Sunday, September 29, 2013
Kursus Tranfomasi Pengurusan Peladang 2013
Tarikh: 25.9.2013 - 27.9.2013
Tempat: Institut Pengurusan Peladang Langkawi (IPP Langkawi)
Kursus ini anjuran LLP Negeri Sembilan. Peserta PPK Jelebu terdiri Tuan Syed Loed Syed Yusof ( Pengerusi),Tuan Said Zubir Said Ali, Tuan Hj Ibrahim Harun, dan Tuan Hj Mohdas Ayob (Pengurus Besar ).
Semua PPK seluruh Negeri Sembilan telah menghantar peserta masing-masing.Kursus saperti ini sebaik-baiknya dapat diadakan pada setiap tahun dan perlu di hadiri Ahli Jemaah Pengarah khas yang baru .
Tokoh Kepimpinan Masyarakat Cemerlang 2011
Telah menerima anugerah sijil penghargaan Tokoh Kepimpinan Masyarakat Cemerlang kategori Tokoh Politik pada 25.11.2011.
Tuesday, September 24, 2013
Fakta Bahaya Tahan Kencing
SEKALIPUN terpaksa menghadiri mesyuarat penting
atau memandu untuk jarak yang jauh, menahan kencing bukanlah satu tindakan yang
bijak. Air kencing yang ditahan itu hakikatnya kotoran beracun yang
perlu dikeluarkan daripada badan.
Menurut Pakar Urologi, Kesihatan Lelaki dan Pembedahan Robotik,
Pusat Perubatan Prince Court, Datuk Dr. Sahabudin Raja Mohamed, menahan diri
daripada membuang air kecil akan memberi kesan negatif kepada kesihatan. Namun,
perkara itu mempunyai kesan yang berbeza mengikut jantina dan usia.
Kanak-kanak yang menahan kencing terlalu lama boleh menyebabkan
masalah besar. Tidak kira lelaki mahupun perempuan, ia boleh meningkatkan
kejadian jangkitan saluran kencing. Dalam kes yang lebih buruk, ia akan
mengakibatkan inkontinens iaitu masalah hilang kawalan untuk menahan kencing,”
kata Sahabudin.
Masalah itu menyebabkan penghidap tidak mampu menahan kencing
daripada terkeluar sendiri terutamanya ketika batuk, bersin atau meneran.
Seseorang juga sukar untuk menahan kencing sehingga dia boleh terkencing di
mana-mana sahaja sebelum sempat pergi ke tandas.
Antara tanda-tanda seseorang itu mendapat masalah inkontinens
adalah sering berasa tidak puas ketika membuang air kecil atau aliran air
kencing yang lemah. Masalah itu boleh terjadi kepada mereka yang mengalami
kerosakan ginjal, uretra yang tersumbat ataupun kerosakan saraf akibat
diabetes.
Dalam pada itu, Sahabudin menjelaskan,
membuang air kecil sebanyak di antara lima hingga enam kali sehari merupakan
situasi yang normal. Namun, mereka yang membuang air kecil melebihi lapan kali
sehari menunjukkan keadaan yang sebaliknya.
“Kencing kurang daripada lapan kali sehari merupakan keadaan
yang normal. Urin mereka akan berwarna jernih seperti air paip,” ujarnya
Pundi kencing yang berfungsi secara normal ditunjukkan apabila
seseorang membuang air kecil dalam tempoh tiga hingga empat jam sekali iaitu
tidak lebih lapan kali sehari. Mereka yang normal akan membuang air kecil hanya
sekali pada waktu malam.
Jelas Sahabudin lagi, mengurangkan minum air masak bagi
mengelakkan seseorang itu kerap ke tandas adalah satu tindakan yang salah.
Mereka tidak seharusnya mengurangkan pengambilan air kerana bahan tersebut
penting kepada tubuh bagi mengelakkan dehidrasi.
“Jangan mengurangkan kuantiti air yang diminum. Sebaliknya
pergilah berjumpa dengan doktor untuk mengatasi masalah itu. Jika terdapat
jangkitan, pesakit perlu dirawat terutamanya mereka yang mengalami pundi
kencing terlalu aktif,” katanya lagi.
Antara tanda kencing terlalu aktif adalah sukar menahan kencing,
kencing tidak puas, pergi ke tandas melebihi 10 kali sehari dan berlaku
kebocoran jika menahannya. Masalah ini boleh terjadi lebih kerap dalam kalangan
wanita muda. Seseorang yang menghadapi masalah ini akan membuang air lebih
daripada 10 kali sehari serta tidak dapat menahan kencing.
Antara kaedah yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah itu
adalah senaman otot untuk mengawal kencing, latihan pundi kencing dan
penggunaan ubatan. Jelas Sahabudin, masalah tersebut sering berlaku akibat
kesibukan kerja yang mengundang masalah malas ke tandas selain ketiadaan
kemudahan tandas yang bersih.
Sementara itu, melakukan aktiviti seperti memandu sambil menahan
air kencing boleh mengundang bahaya. Perbuatan menahan kencing didapati
mempunyai kesan yang sama dengan keracunan alkohol atau tidak tidur selama 24
jam secara berterusan.
“Apabila manusia sampai kepada titik kesakitan, mereka tidak
mampu berfikir dan membuat keputusan lagi. Ia sama seperti mabuk,” kata
profesor neurologi di Universiti Brown di Providence, Pulau Rhode, Amerika
Syarikat (AS), Peter Snyder.
Kajian Synder bersama kumpulan penyelidiknya itu memenangi
kategori perubatan anugerah Ig Nobel anjuran majalah Annals of Improbable
Research (AIR) di AS baru-baru ini. Ig Nobel memberikan anugerah untuk pelbagai
kajian yang dianggap melucukan tetapi kemudian membuatkan orang mula berfikir.
Wednesday, September 18, 2013
CHIN PENG BEKAS SETIAUSAHA AGUNG PARTI KOMUNIS MALAYA (PKM)MENINGGAL DUNIA
Chin Peng nama sebenarnya Ong Boon Hua ,bekas setiausaha agung PKM yang tinggal dalam buangan di negara Thailand telah meninggal dunia di sebuah hospital di Bangkok pada pukul 6.20 pagi pada 17 September,2013.
Sementara Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ,mayat Chin Peng yang meninggal dunia akibat sakit tua berusia 90 tahun,.tidak akan diterima untuk di bawa pulang negara ini.
Kekejaman komunis yang membunuh sebanyak 2,083 anggota keselamatan negara perlu dijadikan titik rujukan yang paling kukuh bagi rakyat.
Walaupun ada ura-uara keluarga mohon untuk membawa abu mayat ke Malaysia pun tidak dibenarkan.
Pihak PDRM akan mengawasi semua pintu masuk dinegara ini bagi menghalang abu atau mayat bekas pemimpin PartiKomunis Malaya Chin Peng di bawa masuk Malaysia,itu tegas Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.Dosa Chin Peng terlalu besar kepada negara.
Sementara Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ,mayat Chin Peng yang meninggal dunia akibat sakit tua berusia 90 tahun,.tidak akan diterima untuk di bawa pulang negara ini.
Kekejaman komunis yang membunuh sebanyak 2,083 anggota keselamatan negara perlu dijadikan titik rujukan yang paling kukuh bagi rakyat.
Walaupun ada ura-uara keluarga mohon untuk membawa abu mayat ke Malaysia pun tidak dibenarkan.
Pihak PDRM akan mengawasi semua pintu masuk dinegara ini bagi menghalang abu atau mayat bekas pemimpin PartiKomunis Malaya Chin Peng di bawa masuk Malaysia,itu tegas Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.Dosa Chin Peng terlalu besar kepada negara.
UMNO BAHAGIAN JELEBU 2013
Semua 52 cawangan -cawangan umno Bhagian Jelebu telah selesai mengadakan Persidangan Tahunan yang berakahir pada 13 September 2013 yang lalu.Tahun ini ada tahun mengadakan pemilihan Ahli jawatankuasa di semua peringkat ia-itu peringkat cawangan-cawangan ,Bahagian-bahagian dan peringkat Majlis Tertinggi UMNO
Ini musim terbuka dan memberi peluang luas dan kesempatan generasi muda yang berminat untuk menawarkan diri bertanding atau merebut jawatan disemua peringkat.dan sayap-sayap parti.
Ramai muka-muka baru telah dipilih menjadi Ketua Cawangan,Ketua Pemuda ,Ketua Puteri di samping pemimpin lama masih kekal di kedudukan masing-masing.Kempen dan gerak kerja ahli-ahli di cawangan agak hebat dan luar jangka juga.Perkara ini ada kaitan Yang bahagia Tan Sri Dato Sri Utama Dr Rais Yatim ,Ketua UMNO Bahagian Jelebu UMNO akan mengosongkan jawatan Ketua Umno Bahagian Jelebu dalam pemilihan akan berlangsung pada bulan Oktober 2013 ini.
Penyandang sekarang :: Ketua : Tan Sri Dr Rais Yatim
Timbalan Ketua : YB Dato Hj Jalaluddin Hj Alias ( Exco/ADUN Pertang )
Naib Ketua : YB Tuan Hj Zainuddin Hj Ismail (Ahli Parlimen Jelebu)
Ikut hiraki dan cara yang amat sofan ada kompromi ialah YB Dato Hj Jalaluddin Hj Alias jadi Ketua, YB Hj Zainudin Hj Ismail naik jadi Timbalan Ketua dan Naib dirundingkan bersama YB Dato Hj Yunus Rahmat (ADUN Klawang ) dan YB Razi ( ADUN Lui ).
Yang jelas sekarang membuat ahli-ahli cawangan naik celaru seperti makan mati emak,diluih mati ayah apabila YB Dato Hj Jalalddin Hj Alias dan YB Hj Zainudin Hj Ismail sama -sama nak tawar diri merebut jawatan 'Ketua Bahagian '.Disamping itu YB Dato Yunus Rahmat (ADUN Klawang ) menawar diri untuk jawatan 'Timbalan Ketua'
.
.
Ini musim terbuka dan memberi peluang luas dan kesempatan generasi muda yang berminat untuk menawarkan diri bertanding atau merebut jawatan disemua peringkat.dan sayap-sayap parti.
Ramai muka-muka baru telah dipilih menjadi Ketua Cawangan,Ketua Pemuda ,Ketua Puteri di samping pemimpin lama masih kekal di kedudukan masing-masing.Kempen dan gerak kerja ahli-ahli di cawangan agak hebat dan luar jangka juga.Perkara ini ada kaitan Yang bahagia Tan Sri Dato Sri Utama Dr Rais Yatim ,Ketua UMNO Bahagian Jelebu UMNO akan mengosongkan jawatan Ketua Umno Bahagian Jelebu dalam pemilihan akan berlangsung pada bulan Oktober 2013 ini.
Penyandang sekarang :: Ketua : Tan Sri Dr Rais Yatim
Timbalan Ketua : YB Dato Hj Jalaluddin Hj Alias ( Exco/ADUN Pertang )
Naib Ketua : YB Tuan Hj Zainuddin Hj Ismail (Ahli Parlimen Jelebu)
Ikut hiraki dan cara yang amat sofan ada kompromi ialah YB Dato Hj Jalaluddin Hj Alias jadi Ketua, YB Hj Zainudin Hj Ismail naik jadi Timbalan Ketua dan Naib dirundingkan bersama YB Dato Hj Yunus Rahmat (ADUN Klawang ) dan YB Razi ( ADUN Lui ).
Yang jelas sekarang membuat ahli-ahli cawangan naik celaru seperti makan mati emak,diluih mati ayah apabila YB Dato Hj Jalalddin Hj Alias dan YB Hj Zainudin Hj Ismail sama -sama nak tawar diri merebut jawatan 'Ketua Bahagian '.Disamping itu YB Dato Yunus Rahmat (ADUN Klawang ) menawar diri untuk jawatan 'Timbalan Ketua'
.
.
MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN PERTUBUHAN PELADANG NEGERI ,NEGERI SEMBILAN KE 30 TAHUN 2013.
Mesyuarat agung perwakilan PPNNS telah di adakan di Klana Resort Seremban pada 12 Septembar,2013 bersamaan hari Khamis mulai jam 9.00 pagi.Mesyuarat ini telah dirasmikan YB Dato Haji Hasim b Rusdi ,Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Asas Tani Negeri Sembilan.
Seramai 137 dari145 ahli perwakilan dari 12 PPK seluruh Negeri Sembilan telah hadir. Menurut Pengerusi PPNNS ,Dato Hj Ibrahim Jahya ,tahun 2012 ini telah memperolehi keuntungan sebanyak RM 229,378.00 ,ada perningkatan dari tahun lepas.
Ahli Jemaah Pengarah PPN Negeri Sembilan 2012-2014 terdiri :
Mesyuarat agung perwakilan PPNNS telah di adakan di Klana Resort Seremban pada 12 Septembar,2013 bersamaan hari Khamis mulai jam 9.00 pagi.Mesyuarat ini telah dirasmikan YB Dato Haji Hasim b Rusdi ,Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Asas Tani Negeri Sembilan.
Seramai 137 dari145 ahli perwakilan dari 12 PPK seluruh Negeri Sembilan telah hadir. Menurut Pengerusi PPNNS ,Dato Hj Ibrahim Jahya ,tahun 2012 ini telah memperolehi keuntungan sebanyak RM 229,378.00 ,ada perningkatan dari tahun lepas.
Ahli Jemaah Pengarah PPN Negeri Sembilan 2012-2014 terdiri :
- Dato Hj Ibrahim b Jahya Pengerusi.
- Tuan Hj Syed Loed b Syed Yusof Aljufri ( Timbalan Pengerusi.)
- Tuan Hj Abu Bakar b Deli
- Dato Hj Ibrahim Che Mat (Sehingga 13 ,09.2012 )
- Tuan Hj Yusof b Daud (Sehingga 13.09.2012 )
- Tn Hj Mohd Yunus b Abdullah
- Tuan Hj Razalai b Abd Jalil
- Tuan Hj Mohd Kasim b Mat Lajim
- En Haron b Abd Rahman.
- En Abdul Satar bin Hj Omar ( mp 13.09.2012 )
- Tuan Hj Abdul Gani b Mohamad Daud (mp 13. 09. 2012 )
Wednesday, September 11, 2013
Laman sosial bukan medan bercakaran
Internet menjadi keperluan
yang tidak dapat dielakkan oleh setiap manusia. Ia dianggap suatu yang
memudahkan serta mempercepatkan urusan kehidupan.
Laman sosial seperti Facebook, Twitter dan MyFace memudahkan proses bermaklumat dan berkomunikasi sesama insan. Di antara kebaikan utama penggunaan lama sosial ialah bagi mempercepatkan penyaluran maklumat mahupun berita semasa.
Laman sosial seperti Facebook, Twitter dan MyFace memudahkan proses bermaklumat dan berkomunikasi sesama insan. Di antara kebaikan utama penggunaan lama sosial ialah bagi mempercepatkan penyaluran maklumat mahupun berita semasa.
Sesiapa yang mempunyai
akaun laman sosial mampu mengetahui sesuatu berita dengan lebih cepat berbanding
penduduk yang tidak mengaktifkan laman sosial mereka.
Dalam Islam penggunaan laman sosial untuk menyebarkan maklumat dan juga nasihat adalah digalakkan.
Rasulullah pernah bersabda, “Sesungguhnya agama itu adalah nasihat”. (Hadis riwayat Muslim).
Dengan penggunaan laman sosial, umat Islam digalak untuk berkongsi perkara yang baik dan tidak ditegah oleh agama.
Perkongsian maklumat dan juga perkara yang baik ini akan dinilai oleh Allah SWT sebagai suatu amalan yang soleh dan insya-Allah akan mendapat ganjaran pahala di sisi-Nya.
Di samping itu, jaringan sosial itu mampu merapatkan ukhuwah sesama manusia. Dengan penggunaan aplikasi seperti Facebook, umat Islam mampu merapatkan hubungan ukhuwah dan menjalinkan kembali hubungan persaudaraan dengan teman yang telah lama terpisah.
Tidak dinafikan penggunaan laman sosial mampu membawa kehidupan kepada perkara negatif dan pada masa yang sama mungkin juga boleh menjerumuskan seseorang Muslim ke lembah dosa.
Kesan negatif kepada pelajar
Penggunaan laman sosial ini boleh memberi kesan negatif kepada remaja sekolah apabila tiada kawalan dan bimbingan ibu bapa.
Pendek kata terdapat banyak perkara yang dilarang oleh agama dan perlu dielakkan oleh seseorang Muslim daripada melakukan perkara tersebut ketika mengaktifkan sebarang laman sosial.
Sewaktu melawati laman sosial, kita sering kali terbaca kata kesat yang dilemparkan oleh pengguna. Maki hamun, cacian dan kata-kata kesat ini semakin sinonim dengan jiwa sebahagian masyarakat kita dalam mengutarakan pandangan dan rasa hati.
Perlulah diingati bahawa walaupun seseorang itu berada pada pihak yang salah, namun sebagai seorang Muslim, kita dilarang untuk menggunakan bahasa dan istilah yang kesat dalam teguran dan kritikan kita terhadapnya.
Rasulullah SAW pernah menegur perbuatan isteri Baginda iaitu ‘Aisyah ra yang mempertikaikan Safiyyah ra iaitu madu beliau dengan menggelarnya si pendek. Maka Nabi SAW terus menegur ‘Aisyah dengan sabda Baginda: “Sesungguhnya kamu telah berkata suatu perkataan yang apabila ia bercampur dengan air laut nescaya ia akan mengotorinya”. (Hadis riwayat Abu Daud dan al-Tirmidzi).
Perdebatan kosong
Di samping itu, Islam menegah sebarang perdebatan dan pertelingkahan yang sia-sia. Perkara ini dapat dilihat di laman sosial masyarakat Islam yang kadang kala dihiasi dengan perdebatan kosong.
Ada kalangan mereka yang masih berhujah seperti menegakkan benang basah. Dalam hal ini Allah SWT berfirman: “Dan (orang beriman) apabila mereka diajak berdebat dengan orang yang jahil maka mereka berkata kami selamat (iaitu berlindung daripadanya).” (Surah al-Furqan ayat 63).
Bersabar daripada membalas kata-kata yang kesat adalah suatu sifat yang mulia dan terpuji. Apabila seseorang yang dicerca itu bertindak balas maka ketahuilah bahawa syaitan akan memainkan peranan dalam melagakan sesama umat Islam.
Dalam hadis yang dicatat oleh Imam Abu Daud diceritakan bahawa telah datang seorang lelaki kepada Abu Bakar ra dan bersama-sama beliau Rasulullah SAW dan sahabat lain.
Lelaki tersebut itu mencerca Abu Bakar sebanyak tiga kali dan Abu Bakar hanya membalas cercaan tersebut pada kali ketiga.
Lalu Nabi SAW bangun dan beredar daripada tempat duduk Baginda. Lantas Abu Bakar bertanya kepada Nabi SAW jikalau Baginda murka dengan beliau.
Maka Nabi Rasulullah SAW bersabda: “Telah turun malaikat untuk menidakkan kata-kata lelaki yang mencercamu. Namun apabila kamu membalasnya maka telah hadir pada ketika itu syaitan dan sesungguhnya aku tidak akan duduk dalam sesuatu majlis yang terdapat padanya syaitan.”
Daripada hadis ini jelas menerangkan kepada kita bahawa sebarang perbalahan yang berlaku walaupun di laman sosial mampu membuka pintu untuk syaitan menghasut dan memecahbelahkan persaudaraan anak Adam.
Perkara lain yang dilarang ketika menggunakan laman sosial ialah mengumpat serta menyebarkan fitnah dan juga berita palsu kepada individu mahupun masyarakat.
Mengumpat ialah apabila seseorang itu memperkatakan sesuatu keburukan saudaranya kepada orang lain tanpa pengetahuan saudaranya itu. Dosa umpatan ini telah dinyatakan oleh Allah SWT dengan berfirman:
“Janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Adakah seseorang daripada kamu suka menjamah daging saudaranya yang telah mati sedangkan kamu semua membencinya dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah maha menerima taubat dan Maha Penyayang.” (Surah al-Hujurat ayat 12).
Fitnah dalam bahasa Arabnya lebih dikenali sebagai al-Buhtan iaitu menceritakan sesuatu perkara yang tidak benar tentang individu, kumpulan mahupun masyarakat. Malah dosanya adalah lebih besar daripada mengumpat.
Dalam hal ini Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sesiapa yang menuduh seseorang Muslim dengan niat memburukkannya maka Allah SWT akan mengurungnya di atas titi neraka jahanam sehinggalah keluar segala perkataan dusta.” (Hadis riwayat Abu Daud).
Pengguna laman sosial juga dinasihatkan agar menilai setiap berita yang datang kepada mereka.
Pastikan kesahihan berita tersebut dan menjauhi sebarang laman yang menyebarkan fitnah dan juga berita yang tidak jelas.
Seorang Muslim yang beretika dilarang untuk berkongsi mahupun menyebarkan maklumat yang tidak jelas dan berbaur fitnah.
Firman Allah SWT: “Wahai orang yang beriman apabila datang kepada kamu orang fasik maka selidikilah (berita tersebut).” (Surah al-Hujurat ayat 6).
Larangan ini juga disebutkan oleh Rasulullah dalam sabdanya, “Sudah dikira seseorang itu sebagai penipu apabila dia menceritakan segala yang dia telah dengari.” (Hadis riwayat Imam Muslim).
Sebar maklumat palsu
Di samping itu, penyebaran maklumat palsu mengenai agama Islam perlulah disekat dan dihindarkan. Adalah amat menyedihkan apabila didapati begitu banyak perkhabaran palsu mengenai agama Islam ini disebarkan terutama yang berkaitan dengan hadis Nabi Muhammad SAW.
Walaupun makna yang didatangkan itu baik, namun ia tetap dikira sebagai pembohongan ke atas Rasulullah dan dikira sebagai dosa besar jika seseorang itu menyedari akan kepalsuannya.
Rasulullah bersabda “Sesiapa yang berbohong ke atas ku maka dia telah menempah tempatnya dalam api neraka.” (Hadis Muttafaq ‘Alaih).
Pemalsuan mengenai syariat Islam ini jelas menunjukkan kebodohan umat Islam pada kaca mata bukan Muslim.
Perlulah diketahui bahawa Islam adalah agama yang benar dan syariatnya datang daripada sumber yang benar (al-Quran dan hadis). Maka tidak boleh ada sebarang pemalsuan dalam Islam walaupun atas niat yang baik.
Perkara lain yang menjadi kebimbangan dalam penggunaan laman sosial ialah keterbukaan masyarakat untuk melakukan dosa dan maksiat.
Amat membimbangkan apabila kita mendengar jenayah berat yang berlaku hasil daripada perhubungan sosial yang bermula daripada laman tertentu.
Malah, sudah beberapa kali kita mendengar kes rogol yang pada asalnya bermula daripada perkenalan di laman sosial ini.
Di samping itu, ada juga kes penipuan wang ringgit yang juga bermula daripada perkenalan di laman sosial.
Malah, lebih membimbangkan apabila masalah ini turut membabitkan remaja di bawah umur. Dalam menangani perkara ini setiap individu perlu sedar akan keterbukaannya untuk terjerumus ke lembah dosa.
Maka, gunakan laman sosial ini dengan meletakkan syariat sebagai garis panduan.
Kepada ibu bapa yang mempunyai anak di bawah umur hendaklah mereka memantau aktiviti penggunaan laman sosial oleh anak mereka.
Kawal anak agar tidak terbabit dengan perkara yang dilarang oleh agama. Ingatlah firman Allah SWT yang berbunyi: “Wahai orang yang beriman cegahlah diri kamu semua dan juga ahli keluarga kamu daripada azab api neraka.” (Surah al-Tahrim ayat 6).
Petikan al-Quran
“Janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Adakah seseorang daripada kamu suka menjamah daging saudaranya yang telah mati sedangkan kamu semua membencinya dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah maha menerima taubat dan Maha Penyayang.” (Surah al-Hujurat ayat 12).
Apabila kerajaan mengurangkan subsidi petrol
09/09/2013
MACAM-MACAM reaksi
diberi apabila kerajaan mengurangkan subsidi bahan bakar. Akibatnya harga
petrol RON95 dan diesel naik 20 sen seliter menjadikannya RM2.10 dan RM2. Harga
petrol RON97 pula naik 15 sen menjadikannya RM2.85 sen. Kebanyakan reaksi
tentulah menghentam kerajaan. Di sebelah 'pihak sana' yang sentiasa mencari
'silap' kerajaan, kenaikan itu seperti memberi 'bola tanggung'. Seolah-olah
kalau mereka yang berkuasa, semuanya itu tidak akan berlaku, tidak ada
kenaikan. Demi populariti, yang wajar tidak diwajarkan. Sebaik sahaja kenaikan
itu diumumkan, macam-macam reaksi negatif diberi sama ada dalam bentuk
kata-kata, dialog bergambar, karikatur, khidmat pesanan ringkas (SMS), video
dan sebagainya.
Seorang sahabat
memberitahu, dia 'berehat' seketika daripada membaca pelbagai reaksi yang masuk
sama ada melalui SMS, WhatsApp atau Facebook. Lebih banyak yang tumpang
'belasah' kerajaan. Mereka tidak dapat menerima langkah kerajaan mengurangkan
subsidi petrol. Jika anda bercakap apalah ada pada 20 sen itu, maka mereka akan
berkata, ''Awak tak apalah, kaya, gaji tinggi''. Begitulah reaksi yang diberi.
Berilah apa alasan sekali pun, puak yang memang kerjanya membantah tidak akan
menerima dengan baik. Berilah seribu satu alasan kenaikan itu, mereka tetap
tidak dapat menerimanya termasuk alasan paling popular iaitu harga di negara
kita lebih rendah berbanding negara-negara lain termasuk dalam kalangan negara
ASEAN.
Kenapa kerajaan
mengurangkan subsidi petrol ini tidak dapat diterima. Mereka sinis apabila
langkah itu dilihat sebagai 'tindakan berwawasan' dan langkah paling tepat
untuk menstruktur semula kaedah yang digunakan dalam memberikan subsidi. Jika
diselak kembali, sebelum ini pun berlaku naik turun harga petrol. Tidak seperti
gaji, jarang atau tidak pernah berlaku gaji diturunkan. Jika ada pun, elaun
dikurangkan. Banyak juga perkara lain yang naik. Harga rokok juga naik.
Sebatang rokok harganya 50 sen. Kalau enam batang disedut, melebihi harga satu
liter petrol. Tetapi jumlah perokok tidak juga kurang walaupun harga naik dan
rokok diisytiharkan haram.
Berapa ramai pula yang
bising dengan harga satu liter air minuman (bukan air mineral) RM2 sebotol?
Tidakkah air juga diambil daripada perut bumi ini?
Menurut Pengarah
Eksekutif Institut Pembangunan Sosio-Ekonomi dan Penyelidikan, Ivanpal
S.Grewal, kaedah pemberian subsidi sekarang ini tidak kena pada tempat, tidak
cekap dan membazir. Katanya, tujuan sebenar subsidi ini adalah untuk membantu
golongan tidak berkemampuan, dan bukan untuk mereka yang membawa Ferrari turut
menikmati bahan api yang disubsidi itu.
"Apa yang penting
adalah pengurusan lebih baik subsidi dan perlu lebih fokus dalam membantu
mereka yang memerlukan,'' katanya seperti dilaporkan Bernama. Oleh
itu, adalah lebih baik di sebalik menghulurkan subsidi menyeluruh seperti
subsidi besar bagi petrol dan gas, kerajaan beralih secara
berperingkat-peringkat kepada pemberian bantuan tunai secara langsung seperti
Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi mereka yang berpendapatan di bawah RM2,000
sebulan.
Diharapkan pengurangan
subsidi bahan bakar ini akan membantu meningkatkan pula BR1M daripada RM500
kepada jumlah lebih besar, mungkin sehingga RM1,200. Begitu juga bantuan kepada
mereka yang tidak layak mendapat BR1M. Pendek kata, biarlah pengurangan subsidi
petrol dapat dikongsi bersama oleh rakyat Malaysia.
Menyelak kembali
pemberian subsidi ini, pada tahun 2007, kerajaan membelanjakan RM40.1 bilion.
Pada 2009, lebih kurang 22 peratus perbelanjaan kerajaan adalah pada subsidi,
dengan subsidi petrol mewakili 12 peratus daripada jumlah itu. Bagi subsidi
berjumlah RM30 bilion pada tahun ini, subsidi bahan bakar adalah RM24 bilion,
komponen terbesar dalam peruntukan berkenaan. Melalui subsidi inilah, rakyat
Malaysia tidak begitu terkesan dengan kenaikan harga minyak dunia. Keadaan ini
jauh berbeza dengan rakan-rakan di negara lain.
Di sebalik 'amat terasa'
dengan kenaikan harga petrol ini, ramai yang seolah-olah terlupa atau memang
terlupa subsidi pelbagai barangan keperluan harian lain yang sedang dinikmati
sekarang. Adakah jumlah pengguna petrol ini lebih besar jumlahnya berbanding
barang keperluan harian? Sudah tentulah pengguna barang keperluan harian yang
menikmati pelbagai subsidi mempunyai jumlah lebih ramai. Tidak semua orang
mempunyai motosikal atau kereta. Tidak semua yang ada motosikal atau kereta
akan menggunakan kenderaan itu untuk terus ke tempat kerja. Mereka mungkin
menggunakan pengangkutan awam seperti komuter, LRT, monorel atau bas sama ada
untuk mengelakkan kesesakan, menjimatkan tol, petrol dan bayaran letak kereta
(parkir). Bagi pengguna komuter yang berpendapatan RM3,000 ke bawah pula
berpeluang menikmati diskaun 50 peratus tambang.
Ada pula yang lebih
gemar menggunakan kereta ke pejabat walaupun terpaksa menempuh kesesakan dan
membayar kos lain. Malahan jika boleh mereka mahu meletakkan kereta betul-betul
di depan pejabat kerana tidak mahu berjalan kaki atau menaiki tangga.
Mungkinkah tabiat ini juga menyumbang kepada 8.5 juta orang gemuk di negara
ini? Selain terlebih makan, sudah tentu mereka kurang inisiatif untuk
mengurangkan berat badan dengan mengamalkan gaya hidup sihat. Berkaitan isu
ini, adakah kerajaan wajar mengurangkan subsidi makanan harian? Pastinya
tindakan itu mengundang kenaikan harga barang.
Untuk tempoh sekarang,
kerajaan perlu memastikan kenaikan harga petrol tidak mendorong peniaga
menaikkan harga barang yang tidak masuk akal. Begitu juga, usaha kerajaan untuk
memastikan sistem pengangkutan awam lebih cekap bagi membantu rakyat
menjimatkan kos ke pejabat. Sistem yang ada tidak mempunyai rangkaian sokongan
yang betul-betul dapat membantu menjimatkan kos. Pengguna terpaksa menghidupkan
enjin kereta dari rumah ke stesen LRT, komuter atau monorel. Begitu juga
sebaliknya dari stesen ke pejabat. Tempoh perkhidmatan pengangkutan awam juga
perlu dikaji.
Berkaitan kenaikan harga
petrol dan jumlah rakyat Malaysia yang gemuk, video yang muncul berikutan
kenaikan harga petrol turut menarik perhatian. Video ini menggambarkan
bagaimana di sebuah bandar, jalan raya lengang dengan kenderaan tetapi dipenuhi
manusia yang berjalan kaki dan berlari-lari anak, seperti pergerakan kenderaan.
Mereka adalah pekerja dan kanak-kanak yang mahu ke tempat kerja dan sekolah.
Mereka ini turut mematuhi lampu isyarat. Lakonan ini lebih menarik dengan aksi
mereka membawa lampu suluh pada waktu malam dan bergerak seperti kenderaan
pulang ke rumah masing-masing. Begitulah kreatifnya idea untuk mengaitkan
'keluhan' berikutan kenaikan harga petrol. Adakah anda sanggup meniru aksi ini
- berjalan kaki atau berlari-lari anak ke tempat kerja bagi mengurangkan kos
petrol dan mengelakkan kegemukan?
Subscribe to:
Posts (Atom)
PERTANDINGAN VIDEO PENDEK HIJRAH MERDEKA ONLINE SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1443H/2021M
“Bersama Menjiwai Hijrah Dan Merdeka” Assalamualaikum wrt wbt, Sukacitanya dimaklumkan bahawa Pertandingan Video Pendek Sempena Majlis Samb...
-
Keberanian Leftenan Adnan Saidi dan rakan yang bertempur bermati-matian adalah episod yang kekal dalam lipatan sejarah tanah air. “Biar...
-
PELAJAR generasi kini dilihat lebih moden, menjadikan cabaran yang perlu dihadapi mereka yang bergelar guru juga lebih ‘moden’, rumit dan...
-
PERLEMBAGAAN PENTADBIRAN ADAT LUAK JELEBU Alam Beraja Luak Berpenghulu Lingkungan Bertua Anak buah Berbuapak Orang Semenda Bertempat Semenda...