Titah DYMM Sultan Azlan Shah.
Peranan Raja Melebihi Peruntukan Perlembagaan.
"Pengekalan institusi Raja bukan sekadar memenuhi nilai sejarah dan nilai sentimental bangsa.
Sebaliknya, Raja mempunyai peranan untuk memastikan keberkesanan
mekanisme semak dan imbang (check and balance) yang dapat membantu
memperkukuh institusi demokrasi.
Selaku ketua negara, Raja
berperanan sebagai tonggak kestabilan - sumber keadilan, teras perpaduan
- payung penyatuan. Secara tersirat, pengekalan institusi Raja adalah
satu penerusan mengekalkan identiti sebuah kerajaan berpaksikan Melayu
di tanah air warisan bangsa.
Ini merupakan peranan, tugas dan
tanggungjawab Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (dan) demikian
juga Raja-Raja Melayu yang digariskan berlandaskan konsep Raja
Berperlembagaan.
Ini bermakna Raja-Raja ada kuasa dan tanggungjawab
kenegaraan yang berlandaskan undang-undang namun Beta pernah
mengingkatkan bahawa Raja Pemerintah adalah Raja Pemerintah, sama ada
secara mutlak atau secara berperlembagaan.
Perbezaan antara
yang satu tidak memiliki batasan kuasa, sedangkan kuasa yang satu lagi
berpandukan perlembagaan, tetapi adalah satu kesilapan untuk menganggap
kuasa Raja sama dengan Presiden yang tertakluk semata-mata kepada
perlembagaan.
Peranan sebenar seorang Raja Pemerintah itu jauh mengatasi apa yang tersurat di dalam Perlembagaan."
Seminar khas Perlembagaan Persekutuan.
Tarikh: 21 Julai 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)
PERTANDINGAN VIDEO PENDEK HIJRAH MERDEKA ONLINE SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1443H/2021M
“Bersama Menjiwai Hijrah Dan Merdeka” Assalamualaikum wrt wbt, Sukacitanya dimaklumkan bahawa Pertandingan Video Pendek Sempena Majlis Samb...
-
Keberanian Leftenan Adnan Saidi dan rakan yang bertempur bermati-matian adalah episod yang kekal dalam lipatan sejarah tanah air. “Biar...
-
PELAJAR generasi kini dilihat lebih moden, menjadikan cabaran yang perlu dihadapi mereka yang bergelar guru juga lebih ‘moden’, rumit dan...
-
PERLEMBAGAAN PENTADBIRAN ADAT LUAK JELEBU Alam Beraja Luak Berpenghulu Lingkungan Bertua Anak buah Berbuapak Orang Semenda Bertempat Semenda...