasananya sejahtera, tenteram serta tidak diliputi  isu perselisihan‎ kaum dan keagamaan. Itulah antara faktor yang diambil kira. Jadi sesiapa yang ingin tinggal di tempat paling sesuai maka Jelebu wajar menjadi pilihan," katanya ketika ditemui The Malaysian Insider.
Antara aspek yang diambil kira dalam pemilihan Murninets adalah kadar kemiskinan, kempen alam sekitar PBT, peratusan perubahan kawasan hutan, bilangan pusat tarikan pelancong dan lain-lain. – 12 November, 2013.

Thursday, September 11, 2014

Kemangkatan Undang Luak Jelebu





Kemangkatan YTM Dato' Mendika Menteri Akhirulzaman
Undang Luak Jelebu yang ke 15
Dato' HJ Musa bin Wahab

lahir pada 04-09-1937
Mangkat pada 11-09-2014

Al-fatehah..

Thursday, August 21, 2014

DEMOKRASI BERPALIMEN DAN RAJA BERPERLEMBAGAAN

Titah DYMM Sultan Azlan Shah.

Peranan Raja Melebihi Peruntukan Perlembagaan.

"Pengekalan institusi Raja bukan sekadar memenuhi nilai sejarah dan nilai sentimental bangsa.

Sebaliknya, Raja mempunyai peranan untuk memastikan keberkesanan mekanisme semak dan imbang (check and balance) yang dapat membantu memperkukuh institusi demokrasi.

Selaku ketua negara, Raja berperanan sebagai tonggak kestabilan - sumber keadilan, teras perpaduan - payung penyatuan. Secara tersirat, pengekalan institusi Raja adalah satu penerusan mengekalkan identiti sebuah kerajaan berpaksikan Melayu di tanah air warisan bangsa.

Ini merupakan peranan, tugas dan tanggungjawab Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (dan) demikian juga Raja-Raja Melayu yang digariskan berlandaskan konsep Raja Berperlembagaan.

Ini bermakna Raja-Raja ada kuasa dan tanggungjawab kenegaraan yang berlandaskan undang-undang namun Beta pernah mengingkatkan bahawa Raja Pemerintah adalah Raja Pemerintah, sama ada secara mutlak atau secara berperlembagaan.

Perbezaan antara yang satu tidak memiliki batasan kuasa, sedangkan kuasa yang satu lagi berpandukan perlembagaan, tetapi adalah satu kesilapan untuk menganggap kuasa Raja sama dengan Presiden yang tertakluk semata-mata kepada perlembagaan.

Peranan sebenar seorang Raja Pemerintah itu jauh mengatasi apa yang tersurat di dalam Perlembagaan."

Seminar khas Perlembagaan Persekutuan.
Tarikh: 21 Julai 2009

Tuesday, June 17, 2014

Amalan Pemakanan : Merawat Penyakit GOUT.



Elakkan atau kurangkan makanan atau amalan berikut:


·         Elakkan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram.
·         Elakkan segala macam buah-buahan jeruk kering seperti asam boi, buah kana, dll
·         Elakkan segala macam buah-buahan jeruk basah seperti mangga jeruk, ceremai dan anggur jeruk.
·         Elakkan memakan mi segera seperti mi maggi dsb
·         Elakkan memakan makanan rapu seperti twisties, chikadess, o ring dsb
·         Elakkan memakan mi kuning dan roti canai. (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei). Segala produk yang menggunakan tepung putih juga perlu dielakkan seperti roti dan pizza.
·         Elakkan Nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa kerana kandungan utama minuman ini ialah bahan kimia, pewarna dan perisa.
·         Elakkan minum teh kedai kerana teh kedai adalah teh recycle yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.
·         Elakkan chokelat dan minimakan air milo. Gantikan Milo dengan horlick.
·         Elakkan mengambil sebarang air minuman bergas.
·         Elakkan mengambil jambu batu atau jus jambu batu
·         Kurangkan atau minimakan pengambilan durian, rambutan, ciku, mangga siam, mata kucing siam dan longan. (Makan ala kadar sahaja)
·         Elakkan tembikai dan tembikai susu
·         Kurangkan pengambilan kerang, ketam, udang dan sotong. Makan sedikit sahaja dan jangan kerap mengambilnya.
·         Kurangkan mengambil ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang cuma 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan ini. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam yang dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.
·         Bila makan daging, pilih daging tanpa lemak (tendon). Bila makan ayam (kampung) pilih makan bahagian dada dan elakkan bahagian banyak tendon seperti wing (kepak) dan peha.
·         Elakkan makan buah oren seperti oren sunkist, air limau seperti air teh O limau.
·         Elakkan makan cendawan dan produk cendawan termasuk ubat ganoderma
·         Elakkan makan ikan berbisa seperti ikan semilang dan ikan pari.
·         Elakkan makan organ dalaman seperti hempedal, hati, jantung dan tidak ketinggalan telur ikan.
·         Kurangkan makan makanan kari seperti kari ikan dan daging.
·         Elakkan sayur kacang buncis, bayam, petola dan bunga kubis
·          Elakkan berlari dan melompat (gantikan dengan berjalan) bagi yang sudah mengalami gout
·         Elakkan berurut terutamanya di bahagian pinggang
·         Kurangkan atau elakkan pulut, keladi, keledek, kentang dan ubi.
·         Elakkan jering, petai dan kerdas
·         Kurangkan pengambilan minyak kelapa sawit.
·         Elakkan mengambil sebarang supplement seperti multivitamin dsb
·         Elakkan Ikan masin jeruk seperti ikan tenggiri
·         Elakkan sayuran jeruk
·         Elakkan makanan dalam tin seperti sardin dan buah-buahan bertin
·         Elakkan makan telur masin
·         Elakkan cuka makanan tiruan (usahakan cuka makan asli dari apel hijau)
·         Elakkan terjatuh dan berurut di bahagian pinggang.
·         Elakkan menahan terlalu lama daripada membuang air kecil (tahan kencing)
·         Kurangkan makanan bersantan
·         Kurangkan makanan yang mengandungi bahan pewarna, perasa dan pengawet tiruan dan termasuk ajinomoto

Makanan atau amalan yang perlu diamalkan selalu pula ialah:

·         Minum air masak / suam dengan banyak terutama sekali bila masuk tidur. Lebih elok lagi  sampai perlu bangun tidur pukul 3 pagi kerana perlu kencing
·         Amalkan minum teh misai kucing 2 uncang sehari.
·         Makan peria dan peria katak
·         Sawi pahit, kacang botor, kacang panjang, kailan
·         Susu tepung (bukan anelene, HL atau low fat)
·         Minyak zaitun. Satu sudu besar sehari adalah amalan yang disarankan
·         Ulam seperti ulam raja, pucuk gajus, pegaga dsb
·         Buah Delima
·         Epal hijau 2 biji seminggu
·         Burung seperti burung puyuh dan merpati
·         Daging itik, rusa, pelanduk, napuh, landak, arnab dan sebagainya
·         Garam kasar menggantikan garam halus
·         Berendam dalam air panas pada paras pinggang selama 20 minit selepas minum segelas air suam (dalam besen atau pun tab mandi) atau SPA.
·         Makan lebih banyak sayur-sayuran
·         Makan kapsul HABBATUSSAUDA

PERTANDINGAN VIDEO PENDEK HIJRAH MERDEKA ONLINE SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1443H/2021M

 “Bersama Menjiwai Hijrah Dan Merdeka” Assalamualaikum wrt wbt, Sukacitanya dimaklumkan bahawa Pertandingan Video Pendek Sempena Majlis Samb...