Friday, September 12, 2014

Jelebu dinobat bandar mampan 2012


Majlis Daerah Jelebu hari ini dipilih untuk menerima Anugerah Bandar Mampan 2012 bersama empat pihak berkuasa tempatan (PBT) lain di Lembah Klang.
Empat PBT lain yang dipilih mendapat anugerah itu adalah Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Majlis Perbandaran Subang Jaya dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya.
Lima PBT itu masing-masing mendapat markah melebihi 90% mengikut piawaian Petunjuk Rangkaian Pembangunan Mampan Bandar-Luar Bandar Malaysia (Murninets).
Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Arpah Abdul Razak berkata anugerah itu menjadi penanda utama kerajaan dalam menilai prestasi PBT dalam meningkatkan kemampanan bandar di Malaysia.
"Bandar yang mencapai indeks lebih 80 peratus dalam Murninets dianggap telah mencapai tahap bandar mampan," katanya mewakili menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan di majlis tersebut.
Sementara itu, Yang Dipertua Jelebu Mohamed Roduan Ujang (gambar) berkata kekuatan Jelebu adalah terletak jauh dari bandar selain dilitupi tumbuhan menghijau.
Katanya, suasana kehidupan di sana juga aman damai dengan indeks jenayah yang kecil dan kurang berlaku kemalangan jalan raya.
"Cuaca di sana agak sejuk dan penduduknya tidak perlu memikirkan kesesakan lalu lintas dengan kemudahan asas yang lengkap disediakan.
"Suasananya sejahtera, tenteram serta tidak diliputi  isu perselisihan‎ kaum dan keagamaan. Itulah antara faktor yang diambil kira. Jadi sesiapa yang ingin tinggal di tempat paling sesuai maka Jelebu wajar menjadi pilihan," katanya ketika ditemui The Malaysian Insider.
Antara aspek yang diambil kira dalam pemilihan Murninets adalah kadar kemiskinan, kempen alam sekitar PBT, peratusan perubahan kawasan hutan, bilangan pusat tarikan pelancong dan lain-lain. – 12 November, 2013.

No comments:

Post a Comment

PERTANDINGAN VIDEO PENDEK HIJRAH MERDEKA ONLINE SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1443H/2021M

 “Bersama Menjiwai Hijrah Dan Merdeka” Assalamualaikum wrt wbt, Sukacitanya dimaklumkan bahawa Pertandingan Video Pendek Sempena Majlis Samb...