Kolam ini bertempat di kawasan Tanah 'Golden Valley ' di Sungai Muntoh berhampiran dan bersempadan dengan kebun pertanian Pertubuhan Peladang Kawasan Jelebu (PPK.J) dan Pertubuhan Peladang Negri Sembilan (PPN.NS)
Tuan Syed Loed b Syed Yusof ,Pengerusi PPK Jelebu bersama En Nazir (Pengurus Besar PPK.Jelebu telah sempat melawat kolam En Nasir Sabtu pagi ini apabila mendapat maklum bencana yang berlaku ini.
Jumlah anak ikan yang telah dimasukkan dalam kolam ini sebanyak 25000 ekor dan telah berumur 4 bulan dan jangka untuk dituai dalam sedikit masa lagi. Luas kolam ini hampir seluas 3 ekar. Pihak Jabatan perikanan Daerah Jelebu telah diberi maklum sejak peristiwa ini untuk mendapat pandangan dan mendapatkan punca menyebabkan kematian kepada ternakan ikan. Beliau hari ini telah memohon nasihat dari Pusat Penyelidikan Ikan di Jelondong, Titi. Setakat jam 11 pagi hari ini belum ada pegawai-pegawai dari Jabatan berkaitan datang.
Persoalannya apakah kematian ini berpunca kerana belaku keracunan, berpunca muatan anak-anak ikan yang telah dimasukkan lebih hadnya menyebabkan kurang oksigen atau kerana keracunan dari mereka yang tidak bertanggungjawaban.
Diharapkan pihak jabatan perikanan akan dapat membantu menyelesaikan masaalah yang dihadapi pengusaha yang baru menceburkan diri dan menyahut cabaran kerajaan ini.
No comments:
Post a Comment