Thursday, August 21, 2014

DEMOKRASI BERPALIMEN DAN RAJA BERPERLEMBAGAAN

Titah DYMM Sultan Azlan Shah.

Peranan Raja Melebihi Peruntukan Perlembagaan.

"Pengekalan institusi Raja bukan sekadar memenuhi nilai sejarah dan nilai sentimental bangsa.

Sebaliknya, Raja mempunyai peranan untuk memastikan keberkesanan mekanisme semak dan imbang (check and balance) yang dapat membantu memperkukuh institusi demokrasi.

Selaku ketua negara, Raja berperanan sebagai tonggak kestabilan - sumber keadilan, teras perpaduan - payung penyatuan. Secara tersirat, pengekalan institusi Raja adalah satu penerusan mengekalkan identiti sebuah kerajaan berpaksikan Melayu di tanah air warisan bangsa.

Ini merupakan peranan, tugas dan tanggungjawab Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (dan) demikian juga Raja-Raja Melayu yang digariskan berlandaskan konsep Raja Berperlembagaan.

Ini bermakna Raja-Raja ada kuasa dan tanggungjawab kenegaraan yang berlandaskan undang-undang namun Beta pernah mengingkatkan bahawa Raja Pemerintah adalah Raja Pemerintah, sama ada secara mutlak atau secara berperlembagaan.

Perbezaan antara yang satu tidak memiliki batasan kuasa, sedangkan kuasa yang satu lagi berpandukan perlembagaan, tetapi adalah satu kesilapan untuk menganggap kuasa Raja sama dengan Presiden yang tertakluk semata-mata kepada perlembagaan.

Peranan sebenar seorang Raja Pemerintah itu jauh mengatasi apa yang tersurat di dalam Perlembagaan."

Seminar khas Perlembagaan Persekutuan.
Tarikh: 21 Julai 2009

Tuesday, June 17, 2014

Amalan Pemakanan : Merawat Penyakit GOUT.



Elakkan atau kurangkan makanan atau amalan berikut:


·         Elakkan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram.
·         Elakkan segala macam buah-buahan jeruk kering seperti asam boi, buah kana, dll
·         Elakkan segala macam buah-buahan jeruk basah seperti mangga jeruk, ceremai dan anggur jeruk.
·         Elakkan memakan mi segera seperti mi maggi dsb
·         Elakkan memakan makanan rapu seperti twisties, chikadess, o ring dsb
·         Elakkan memakan mi kuning dan roti canai. (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei). Segala produk yang menggunakan tepung putih juga perlu dielakkan seperti roti dan pizza.
·         Elakkan Nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa kerana kandungan utama minuman ini ialah bahan kimia, pewarna dan perisa.
·         Elakkan minum teh kedai kerana teh kedai adalah teh recycle yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.
·         Elakkan chokelat dan minimakan air milo. Gantikan Milo dengan horlick.
·         Elakkan mengambil sebarang air minuman bergas.
·         Elakkan mengambil jambu batu atau jus jambu batu
·         Kurangkan atau minimakan pengambilan durian, rambutan, ciku, mangga siam, mata kucing siam dan longan. (Makan ala kadar sahaja)
·         Elakkan tembikai dan tembikai susu
·         Kurangkan pengambilan kerang, ketam, udang dan sotong. Makan sedikit sahaja dan jangan kerap mengambilnya.
·         Kurangkan mengambil ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang cuma 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan ini. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam yang dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.
·         Bila makan daging, pilih daging tanpa lemak (tendon). Bila makan ayam (kampung) pilih makan bahagian dada dan elakkan bahagian banyak tendon seperti wing (kepak) dan peha.
·         Elakkan makan buah oren seperti oren sunkist, air limau seperti air teh O limau.
·         Elakkan makan cendawan dan produk cendawan termasuk ubat ganoderma
·         Elakkan makan ikan berbisa seperti ikan semilang dan ikan pari.
·         Elakkan makan organ dalaman seperti hempedal, hati, jantung dan tidak ketinggalan telur ikan.
·         Kurangkan makan makanan kari seperti kari ikan dan daging.
·         Elakkan sayur kacang buncis, bayam, petola dan bunga kubis
·          Elakkan berlari dan melompat (gantikan dengan berjalan) bagi yang sudah mengalami gout
·         Elakkan berurut terutamanya di bahagian pinggang
·         Kurangkan atau elakkan pulut, keladi, keledek, kentang dan ubi.
·         Elakkan jering, petai dan kerdas
·         Kurangkan pengambilan minyak kelapa sawit.
·         Elakkan mengambil sebarang supplement seperti multivitamin dsb
·         Elakkan Ikan masin jeruk seperti ikan tenggiri
·         Elakkan sayuran jeruk
·         Elakkan makanan dalam tin seperti sardin dan buah-buahan bertin
·         Elakkan makan telur masin
·         Elakkan cuka makanan tiruan (usahakan cuka makan asli dari apel hijau)
·         Elakkan terjatuh dan berurut di bahagian pinggang.
·         Elakkan menahan terlalu lama daripada membuang air kecil (tahan kencing)
·         Kurangkan makanan bersantan
·         Kurangkan makanan yang mengandungi bahan pewarna, perasa dan pengawet tiruan dan termasuk ajinomoto

Makanan atau amalan yang perlu diamalkan selalu pula ialah:

·         Minum air masak / suam dengan banyak terutama sekali bila masuk tidur. Lebih elok lagi  sampai perlu bangun tidur pukul 3 pagi kerana perlu kencing
·         Amalkan minum teh misai kucing 2 uncang sehari.
·         Makan peria dan peria katak
·         Sawi pahit, kacang botor, kacang panjang, kailan
·         Susu tepung (bukan anelene, HL atau low fat)
·         Minyak zaitun. Satu sudu besar sehari adalah amalan yang disarankan
·         Ulam seperti ulam raja, pucuk gajus, pegaga dsb
·         Buah Delima
·         Epal hijau 2 biji seminggu
·         Burung seperti burung puyuh dan merpati
·         Daging itik, rusa, pelanduk, napuh, landak, arnab dan sebagainya
·         Garam kasar menggantikan garam halus
·         Berendam dalam air panas pada paras pinggang selama 20 minit selepas minum segelas air suam (dalam besen atau pun tab mandi) atau SPA.
·         Makan lebih banyak sayur-sayuran
·         Makan kapsul HABBATUSSAUDA

Saturday, March 8, 2014

BANYAK BETUL KOPI YANG DICAMPURKAN DENGAN UBAT KUAT SILDENAFIL



Kementerian Kesihatan mengesan 40 jenis minuman segera dijual di pasaran mengandungi bahan beracun dan kimia seperti Sildenafil, Tadalafil, Vardenafil dan Sibutramine yang boleh membawa maut jika diambil tanpa pengawasan doktor.



Kebanyakan produk itu didapati dicampuri bahan racun berjadual yang digunakan sebagai perangsang seks dan bahan pelangsing yang kebanyakannya dibungkus di kilang haram di negara ini.

Penggunaan bahan perangsang seks seperti Sildenafil, Tadalafil dan Verdabafil tanpa pengawasan doktor boleh membawa kesan sampingan yang serius seperti tekanan darah rendah dan pengguna yang mengambilnya akan berasa pening dan pengsan.

Penggunaan bahan pelangsing seperti Sibutramine pula boleh menyebabkan kesan kepada saraf otak serta menyerang organ badan lain sehingga mengakibatkan pengguna mengalami masalah mental dan psikosis.

Sekiranya ia bercampur dengan bahan nitrat yang ada dalam ubatan lain, ia boleh menyebabkan kesan kardiovascular atau serangan jantung.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penguat Kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan, Mazlan Ismail, berkata ada dua kategori produk minuman segera di pasaran di negara ini, iaitu produk yang asli serta selamat diminum dan minuman erotik yang sudah dicampurkan bahan kimia aktif.

“Bahan kimia ini sangat berbahaya sekiranya produk itu digunakan oleh mereka yang mempunyai sakit jantung atau buah pinggang atau mempunyai masalah lain kerana kesan sampinganya boleh membawa maut,” katanya kepada Berita Harian.

Tinjauan Berita Harian di beberapa lokasi di sini, termasuk sekitar Jalan Raja Bot, Jalan Chow Kit dan Jalan Raja Abdullah mendapati kebanyakan produk terbabit yang sudah diharamkan Kementerian Kesihatan masih dijual secara terbuka.

Kebanyakan produk itu didapati dijual warga asing yang tidak mengetahui kesan langsung penggunaannya.

Mazlan berkata, minuman yang sudah dicampur racun dan bahan kimia dapat dikesan dari segi harga jualannya yang tinggi, iaitu RM5 sepaket berbanding produk asli yang hanya dijual pada harga RM1 hinggan RM 1.50 sepaket.

“Selain itu, paketnya ada imej erotik seperti gambar wanita seksi seolah-olah mempromosi kekuatan seksual atau kaedah melangsingkan badan dengan cara mudah dan pantas.

“Kita menasihatkan orang ramai supaya jangan membeli atau menggunakan produk yang dicampuri bahan racun berjadual itu kerana ia boleh membawa maut,” katanya.

Mazlan berkata, di Malaysia, penggunaan Sildenafil, Tadalafil dan Verdanafil biasa digunakan bagi rawatan mati pucuk bagi lelaki yang sudah mendapatkan pengesahan doktor bertauliah, namun dewasa ini penggunaannya disalahgunakan untuk kepuasan seks yang melampau.

“Sifat bahan terbabit yang aktif dan berkesan dieksploitasi golongan pencari keuntungan yang tidak beretika serta tidak menghiraukan kesan buruknya terhadap individu dan masyarakat,” katanya.

Antara produk minuman segera yang dikenal pasti dicampur dengan bahan terlarang dan sudah diuji Bahagian Penguatkuasaan Farmasi Kementerian Kesihatan adalah;

Café Abang Yes
Candi Gold
Candy 193
Extend Up Energy Drink
Extremen
Extrewomen
Goji Guarana
Goji Guarana Extra
Goji More
Goji Yumberry
Guara Café
HBW Ice Lemon Tea
Hotton Vitality Candy
Ie2 O
King Cappucino
Knight Cofee
Kolek Café Power Plus
Kopi Angguk
Kopi Asmara
Kopi Bagus AAA
Kopi Campuran Kedai Kopi Ali Bagus
Kopi Pahlawan
Kopi Super Angguk
Kopi Tenaga Tok Lebai Plus
Maca Max
Macagin Ginseng Candy
Mentalk Candy
Nexus MXP
Night Café
Red Energizer Candy for Men
Royal Beverage Maqrifatun
Sasanergy Drink
Trica Jus
Tri-Max
True SR
Vigor Candy
Vitca-F
Vitca-M
Winnie Beauty V1
XKL Sky Fruit Juice Premix.

Sumber : Berita Harian, Isnin, 15/08/2011

Wednesday, November 20, 2013

Suara parti, suara kerajaan

DALAM satu tulisan di blognya baru-baru ini, A. Kadir Jasin mengeluh tentang sulitnya memisahkan antara UMNO dan kerajaan. Garis pemisah antara parti itu dengan kerajaan sudah semakin kabur — sejak UMNO takut mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden kesan trauma pemilihan pada 1987, katanya. Jawatan Perdana Menteri seolah-olah penentu kepada jawatan Presiden UMNO.

Kadir mengeluh kerana apabila kerajaan tidak popular maka UMNO juga jadi tidak popular "sebab orang ramai keliru antara UMNO dan kerajaan, kerajaan dan UMNO."

Ini bukan kali pertama Kadir membangkitkan soal pemisahan kuasa antara UMNO dan kerajaan. Awal tahun ini, di blog yang sama, beliau menyuarakan cerita yang sama dan bertanya: "Masih adakah tempat orang Melayu bergantung?"

Kadir dalam satu wawancara dalamAnalisis Awanibaru-baru ini sekali lagi menyentuh perkara itu. "Saya bimbang UMNO tidak lagi dapat meyakinkan ahli-ahlinya sendiri khasnya dan orang Melayu amnya untuk terus menyokong UMNO dan untuk terus bergantung kepada UMNO sebagai parti induk di negara kita," katanya.


Pertanyaan itu adalahhal-hal yang tidak selesai bagi Kadirkerana beliau pernah membangkitkannya kira-kira 17 tahun lalu. Ketika itu, beliau menulis sebuah rencana dengan tajukSuara UMNO, Melayu dan kerajaan. Tulisannya itu disiarkan diMingguan Malaysiapada 18 Februari 1996. Tulisan itu mencetuskan polemik dalam akhbar dan majalah berbahasa Melayu yang berlarutan sekurang-kurangnya selama dua bulan.
 
Dalam tulisannya itu beliau melontarkan beberapa soalan, antaranya: Siapakah yang berada dalam struktur kuasa yang bercakap bagi pihak orang Melayu mengenai bahasa, budaya, pendidikan dan ekonomi? Apakah suara kerajaan yang ramai perwakilan Melayu boleh dianggap sebagai suara orang Melayu? Apakah UMNO suara mutlak orang Melayu?
 
Tiga minggu selepas tulisan itu tersiar, Tun Daim Zainuddin mengulas pertanyaan-pertanyaan Kadir melalui satu rencana bertajukOrang Melayu Hilang Keberanian. Rencana itu diterbitkan pada 10 Mac 1996 juga diMingguan Malaysia. Tulisan Daim pendek sahaja tapi padat dan menyengat.

Daim yang setuju dengan pandangan Kadir menyalahkan akhbar Melayu kerana "begitu berjaya sekali membisukan suara Melayu". Menurut Daim, oleh kerana pemimpin Melayu dalam kerajaan adalah pemimpin kanan UMNO, apa yang dibuat oleh kerajaan semuanya dianggap baik. Akhbar Melayu akan menghentam mereka yang menegur kerajaan atau pandangan mereka itu tidak dihiraukan.

Pemimpin UMNO pula takut untuk bersuara kerana kedudukan kuasa yang ada pada mereka itu dilihat sebagai papan lonjak untuk jadi kaya. Makanya, kata Daim, orang Melayu menyokong kerajaan secara buta tuli. Orang Melayu "tidak berani menyoal lagi; tidak berani bersuara lagi; takut dituduh anti itu, anti ini". Orang Melayu mahu jaga periuk nasi sehingga tidak sanggup menyoal apa-apa.

"Inikah Melayu yang mahu kita bariskan?" Tanya Daim. Beliau kemudian menutup tulisan pendeknya itu dengan satu cabaran: "Kita mahu Melayu yang berani beri buah fikiran. Melayu mesti melahirkan pemimpin yang berani mengeluarkan fikiran bernas kalau mahu terus maju."

Polemik yang timbul susulan tulisan Kadir dan reaksi Daim itu disertai oleh cerdik pandai Melayu daripada pelbagai latar belakang. Ia membincangkan persoalan-persoalan berikut: Apakah benar orang takut memberikan pendapat? Adakah akhbar keberatan menyiarkan pandangan yang bertentangan dengan pendirian kerajaan? Adakah cerdik pandai Melayu takut bersuara kerana menjaga kepentingan dan kedudukan peribadi? Apakah golongan cerdik pandai diketepikan atau mereka sebenarnya meminggirkan diri?

Apa yang diketengahkan oleh Kadir dan Daim 17 tahun lalu itu wajar untuk kita renung semula biarpun dalam beberapa hal, keadaannya mungkin tidak lagi sama sekarang. Landskap media sudah berubah dengan munculnya laman web berita yang pemberitaannya memenuhi kekosongan yang (sengaja) ditinggalkan oleh media arus perdana. Landskap politik juga tidak lagi sama.

Pilihan raya umum pada 2008 telah mengubah peta politik negara. Perubahan itu dikukuhkan lagi dengan keputusan pilihan raya umum 2013 pada Mei lepas. Dua pilihan raya itu jelas menunjukkan bagaimana orang Melayu sebenarnya sudah tidak lagi bergantung nasib sepenuhnya kepada UMNO. Mereka kini sudah ada pilihan iaitu Parti Keadilan Rakyat, PAS dan DAP yang membentuk kerjasama longgar dalam Pakatan Rakyat.

Itu sebabnya apabila UMNO menyuarakan soal perpaduan Melayu dengan PAS misalnya, tidak banyak orang yakin hasrat itu akan tercapai. Ini kerana perpaduan itu dilihat dalam kerangka bahawa hanya ada satu wadah saja yang boleh menaungi orang Melayu — sedangkan orang Melayu sudah berubah. UMNO kata PAS mesti bubar; PAS juga kata UMNO mesti bubar — barulah orang Melayu bersatu. Tetapi orang Melayu sudah jauh maju pemikirannya meninggalkan cara pemimpin politik berfikir kerana mereka tidak lagi bergantung harap hanya kepada UMNO atau PAS sahaja.

Selebihnya, ada pula NGO. Apabila UMNO terperosok selepas pilihan raya umum pada 2008 dan dilihat tidak lagi memahami keresahan orang Melayu, muncul pula NGO yang menjuarai suara orang Melayu khususnya Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa). Ketika UMNO dilihat membisu kepada beberapa isu mendesak yang melibatkan orang Melayu, badan seperti Perkasa duduk di depan membawa suara orang Melayu.

Kempen memansuhkan pelaksanaan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) juga bukannya digerakkan oleh UMNO tetapi penulis, seniman, budayawan dan ahli akademik serta cerdik pandai Melayu yang kebanyakannya tidak ada kena-mengena dengan UMNO. Dalam isu rundingan perjanjian perdagangan bebas dengan 11 negara yang dikenali sebagai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik pun sama 
— kita mendengar suara yang lebih lantang daripada NGO.

Tetapi 
— kita jujur saja dengan diri sendiri  tiadanya suara lantang dalam parti bukan masalah UMNO semata-mata. Itu juga masalah parti-parti yang membentuk Pakatan Rakyat yang sekarang mentadbir beberapa negeri. Sedar tidak sedar, apabila jadi kerajaan mereka yang tidak pernah henti mengutuk UMNO itu perlahan-lahan jadi tidak ubah seperti parti yang mereka kecam itu: 2 x 5.

Inilah krisis kita; krisis zaman ini. Seolah-olahnya, di negeri ini hanya ada satu suara saja yang boleh diterima. Berbeza pandangan semacam jadi satu dosa. Kita bangga mengaku sebagai sebuah masyarakat yang rencam budaya tetapi tidak pula menerima sepenuhnya kepelbagaian itu. Parti-parti politik bangga memukul canang kononnya parti dia sajalah yang lebih demokrasi daripada parti orang lain tetapi tanpa sedar parti dia juga ikut sama memaksa pemikiran yang tunggal atau monolitik.

Ini menjadikan proses pembetulan, pembaikan atau perubahan dari dalam cukup sukar untuk dilakukan oleh parti politik. Parti politik banyak melakukan perubahan dengan desakan yang datang dari luar dan bukannya dari dalam. Ini kerana suara berani yang ada dalam parti politik adalah suara yang akan tenggelam atau terdengar sumbang kerana tidak senada dengan suara parti yang juga suara kerajaan.


Noor Azam Shairi

PERTANDINGAN VIDEO PENDEK HIJRAH MERDEKA ONLINE SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1443H/2021M

 “Bersama Menjiwai Hijrah Dan Merdeka” Assalamualaikum wrt wbt, Sukacitanya dimaklumkan bahawa Pertandingan Video Pendek Sempena Majlis Samb...