Friday, September 12, 2014

Tarmizi Selamat diisytihar pemangku Undang Luak Jelebu



PENGHULU Mukim Lenggeng, Datuk Menteri Sah Mangku Alam Sehari, Tarmizi Selamat membaca watikah pelantikan sebagai Pemangku Undang Luak Jelebu. - Foto BERNAMA



KUALA KLAWANG: Pemegang Tali Pesaka Waris Berundang Luak Jelebu, Datuk Ombi Pangkal Maharaja Lela Kadim Kidam, mengisytiharkan Penghulu Mukim Lenggeng, Datuk Menteri Sah Mangku Alam Raja Sehari, Tarmizi Selamat sebagai pemangku Undang Luak.
Pengisytiharan itu dibuat berikutan kematian Undang Luak Jelebu, Datuk Mendika Menteri Akhirulzaman Datuk Musa Wahab, 77, yang meninggal dunia di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) pada kira-kira 7.30 malam semalam.
Allahyarham meninggal dunia akibat serangan jantung ketika berada di rumahnya di Gedong Lalang, Ampangan di sini. – berita harian 12.9.2014


Undang Luak Jelebu disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Simpang Gelami





JELEBU 12 Sept. - Jenazah Undang Luak Jelebu, Dato' Mendika Menteri Akhirulzaman, Dato' Musa Wahab, tiba di Masjid Kampung Gelami, pada pukul 12.50 tengah hari ini untuk disembahyangkan sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Simpang Gelami, dekat sini.
Terdahulu, pemimpin, pembesar adat dan rakyat menziarah jenazah Almarhum untuk memberikan penghormatan terakhir di Balai Undang Jelebu, Kuala Klawang.
Turut menziarahi ialah Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Dr. Awaludin Said dan beberapa Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri.
Jenazah Almarhum turut diiringi oleh ahli keluarga, Undang Luak Rembau, Dato' Lela Maharaja Dato' Muhamad Sharip Othman, Tunku Besar Tampin Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri serta pembesar lain. - UTUSAN ONLINE.

Jelebu dinobat bandar mampan 2012


Majlis Daerah Jelebu hari ini dipilih untuk menerima Anugerah Bandar Mampan 2012 bersama empat pihak berkuasa tempatan (PBT) lain di Lembah Klang.
Empat PBT lain yang dipilih mendapat anugerah itu adalah Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Majlis Perbandaran Subang Jaya dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya.
Lima PBT itu masing-masing mendapat markah melebihi 90% mengikut piawaian Petunjuk Rangkaian Pembangunan Mampan Bandar-Luar Bandar Malaysia (Murninets).
Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Arpah Abdul Razak berkata anugerah itu menjadi penanda utama kerajaan dalam menilai prestasi PBT dalam meningkatkan kemampanan bandar di Malaysia.
"Bandar yang mencapai indeks lebih 80 peratus dalam Murninets dianggap telah mencapai tahap bandar mampan," katanya mewakili menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan di majlis tersebut.
Sementara itu, Yang Dipertua Jelebu Mohamed Roduan Ujang (gambar) berkata kekuatan Jelebu adalah terletak jauh dari bandar selain dilitupi tumbuhan menghijau.
Katanya, suasana kehidupan di sana juga aman damai dengan indeks jenayah yang kecil dan kurang berlaku kemalangan jalan raya.
"Cuaca di sana agak sejuk dan penduduknya tidak perlu memikirkan kesesakan lalu lintas dengan kemudahan asas yang lengkap disediakan.
"Suasananya sejahtera, tenteram serta tidak diliputi  isu perselisihan‎ kaum dan keagamaan. Itulah antara faktor yang diambil kira. Jadi sesiapa yang ingin tinggal di tempat paling sesuai maka Jelebu wajar menjadi pilihan," katanya ketika ditemui The Malaysian Insider.
Antara aspek yang diambil kira dalam pemilihan Murninets adalah kadar kemiskinan, kempen alam sekitar PBT, peratusan perubahan kawasan hutan, bilangan pusat tarikan pelancong dan lain-lain. – 12 November, 2013.

Thursday, September 11, 2014

Kemangkatan Undang Luak Jelebu





Kemangkatan YTM Dato' Mendika Menteri Akhirulzaman
Undang Luak Jelebu yang ke 15
Dato' HJ Musa bin Wahab

lahir pada 04-09-1937
Mangkat pada 11-09-2014

Al-fatehah..

PERTANDINGAN VIDEO PENDEK HIJRAH MERDEKA ONLINE SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1443H/2021M

 “Bersama Menjiwai Hijrah Dan Merdeka” Assalamualaikum wrt wbt, Sukacitanya dimaklumkan bahawa Pertandingan Video Pendek Sempena Majlis Samb...