Sunday, August 30, 2009
Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 52
Oleh itu Selamat Hari Merdeka yang ke 52 dan selamat berpuasa.
Demo buat ais blanded dan Ais Krim pada 2.8.2009
Kempen Pilihanraya kecil Parlimen Kuala terengganu pada 14-15.1.2009
Pemandangan Kebun ku selepas lebih 12 tahun
kawasan kebun ku ada ketikanya agak terbiar kini kembali terjaga kerana komitmen ku terhadap bidang yang aku minati iaitu bidang politik.
ini juga bentuk aset aku ada sekarang yang aku miliki.
antara jenis ikan yang berada di dalam kolam adalah keli, haruan, tilapia, lampam, kirana, dan 2-3 jenis lagi. walaupun secara main-main.
kolam yang menjadi tempat untukmenghabiskan masa ku yang telah pencen dari menjadi pendidik sejak dari tahun 1997.
pokok2 yang ditanam pada sekitar tahun 1997-1998 telah mengeluarkan hasil hampir setiap tahun mengikut musim masing2. Antara pokok buah-buahan adalah rambutan, manggis, langsat, limau manis, nangka, cempedak dan durian.
semua gambar di atas telah dirakam pada diantara 27.1.2009- 1.2.2009.
Gambar ini dirakam pada pertengahan tahun 2006
gambar ini dirakam pada pertengahan tahun 2006
kawasan kebun ku (9.11.1997)
bergambar dengan villaku yang menjadi tempat persinggahan ku setelah ku pencen dari bidang pendidikan setelah menjadi pendidik lebih 30 tahun. lebih 20 tahun daripada tempoh itu aku menjadi guru besar.
kawasan kebun ku yang jadi aset ku sekarang.
ini adalah kolam ikan beserta dusun durian yang menjadi kebanggaan ku
pemandangan kolam dari kawasan dusun durian.
Jalan perhubungan memudahkan hasil pertanian dapat dikeluarkan dari kawasan dusun
Pemandangan kawasan kolam ikan dari kawasan dusun durian. Kelihatan masih kosong di sekitar kawasan kolam.
kolam yang baru beberapa minggu siap
semua gambar ini diambil pada 9.11.1997 di kawasan sekitar kebun ku
Tuesday, August 25, 2009
WANITA MERINTIS PERUBAHAN
Tabah, sabar, ikhlas dan rajin berusaha adalah kemanisan bagi kaum wanita untuk memulakan sesuatu perubahan. Prinsip inilah yang menjadi rantai jiwa kaum wanita untuk tampil ke hadapan dengan penuh semangat yang positif bagi mewarnai kelangsungan hidup dan kemajuan negara.
Namun bukan mudah bagi kaum hawa ini untuk merealisasikan penghijrahan tersebut. Mesti ada susah-payah terlebih dahulu. Mereka yang berjaya telah melalui berbagai-bagai liku kepayahan yang menjadikan mereka lebih bersemangat dan yakin bahawa sesuatu pembaharuan yang boleh menyenang dan membahagiakan keluarga tidak datang dengan mudah. Sebagaimana pepatah Melayu ada menyebut, “Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”.
Memang sudah menjadi lumrah alam sebagai orang nombor dua dalam sesuatu keluarga, ibulah yang mempunyai pengaruh yang kuat terhadap anak-anaknya. Dengan mulut yang manis serta diiringi suara yang lemah –lembut, dapat mendidik anak-anak dan juga suami supaya berusaha dengan gigih serta bersemangat dalam apa jua lapangan yang diceburi.
Sebagai pengasuh dan insan yang paling rapat dengan anak-anak daripada segi pengawasan gerak-geri dan pergaulan mereka, para ibu dapat memberikan perhatian yang rapi terhadap pembentukan jasmani, rohani, emosi serta akhlak. Hanya dengan anak-anak itu membesar dengan pendidikan yang baik dan disusuli pembentukan peribadi yang kuat sahaja dapat menghalang mereka daripada dipengaruhi gejala-gejala tidak sihat yang timbul daripada keadaan dunia yang serba maju serta penuh dengan beraneka cabaran. Justeru, para ibu telah berjaya mewujudkan generasi muda yang berdisiplin, progresif dan bersopan-santun.
x
Sementelahan, para ibu sentiasa memberi perhatian berat dalam menangani masalah keciciran anak-anak mereka baik di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah. Dengan bantuan kaum bapa, mereka tidak duduk diam berusaha sambil mengorbankan tenaga serta harta-benda bagi menjamin anak-anak remaja mendapat pelajaran sewajarnya dan tidak tercicir di tengah jalan.
Malah, para ibu tahu bahawa pelajaran merupakan anak kunci untuk mencapai masa depan yang cemerlang dalam pekerjaan dan seterusnya pendapatan. Perangkaan-perangkaan yang ada menunjukkan bagaimana kadar kemiskinan mempunyai korelasi yang sejajar dengan taraf pelajaran. Hakikatnya, bukan sahaja pelajaran yang tinggi boleh menjamin masa depan generasi yang menerimanya, tetapi juga generasi sebelum dan selepas, iaitu pelajaran mempunyai kesan ke atas ibu bapa dan juga anak-anak mereka. Pelajaran boleh diibaratkan sebagai proses menanam modal yang akan mendatangkan hasil pada masa depan. Oleh itu penghijrahan yang diasaskan oleh kaum wanita dengan menitikberatkan asuhan anak-anak di rumah, malah pengorbanan yang tidak berbelah-bagi dalam memajukan pelajaran anak-anak di sekolah, amat disanjung tinggi.
Konsep kaum wanita sebagai satu golongan yang telah memberi sumbangan besar kepada bangsa dan negara, yang sama-sama berganding bahu dengan kaum lelaki dalam usaha pembangunan dan kemajuan ummah, mereka berperanan sebagai penggerak utama. Sebagai pendorong yang bukan sahaja memberi galakan dari belakang tetapi yang telah mara bersama-sama dan seiring dengan kaum lelaki dalam memperjuangkan matlamat negara.
Walau bagaimanapun peranan wanita dalam rumahtangga mestilah diperhebat, kerana ini dilihat sebagai alam pembangunan wanita yang utama dan pertama. Selaras dengan prinsip ajaran Islam agar kedua-dua peranan ini diseimbangkan. mereka boleh cergas dalam sebarang bidang yang boleh memberi kebajikan kepada keluarga, masyarakat dan bangsa. Akan tetapi segala itu tidak akan menjejaskan nilai-nilai kewanitaan yang terpuji serta disanjung tinggi.
Dalam hubungan ini para ibu tidak alpa mengawasi nilai-nilai kewanitaan dan menjaga akhlak dalam kalangan anak-anak remaja perempuan kerana negara berkehendakkan generasi wanita masa depan, sambil mempunyai kedudukan yang wajar dalam masyarakat, adalah memiliki nama yang baik dengan menjaga nilai-nilai dan sifat kewanitaan mereka. Fitrahnya, kaum wanita benar-benar menjadi contoh dan teladan sebagai wanita moden , bebas dan berpelajaran tetapi tegas serta bertanggungjawab kepada keluarga.
Sejarah juga membuktikan bahawa wanita maju dan berjiwa besar ini telah melebarkan sayapnya ke luar bandar, memimpin dan mendidik kaum wanita desa melalui pertubuhan-pertubuhan sukarela. Hakikatnya, semangat berpersatuan dan usaha-usaha menyusun rancangan bagi kesejahteraan kaum wanita telah mula muncul sejak tahun 1940 -an lagi. Sebagai contoh, Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) yang telah diperkenalkan oleh para isteri pegawai British, menumpukan perhatian kepada wanita luar bandar. Selepas negara merdeka, para isteri pembesar negara dan pegawai kanan dalam pentadbiran negeri dan daerah telah mengambil alih tugas-tugas tersebut.
Malah dalam kalangan wanita Melayu, kewujudan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan seterusnya sayap wanita, Kaum Ibu UMNO telah mewujudkan kegiatan yang bercorak kebajikan yang bertujuan meningkatkan kedudukan wanita Melayu dalam masyarakat. Pada masa yang sama Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Tanah Melayu juga tidak menghadkan perjuangan mereka kepada wanita bandar tetapi menitikberatkan kedudukan dan taraf wanita Islam luar bandar. Manakala dalam kalangan pergerakan mubaligh Kristian terdapat juga kebajikan untuk kaum wanita Cina dan
Walaupun tidak wujud usaha kerajaan secara sedar untuk mengadakan kegiatan dan rancangan bagi meningkatkan kedudukan wanita, pergerakan sukarela telah wujud sejak zaman pramerdeka lagi. Aktiviti-aktiviti pergerakan ini menjadi semakin pesat apabila tercapainya kemerdekaan. Dengan kata lain, bibit perubahan yang diasaskan oleh tokoh-tokoh wanita tersebut telah muncul sejak awal lagi.
Dalam arena politik negara, peristiwa penubuhan Malayan Union telah membawa kaum wanita dari ceruk dapur dan kepompong belenggu masyarakat untuk sama-sama dalam kebangkitan memperjuangkan nasib orang Melayu. Pada masa itu telah lahir tokoh-tokoh wanita seperti Shamsiah Fakeh dari Angkatan Wanita Sedar (AWAS); Khadijah Sidek, mantan pejuang wanita; Ibu Hajjah Zain, mantan Ketua Kaum Ibu UMNO; Tan Sri Fatimah Hashim, mantan Menteri Wanita Pertama Negara; Tan Sri Hajjah Aishah Abdul Ghani, mantan Pengerusi Tetap Pergerakan Wanita UMNO dan terlalu ramai lagi tokoh wanita seluruh negara.
Hakikatnya, mereka ini bukan sahaja telah bersama-sama dalam memperjuangkan nasib orang Melayu bahkan juga telah berjaya membuka mata masyarakat ketika itu tentang kepentingan wanita dalam senario politik tanah air.
Berbagai-bagai idea dan cara yang terhasil daripada pemimpin wanita ketika itu yang apabila disatukan dan disepakati membuahkan hasil yang mengkagumkan. Allahyarhamah Khatijah Sidek dan Shamsiah Fakeh terkenal dengan kelantangan dan sikap radikal mereka. Manakala Tan Sri Fatimah Hashim, Ibu Hajjah Zain dan Tan Sri Hajjah Aishah Ghani pula terkenal dengan kelembutan tetapi tegas menangani sebarang pemasalahan. Itulah barangkali resipi dan gandingan pemimpin wanita yang begitu kukuh hingga hari ini.
Hasil daripada perjuangan tokoh-tokoh wanita masa lalu yang rela mengetepikan kepentingan diri dan perbezaan cara serta ideologi, demi kesepakatan dalam mengangkat maruah bangsa, wanita hari ini maju lebih jauh lagi.
Kemajuan dan kemaraan kaum wanita dalam bidang ekonomi dan perundangan ternyata amat membanggakan. Faktor utama yang membawa perkembangan ini ialah bertambahnya peluang pendidikan yang terbuka luas kepada kaum wanita.
Dalam bidang ekonomi, ternyata kaum wanita telah memberi sumbangan yang amat besar ke arah pembangunan negara. Wanita membentuk sebahagian besar daripada guna tenaga yang diperlukan .Dalam sektor tertentu, jumlah wanita semakin meningkat. Mereka telah dapat menyesuaikan diri dengan menjalani kursus –kursus kemahiran yang relevan. Wanita telah menerokai bidang baru dalam kegiatan ekonomi. Pada masa ini sudah ada wanita korporat dan usahawan yang memiliki syarikat yang tersenarai dalam Bursa Saham Kuala Lumpur atau wanita yang menjadi ketua eksekutif syarikat penerbangan.
Kaum wanita juga telah berjaya dalam bidang perundangan .Keadaan undang-undang yang berkaitan dengan wanita sentiasa mendapat perhatian dan pembelaan .Ada undang –undang yang sedia ada dipinda bagi kepentingan wanita dan ada undang –undang yang baru digubal semula mengikut keperluan .
Pada amnya kaum wanita di
Hakikatnya, pemimpin wanita masa ini perlu lebih berani menyatakan hak dan tegas membela nasib kaum wanita dengan lebih agresif serta terancang sambil mencipta pendekatan-pendekatan baru yang relevan sepanjang masa.
Dalam erti kata lain, mereka tidak boleh lagi bertindak seperti biasa, juga perlu faham dengan landskap politik negara yang sudah berubah lebih-lebih lagi dengan harapan golongan wanita baru serta golongan wanita muda yang bijaksana dan berilmu.
Sebagai penyambung warisan, terdapat tokoh-tokoh wanita seperti Tan Sri Rafidah Aziz, mantan Menteri di Kabinet Kerajaan; Datuk Sri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia dan seterusnya Menteri di Kementerian Wanita ,Keluarga dan Masyarakat, Tan Sri Zeti Akhtar, Gabenor Bank Negara, Profesor Dato’ Dr Mazlan Othman, Pengarah Sains Angkasa Malaysia ; Datin Paduka Sharifah Mazlina bt Syed Abdul Kadir, wanita Asia pertama merentasi Khutub Utara dan Khutub Selatan serta ramai lagi tokoh wanita yang boleh dibanggakan di seluruh tanah air. Harus diingat bahawa kejayaan dan kecemerlangan wanita hari ini adalah hasil dorongan dan perjuangan yang tidak berbelah bahagi daripada tokoh-tokoh wanita terdahulu.
Kesimpulannya, setiap wanita yang memulakan dan mengasaskan sesuatu perubahan, sama ada dia seorang ibu di rumah; seorang petani di bendang, seorang penoreh getah di estet, seorang peneroka di Rancangan Tanah Felda, mahupun seorang pejuang gigih di arena politik, apatah lagi seorang Menteri di Kabinet Kerajaan ialah seorang wanita agung yang telah berjasa dalam sejarah Malaysia moden. Daripada tangannya mencurah hujan kepimpinan, manakala keprihatinannya membuahkan semangat bergunung emas kepada semua kaum hawa di bumi
Persoalannya, adakah kaum wanita pada abad ke - 21 ini benar-benar dapat menyumbang ke arah pembangunan negara yang seimbang serta pembentukan institusi keluarga yang berjaya dan bahagia? Samalah-samalah kita renung dan fikirkan.
Nukilan..........Hjh Saleha Manap
Menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2008 pada 24-28 Mac 2009
Sekapur sirih
Syukur keHadrat Allah s.w.t kerana dengan rahmatNya, blog ini dapat dilancarkan dengan jayanya. InsyaAllah saya akan meyumbang segala pendapat dan pandagan seorang veteran dalam perjuangan bangsa terhadap segala isu-isu berkaitan Politik, kemasyarakatan dan lain-lain.
Semoga hidangan yang sedikit ini dapat membuka mata dan minda para pembaca sekalian.
Yang benar.
Syed Loed Al-Jufri
Jelebu, Negeri Sembilan.
PERTANDINGAN VIDEO PENDEK HIJRAH MERDEKA ONLINE SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1443H/2021M
“Bersama Menjiwai Hijrah Dan Merdeka” Assalamualaikum wrt wbt, Sukacitanya dimaklumkan bahawa Pertandingan Video Pendek Sempena Majlis Samb...
-
Keberanian Leftenan Adnan Saidi dan rakan yang bertempur bermati-matian adalah episod yang kekal dalam lipatan sejarah tanah air. “Biar...
-
PELAJAR generasi kini dilihat lebih moden, menjadikan cabaran yang perlu dihadapi mereka yang bergelar guru juga lebih ‘moden’, rumit dan...
-
PERLEMBAGAAN PENTADBIRAN ADAT LUAK JELEBU Alam Beraja Luak Berpenghulu Lingkungan Bertua Anak buah Berbuapak Orang Semenda Bertempat Semenda...