Monday, August 15, 2011

Dakyah Kristian Dalam Penggunaan Kalimah ALLAH


















Salam 2 all.

Dibulan Ramadhan penuh keberkatan ini, teman nak tanya satu sahaja soalan kepada para penyokong kristian menyalahgunakan kalimah ALLAH dalam bentuk triniti - Tuhan Bapak, Tuhan Anak & Ruh Suci sebagaimana terbukti dalam risalah diatas (yang diperolehi hasil sebarang kaum kristian la'natullah disekitar Lembah Kelang).

Soalannya ialah: adakah mike semua bersetuju dan redho apabila kaum kristian kafir la'natullah menyalahgunakan kalimah ALLAH sebagaimana yang tercatat dengan jelas dalam risalah saperti diatas, iaitu?

1. Jalan kepada ALLAH;
2. ALLAH menciptakan dunia dan segala yang ada dialam semesta;
3. ALLAH menjadikan kita;
4. Adam & Hawa tidak taat kepada ALLAH;
5. merupakan hari yang menyedihkan bagi umat manusia saat Adam & Hawa berbuat dosa;
6. Rencana ALLAH menyelamatkan kita dari dosa ialah dengan mengutus Anaknya yang Tunggal (na'uzubillah);
7. Yesus adalah ALLAH dalam bentuk manusia (na'zubullah);
8. Semua orang yang percaya kepada Anak ALLAH mempunyai hidup (na'zubillah);

Tepuk dada tanyalah iman masing-masing. Disebabkan tindakan mike semua menyokong kristian menyalahgunakan kalimah ALLAH dalam bentuk triniti, hari ini mereka semakin berani, kurang ajar dan biaDAP merakusi, mencabul dan meliwat kalimah tauhid ALLAH untuk memesongkan aqidah umat.

Adakah mike mahu menjadi golongan yang sesat, lagi menyesatkan! Bertaubatlah sebelum terlambat. Mike pasti akan mati! Itu janji ALLAH. Kalau tidak hari ini hari depan, kalau tidak minggu ini minggu depan, kalau tidak bulan ini bulan depan, kalau tidak tahun ini tahun depan..mati mike sudah pasti ditetapkan sejak azali!

Dan sebagai tazkirah peringatan untuk mike..sebaik sahaja masuk ke alam kubor, soalan yang akan ditanya kepada mike ialah:

Maarobbuka:
bagaimana mike nak menjawab ALLAH Maha Esa sedang didunia mike setuju, redho dan sokong tuntutan kristian kafir la'natullah bahawa ALLAH juga nama tuhan kristian dalam bentuk triniti tiga dalam satu! Tuan Bapak + Tuhan Anak + Ruh Suci + ALLAH!

Waanabiyuka:
bagaimana mike nak menjawab Nabi Muhammad saw sedangkan didunia mike tidak mengikut Rasulullah saw sebaliknya mike mengangkat Anwar Ibrahim sebagai ikutan mike sedangkan Anwar Ibrahim jelas-jelas pengamal, penganut dan penyebar fahaman pluralisma yang menyamakan Islam dengan semua agama lain!

Waa kitabukaa:
bagaimana mike nak menjawab Al Quran sedangkan didunia mike terlalu mengagungkan Deklarasi Perjanjian Persefahaman 19 Dis 2009 yang menolak penubuhan Daulah Islamiyyah dan perlaksanaan undang-undang Islam; dan mike lebih menyebarkan dan memperjuangkan Kitab Jinggay daripada kalam ALLAH dan Rasulullah saw!

Waa imamuka:
bagaimana mike nak menjawab sedangkan didunia mike tunduk na'am kepada Karpal Singh hingga mike sanggup mati untuk hafir harbi la'natullah ini; menjadikan Ambeega Sreenavasan, kafir harbi anti Islam sebagai kalipah mike menentang pemerintah; mengangkat martabat kafir harbi la'natullah Guan Eng sebagai model kalipah untuk mike!

Waa ikhwanuka:
bagaimana mike nak menjawab umat Islam saudara mike sedangkan didunia mike mengambil kaum biaDAP, Majlis Peguam, puak gereja dan lain-lain sebagai saudara mike untuk berjuang mendapatkan kerusi pemerintahan Putrajaya "at all cost" menggunakan pembohongan dan putar belit tanpa sebarang batas sempadan!

Moga Ramadhan 1432 yang mulia lagi penuh keberkatan ini membawa petunjuk dan hidayah untuk mike semua. Seruan teman kepada mike semua, bertaubatlah sebelum pintu taubat ditutup. Kembalilah kepada Islam berdasarkan Al Quran dan Sunnah Rasulullah saw.

MENENTANG MURTAD ITU JIHAD!
MENCEGAH MURTAD ITU JIHAD!
MEMERANGI MURTAD ITU JIHAD!
MENGHAPUSKAN MEREKA YANG SESAT LAGI MENYESATKAN JUGA JIHAD!
BANGKITLAH HAPUSKAN MURTAD! BANGKITLAH HAPUSKAN SESAT!

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
15 Ramadhan 1432
15 Ogos 2011

*Nota: risalah diatas adalah antara begitu banyak risalah yang disebarkan oleh kaum kafir kristian la'natullah yang dijumpai dipelbagai tempat awam dan ada yang diberikan terus kepada anak-anak kecil Islam; dan semakin menjadi-jadi sejak mereka mendapat sokongan dari segelintir Melayu untuk menyalahgunakan kalimah ALLAH (na'uzubillah).

Tuesday, August 9, 2011

Tahap keimanan penentu rasa takut kepada Allah

WAKTU siang atau malam, di mana juga kita berada, patut ditanamkan dalam hati rasa takut kepada Allah. Dengan kata lain, sepanjang masa kita hendaklah sentiasa berasa takut kepada Allah SWT yang Maha Berkuasa.

Berlakunya kemungkaran dan maksiat di sekeliling kita hari ini disebabkan rasa takut akan azab dan seksaan maha pedih dari Allah tidak ada dalam hati mereka yang melakukannya dan ini menunjukkan mereka tidak takut sama sekali dengan Allah.
Takut adalah sifat terpuji dan patut ada dalam hati setiap mukmin yang ingin mendapatkan takwa. Dengan adanya perasaan takut membuatkan seseorang itu menjauhkan diri daripada melakukan kemungkaran yang mendatangkan dosa hingga menjerumuskan ke api neraka di akhirat kelak.

Jika kita ada rasa takut kepada Allah, sudah pasti kita tidak akan berani melanggar perintah-Nya. Rasa takut akan mendorong seseorang itu benar-benar menghambakan dirinya kepada Allah. Semua perintah Allah akan dipatuhinya dan larangan ditinggal-kannya.

Seorang ulama telah berkata: “Cucilah empat perkara dengan empat perkara. Cucilah wajahmu dengan air matamu, cucilah lidahmu dengan zikir kepada Penciptamu, cucilah hatimu dengan rasa takut kepada Tuhanmu dan cucilah dosamu dengan bertaubat kepada Penguasamu.”

Walaupun Rasulullah SAW bersih daripada melakukan sebarang dosa dan dijamin Allah dengan syurga, di hati Baginda tertanam rasa takut kepada Allah.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Akulah manusia yang paling takut kepada Allah di antara kamu semua itu.” (Hadis riwayat Bukhari)
Allah SWT berfirman yang maksudnya: “Hanya orang Mukmin yang sebenar itu apabila disebut saja nama Allah, gementarlah hati mereka dan apabila dibaca ayat al-Quran, bertambahlah keimanan mereka dan hanya kepada Allah sajalah mereka menyerah diri.” (Surah al-Anfal, ayat 2)

Orang yang betul-betul kenal dan takut kepada Allah hanya lahir di hati mereka yang mempunyai sikap tawakal atau penyerahan pada Allah. Dengan kata lain, hanya orang beriman saja yang akan dapat merasai rasa takut itu.

Ibn Abbas meriwayatkan, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Ada dua mata yang tidak disentuh api neraka, iaitu mata yang menangis di tengah malam kerana takut kepada Allah dan mata yang celik kerana terjaga dalam peperangan di jalan Allah.”

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Jika berasa gentar hati seorang mukmin kerana takut kepada Allah, maka runtuh dosanya bagaikan daun kering yang runtuh dari pohonnya.” (Dari kitab Tanbihul Ghafilin II)

Sebenarnya rasa takut kepada Allah ini bergantung kepada tingkat keimanan seseorang. Jika sekadar percaya adanya Allah tetapi tidak dapat berasa-kan takut kepada Allah, maka iman orang itu amat tipis dan lemah kerana tidak dapat berasa gerun kepada neraka serta azab Allah.

Dengan kata lain, tidak ada rasa takut dan gerun kepada Allah menandakan hati seseorang itu telah mati. Al-Quran mengingatkan mengenai seksaan pedih bakal diterima orang yang derhaka (tidak takut) dan balasan nikmat bagi mereka yang melakukan kebaikan (takut).

Lukman Al-Hakim berpesan kepada anaknya: “Berharaplah kepada Allah dengan sesungguhnya sehingga kamu berasa aman dari tipu daya dan takutlah kepada-Nya supaya kamu tidak terputus dari rahmat dan kasih sayang-Nya.”

Secara umum kita dapat mengenal orang yang memiliki rasa takut kepada Allah melalui tanda seperti banyak membaca al-Quran, rajin mengerjakan solat wajib dan sunat, selalu membelanjakan hartanya di jalan Allah, mengeratkan silaturahim dan menjauhkan daripada perkara mungkar.

Allah SWT berfirman yang maksudnya: “Dan ada pun orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya.” (Surah An-Naziat, ayat 40-41)

Oleh Ahmad Sabki Mohd Tahir

2011/08/09


Makanan penentu kesihatan akal

Berlebihan soal makan jejas tubuh, pemikiran

TIDAK ramai memberi fokus kepada amalan kesihatan dan penjagaan tubuh badan dan kecenderungan ini dapat disaksikan sepanjang Ramadan sedangkan Islam amat menitikberatkan kesihatan seperti mana Islam menjaga jiwa serta akal penganutnya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu.” (Hadis riwayat Bukhari)
Menunaikan hak terhadap tubuh badan bererti menikmati tahap upaya badan yang benar-benar baik dan selamat dari segi fizikal, mental, emosi, rohani secara optimum sehingga berupaya mencapai potensi kehidupan berpandukan agama.

Mukmin yang kuat mempamerkan kekuatan agama berbanding mukim yang lemah. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Orang mukmin yang kuat lebih baik dan disukai oleh Allah daripada orang mukmin yang lemah.” (Hadis riwayat Muslim)

Sihat adalah anugerah Allah yang sewajarnya disyukuri. Islam meletakkan kesihatan dan kesejahteraan di tempat pertama selepas keyakinan (keimanan). Jika kita mempunyai masalah kesihatan, segala urusan ibadat turut terganggu.

Pernyataan itu berdasarkan sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Mintalah kepada Allah kesihatan dan kesejahteraan kerana sesungguhnya tidak ada perkara yang lebih baik dari kesihatan selepas keyakinan (iman).” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Kaedah terbaik dalam penjagaan kesihatan ialah menyediakan perisai pencegahan seawalnya. Namun, apabila diserang penyakit, kita terpaksa berikhtiar untuk menyembuhkan walaupun terpaksa mengambil masa panjang.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Allah telah menurunkan penyakit dan ubat dan dijadikan kepada setiap penyakit ada ubatnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda yang haram.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Dalam satu peristiwa, orang Arab Badwi telah datang kepada Baginda SAW dan bertanya: “Ya Rasulullah adakah kami perlu berubat? Maka sabda Nabi: Ya, wahai hamba Allah hendaklah kamu berubat sesungguhnya Allah tidak meletakkan suatu penyakit itu kecuali diletakkan bersamanya ubat kecuali satu penyakit saja. Maka mereka bertanya: Apakah penyakit itu? Sabda Nabi: Penyakit itu ialah tua.” (Hadis riwayat Ahmad)

Tokoh perubatan Islam terkenal, Abu Ali Al Hussain Ibnu Abdullah (Ibnu Sina) menyatakan, tujuan perubatan ialah untuk memelihara kesihatan yang sedia ada dan mengembalikan kesihatan ketika hilang.

Kita sering dihidangkan pelbagai jenis masakan dan juadah bagi memenuhi keperluan jasmani. Tujuannya, untuk membekalkan tenaga secukupnya dalam melakukan aktiviti harian. Keadaan ini begitu ketara di bulan Ramadan.

Makan secara berlebihan boleh memudaratkan badan. Al-Quran menjelaskan mengenai pentingnya bersederhana dalam soal makan dan minum sebagai panduan untuk kebaikan. Allah berfirman yang bermaksud: “Makanlah dan minumlah serta jangan berlebihan.” (Surah al-Araf, ayat 31)

Kebersihan memainkan peranan penting mengelakkan seseorang ditimpa penyakit. Persekitaran yang kotor akan mengundang pelbagai jenis kuman pembawa penyakit dan sebab itu aspek kebersihan sebahagian cabang keimanan.

Makanan yang disediakan hendaklah dipastikan kebersihannya, dibasuh dengan cara yang betul dan dimasak sempurna. Jangan mengendalikan makanan untuk juadah keluarga tanpa mengambil kira kesan dan risikonya selepas itu.

Makanlah sekadar yang mencukupi asalkan dapat berdiri untuk bekerja kerana keadaan lapar boleh mematahkan semangat bekerja.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tiada satu tempat dipenuhkan oleh anak Adam yang lebih mencelakakan dirinya selain daripada perutnya. Memadailah untuk anak Adam itu beberapa suap makanan untuk menegakkan tulang belakangnya (bagi menahan kelaparan dan untuk berdiri beribadah). Jika itu tidak dapat dipertahankan, maka hendaklah bahagikan perut kepada tiga bahagian, satu untuk makanan, satu untuk minuman dan satu lagi kosongkan untuk bernafas.” (Hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi)

Akal yang cergas berkait rapat dengan badan yang sihat. Badan yang sihat berkait rapat dengan amalan pemakan dan makanan seimbang. Pepatah Arab ada menyebut: ‘Akal yang sihat adalah dari badan yang sihat’.


Oleh Amran Zakaria

2011/08/09

Monday, August 8, 2011

Melayu elit pacsa DEB semakin hilang jati diri

MELAYU pasca Dasar Ekonomi Baru (DEB) bukan saja berubah dari segi pemikiran dan struktur pekerjaan, juga sistem nilai dan penanggapan terhadap kehidupan tradisional.

DEB yang diperkenalkan selepas kejadian 13 Mei 1969 membawa sebilangan Melayu berhijrah ke kota besar untuk merebut peluang ekonomi, sekali gus mengubah cara hidup dan berfikir.
Walaupun ada sebahagian Melayu yang kekal di desa, tetapi sanak saudara mereka yang berhijrah turut membawa asimilasi kehidupan berbeza dan tanpa disedari turut merebak ke desa hingga kini.

Pada era kepemimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad sejak 1982, istilah Melayu baru mula diguna pakai sebagai citra kehidupan seiring perubahan zaman. Melayu yang mendapat manfaat DEB bukan saja aktif sebagai pengusaha dan penggerak syarikat multinasional, juga ejen perubahan budaya dalam masyarakat.

Dari sinilah lahirnya kalangan cendekiawan, teknokrat, intelektual dan pemikir budaya yang turut bersaing di pentas global. Serpihan mereka juga melahirkan elitis Melayu yang terasing daripada kehidupan tradisional dan ada masanya mempertikaikan sistem nilai dan jati diri yang dimiliki moyang mereka sendiri. Golongan inilah yang akhirnya merendahkan bahasa Melayu sebagai lingua franca dan mendewakan bahasa Inggeris sebagai pengantar utama subjek Matematik dan Sains di sekolah.

Kesan langsung daripada budaya elitis baru adalah perubahan tanggapan terhadap kehidupan tradisional Melayu. Tradisi muafakat semakin terpinggir dan kehidupan disandarkan kepada perkiraan untung dan rugi perniagaan. Majlis kenduri-kendara semakin meminggirkan kerjasama setempat di kawasan perumahan kerana jamuan di dewan berhawa dingin di hotel tidak memerlukan sistem penanggah dan sorak-sorai seperti dekad lampau. Majlis berbuka puasa pula lazimnya dibuat di premis mewah bertaraf lima bintang yang dihadiri oleh jemputan saja. Berbeza zaman lampau apabila majlis buka puasa di kampung terbuka kepada semua umat Islam tanpa mengira taraf dan kedudukan seseorang dalam masyarakat.

Kehidupan moden menjadikan sebahagian Melayu semakin akrab mendiami kota besar. Wajah desa hanya subur ketika lebaran. Tradisi balik kampung yang jarang kedengaran sebelum DEB, kini semakin banyak diperkatakan. Belum pun Ramadan menjelma, tiket pengangkutan awam ke pelbagai destinasi sudah habis dibeli. Kenangan zaman kanak-kanak dan remaja menjadikan warga kota teruja untuk melihat kembali zaman lampau yang semakin jauh.
Dari segi politik pula, golongan yang mendapat ihsan DEB menjadi penggerak utama dalam gerakan siasah Melayu. Mereka mendominasi UMNO yang menjadi tunjang Barisan Nasional serta PAS dan Parti Keadilan Rakyat. Latar belakang pendidikan, pengalaman dan penguasaan siasah, menjadikan Melayu baru lebih vokal. Keperluan politik kepartian dan hubungan antara kaum menjadikan Melayu baru amat berbeza. Perbezaan ini melahirkan percaturan politik yang berlainan. Perebutan jawatan dalam parti politik – BN atau pembangkang – melahirkan naungan tersendiri. Politik wang, kelompok dan pengaruh menjadi budaya baru dalam saingan politik Malaysia.

Akhirnya yang menjadi rugi ahli parti terbanyak kerana orang yang diamanahkan untuk memimpin akan mengkhianati hasrat peringkat bawahan.

Selepas empat dekad DEB diperkenal, ada Melayu yang masih merungut kononnya dasar yang digubal khas untuk Bumiputera maju dalam sektor ekonomi moden diselewengkan. Pro dan kontra lebih banyak daripada hasil yang diraih oleh usahawan Melayu sendiri. Pelan transformasi ekonomi yang diperkenal oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang kini menjadi agenda nasional tidak terkecuali diperdebatkan. Apakah Melayu baru sekadar hebat berdebat dan mempertikai sesuatu dasar ketika pihak lain meraih hasil?

Oleh Imlan Adabi

2011/08/08


Gerakan berani Kristian, salah siapa?

Kejadian di Gereja Methodist Damansara Utama harus buka mata kita

AGAMA lain khususnya Kristian, dengan secara terancang, mahu umat Islam menganut kepercayaan mereka, bukan perkara baru. Malah sejarah membuktikan usaha sedemikian dilakukan terhadap umat Islam di seluruh dunia bermula sejak sebelum Perang Salib lagi. Justeru, laporan mengenai satu jamuan amal tahunan dan ‘berbuka puasa’ di Gereja Methodist Damansara Utama cuba menyebarkan dakyah Kristian kepada sekumpulan orang Islam, sehingga diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan polis, bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

Hakikatnya, memang semakin ramai orang Melayu Islam memeluk Kristian hasil dakwah dan pujukan halus pertubuhan agama itu seperti yang dilaporkan oleh akhbar ini sejak kelmarin. Memanglah pemimpin Kristian tempatan tidak akan dan tidak mungkin mengaku perkara itu, apa lagi Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi, jelas melarang perbuatan itu. Jika orang Melayu/Islam bukan menjadi sasaran pertubuhan dan gereja Kristian ini, kenapa mereka beriya-iya benar membawa masuk Bible berbahasa Melayu dan mahu menggunakan istilah ‘Allah’ tidak lama dulu.
Bagaimanapun, pertubuhan atau gereja Kristian saja tidak harus disalahkan apabila semakin ramai orang Melayu/Islam termakan dengan dakwah dan dakyah mereka. Kita juga akan berbuat demikian jika mempunyai ruang dan peluang untuk mengajak penganut agama lain, memeluk Islam. Kejadian di Gereja Methodist Damansara Utama itu seharusnya membuka mata kita kenapa gejala ini semakin membimbangkan sekarang.
Difahamkan, sebahagian besar daripada 50 orang Islam yang hadir dalam majlis di Gereja Methodist Damansara Utama pada Rabu lalu itu ialah untuk mendapatkan bantuan. Akhbar ini semalam menyiarkan pengakuan seorang ibu tunggal bagaimana dia terpaksa menerima bantuan gereja untuk menyara hidup bersama empat anaknya selepas gagal menerima bantuan berterusan daripada Baitulmal.

Kes ini, mungkin terpencil tetapi selain membuktikan memang wujud usaha mengkristiankan orang Melayu secara halus, ia juga mendedahkan kelemahan agensi yang diamanah untuk mengendalikan zakat dan sumbangan umat Islam bagi membantu golongan seperti itu. Tidak ada gunanya saban tahun mereka mengumumkan kutipan berjuta ringgit tetapi realitinya ada umat Islam meninggalkan agama kerana kemiskinan dan kesukaran hidup.

Berbeza dengan pemimpin gereja dan pendakwah Kristian yang menggunakan pendekatan pujukan, kebanyakan pemimpin agama atau ulama kita lebih cenderung untuk menghukum daripada membetulkan. Malah sesama yang bergelar ulama pun saling bersaing dan menuduh mengenai Islam siapa yang betul. Apabila ada kes murtad dalam kalangan umat Islam, mereka menyalahkan ibu bapa, budaya Barat, sekolah, kerajaan dan pelbagai pihak lagi kecuali diri sendiri.

Serbuan JAIS itu juga menunjukkan betapa kepentingan politik kini mengatasi kepentingan mempertahankan kesucian agama. Memang tindakan JAIS atau majlis agama Islam lain sering dilanda kontroversi terutama apabila membabitkan premis, sama ada rumah ibadat atau pusat hiburan yang turut dikunjungi bukan Islam. Serbuan JAIS malam Rabu lalu tidak terkecuali.
Seperti kes seumpamanya sebelum ini, tindakan itu dikecam oleh pemimpin politik bukan Islam, pertubuhan bukan kerajaan dan tokoh Islam liberal. Malangnya, JAIS kali ini turut dikecam oleh beberapa pemimpin kanan PAS. Malah, EXCO Agama kerajaan negeri, Datuk Dr Hassan Ali, yang mempertahankan serbuan JAIS itu, bukan saja dikecam secara terbuka oleh rakan-rakan dalam parti sendiri tetapi mungkin berdepan tindakan disiplin daripada Jawatankuasa Pusat PAS.

Kalau dulu, PAS lah yang pertama mempertahankan tindakan sedemikian, ia kini menjadi sebaliknya. Ini kerana perjuangan menegakkan negara Islam parti itu telah bertukar kepada mewujudkan negara kebajikan. Lagipun sebahagian besar barisan kepemimpinan PAS sekarang memang lebih berfikiran liberal. UMNO pula tidak mungkin campur tangan kerana kes ini berlaku dalam negeri yang ditadbir kerajaan pakatan Parti Keadilan Rakyat, DAP dan PAS.

Barangkali kerana melihat senario seperti ini, ada pihak semakin berani melakukan sesuatu yang dulu dianggap sensitif terhadap keharmonian hidup rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini. Sejak akhir-akhir ini, bukan Melayu/Islam bagaikan boleh bercakap dan menuntut apa saja atas nama kebebasan bersuara. Malangnya, orang Melayu/Islam terus dituduh rasis, kolot, malah mungkin pengganas apabila cuba mempertahankan agama dan hak mereka, walaupun ia termaktub dalam Perlembagaan.

2011/08/08



PERTANDINGAN VIDEO PENDEK HIJRAH MERDEKA ONLINE SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1443H/2021M

 “Bersama Menjiwai Hijrah Dan Merdeka” Assalamualaikum wrt wbt, Sukacitanya dimaklumkan bahawa Pertandingan Video Pendek Sempena Majlis Samb...