Persatuan Ulama Malaysia (PUM) berpandangan semua pihak khususnya umat  Islam sepatutnya lebih prihatin dan mengambil perhatian berat dalam  isu-isu keterlibatan orang Islam dalam sambutan perayaan agama bukan  Islam.
 
 Ini adalah kerana perkara tersebut mempunyai hubung kait dengan akidah  umat Islam. Akidah adalah komponen teras dalam agama Islam.
 
 PUM berpandangan isu berkaitan penglibatan orang Islam dalam sambutan  perayaan agama bukan Islam sepatutnya selesai jika semua pihak merujuk  dan mengikut Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran  Agama Orang Bukan Islam yang telah diperakukan oleh Muzakarah  Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-68 yang telah bersidang pada 12  April 2005.
 
 Salinan Garis Panduan tersebut boleh diakses melalui laman web rasmi e-fatwa Jakim seperti di alamat www.e-fatwa.gov.my.
 
 Dalam garis panduan tersebut, antara keputusan yang diputuskan  ahli-ahli Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan telah jelas menyatakan  bahawa dalam menentukan perayaan orang bukan Islam yang boleh dihadiri  oleh orang Islam, beberapa kriteria utama perlulah dijadikan garis  panduan supaya ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam.
 
 Antara kriteria yang ditetapkan ialah majlis tersebut mestilah tidak  disertakan dengan upacara-upacara yang bertentangan dengan aqidah Islam.
 
 Sehubungan itu, berpandukan keputusan tersebut, pada hemat PUM, adalah  amat jelas jika upacara sambutan perayaan bukan Islam mempunyai acara  ritual keagamaan bukan Islam, umat Islam tidak boleh menyertai acara  tersebut kerana boleh menjejaskan aqidah Islam.
 
 PUM juga amat mengharapkan semua pihak yang berautoriti dan mempunyai  bidang kuasa agama termasuklah eksekutif, institusi mufti, penasihat  agama, agensi agama persekutuan dan negeri, perlulah menyalurkan nasihat  dan pandangan yang betul kepada para pemimpin di peringkat kerajaan  persekutuan mahupun kerajaan negeri masing-masing dalam menangani isu  ini.
 
 Dalam pada masa yang sama, seluruh pemimpin yang beragama Islam  tersebut dinasihatkan supaya akur dengan pandangan ahli agama tersebut.  Para pemimpin dan masyakarat bukan Islam juga adalah amat diharapkan  supaya turut sama memahami serta menghormati prinsip teras Islam ini  yang menjadi pegangan umat Islam. Pendirian teras ini adalah sebahagian  daripada kehendak ajaran agama Islam.
 
 Semua pihak termasuk para pemimpin di setiap peringkat serta masyarakat  awam adalah dinasihatkan supaya lebih sensitif dengan apa jua isu agama  Islam khususnya melibatkan akidah serta syariat Islam. Para pemimpin  dan masyarakat awam juga adalah dinasihati supaya akur dengan nasihat  dan pandangan para ulama dalam memelihara kedaulatan agama seperti yang  diletakkan dalam prinsip maqasid syariah.
 
 PUM berpandangan isu ini adalah mustahak untuk ditangani dengan kadar  segera disebabkan umat Islam akan terus berhadapan dengan perayaan agama  orang bukan Islam.
 
 PUM ingin mencadangkan kepada Jakim agar menganjurkan majlis dialog  penerangan secara aktif kepada para pemimpin dan masyarakat Islam  tentang keputusan dasar ini.
 
 Oleh yang demikian, PUM juga bersedia bekerjasama dengan  Jakim, Majlis  dan Jabatan Agama Negeri, Jabatan Mufti Negeri dan lain-lain institusi  untuk memberikan kefahaman dalam isu yang berbangkit ini.
 
  
  Dr Mohd Roslan Mohd Nor menyandang jawatan Setiausaha Agung Persatuan Ulama
Tuesday, February 14, 2012
PUM sedia bantu dalam isu akidah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PERTANDINGAN VIDEO PENDEK HIJRAH MERDEKA ONLINE SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1443H/2021M
“Bersama Menjiwai Hijrah Dan Merdeka” Assalamualaikum wrt wbt, Sukacitanya dimaklumkan bahawa Pertandingan Video Pendek Sempena Majlis Samb...
- 
PERLEMBAGAAN PENTADBIRAN ADAT LUAK JELEBU Alam Beraja Luak Berpenghulu Lingkungan Bertua Anak buah Berbuapak Orang Semenda Bertempat Semenda...
 - 
“Bersama Menjiwai Hijrah Dan Merdeka” Assalamualaikum wrt wbt, Sukacitanya dimaklumkan bahawa Pertandingan Video Pendek Sempena Majlis Samb...
 - 
PELAJAR generasi kini dilihat lebih moden, menjadikan cabaran yang perlu dihadapi mereka yang bergelar guru juga lebih ‘moden’, rumit dan...
 
No comments:
Post a Comment