Thursday, June 24, 2010

Datuk Kurnia Luak Jelebu

Terdiri daripada 8 orang datuk adat di Jelebu.Mereka yang mengetuai anak-anak buah yang berasal dari luar Luak Jelebu seperti dari Minangkabau,Jawa,Jambi,Kuala Pilah,Rembau,Melaka Pahang,Mengkiang Tujuh,Mendailing dan lain-lain:

1. Dato Sati - Tua atau lembaga bagi orang Pilah meliputi orang -orang dari Gemenceh,Gunung Pasir,Inas,Jempol,Johol,Seri Menanti,Terachi, dan Ulu Muar.
BUAPAK: terdiri
Tuk Lela
Tuk Duka
Tuk Jengkaya

2.Datuk Sura - Tua atau Lembaga bagi orang-orang Rembau meliputi orang-orang dari Johor,Melaka ,Tampin,dan Singapura.
BUAPAK terdiri:
Tuk Nara
Tuk Menteri

3. Datuk Indera Perba:- Tua atau Lembaga bagi orang-orang Pahang meliputi orang-orang Burma,Kampuchea,Kelantan ,Trengganu dan Thailand
BUAPAK terdiri :
Tuk Amar
Tuk Panglima Jaya

4. Datuk Ampat - Tua atau Lembaga bagi orang Minangkabau meliputi orang-orang dari China,Jepun ,Korea,Mandailing,Rusia ,Sumatera (kecuali Jambi) dan Vietnam.
BUAPAK terdiri :
Tuk Mangku
Tuk Muda

5. DatukSetia Bangsa - Tua atau Lembaga bagi orang Jawa meliputi orang-orang dari Afrika,Asia Barat,India,Kepulauan Maldives,Madagaskar, dan Sri Langka.
BUAPAK terdiri :
Tuk Pati
Tuk Singa

6. Datuk Dagang Jambi- Tua atau Lembaga bagi orang-orang Jambi meliputi orang-orang dari Filipina, Kepulauan Selatan, Sabah Sarawak, Nusantara (kecuali Sumatera dan Jawa ) dan Papua New Guinea.
BUAPAK terdiri:
Tuk Ampat.

7. Datuk Mangku Setia -Tua atau Lembaga bagi orang-orang dari Kedah,Perak, Perlis, Port Dickson,Pulau Pinang ,Selangor dan Seremban.
BUAPAK terdiri :
Tuk Nara Jaya
Tuk Pangku Muda

8. Datuk Malim Bendahara -Tua atau Lembaga bagi orang Mandaihiling meliputi orang-orang dari Amerika Selatan,Amerika Utara,Australia,Eropah, dan New Zealand.
BUAPAK terdiri :
Tuk Bijaya Serigar.
Tuk Serihasbuan



Ruj: Glosari Adat Negeri Sembilan
Norhalim Hj Ibrahim

Wednesday, June 23, 2010

DATO-DATO LEMBAGA PENTADBIRAN ADAT LUAK JELEBU

PERLEMBAGAAN PENTADBIRAN ADAT LUAK JELEBU

Alam Beraja
Luak Berpenghulu
Lingkungan Bertua
Anak buah Berbuapak
Orang Semenda Bertempat Semenda.

TAMPUK PEMERINTAHAN;
YANG TERAMAT MULIA DATO MENDIKA MENTERI AKHIRULZAMAN DATO HJ MUSA BIN WAHAB ,UNDANG LUAK JELEBU

A) Kepala Waris Bersalasiah Nan Dua atau pun Waris Negeri

1. Dato Nika Menteri Sah Mangku Alam
Hj Mat Tarmizi bin Selamat
-Kepala Waris Menteri dan Juga 'Tali Adat' bagi mengetuai Lembaga ( Adat ) Nan Tiga

2.Dato Ombi Pangkal Maharaja Lela
Kidam bin Kadim
- Kepala Waris Ombi dan juga 'Tali Pesaka 'bagi mengetuai Waris Nan Tiga ataupun Waris
Berundang.

B) Lembaga ( Adat ) Nan Tiga
1. Dato Mengiang Merah Bangsa
Hj Yaacob bin Yusof
- Lembaga Suku Mungkal 1,' Dahan Tambo Adat '

2. Dato Cincang Maharaja Lela Zulkifli bin Jailani.
- Lembaga - Suku Tanah Datar

3. Dato Senara Angsa
Hj Rosli bin Mohd Zin
- Lembaga Suku Batu Belang

C) Kepala Warais Tiga Ataupun Waris Berundang
1, Dato Raja Balang
Norhaiizan bin Hj Mukti
- Kepala Waris Ulu Jelebu.

2. Dato Raja Penghulu
Suhaimi bin Mohd Rais
- Kepala Waris Sarin.

3. Dato Maharaja Inda
Darus bin Dusak
- Kepala Warais Kemin

D) Orang-orang Besar di Bawah Naungan YTMUndang Jelebu.
1. Dato Amar Penghulu
Saleh bin Bakar. -
- Lembaga Suku Biduanda Hulu Klawang ( dahulunya termasuk dalam Lingkungan
Luak Sungai Ujong - seorang 'Tiang Balai ' Dato Klana Putera- Undang Luak Sungai
Ujong )

2. Dato Shahbandar
Mohd Rathi bin Shamsuddin
- Pucuk Bulat Waris Di Air,tumpuan segala dagang- Lembaga Suku Mungkal 11

E) Orang-orang Besar di9 Bawah Naungan Dato Menteri

1. Dato Lela Wangsa Seri Dewangsa
Mohd bin Pandak
- Lembaga Suku Tiga Batu.

2. Dato Mudas Kenaboi
Muharram bin Bahman
- Ketua Orang Kenaboi

F ) Lembaga Kurnia Luak Jelebu

1. Dato Sati
Abd Ghani bin Ibrahim
- Tua Orang Pilah

2. Dato Sura
Hj Husain bin Abd Rashid.
- Tua Orang Rembau

3. Dato Indera Perba
Mansor bin Mohd Akhir.
- Tua Orang Pahang

4 Dato Ampat
Hj Yaacob bin Ghani
-Tua Orang Minangkabau

5. Dato Setia Bangsa
Hj Ismail bin Dahalan
- Tua Orang Jawa

6 Dato Dagang Jambi
Hassan bin Ali
- Tua Orang Jambi

7. Dato Mangku Setia
Nordin bin Lajim
- Tua Orang Mengkiang Tujuh ( Seremban,PD )

8. Raja Malim Bendahara
Hj Tengku Silaturrahim bin Tg Alias.
- Tua Orang Mendehiling

NOTA: Semua Dato Lembaga Kurnia di ( F) di atas diletakkan di bawah riayah Dato
Shahbandar,Pucuk Bulat Di Air,Tumpuan Segala Dagang.
Oleh yang demikian maka HALUAN SEMBAH KEPADA TITIAN BALAI UNDANG
hendaklah melalui Dato Shahbandar.

Ada pun Dato-Dato Lembaga ( A), (B), dan ( C) di membentuk apa yang dikenali sebagai ORANG DELAPAN atau DATO YANG LAPAN atau pun BALAI NAN PANJANG PUN dengan Dato Lembaga dalam kumpulan (D) menjadi 'IJUK PENEBAL '

Segala urusan pentadbiran Adat hendaklah menggunakan pendekatan Adat BERJINGJANG NAIK,BERTANGGA TURUN .



SL aljufri. 22 Jun 2010.

SEMINAR ADAT PERPATIH DAERAH JELEBU

22 Jun ,2010 (Sabtu) Isnin.
Seminar Adat Perpatih Daerah Jelebu telah berjaya diadakan pada hari ini bertempat di Kg Gagu,Kuala Klawang,Jelebu.Seminar bertemakan ' Adat Merentasi Budaya' anjuran bersama Persatuan Sejarah Malaysia,Cawangan Negeri Sembilan Kawasan Jelebu (PSMCNSKJ) dan Majlis Kebudayaan Daerah Jelebu (MDK)Jelebu.
Majlis penutupan rasmi disempurnakan YB Dato Razak Mansor .Yang diPertua Dewan Undangan Negeri Sembilan Darul Khusus/merangkap ADUN Pertang,juga selaku pengerusi (PSMCNS Kawasan Jelebu).
Objektif seminar:
1 Meperkenalkan peranan Adat Perpatih secara umum kepada masyarakat dan pelajar / remaja.
2. Memberi peluang kepada Dato Lembaga Yang Lapan di Luak Jelebu berinteraksi dengan masyarakat setempat.
3. Mengembalikan kecemerlangan Adat Perpatih- Adat merentasi budaya.
Dua Kertasa kerja telah dibentangkan :
















Kertas Kerja 1 :
Tajuk : Peranan dan Tanggungjawab Peyandang -Penyandang PesakaD Adat Dalam Adat Perpatih.
Oleh : YM Dato Sri Maharaja Hj Khalid b Bonget.
Tiang Balai Penghulu Luak Muar dan Tiang Kerajaan Kepada Ke bawah DYMM Tuanku Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan DK.

( Juru Rujuk Adat Perpatih Lembaga Musuem Negeri Sembilan DK. )

Pengerusi : YM Tuan Hj Syed Loed b Syed Yusof Aljufri
( Bendahari PSMCNSKJ )
Kertas 2 :
Tajuk : Amalan Adat Perpatih Setempat( Luak Jelebu ).
Oleh : YM Dato Cincang Maharaja Lela, Zulkifli b Jailani.
Pengerusi : YM Tuan Hj Ibrahim b Harun
(Setiausaha PSMMNSKJ )
















Majlis ini mendapat sambutan yang menggalakkan.Turut hadir Ybhg En Zulkifli Baharan Pegawai Daerah Jelebu,Dato- Dato Lembaga Lapan dan Dato Lembaga kurnia.Turut hadir pemimpin masyarakat ,guru-guru, pelajar-pelajar sekolah berdekatan.
Program ini dibuat diKg Gagu ini adalah sebagai menyokong dan memberi inspirasi kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK )Kg Gagu kerana kampung ini adalah Johan Desa Cemerlang peringkat Negeri Sembilan 2010 dan dalam rangka penghakiman diperingkat Nasional tahun ini .















Dalam segmen Interaksi :YM Dato Nika Menteri Sah Mangku Alam, Hj Tarmizi b Selamat telah memperkenal Dato-Dato Lembaga yang Lapan,Orang-Orang Besar Di Bawah Naungan YTM Dato Undang.Orang-orang besar Di Bawah Naungan Dato Menteri .

















DAN Lembaga Kurnia Luak Jelebu iaitu Tua Orang Pilah ,Tua Orang Rembau.Tua Orang Pahang, Tua Orang Minangkabau ,Tua Orang Jambi,Tua Orang Mengkiang Tujuh (Seremban dan Port Dickson)..dan Tua Orang Mendehiling.
















Pihak JKKK Kg Gagu diketuai En Saat Haruan dan Dato Ampat Hj Yaacob Ghani dan masyaratka dan anak-anak buahnya telah memberi kerjasama yang amat baik bagi menjaya kan Seminar tersebut yang berjalan dengan baik .

Tuesday, June 8, 2010

Terlajak cakap, pengundi merajuk, undi hilang, jawatan melayang

KATA orang kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Begitu juga dengan cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar- dengar.

Maknanya, lebih kurang apabila kita menuturkan sesuatu itu hendaklah berhati-hati supaya apa yang diucapkan tidak disalah tafsir atau menyinggung perasaan orang lain.

Kadang-kadang apa yang diucapkan itu juga boleh mencetuskan suasana yang kurang baik di kalangan masyarakat atau rakan-rakan dalam sesebuah organisasi.

Sejak kebelakangan ini, ada beberapa isu yang mencetuskan keresahan di kalangan masyarakat apabila sesuatu keputusan, ucapan, atau kenyataan dilontarkan.

Menyelak kembali apa yang dimaksudkan itu ialah mengenai kenyataan atau pengumuman yang melibatkan pihak kerajaan serta organisasi politik.

Antara isu yang melibatkan pihak kerajaan termasuklah berkaitan judi sukan bola sepak, Piala Dunia (Kementerian Kewangan), menghapuskan atau penarikan balik subsidi (Jabatan Perdana Menteri) serta nisbah 60:40 dalam projek pembangunan Kampung Baru (Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar). Di kalangan parti politik pula, yang menarik perhatian tentulah komponen dalam Barisan Nasional (BN) iaitu MIC apabila ada di kalangan pemimpinnya mendakwa UMNO terlibat dalam apa yang dikatakan pembunuhan politik dalam isu Gerakan Anti-Samy Vellu (GAS) serta ancaman mahu meninggalkan BN.

Kesan kenyataan itu menyebabkan di kalangan pemimpin UMNO menganggap ia satu tindakan biadab. Pada masa yang sama ada pula suara-suara yang mengalu-ngalukan kesediaan MIC meninggalkan BN bagi membuka ruang lebih luas kepada parti-parti kaum India lain menyertai BN. Harus diingat banyak parti berasaskan kaum India seperti Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) dan Barisan Progresif India (IPF) telah lama 'mengetuk pintu' BN.

Turut menarik perhatian kerana 'terlajak kata' ialah penyingkiran S. Murugesan sebagai Setiausaha Agung MIC. Akibat menegur presiden parti, S. Samy Vellu, akhirnya beliau disingkirkan. Penyingkiran itu bukanlah satu kejutan. Pertama ia berlaku dalam MIC. Ramai yang terpaksa 'mengaku kalah' selepas mereka mengkritik kepimpinan parti. Dan kedua sebagai setiausaha agung, sudah tentu kenyataan itu tidak lagi menggambarkan kesetiaan kepada presiden. Maka apabila setiausaha dan presiden sudah bercanggah pendapat, maka tidak ada pilihan lain, salah seorang harus pergi. Tetapi bagi Murugesan, tentunya ia satu kepuasan kerana prinsipnya adalah jelas, kesetiaan ada batasnya.

Kembali kepada isu lesen judi bola, sepak Piala Dunia, banyak pihak yang menangguk di air keruh. Ketika Timbalan Menteri Kewangan, Awang Adek Hussin mengemukakan hasrat kerajaan itu, maka tidak banyak reaksi yang diterima. Paling cepat memberi reaksi tidak setuju ialah Presiden Perkasa, Ibrahim Ali yang awal-awal lagi membantah. Sebaliknya apabila ia diluluskan, barulah berduyun-duyun yang membantah. Ada pula yang menjadikannya isu politik untuk menghentam kerajaan habis-habisan sehingga memberi gelaran yang tidak baik kepada pemimpin kerajaan. Dalam khutbah Jumaat juga dibangkitkan isu ini seolah-olah umat Islam akan terjebak dalam gejala judi sebaik sahaja sepak mula Piala Dunia 2010 antara pasukan tuan rumah Afrika Selatan dan Mexico bermula 11 Jun ini.

Kegagalan memberi penjelasan yang secukupnya pada peringkat awal mengenai isu ini menyebabkan kekalutan. Apa juga alasan yang diberikan mengenai lesen judi itu tidak dapat diterima oleh orang Islam. Haram tetap haram. Itu hakikat yang tidak ada tolak ansur lagi bagi orang Islam. Lainlah bagi bukan Islam yang turut menjadi warganegara ini. Dalam erti kata lain, biarlah judi yang sah haram bagi umat Islam itu dibiarkan beroperasi secara haram. Ada lesen atau tidak, yang hitam tidak dapat diputihkan. Sama seperti aktiviti haram lain maka serahlah kepada polis untuk membanteras kegiatan haram ini jika ia berlaku mulai 11 Jun ini. Begitulah gambaran yang ada mengenai isu judi bola ini. Mungkinkah ini juga yang mendorong 'anak luar nikah' (bukan anak haram) dibuang bagaikan sampah, ditanam merata tempat kerana yang 'haram' itu tidak boleh diterima sama sekali. Ketika ada pihak yang berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) mempunyai kuasa untuk tidak membenarkan mana-mana premis sebagai tempat perjudian bola ini, tetapi pada masa yang sama mereka mengizinkan premis ini (memberi lesen) menjual empat nombor ekor, menjual arak, rumah urut dan pelacuran serta pelbagai kegiatan yang hukumnya haram bagi orang Islam. Kadang-kadang ada juga perkara yang boleh dianggap haram tetapi sengaja dilupakan. Mungkin makruh sahaja. Lebih mendukacitakan di kalangan umat Islam ada yang hanya nampak haram arak dan judi (haram sekalipun ada lesen) tetapi perkara lain dalam kehidupan yang dilarang atau haram dibiarkan berleluasa, seolah-olah digalakkan kerana kepentingan tertentu. Fitnah- memfitnah, buruk sangka, mengumpat, mengeji dan macam-macam lagi dilarang oleh Islam tetapi dibiarkan berleluasa dan mungkin digalakkan.

Kita harap menjelang 11 Jun ini, umat Islam tidak tergoda dengan apa juga bentuk perjudian ketika mereka tidak tidur lena kerana bola. Tidak kiralah apa bentuk perjudian sama ada dilesenkan atau tidak.

Satu lagi isu panas yang menarik perhatian ialah soal penarikan balik subsidi. Disebabkan kenyataan tidak disertakan dengan hujah-hujah yang boleh diterima, maka kebanyakan pihak tidak bersetuju. Akhirnya timbullah persepsi negatif dan kerajaan terpaksa membuat pelbagai penjelasan bagi meyakinkan rakyat. Begitulah jadinya apabila sesuatu yang ingin dilakukan dibuat secara drastik. Hasrat mahu mengurangkan beban subsidi yang semakin meningkat akhirnya disalah anggap.

Turut menarik perhatian tentulah nisbah 60 (bumiputera) dan 40 (bukan bumiputera) dalam pembangunan Kampung Baru. Disebabkan penjelasan yang kurang tepat pada peringkat awal maka pelbagai isu timbul yang boleh menjejaskan imej kerajaan. Sekali lagi banyak masa terbuang untuk membuat penjelasan. Pada masa yang sama muncullah kumpulan yang akan mengeruhkan lagi keadaan dengan niat yang dilihat suci tetapi sebaliknya 'kotor'.

Begitulah kesan apabila kita mengumumkan sesuatu tanpa persiapan untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Selepas tsunami 2008, pendekatan test market amat bahaya. Janganlah melontar idea yang mampu mengundang kecaman dan ancaman.

Maka berhati-hatilah. Lebih-lebih lagi bagi parti politik yang akan menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang. Kata seorang sahabat, jangan biarkan rakyat memendam perasaan dengan isu-isu yang dilontarkan sekalipun ia sekadar menguji reaksi mereka. Ingatlah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Atau terlajak kata jumpa di mahkamah, terlajak cakap undi hilang. Sebelum terlambat, jangan biarkan nasi menjadi bubur.

Pelancaran jalur lebar TM dengan komputer 1Malaysia pada 28.5.2010



















PERTANDINGAN VIDEO PENDEK HIJRAH MERDEKA ONLINE SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1443H/2021M

 “Bersama Menjiwai Hijrah Dan Merdeka” Assalamualaikum wrt wbt, Sukacitanya dimaklumkan bahawa Pertandingan Video Pendek Sempena Majlis Samb...