ANAK-ANAK Maya Sabti lahir dan dibesarkan di
“Saya berusaha memikat hati mereka supaya mencintai bahasa kebangsaan. Tapi apakan daya ini bukan salah mereka kerana telefon bimbit, Facebook dan filem di sini terdedah pada bahasa Inggeris,” ujar Sabti mengenai anak-anaknya yang berusia di antara lapan hingga 10 tahun yang fasih berbahasa asing berbanding bahasa rasmi.
Bahasa Arab merupakan bahasa rasmi di
Sebaliknya negara yang mempunyai 83 peratus etnik Arab itu lebih selesa menggabungkan bahasa Perancis dan Inggeris.
Lama-kelamaan bahasa ibunda mereka pupus begitu sahaja. Secara tidak langsung generasi negara yang mengecapi kemerdekaan pada 26 November 1941 itu terus melupakan bahasa Arab begitu saja.
Buktinya, dua tahun lepas dunia menyaksikan golongan muda
Penghijrahan
BBC News melaporkan tiada fakta yang jelas bilakah masyarakat
“Penghijrahan anak-anak muda ke luar negara semakin meningkat. Apabila kembali ke
Feil Amer merupakan sebuah organisasi yang ditubuhkan pada tahun lepas. Matlamat kumpulan itu ialah untuk mengembalikan penguasaan bahasa Arab di kalangan rakyat
“Jika kita hilang bahasa ibunda bermakna kita kehilangan identiti dan matlamat kebangsaan,” kata Talhouk.
Mengimbau sejarah bahasa Arab, bahasa tersebut dipercayai telah digunakan oleh 280 juta orang di negara-negara Asia Barat dan Afrika Selatan. Cuma dialek dan pertuturan saja yang berbeza di setiap negara. Namun, perbezaan tersebut sedikit pun tidak mempengaruhi pembacaan dan penulisan dalam bahasa Arab.
Meskipun bahasa Arab dipilih sebagai bahasa rasmi di
Mereka juga sentiasa mencampuradukkan tiga bahasa sekali gus seperti, “Hi kifak, ca va?” yang bermaksud Hai, apa khabar?.
Perkataan hi itu jelas merujuk pada bahasa Inggeris, kifak (bahasa Arab) manakala ca va itu pula bahasa Perancis. Sapaan sedemikian semakin popular sehingga dijadikan hiasan pada baju-T dan cawan yang dijual di kedai-kedai cenderamata di Lebanon.
“Bukan salah kami. Sejak kecil lagi saya dididik dengan bahasa Perancis sehingga ke sekolah menengah manakala bahasa Inggeris dikuasai sewaktu belajar di universiti.
“Saya tidak berpeluang mendalami bahasa Arab kerana keluarga tidak bertutur menggunakan bahasa itu dan televisyen, radio serta papan tanda semuanya menggunakan bahasa Inggeris,” luah Andrew menerusi blog yang membincangkan topik bahasa Arab dan bahasa Perancis di Lebanon.
Luahan Andrew itu ada benarnya kerana inisiatif pelbagai pihak memupuk masyarakat terutamanya kanak-kanak menggunakan bahasa Arab dilihat semakin rumit.
Trend pada hari ini memperlihatkan kebanyakan aplikasi moden seperti laman web Facebook dan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) menggunakan bahasa Inggeris, bukannya bahasa Arab.
Menurut Penolong Setiausaha Beirut, Asas Arab, Mounira al-Nahed, masyarakat pelbagai agama dan etnik-etnik di Lebanon begitu terbuka menerima bahasa asing. Bahkan, pelancong asing ke
Dalam pada itu Al-Nahed turut menyalahkan ibu bapa yang bertutur dengan anak-anak menggunakan bahasa Perancis dan Inggeris di rumah. Bahkan, ramai yang menyifatkan bahasa Arab boleh dipelajari pada bila-bila masa dalam tempoh yang singkat.
“Kita sudah sampai pada tahap yang mengecewakan apabila ramai di kalangan anak-anak muda di
Al-Nahed menyalahkan teknik pembelajaran di sekolah yang tidak menggalakkan kanak-kanak bertutur dalam bahasa Arab dan membuatkan bahasa itu kelihatan bodoh dan kompleks untuk dipelajari.
Semai rasa cinta
Atas faktor tersebut, Talhouk dan kumpulannya, Feil Amer mendapat idea untuk melakukan perubahan.
Pada fasa awal, mereka mengunjungi beberapa buah institusi pengajian terlebih dahulu untuk melihat cara pembelajaran pelajar. Apabila diminta membaca huruf-huruf Arab kebanyakan pelajar hanya mampu membaca
“Sudahlah tidak tahu membaca ABC dalam bahasa Arab malah mereka mempersoalkan mengapa mereka perlu mempelajari bahasa itu dan bagaimanakah bahasa Arab dapat membantu aktiviti harian mereka?,” luah Talhaouk dalam nada kecewa.
Sehubungan itu dalam usaha menyemai perasaan sayang pada bahasa ibunda tercinta, kumpulan Feil Amer mengambil inisiatif menganjurkan festival bahasa Arab. Festival yang bertemakan We are our language telah berlangsung di
“Kami memerlukan lebih banyak aktiviti seperti ini. Saya berharap ia dapat membantu golongan muda bahawa mereka mempunyai bahasa ibunda yang cantik. Mereka wajar melindungi bahasa tersebut sebelum ia hilang dan pupus ditelan zaman,” tambah Sabti.
Kepada seorang pelajar, Youssed Dakhil, 20, dia menyifatkan masalah itu berpunca daripada kurangnya semangat jati diri di kalangan masyarakat
“Malangnya, kami menggemari semua barangan dan perkara yang diimport dari luar termasuklah bahasa asing,” ujarnya.