Elakkan
atau kurangkan makanan atau amalan berikut:
·
Elakkan kacang
tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram.
·
Elakkan segala
macam buah-buahan jeruk kering seperti asam boi, buah kana, dll
·
Elakkan segala
macam buah-buahan jeruk basah seperti mangga jeruk, ceremai dan anggur jeruk.
·
Elakkan memakan mi
segera seperti mi maggi dsb
·
Elakkan memakan
makanan rapu seperti twisties, chikadess, o ring dsb
·
Elakkan memakan mi
kuning dan roti canai. (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan
capati dan tosei). Segala produk yang menggunakan tepung putih juga perlu
dielakkan seperti roti dan pizza.
·
Elakkan Nescafe,
air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa kerana kandungan utama
minuman ini ialah bahan kimia, pewarna dan perisa.
·
Elakkan minum teh
kedai kerana teh kedai adalah teh recycle yang semata-mata dibuat dari bahan
kimia pewarna dan perisa.
·
Elakkan chokelat
dan minimakan air milo. Gantikan Milo dengan horlick.
·
Elakkan mengambil sebarang
air minuman bergas.
·
Elakkan mengambil
jambu batu atau jus jambu batu
·
Kurangkan atau
minimakan pengambilan durian, rambutan, ciku, mangga siam, mata kucing siam dan
longan. (Makan ala kadar sahaja)
·
Elakkan tembikai
dan tembikai susu
·
Kurangkan pengambilan
kerang, ketam, udang dan sotong. Makan sedikit sahaja dan jangan kerap
mengambilnya.
·
Kurangkan
mengambil ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon
penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang cuma 31 hari sahaja akibat diberikan
ubat-ubatan ini. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam yang dijual
dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan
terlarang.
·
Bila makan daging,
pilih daging tanpa lemak (tendon). Bila makan ayam (kampung) pilih makan bahagian
dada dan elakkan bahagian banyak tendon seperti wing (kepak) dan peha.
·
Elakkan makan buah
oren seperti oren sunkist, air limau seperti air teh O limau.
·
Elakkan makan
cendawan dan produk cendawan termasuk ubat ganoderma
·
Elakkan makan ikan
berbisa seperti ikan semilang dan ikan pari.
·
Elakkan makan
organ dalaman seperti hempedal, hati, jantung dan tidak ketinggalan telur ikan.
·
Kurangkan makan
makanan kari seperti kari ikan dan daging.
·
Elakkan sayur
kacang buncis, bayam, petola dan bunga kubis
·
Elakkan berlari dan melompat (gantikan dengan berjalan)
bagi yang sudah mengalami gout
·
Elakkan berurut
terutamanya di bahagian pinggang
·
Kurangkan atau elakkan pulut,
keladi, keledek, kentang dan ubi.
·
Elakkan jering,
petai dan kerdas
·
Kurangkan
pengambilan minyak kelapa sawit.
·
Elakkan mengambil
sebarang supplement seperti multivitamin dsb
·
Elakkan Ikan masin
jeruk seperti ikan tenggiri
·
Elakkan sayuran
jeruk
·
Elakkan makanan
dalam tin seperti sardin dan buah-buahan bertin
·
Elakkan makan
telur masin
·
Elakkan cuka
makanan tiruan (usahakan cuka makan asli dari apel hijau)
·
Elakkan terjatuh
dan berurut di bahagian pinggang.
·
Elakkan menahan
terlalu lama daripada membuang air kecil (tahan kencing)
·
Kurangkan makanan
bersantan
·
Kurangkan makanan
yang mengandungi bahan pewarna, perasa dan pengawet tiruan dan termasuk
ajinomoto
Makanan
atau amalan yang perlu diamalkan selalu pula ialah:
·
Minum air masak /
suam dengan banyak terutama sekali bila masuk tidur. Lebih elok lagi sampai perlu bangun tidur pukul 3 pagi kerana
perlu kencing
·
Amalkan minum teh
misai kucing 2 uncang sehari.
·
Makan peria dan
peria katak
·
Sawi pahit, kacang
botor, kacang panjang, kailan
·
Susu tepung (bukan
anelene, HL atau low fat)
·
Minyak zaitun.
Satu sudu besar sehari adalah amalan yang disarankan
·
Ulam seperti ulam
raja, pucuk gajus, pegaga dsb
·
Buah Delima
·
Epal hijau 2 biji
seminggu
·
Burung seperti
burung puyuh dan merpati
·
Daging itik, rusa,
pelanduk, napuh, landak, arnab dan sebagainya
·
Garam kasar
menggantikan garam halus
·
Berendam dalam air
panas pada paras pinggang selama 20 minit selepas minum segelas air suam (dalam
besen atau pun tab mandi) atau SPA.
·
Makan lebih banyak
sayur-sayuran
·
Makan kapsul
HABBATUSSAUDA
No comments:
Post a Comment