Thursday, April 14, 2016

Mesej Dr. Zakir untuk umat sejagat

Pertubuhan Multaqa Asatizah & Du’at (Murshid) atau Himpunan Para Ustaz & Pendakwah, menyokong aktiviti dan jelajah dakwah oleh Dr. Zakir Naik dan mengalu-alukan kedatangan beliau dalam mewarnai arena dakwah negara. Tambahan pula beliau pernah dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah oleh kerajaan Malaysia pada tahun 2013.
Dr. Zakir mempunyai pengalaman luas dan mempunyai kepakaran dalam dialog antara agama termasuk menjelaskan hujah-hujah penolakan terhadap golongan ateis, evolusi dan seumpamanya secara ilmiah dan berhikmah berdasarkan manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah. Beliau juga berkebolehan dalam membawakan hujah logik akal yang baik bagi menjawab persoalan yang diutarakan.
Selain itu, beliau banyak menjawab kempen Islamofobia, salah faham terhadap jihad dan keganasan (terrorisme) yang sering dikaitkan dengan Islam. Latar belakang beliau sebagai seorang doktor perubatan juga banyak membantu dalam menjawab persoalan berkaitan Islam dan sains seperti yang sering timbul dalam masyarakat moden pada hari ini.
Justeru, segala pengetahuan dan pengalaman serta hujah ilmiah beliau wajar dan sesuai dikongsi bersama dengan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Beliau dengan bebasnya dibenarkan melaksanakan aktiviti ceramah beliau di India tanpa sebarang halangan daripada kerajaan India, malah tiada timbul ketegangan dan ketidakharmonian kepada masyarakat berbilang kaum.
Pihak kami turut menyeru pihak berkuasa khususnya polis agar tidak tergesa-gesa dalam menghalang ceramah beliau, malah sepatutnya diberikan alternatif lebih ringan seperti menukar tajuk kepada yang kurang sensitif, menukar lokasi agar sedikit tertutup seperti di premis persendirian.
Langkah ini lebih sihat bagi menghormati hak pihak penganjur dan rakyat jelata dalam kalangan Muslim khususnya yang ingin menimba ilmu daripada Dr. Zakir.
Sebenarnya ceramah terbabit adalah buat umat Islam dan sekiranya penganut agama Hindu berasa tergugat, pihak polis boleh sahaja mencadangkan agar tajuk di UTEM sebagai contohnya ditukar agar tidak perlu berkait dengan agama Hindu.
Kita tidak mahu kelak nanti akan menjadi trend iaitu setiap penceramah agama dari pelbagai agama yang dijemput memberi ceramah kepada penganutnya, tiba-tiba boleh wujud kumpulan daripada agama lain yang membantah dengan alasan remeh dan tuduhan tanpa pembuktian kukuh, lalu akhirnya disekat dengan alasan menjaga keharmonian awam.
Pihak Murshid ingin sekali lagi meminta pihak berkuasa mengkaji semula sebarang bentuk tindakan penyekatan mahupun penguatkuasaan, agar isu ini boleh dilihat sebagai saksama dan adil, apatah lagi berdasarkan semangat dan roh Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan yang mengangkat Islam sebagai Agama Persekutuan negara ini.
Menghalang usaha dakwah yang murni ini seolah-olah tidak selari dengan kedudukan dan kedaulatan Islam sebagai agama rasmi. Pada hemat kami, tiada isu keselamatan mahupun faktor-faktor yang mampu menggugat keamanan, kestabilan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
Menjadi permintaan Murshid khasnya kepada kelompok tertentu dalam kalangan saudara senegara yang berlainan agama agar menghormati kedudukan kepentingan agama Islam dan penganutnya atas dasar keharmonian dan kebebasan beramal dengan agama masing-masing yang selama ini dihormati dan diraikan.
DR. ZAHARUDDIN 
ABDUL RAHMAN
Presiden Murshid
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/forum/mesej-dr-zakir-untuk-umat-sejagat-1.253866#sthash.bRYoGiD8.dpuf



Pertubuhan Multaqa Asatizah & Du’at (Murshid) atau Himpunan Para Ustaz & Pendakwah, menyokong aktiviti dan jelajah dakwah oleh Dr. Zakir Naik dan mengalu-alukan kedatangan beliau dalam mewarnai arena dakwah negara. Tambahan pula beliau pernah dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah oleh kerajaan Malaysia pada tahun 2013. Dr. Zakir mempunyai pengalaman luas dan mempunyai kepakaran dalam dialog antara agama termasuk menjelaskan hujah-hujah penolakan terhadap golongan ateis, evolusi dan seumpamanya secara ilmiah dan berhikmah berdasarkan manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah. Beliau juga berkebolehan dalam membawakan hujah logik akal yang baik bagi menjawab persoalan yang diutarakan.
Selain itu, beliau banyak menjawab kempen Islamofobia, salah faham terhadap jihad dan keganasan (terrorisme) yang sering dikaitkan dengan Islam. Latar belakang beliau sebagai seorang doktor perubatan juga banyak membantu dalam menjawab persoalan berkaitan Islam dan sains seperti yang sering timbul dalam masyarakat moden pada hari ini. Justeru, segala pengetahuan dan pengalaman serta hujah ilmiah beliau wajar dan sesuai dikongsi bersama dengan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Beliau dengan bebasnya dibenarkan melaksanakan aktiviti ceramah beliau di India tanpa sebarang halangan daripada kerajaan India, malah tiada timbul ketegangan dan ketidakharmonian kepada masyarakat berbilang kaum.
Pihak kami turut menyeru pihak berkuasa khususnya polis agar tidak tergesa-gesa dalam menghalang ceramah beliau, malah sepatutnya diberikan alternatif lebih ringan seperti menukar tajuk kepada yang kurang sensitif, menukar lokasi agar sedikit tertutup seperti di premis persendirian.

Langkah ini lebih sihat bagi menghormati hak pihak penganjur dan rakyat jelata dalam kalangan Muslim khususnya yang ingin menimba ilmu daripada Dr. Zakir. Sebenarnya ceramah terbabit adalah buat umat Islam dan sekiranya penganut agama Hindu berasa tergugat, pihak polis boleh sahaja mencadangkan agar tajuk di UTEM sebagai contohnya ditukar agar tidak perlu berkait dengan agama Hindu. Kita tidak mahu kelak nanti akan menjadi trend iaitu setiap penceramah agama dari pelbagai agama yang dijemput memberi ceramah kepada penganutnya, tiba-tiba boleh wujud kumpulan daripada agama lain yang membantah dengan alasan remeh dan tuduhan tanpa pembuktian kukuh, lalu akhirnya disekat dengan alasan menjaga keharmonian awam.

Pihak Murshid ingin sekali lagi meminta pihak berkuasa mengkaji semula sebarang bentuk tindakan penyekatan mahupun penguatkuasaan, agar isu ini boleh dilihat sebagai saksama dan adil, apatah lagi berdasarkan semangat dan roh Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan yang mengangkat Islam sebagai Agama Persekutuan negara ini. Menghalang usaha dakwah yang murni ini seolah-olah tidak selari dengan kedudukan dan kedaulatan Islam sebagai agama rasmi. Pada hemat kami, tiada isu keselamatan mahupun faktor-faktor yang mampu menggugat keamanan, kestabilan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
Menjadi permintaan Murshid khasnya kepada kelompok tertentu dalam kalangan saudara senegara yang berlainan agama agar menghormati kedudukan kepentingan agama Islam dan penganutnya atas dasar keharmonian dan kebebasan beramal dengan agama masing-masing yang selama ini dihormati dan diraikan.

DR. ZAHARUDDIN ABDUL RAHMAN
Presiden Murshid 

sumber utusan online

Pertubuhan Multaqa Asatizah & Du’at (Murshid) atau Himpunan Para Ustaz & Pendakwah, menyokong aktiviti dan jelajah dakwah oleh Dr. Zakir Naik dan mengalu-alukan kedatangan beliau dalam mewarnai arena dakwah negara. Tambahan pula beliau pernah dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah oleh kerajaan Malaysia pada tahun 2013.
Dr. Zakir mempunyai pengalaman luas dan mempunyai kepakaran dalam dialog antara agama termasuk menjelaskan hujah-hujah penolakan terhadap golongan ateis, evolusi dan seumpamanya secara ilmiah dan berhikmah berdasarkan manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah. Beliau juga berkebolehan dalam membawakan hujah logik akal yang baik bagi menjawab persoalan yang diutarakan.
Selain itu, beliau banyak menjawab kempen Islamofobia, salah faham terhadap jihad dan keganasan (terrorisme) yang sering dikaitkan dengan Islam. Latar belakang beliau sebagai seorang doktor perubatan juga banyak membantu dalam menjawab persoalan berkaitan Islam dan sains seperti yang sering timbul dalam masyarakat moden pada hari ini.
Justeru, segala pengetahuan dan pengalaman serta hujah ilmiah beliau wajar dan sesuai dikongsi bersama dengan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Beliau dengan bebasnya dibenarkan melaksanakan aktiviti ceramah beliau di India tanpa sebarang halangan daripada kerajaan India, malah tiada timbul ketegangan dan ketidakharmonian kepada masyarakat berbilang kaum.
Pihak kami turut menyeru pihak berkuasa khususnya polis agar tidak tergesa-gesa dalam menghalang ceramah beliau, malah sepatutnya diberikan alternatif lebih ringan seperti menukar tajuk kepada yang kurang sensitif, menukar lokasi agar sedikit tertutup seperti di premis persendirian.
Langkah ini lebih sihat bagi menghormati hak pihak penganjur dan rakyat jelata dalam kalangan Muslim khususnya yang ingin menimba ilmu daripada Dr. Zakir.
Sebenarnya ceramah terbabit adalah buat umat Islam dan sekiranya penganut agama Hindu berasa tergugat, pihak polis boleh sahaja mencadangkan agar tajuk di UTEM sebagai contohnya ditukar agar tidak perlu berkait dengan agama Hindu.
Kita tidak mahu kelak nanti akan menjadi trend iaitu setiap penceramah agama dari pelbagai agama yang dijemput memberi ceramah kepada penganutnya, tiba-tiba boleh wujud kumpulan daripada agama lain yang membantah dengan alasan remeh dan tuduhan tanpa pembuktian kukuh, lalu akhirnya disekat dengan alasan menjaga keharmonian awam.
Pihak Murshid ingin sekali lagi meminta pihak berkuasa mengkaji semula sebarang bentuk tindakan penyekatan mahupun penguatkuasaan, agar isu ini boleh dilihat sebagai saksama dan adil, apatah lagi berdasarkan semangat dan roh Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan yang mengangkat Islam sebagai Agama Persekutuan negara ini.
Menghalang usaha dakwah yang murni ini seolah-olah tidak selari dengan kedudukan dan kedaulatan Islam sebagai agama rasmi. Pada hemat kami, tiada isu keselamatan mahupun faktor-faktor yang mampu menggugat keamanan, kestabilan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
Menjadi permintaan Murshid khasnya kepada kelompok tertentu dalam kalangan saudara senegara yang berlainan agama agar menghormati kedudukan kepentingan agama Islam dan penganutnya atas dasar keharmonian dan kebebasan beramal dengan agama masing-masing yang selama ini dihormati dan diraikan.
DR. ZAHARUDDIN 
ABDUL RAHMAN
Presiden Murshid
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/forum/mesej-dr-zakir-untuk-umat-sejagat-1.253866#sthash.bRYoGiD8.dpuf

Zakir Naik Berterima Kasih Kepada Hindraf

UALA LUMPUR – Pendakwah terkenal, Dr. Zakir Naik menyifatkan tentangan daripada sesetengah pihak memberikan publisiti percuma buatnya.

Zakir berkata, disebabkan penentangan itu membuatkan dua parti yang mempunyai pengikut terbesar agama Islam (Pas dan UMNO) turut membelanya, sekali gus ‘menyatukan’ parti itu.

“Saya berterima kasih kepada Hindraf kerana memberi publisiti percuma kepada saya. Sekarang semakin ramai yang datang mendengar syarahan saya.

“Saya gembira apabila tentangan itu membuka mata dua parti politik Islam di Malaysia iaitu UMNO dan Pas untuk bersatu,”katanya memetik laporan sebuah portal.

Beliau berkata, apabila musuh datang, nampak umat Islam semakin bersatu. Itu cabaran biasa sebagai pendakwah. Itu sifat manusia biasa apabila ada yang suka dan tidak suka.

Tambahnya, jika perkara itu dapat menyatukan umat Islam, beliau berharap agar Allah s.w.t memberkati usaha tersebut.

Menurutnya, beliau akur dengan permintaan pihak berkuasa ke atas perubahan tajuk syarahan umum yang bakal dianjurkan di Melaka

Zakir berkata, sebagai penceramah versatile, beliau perlu bersedia dengan sebarang perubahan termasuk menukar tajuk syarahan walaupun pada saat akhir.

“Dengan insiden ini, saya dapat rasakan jumlah kehadiran orang ramai ke syarahan umum saya di Melaka akan bertambah. Saya dapat rasakan penduduk Melaka semakin tidak sabar menantikan kehadiran saya,” katanya di pekarangan Sekolah Menengah Imtiaz Besut, Terengganu malam tadi.

Berucap di hadapan lebih 5,000 orang termasuk Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh, beliau turut memaklumkan kedatangannya ke Malaysia adalah kali keenam dalam tempoh 20 tahun dan pada setiap kalinya semakin bertambah.-SuaraTV

Dr Zakir Sedih Tuduhan Kafir Sesama Islam

KUALA TERENGGANU – Dr Zakir Naik yang ceramahnya di Melaka pada Ahad ini diarahkan batal oleh pihak berkuasa atas alasan keselamatan, melahirkan rasa kesal atas sikap sebilangan orang Islam yang begitu mudah melabel dan menuduh saudara seagama sebagai kafir.

“Saya sedih melihat keadaan seperti ini, sangat banyak berlaku dalam kalangan umat Islam. Ada orang Islam dengan mudah tuduh saudara seagama sebagai kafir hanya kerana berbeza pendapat atau tidak sehaluan,” katanya.

Menurut pendakwah yang berasal dari India itu, masalah besar bagi umat Islam ialah mereka cenderung untuk memperbesarkan perbezaan walaupun hanya melibatkan isu-isu yang kecil atau remeh.

“Perbezaan apabila diperbesarkan, akan membawa kepada perbalahan. Akhirnya berlaku perpecahan dalam masyarakat, dan inilah yang melemahkan kita, umat Islam,” katanya ketika menyampaikan syarahan bertajuk The Importance of Unity Among The Muslim Ummah di sini, kelmarin.

“Apa yang membuatkan saya berasa sedih dan risau adalah apabila melihat perpecahan dalam kalangan orang Islam semakin membimbangkan mutakhir ini,” katanya.

Beliau berkata, perbalahan yang berlaku bukan sahaja melemahkan kekuatan Islam tetapi secara tidak langsung turut memberi gambaran negatif mengenai Islam kepada penganut agama lain.

“Melihat apa yang berlaku, mereka percaya, itulah Islam sedangkan sikap-sikap yang negatif seperti itu bukanlah daripada ajaran Islam yang sebenar,” katanya.

Zakir berkata, perpaduan dalam kalangan umat Islam ketika ini bukan sahaja dilihat lemah, malah dalam keadaan berpecah belah dan mudah pula untuk tuduh menuduh antara satu sama lain, meskipun dalam perkara yang remeh-temeh.

Ceramah itu diadakan sempena Program Jelajah Terengganu di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak dan turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman serta pemimpin-pemimpin negeri lain.

Sebagai jalan penyelesaian kata beliau, umat Islam yang berpegang teguh kepada ajaran agama yang sebenar, tidak akan sesekali memperlakukan orang lain terutamanya saudara seagama dengan gelaran yang tidak baik, apatah lagi dengan melabel seseorang itu sebagai kafir.

“Umat Islam ketika ini dilihat lemah kerana bukan sahaja sering mengkritik sesama sendiri, namun sanggup menggelar saudara seagama dengan gelaran yang tidak sewajarnya. Mereka amat mudah melakukannya.

“Sedangkan dalam Al-Quran telah menjelaskan bahawa kita dilarang menggelar saudara seagama yang lain sebagai kafir. Saya menyeru semua umat Islam untuk kembali bersatu padu dan bergerak di atas ajaran Islam yang sebenarnya,” katanya.

Lebih 30,000 orang menghadiri ceramah disampaikan tokoh perbandingan agama yang terkenal di seluruh dunia itu.

Selain program tersebut, Zakir menyampaikan syarahan bertajuk Islam The Solution For Humanity di Masjid Pusat Islam Sultan Mahmud, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) semalam dan hari ini di Sekolah Menengah Imtiaz Besut dengan ceramah bertajuk Does God Exist?

Syarahan terakhir beliau di negeri ini adalah di Padang Astaka, Kemaman dengan tajuk syarahan Muslim Choice-Dakwah or Destruction pada Khamis ini. – Sinar

Dr. Zakir Dibenar Teruskan Ceramah Di Melaka – TPM

PUTRAJAYA – Kerajaan mengambil keputusan untuk membenarkan penceramah, Dr. Zakir Naik meneruskan ceramah beliau di Melaka pada 17 April ini dengan syarat, program tersebut ditukar namanya.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan pihak polis membatalkan ceramah bertajuk ‘Similarities Between Hinduism and Islam’ itu sebelum ini adalah berdasarkan aduan bukan sahaja daripada masyarakat beragama Hindu tetapi juga daripada pemimpin agama Islam.

“Kerajaan memutuskan ada kompromi dan berbincang dengan Ketua Menteri Melaka untuk ceramah itu diteruskan dengan tajuk yang lain,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Lab Panel Majlis Perundingan Islam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Timbalannya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

Polis semalam tidak membenarkan pe­nganjuran forum dengan nama tersebut yang menampilkan Dr. Zakir di Dewan Besar Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) pada 17 April ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan, program tersebut dikhuatiri boleh mengancam ketenteraman dan ke­selamatan negara kerana menyentuh sensitiviti agama.

Jelasnya, program seumpama itu juga tidak mendatangkan kebaikan kepada masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. – UTUSAN

Asri Tawar Zakir Naik Ceramah Di Perlis

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas dari India, Dr Zakir Naik boleh menyampaikan ceramah di Perlis jika program ceramah beliau di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) dibatalkan kata Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Menurut Asri, beliau telah membincangkan perkara itu dan mendapat persetujuan daripada Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

“Alhamdulillah, saya telah mendapat perkenan DYTM Raja Muda Perlis untuk menjemput Dr Zakir Naik ke Perlis.

“Oleh itu jika ceramah beliau di Melaka digagalkan, InshaAllah Perlis terbuka untuk beliau. Saya sudah bercakap dengan penganjur dan menunggu perkembangan seterusnya,” katanya di laman sosial Facebook beliau.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pagi tadi membuat keputusan membatalkan program Zakir Naik di UTEM atas faktor keselamatan.

Zakir Naik dijadualkan akan berada di UTEM bagi menyampaikan cermah yang bertajuk ‘Persamaan Antara Hinduisme dan Islam’ bermula petang ini sehingga malam.

Semalam Zakir Naik mengadakan program di Terengganu dihadiri oleh 30,000 orang ramai pada majlis yang diadakan hasil inisiatif Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Kehadiran Zakir Naik ke negara ini mendapat bantahan Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (HINDRAF) dan Pemuda MIC kerana bimbang ia akan menyentuh sensitivi agama.

Polis Arah Penganjur Batal Program Zakir Naik Di Melaka

KUALA LUMPUR – Polis mengarahkan pihak penganjur forum penceramah antarabangsa, Dr Zakir Naik yang akan berlangsung di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) pada 17 April ini, dibatalkan.

Arahan supaya membatalkan forum bertajuk Similarites Between Hinduism & Islam (Persamaan antara Hinduism & Islam) dikeluarkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid bagi memastikan ketenteraman awam di negara ini terjaga.

Katanya, pihak polis berpendapat forum yang membincangkan dua agama berbeza tidak akan mendatangkan apa-apa kebaikan kepada masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.

“Saya menasihatkan penganjur berkenaan supaya membatalkan segera program itu daripada diadakan demi menjaga keharmonian dan ketenteraman awam di negara kita.

“Kami berpandangan bahawa apabila penceramah-penceramah membincangkan perkara melibatkan persamaan dua agama (persamaan antara Hinduism dan Islam), mereka tidak akan lari daripada membincangkan keburukan mengenai satu agama yang lain yang dilihat tidak sihat untuk negara kita. perlu dibatalkan segera,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Polis di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman hari ini.

Khalid berkata, bagi memastikan arahan segera itu dipatuhi, penganjur berkenaan akan dipanggil pagi ini untuk membatalkan forum itu seperti yang disyor dan dinasihatkan polis.

“Forum sebegini perlu dihentikan, kita buat keputusan ini atas dasar logik dan berpatutan, kalau tidak sesuai, kita perlu beritahu ia mengancam ketenteraman awam.

“Saya harap penganjur ikut arahan, tidak berdegil,” katanya.

Sementara itu, penganjur forum akan mengadakan sidang akhbar pada jam 4 petang bagi memaklumkan perkembangan terkini bantahan itu.

Kedatangan Dr Zakir ke negara ini ini mendapat bantahan parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kerana didakwa pernah menghina agama lain.

Tokoh Maal Hijrah 2013 itu pernah dilarang masuk ke Singapura dan United Kingdom.

Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin bagaimanapun mempertahankan Dr Zakir kerana beliau seorang pendakwah yang terkenal di dunia dan kuliahnya telah meyakinkan beribu orang untuk memeluk Islam.

“Ribuan manusia menganut Islam kerana ceramahnya. Jutaan muslim mendapat manfaat dari penghujahannya,” kata Asri.

Zakir Naik Keluar Kos Sendiri Di Terengganu

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Negeri Terengganu tidak mengeluarkan perbelanjaan besar untuk membawa tokoh pendakwah terkenal Dr Zakir Naik ke negeri itu, kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Beliau menjelaskan kerajaan negeri hanya mengeluarkan perbelanjaan untuk penginapan dan makan tokoh ilmuan Islam manakala perbelanjaan lain dibiayai sendiri oleh Dr Zakir menerusi Islamic Research Foundation.

“Kerajaan negeri hanya menyediakan (menanggung) penginapan dan makan minum sepanjang beliau berada di sini,” katanya ketika dihubungi Bernama malam tadi, ketika diminta mengulas dakwaan sesetengah pihak kononnya kerajaan negeri mengeluarkan kos yang banyak bagi membawa Dr Zakir ke negeri ini.

Ahmad Razif berkata Dr Zakir sememangnya pejuang agama yang wajar dicontohi malah rakyat Terengganu bertuah kerana pendakwah terkenal itu bersetuju hadir untuk menyampaikan ceramah.

Undangan kepada Dr Zakir, 50, dibuat pada tahun lepas apabila Ahmad Razif bertemu tokoh ilmuan Islam itu di Korea Selatan semasa melakukan lawatan kerja.

Terdahulu, dalam ceramah bertajuk ‘The Importance of Unity Among Muslim Ummah’ (Pentingnya Perpaduan Dalam Kalangan Ummah Islam” selama dua jam di Stadium Tertutup Gong Badak di Kuala Nerus, Dr Zakir menekankan akan pentingnya bersatu dalam mengukuhkan Islam.

Katanya umat Islam perlu mengelak perbalahan sesama sendiri kerana ia hanya akan merosakkan perpaduan serta amat merugikan.

Sesi ceramah bermula pada jam 9.45 malam dan disusuli dengan sesi soal jawab sebelum tamat kira-kira 1 pagi. Hampir 30,000 orang memenuhi bahagian dalam dan luar stadium untuk mengikuti ceramah itu.

Dr Zakir yang pertama kali berkunjung ke Terengganu akan berada di sini selama lima hari dan dijadual menyampaikan ceramah di pelbagai tempat termasuk universiti.

Sebelum menceburi bidang dakwah, Dr Zakir yang pernah dipilih sebagai penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah peringkat antarabangsa pada 2013, terlatih sebagai doktor perubatan. – Bernama

PERTANDINGAN VIDEO PENDEK HIJRAH MERDEKA ONLINE SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1443H/2021M

 “Bersama Menjiwai Hijrah Dan Merdeka” Assalamualaikum wrt wbt, Sukacitanya dimaklumkan bahawa Pertandingan Video Pendek Sempena Majlis Samb...