N Sembilan.... 1 Kedah.... 1
(NS menang penentuan penalti  5-4)
SANI Anuar Kamsani muncul wira apabila menyelamatkan penalti Mat  Sabre Abu untuk memberikan gelaran Piala FA kedua buat Negeri Sembilan  selepas 2003 menerusi kejayaan 5-4 dalam penentuan sepakan penalti,  mengecewakan Kedah pada final di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam  tadi.  Ia adalah kali keenam pemenang terpaksa ditentukan menerusi  sepakan penalti dan mengulangi final tahun lalu yang menyaksikan  Selangor bergelar juara 4-1 selepas kedudukan terikat 1-1 selepas masa  tambahan.
Selepas terikat 1-1 dalam permainan 90 minit, masa tambahan 30 minit  gagal memisahkan kedua-dua pasukan selepas jaringan Baddrol Bakhtiar  pada minit ke-27 disamakan M Shaffik Rahman pada minit ke-38.
  Sebaik sepak mula oleh pengadil R Krishnan, Negeri Sembilan bermula  garang dengan V Thirumurugan dikerah menyelamatkan pasukannya di garisan  gol, namun Kedah mula menguasai perlawanan dengan melancarkan serangan  bertali arus ke kubu yang dikawal Sani Anuar.
 Tanpa penyerang,  Azlan Ismail yang menjalani penggantungan, Kedah meletakkan tonggak  tengah, Baddrol Bakhtiar di tampuk serangan bergandingan dengan rakan  dalam skuad kebangsaan, Faizal Abu Bakar.
     Langkah itu jelas membuahkan hasil apabila gerakan anak buah Ahmad  Yusoff terarah kepada Baddrol dan kegagalan Negeri Sembilan merantainya  membawa padah pada minit ke-27 membolehkan Baddrol menyudahkan gerakan  satu dua dengan Syafiq Jamal dengan lambungan tenang menerjah jaring  ketika Sani Anuar sudah keluar daripada posisinya.
 Begitupun,  pendahuluan itu tidak bertahan lama apabila barisan Wan Jamak Wan Hassan  hanya memerlukan enam minit untuk menyamakan kedudukan apabila  penyerang muda, M Shaffik Rahman bertindak solo melepasi kawalan  pertahanan dan menolak pantas melepasi penjaga gol, Mohd Helmi Eliza  Elias yang gagal menepis kemas.
  Kedah terus mengancam pada  babak kedua dengan pemain veteran, Shukor Adan menyelamatkan percubaan  deras Faizal yang menuju tepat ke gawang dengan menanduk keluar ketika  perlawanan memasuki detik sejam.
  Selang tiga minit, S Kunanlan  pula gagal memanfaatkan hantaran tepat Zaquan Adha Abd Radzak apabila  teragak-agak merembat sebelum diterkam Helmi Eliza.
  Shukor  membuktikan dirinya turut mampu menyumbang di bahagian serangan apabila  mendada lambungan pemain gantian M Asyraf Al Jafri tetapi rembatannya  tepat ke dakapan Helmi Eliza pada minit ke-74 untuk memaksa permainan  dilanjutkan 30 minit lagi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PERTANDINGAN VIDEO PENDEK HIJRAH MERDEKA ONLINE SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1443H/2021M
“Bersama Menjiwai Hijrah Dan Merdeka” Assalamualaikum wrt wbt, Sukacitanya dimaklumkan bahawa Pertandingan Video Pendek Sempena Majlis Samb...
- 
PERLEMBAGAAN PENTADBIRAN ADAT LUAK JELEBU Alam Beraja Luak Berpenghulu Lingkungan Bertua Anak buah Berbuapak Orang Semenda Bertempat Semenda...
 - 
“Bersama Menjiwai Hijrah Dan Merdeka” Assalamualaikum wrt wbt, Sukacitanya dimaklumkan bahawa Pertandingan Video Pendek Sempena Majlis Samb...
 - 
PELAJAR generasi kini dilihat lebih moden, menjadikan cabaran yang perlu dihadapi mereka yang bergelar guru juga lebih ‘moden’, rumit dan...
 
No comments:
Post a Comment