Wednesday, September 30, 2009

Pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang,P.Dickson

29 September,2009/ 10 Syawal,1430 (Selasa)

Port Dickson:

Ybg Tan Sri Dato Mohd Isa Samad berumur 60 tahun, KetuaUMNO Bahagian Telok Kemang,Port Dickson dipilih sebagai calon BN bagi pilihanraya kecil DUN Negeri (DUN) Bagan Pinang pada 11 Oktober, 2009 ini. Pengumuman telah dibuat Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Mahyiddin Yassin pada majlis jamuan hari raya aidilfitri di Bt 6 Jalan Pantai,Port Dickson.
Keputusan itu setelah mendapat pandangan semua lapisan masyarakat ada semua kaum.

PENGALAMAN KERJA:

1. Ahli majlis Mesyuarat Kerajaan NS /Exco 1978-1982.

2.Menteri Besar N Sembilan -1982-2004.

3.Menteri Wilayah Persekutuan -2004-2005.

Penamaan calon akan berlansung pada 03 Oktober,2009 (Sabtu )
Pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang diadakan berikutan kematian penyandangnya dari UMNO, En Azman Mohammad Noor 54, pada 31 Julai lalu. Bagan Pinang adalah kubu kuat UMNO/BN. Dari pengalaman dan perkhidmatan Tan Sri Isa Samad saya yakin kemenangan akan memihak kepada BN. Kepada pengundi-pengundi diharapkan dapat menggunakan kuasa yang ada ditangan mereka.

Sunday, September 27, 2009

Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan 2009

Majlis berjaya diadakan di Tapak Pasar Tani Kuala Klawang ( bersebelahan Muzium Adat ) mulai jam 8.00 malam, pada26 September, 2009 bersamaan 07 Syawal 1430. Sambutan dari kalangan rakyat biasa amat baik. Mereka telah mula berkumpul dari awal jam 7.00 petang lagi.



YTM Dato Mendelika Akhirulzaman Dato Hj Musa Wahab, Undang Luak Jelebu. Majlis turut hadir sama Timbalan Menteri KPKK, ahli-ahli berhormat, Ketua Setiausaha Kementerian Dato Kamarudin Siarap, Ketua jabatan peringkat persekutuan dan serta negeri, pemimpin masyarakat di semua peringkat.






Menurut YB Dato Seri Utama Dr Rais Yatim perjumpaan seperti ini buat julung kali diadakan diluar Kuala Lumpur dan kemungkinan ditahun hadapan akan di adakan di kawasan lain pula.
Sebelum ini YB Dato Seri Utama Dr Rais Yatim telah menyampaikan bantuan hari raya kepada anak-anak yatim dari kawasanParlimen Jelebu seramai 50 orang. Jamuan telah disediakan untuk cukup seramai 5000 orang .Berjenis menu telah di sedia untuk dinikmati para tetamu dan masyarakat.



Persembahan kebudayaan berkonsep 1 Malaysia bagi menghiburkan hadirin termasuk beberapa artis negara turut mengadakan persembahan. Khemah utama untuk VIP semua tempat duduk disaediakan penuh. Setengah jemputan tidak dapat duduk sama dalam khemah tersebut. Ramai antaranya ada datang dari luar kawasan terpaksalah mensesuaikan diri bersama rakyat jelata mendapatkan bekalan secara layan diri dari gerai-gerai yang telah disediakan.
Dua pegawai melihat dari plet kereta Merc berkata Tuan ini dari urusetiakan? Beliau komen terhadap mereka yang berada dikhemah utama tidak mahu melepas tempat duduk mereka mungkin kerana nak menikamti persembahan artis-artis dipentas. Mereka terus menaiki kereta untuk balik ke Kuala Lumpur.




Semua ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Jelebu segak berpakaian baju Melayu warna biru diarah sebagai penyambut tetamu. Jamuan yang besar seperti ini buat kali pertama di Daerah ini dan memang musytahil untuk semua tetamu khasnya dari luar untuk duduk dimeja VIP yang disediakan. Tahniah kepada kementerian penerangan komunikasi dan kebudayaan telah memilih Daerah Jelebu (Kuala Klawang ) menjadi tuan rumah tahun 2009 ini.

Overhaul dan 'revolusi pendidikan'

PENJELASAN kepada komen Dato' Salleh Majid oleh Datuk Radin Omar (Utusan Malaysia, 23 Oktober 2009) adalah amat menarik. Isu ini boleh dijadikan satu pelantar positif untuk umum membincangkan tentang perubahan kepada pengajian tinggi secara ilmiah demi kebaikan bersama.

Pada saya yang paling menarik sekali adalah istilah overhaul yang digunakan oleh kedua-dua penulis tersebut. Di satu tahap, istilah ini memang tepat untuk menggambarkan satu "pembaharuan" melalui proses pembersihan yang rapi, termasuk mengganti bahagian-bahagian yang tidak lagi berfungsi dan sebagainya seperti mana yang dilakukan kepada enjin kenderaan.

Inilah yang lazim berlaku apabila dioverhaul dengan tujuan membaik pulih sesuatu secara mekanikal. Ia membawa kefahaman bahawa "benda yang lama" diperbaiki/ditambah baik/diperbetulkan supaya prestasi sedia ada ditingkatkan semula.

Pokoknya, sejauh mana sekalipun prestasinya ditingkatkan "benda" tersebut masih yang lama pada asasnya. "Pembaharuan" yang dilakukan hanya secara relatif.

Pada pendapat saya, dalam membincangkan tentang masa hadapan pengajian tinggi amnya, dan universiti khususnya, apa yang utama adalah soal-soal "asas" dari mana terbit segala-galanya. "Asas" tersebut mesti sesuai dengan masa dan ketikanya, lantas prestasi yang dihasilkan turut mendatangkan manfaat sepenuhnya. Dan berkesan pula dari segi kos yang dibelanjakan.

Misalnya, selepas overhaul dilakukan, hasilnya perlu meningkat berlipat-lipat kali ganda ekoran kecekapan telah ditingkatkan. Namun demikian jika tidak sesuai atau sepadan seperti yang dibangkitkan oleh Dato' Salleh, maka ia akan terus menghantui.

Datuk Radin ada membayangkan cara penyelesaiannya dengan memperkenalkan konsep profil graduan, bermaksud jika profil graduan yang dihasilkan sesuai, maka soal sepadan tidak timbul.

Ini membuka satu persoalan lain: siapa yang menentukan apa yang sepadan atau tidak? Sudah tentu pihak majikan kerana akhirnya perkiraan kita adalah untuk memenuhi sektor pekerjaan. Ini semacam Indeks Prestasi Utama (KPI) sesebuah universiti. Jika semua keluaran institusi pengajian tinggi (IPT) mendapat pekerjaan yang sepadan dan cepat, maka dianggap "berjayalah" IPT tersebut. Begitu pula jika di sebaliknya.

Pendek kata, tidak banyak bezanya di antara sebuah "kilang" yang mengilang barangan buatan yang sepadan dengan pasaran, dengan sebuah universiti yang mengeluarkan (mengilang?) "graduan" - asalkan prinsip "keterpasaran" (marketability) dipatuhi.

Seperti barangan perkilangan, selagi ada permintaan, selagi itulah mesti ada pembekalan. Namun kerisauan yang "kita sudah sampai tahap terlalu banyak universiti" menggambarkan pula sumber bekalan sudah terlalu banyak, dan dikhuatiri melebihi permintaan, biar sepadan mana sekalipun!

Mujurlah yang dikatakan universiti khusus seperti - Multimedia, Telekom, Petronas - juga menentukan "permintaan" pasaran (sekali gus merupakan majikan utama kepada industri-industri utama negara). Oleh itu cerita kesepadanan tidak timbul bagi mereka.

Halnya amat berbeza dengan IPT yang lebih umum di mana mencari kesepadanan agak lebih rumit. Ini memandangkan IPT umum juga menyasarkan industri yang sama. Di sini timbul isu keterpasaran, apa lagi sekiranya pasar telah ditepukan oleh graduan universiti khusus tersebut, yang pada adatnya lebih cenderung ditempatkan di industri yang berkaitan.

Selainnya, IPT umum masih memikul amanah menawar dan membangunkan kursus-kursus yang dianggap kurang mendapat pasaran. Misal bidang falsafah, kesusasteraan tempatan, bidang agama, seni, budaya dan warisan. Industri mana agaknya yang memerlukan bidang ilmu ini secara berterusan, kalaupun ada?

Wajarkah oleh kerana tidak ada pasaran bidang-bidang ini dicicirkan dengan sengaja seperti menutup kilang yang rugi? Sudah tentu tidak, kerana apa yang dipentingkan oleh universiti adalah nilai ilmu tersebut berbeza dengan industri. Ternyata terdapat percanggahan nilai ilmu di sini.

Diandaikan sebuah universiti itu adalah "kilang," perhitungannya teramat mudah sekali; lantas IPT swasta lebih berkecenderungan tidak menawar kursus yang tidak laku di pasaran, tidak kira setinggi mana sekali nilai ilmunya! Maka tidak hairan, hampir tidak ada IPT swasta yang menawarkan bidang-bidang tersebut. Kalau ada pun umpama seni, kerana ia boleh dipasarkan! Anehnya IPT swasta rata-rata dianggap lebih berjaya dan kos-berkesan berbanding dengan IPT umum kerana mereka pandai memilih-milih kursus untuk diperagakan.

Ringkasnya, kekusutan ini timbul kerana kita masih tidak jelas tentang apa yang dikatakan "universiti"? Adakah untuk tujuan pasaran semata-mata, seperti yang sering dipolemikkan? Jika ya, apakah akibatnya nanti jika universiti menjadi Pak Turut kepada telunjuk pasaran dengan anggapan ia juga adalah tuntutan negara?

Untuk menjawabnya lihat sahaja apa yang berlaku hari ini di mana Malaysia dikatakan terperangkap dalam tingkat ekonomi sederhana. Antaranya ia disebabkan bahawa universiti atau IPT kita, baik awam mahupun swasta gagal menyediakan graduan untuk tingkat ekonomi yang lebih tinggi gara-gara memenuhi permintaan pasaran yang agak ketinggalan dalam usaha ini.

Dengan kata lain pasaran yang ada tidak langsung berupaya/berminat menjangkau masa hadapan, malah terus ketinggalan agak jauh ke belakang.

Ambil contoh, bidang bioteknologi. Pasaran untuk graduan berkemahiran dalam bidang ini amat terhad, malah tiada langsung beberapa tahun yang lalu.

Jadi apa yang hendak disepadankan jika tiada pasaran, atau terlalu kecil untuk menjadi penentunya. Lantas kita terus tercicir dalam bidang bioteknologi kerana "universiti" kita hanya dikehendaki "mengisi" pekerjaan yang ada dan bukan mengambil risiko membina pekerjaan hari esok.

Jadi tidak hairanlah jika ekonomi kita "terperangkap" dan sukar berkembang maju berlandaskan kepesatan bidang-bidang baru, kerana tiada permintaan pasaran! Hal ini berlaku lagi apabila jika berbincang tentang bidang nanoteknologi sedangkan negara saingan kita telah mencurahkan ribuan juta membangunkan bidang-bidang baru melalui "universiti" mereka.

Di negara maju, universiti menjadi penyuluh masa hadapan untuk membuka pasaran baru dan membina kekayaan negara agar ekonomi mereka terus meningkat maju. Malangnya di Malaysia sebaliknya. Malah "universiti" didesak mengikut telunjuk pasaran bersuluhkan industri yang ada - tidak kira sejauh mana ia tercicir ke belakang, ataupun industri matahari terbenam asalkan sahaja mereka menawarkan pekerjaan.

Oleh itu, apa yang diperlukan bukannya overhaul, tetapi lebih hebat daripada itu. Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah mengesyorkan tidak kurang daripada "revolusi pendidikan" untuk menangani masa hadapan Malaysia. Ini juga bermasuk "asas" pendidikan yang ada perlu di pugar semula melibatkan semua pihak, peringkat dan dasar.

Perubahan tempelan di sana-sini umpama proses overhaul pada "benda yang lama" lagi usang tidak lagi memadai; dan akan hanya membuang masa dan tenaga sahaja kerana keadaan sudah terlalu banyak berubah, dan tidak lagi sesuai, termasuk konsep sebuah "kilang." Apa lagi jika dihitung hari muka.

Inilah penyelesaian pokok yang perlu segera dilaksanakan. Soalnya bila, kerana ia menuntut satu bentuk keberanian untuk meroboh dan merubah dari segenap lapisan politik, ekonomi dan sosial?

PROF. TAN SRI DATUK DZULKIFLI ABDUL RAZAK Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM)

Thursday, September 24, 2009

Raya bersama erat perpaduan

APABILA rakyat beragama Islam menyambut Aidilfitri, penduduk Malaysia daripada pelbagai keturunan dan agama lain turut mengambil kesempatan mempereratkan persahabatan dan keharmonian antara kaum dan agama.

Malaysia begitu unik kerana perayaan sesuatu agama turut disambut oleh penganut agama lain.

Memupuk kefahaman dan rasa hormat merupakan kunci kepada keamanan dan keharmonian sebuah negara berbilang kaum dan agama.

Menghormati agama penganut lain telah menjadi ciri utama masyarakat kita.

Perpaduan nasional ialah faktor utama kepada kejayaan negara.

Rakyat seharusnya menggunakan setiap kesempatan untuk mengukuhkan perpaduan terutama pada musim perayaan ini.

Setiap rakyat harus komited untuk memelihara keharmonian, muhibah dan perpaduan.

Usaha berterusan mesti dilakukan oleh setiap orang untuk meningkatkan satu budaya aman, harmoni dan kesepakatan.

Perpaduan perlu dijadikan asas kepada semua aktiviti. Rakyat perlu memahami mereka berperanan untuk menyumbang kepada perpaduan negara.

Pembangunan negara tidak akan bermakna tanpa persefahaman, keharmonian, tolak ansur dan kepercayaan di kalangan rakyat yang berbilang kaum.

Proses untuk membangunkan sebuah negara Malaysia adalah proses berterusan dan apa yang telah kita perolehi setakat ini hendaklah dipelihara dan dibaja supaya lebih subur.

Dalam hal ini, para pemimpin, perancang dan pelaksana dasar hendaklah komited terhadap prinsip bahawa pemikiran dan amalan mereka selalu berpandu dan ditentukan oleh tata amalan Rukun Negara dan Perlembagaan Negara.

Semua rancangan untuk pembangunan dan pelaksanaan dasar terhadap ketidakseimbangan sosial hanya akan memberi makna sekiranya ia digubal dan dirancang dengan semangat untuk mencapai perpaduan negara.

Program-program pembangunan yang dirancang untuk rakyat hendaklah terus digubal dengan tujuan untuk memupuk dan menyemai semangat perpaduan dan kecintaan serta kesetiaan kepada negara.

Sebenarnya ramai yang mengambil mudah soal perpaduan.

Usaha mewujud dan mengekalkan perpaduan nasional mesti diberi keutamaan untuk memastikan kesinambungan Malaysia sebagai sebuah negara yang selamat, aman, progresif dan bersatu-padu.

Perpaduan adalah merupakan satu hadiah yang tidak ternilai dan merupakan simbol kita. Ia adalah ikatan yang mengikat dan mengukuhkan semangat kenegaraan kita.

Perpaduan perlu bermula daripada setiap individu. Jika ada perpaduan di dalam pemikiran emosi dan perbuatan seseorang, ia akan diluahkan di dalam perlakuannya terhadap orang lain.

Marilah kita bersama-sama sebagai rakyat Malaysia memperkukuhkan perpaduan ini.

Kita mesti mula bersuara dengan satu suara yang merangkumi semua rakyat Malaysia pelbagai kaum untuk memastikan gagasan 1Malaysia terlaksana. Semua ini untuk kepentingan bersama.


Oleh LEE LAM THYE



TAN SRI LEE LAM THYE ialah Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia

Berdamailah Melayu Islam

SEMAKIN luas jurang perbezaan ideologi antara dua orang semakin sukar untuk mereka bergabung. Kecuali jika berlaku transformasi antara entiti itu sama ada secara asimilasi daripada satu ideologi kecil kepada ideologi besar atau integrasi antara kedua-dua ideologi berkenaan melalui cara saling cair-mencair.

Begitulah apa yang berlaku antara Pas dan UMNO sekarang. Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berulang kali berkata: “Penggabungan Pas-UMNO adalah sesuatu yang mustahil untuk dicapai kerana percantuman itu ibarat pergaulan lelaki dan wanita yang bukan mahram, sesuatu yang ditegah agama.”

Begitupun, masih ada ruang di hati kecil pemimpin veteran Pas itu untuk melihat kabilah Melayu bersatu kembali. Dan meminjam kata-kata yang lazim beliau lafazkan: “Boleh jika nak gabung, tetapi UMNO perlu ubah dasar dia, daripada kebangsaan kepada Islam.”

Persoalan sama ada UMNO perlu bergabung dengan Pas adalah persoalan apakah ada masa depan untuk orang Melayu di negara ini?

Daya beli orang Melayu mengikut dokumen Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) hanyalah sekitar RM1,500, India RM2,500 dan Cina RM4,500. Melalui daya beli yang rendah ini akan membuatkan orang Melayu Islam bergantung kepada orang lain.

Realitinya, orang Melayu secara rata-rata tidak mampu menghantar anak-anak belajar ke luar negara menggunakan wang sendiri atau tidak mampu menghantar anak-anak ke kelas tuisyen berbanding kaum Cina.

Oleh sebab Melayu atau bumiputera merupakan populasi terbesar yang mengisi 66 peratus komposisi rakyat, maka asas kenegaraan harmoni – seperti pernah diutarakan sosiologis Prof. Dr. Mansor Mohd. Nor dan Prof. Dr. Rahman Embong – mestilah menjadi teras dalam aspek ekonomi, politik dan pembentukan budaya.

Asas kenegaraan akibat sejarah penjajahan memerlukan Melayu kuat. Walaupun begitu, daripada aspek pembentukan negara bangsa, bukan bermakna UMNO kuat secara mutlak, tetapi menghendaki Melayu kuat.

Jika begitu apa salahnya jika Melayu dalam Pas gagah dalam aspek mampu menentukan kuasa ekonomi dan politik. Dan pada masa sama Melayu dalam UMNO juga masih kuat? Sejarah mampu menjawabnya setiap kali pilihan raya.

Oleh BAKHARI ARIFF

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1430H/2009M

Asalamualaikum kepada semua tetamu yang melayari blog ini. Masih belum terlambat penulis untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam walau dimana jua berada. Semoga aidilfitri kali ini dapat dirayakan dengan penuh ceria dan bersederhana. Walaupun kita merayakan hari raya ini dengan meriah, kita dibayangi oleh laporan media cetak dan elektronik yang melaporkan jumlah kematian harian yang paling tinggi dalam masa 8 tahun dalam ops sikap sempena musim perayaan kali ini. Laporan itu telah menyedarkan kita bahawa semasa musim perayaan hendaklah kita berhati2 di jalanraya supaya kita menyambut syawal dengan gembira bukannya dengan tangisan. Ini juga menunjukkan sudah terlampau banyak kenderaan persendirian terutama kereta yang berada diatas jalanraya. Juga ia menunjukkan betapa mudahnya proses pemilikan kereta sekarang dan mudahnya memiliki lesen memandu, jumlah itu akan terus meningkat setiap tahun. Jumlah peningkatan kemalangan jalanraya seiring dengan peningkatan jumlah kenderaan diatas jalan setiap tahun.

'Petua Emas Keselamatan Jalan Raya' bagi pemandu kereta adalah:-

1. Rancang perjalanan terlebih dahulu.Jika mengantuk, tangguhkan perjalanan. Pastikan
keadaan tayar, brek dan lampu isyarat berfungsi dengan baik.

2. Pakai tali pinggang keledar tempat duduk depan dan belakang.

3. Sentiasa ikut had laju yang ditentukan.

4. Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong.

5. Berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning.

6. Beri keutamaan kepada pejalan kaki.

7. Elakkan daripada mengekori kenderaan lain dalam jarak dekat.

8. Jangan memotong jika teragak-agak.

9. Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan.

10. Elakkan mencelah antara kenderaan lain kerana ia membahayakan keselamatan anda dan
orang lain.

Penunggang dan pembonceng motosikal pula digalakkan memakai topi keledar yang mendapat kelulusan SIRIM dan ketatkan tali topi keledar serta memakai baju berwarna cerah atau jaket pemantul cahaya agar mudah dilihat oleh pengguna jalan raya lain.

Disini juga penulis ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Pejuang2 UMNO pada masa ini yang berjuang dalam diam yang ditenggelami dan dibayangi oleh pejuang2 UMNO yang palsu yang begitu menguasai parti kesayangan orang melayu itu.

Wednesday, September 16, 2009

Lori Terbabas di Raub , Pahang






Dalam perjalanan ku ke Kg Sega, Raub, Pahang, untuk menziarahi keluarga anak buah ku yang kehilangan anaknya yang telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya, aku telah menyaksikan sebuah lori telah terbabas dan melanggar pagar sebuah masjid di bandar raub, pahang pada 16.9.2009. Juga tidak diduga, sebelum itu di hadapan balai polis raub, telah diadakan penyerahan cenderahati dari JKJR untuk pengguna jalanraya yang bertuah yang melalui bandar raub. penyampaian cenderahati ini telah disampaikan oleh pegawai-pegawai polis sendiri.

Baik pulih kolam ikan air tawar ku









rumah ku













Inilah kawasan rumah tempat tinggal dan aku membesar. Ia memberi pelbagai kenangan yang tidak akan berulang kembali. Sepanjang Ramadhan 1430 hijrah kali ini kawasan rumah ini telah dibersihkan daripada semak-samun dan belukar yang hampir menenggelamkan rumah ku ini. Jika tidak dibersihkan, pelbagai binatang liar dan berbisa akan bersarang dan boleh mengganggu penduduk yang berjiran dengan rumah ku ini. rumah ku ini terletak di batu 3 3/4 kampung peradong meninggalkan pelbagai kenangan sejak zaman penjajah menguasai negara tercinta ini.

Sunday, September 13, 2009

Perubahan Dalam Ahli Parlimen Sejak 52 Tahun Lepas

Sempena Sambutan Ke-52 Penubuhan Parlimen

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Sejak pilihan raya umum ke-12 pada 2008, adalah jelas rakyat kini sudah berubah selera dalam memilih wakil rakyat di samping berlaku bibit-bibit evolusi ke arah sistem dua parti.

Tetapi apakah yang mendorong semua perubahan ini?

Bekas Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawanteh dalam temubual dengan Bernama baru-baru ini, berpendapat Malaysia tidak terkecuali daripada mengalami evolusi semulajadi ini selepas mengamalkan demokrasi berparlimen selama 52 tahun.

PERUBAHAN DALAM PROFIL AHLI PARLIMEN

Abdul Hamid mengimbas ketika 70-an bergema dalam UMNO yang berkehendakkan golongan profesional dan berijazah menjadi calon.

Mulalah dalam UMNO mereka yang ada ijazah mengambil tempat daripada cikgu dan penghulu.

Kemudian kemuncak pada pilihan raya 1982 banyaklah ahli profesional dan mereka berijazah dalam Parlimen dan rakyat menunggulah Parlimen yang lebih hebat yang dianggotai oleh para profesional dan berijazah.

Tetapi timbul pula aduan yang mereka ini adalah bijak pandai tetapi malas untuk hadir di Parlimen.

"Baik lagi kelompok dahulu, tak faham, tak hebat tetapi selalu hadir di Parlimen. Berapa lama isu ini menghantui kita tak cukup korum, Parlimen lebih profesional tetapi korum tak cukup. Apa makna.. Jadi itu sebab saya katakan jangan angkuh siapa layak siapa tak layak.

"Keutamaan mereka untuk kejar benda-benda lain tidak dukung tugas yang diberikan kepada mereka oleh rakyat," jelas beliau.

Beliau menyoal, "Mana mau yang berkelayakan tapi tak penting atau yang tak berkelayakan tapi penting?".

KUALITI WAKIL RAKYAT

Mengenai kualiti wakil rakyat, kata Abdul Hamid, "tiada siapa yang berhak untuk menentukan soal kualiti dengan sendiri".

Dalam setiap pilihan raya bagi setiap kawasan, keputusan ditentukan rakyat yang keluar mengundi beramai-ramai.

Tetapi kayu ukur kelayakan itu bukan sama bagi semua kerana ada yang berpendapat yang antaranya ilmu lebih baik, keperibadian lebih mustahak, pandai bercakap dan pandai bekerja.

Oleh kerana mengikut amalan demokrasi pemilihan setiap wakil rakyat itu adalah atas keputusan orang ramai, maka keputusan majoriti tidak boleh ditolak walaupun ada pihak berfikir calon itu bukan yang terbaik.

DEMOGRAFI PENTING

Mengenai pemilihan ahli Parlimen berbanding dahulu dan sekarang, Abdul Hamid berkata, Parlimen pertama dahulu angkatan ketika itu yang memilih.

Tetapi wakil-wakil rakyat yang ada sekarang ini dipilih oleh angkatan atau angkatan orang yang ketika itu belum lahir lagi.

Keutamaan dan aspirasi adalah berlainan, jadi bukan wakil rakyat itu yang berubah sebaliknya generasi yang memilih wakil rakyat itu yang telah berubah.

Sebab itu dalam perjalanan demokrasi, demografi ialah satu konsep yang cukup penting kerana perubahan demografi yang menentukan demokrasi di Malaysia.

Kadang-kadang ramai lupa tentang perubahan demografi, misalnya dahulu masyarakat bukan Melayu yang mendiami Kuala Lumpur, orang Melayu di kampung tetapi sekarang mana ada bulan puasa Kuala Lumpur sunyi.

Jadi perubahan demografi membawa kepada ciri-ciri demokratik dan oleh itu perlulah berhati-hati dalam soal demografi dengan demokrasi.

KUALITI PERBAHASAN

Bercakap tentang kualiti perbahasan ahli Parlimen dahulu berbanding sekarang, Abdul Hamid berkata sudah tentulah ia mengikut perjalanan semasa, selaras dengan perkembangan pendidikan dan pengajian tinggi di negara ini.

Pada masa sekarang ahli Parlimen adalah lebih terlatih, berpengetahuan dan atas sebab itu sudah tentu kualiti debat jelas mencerminkan lebih bermaklumat dan berpengetahuan.

"Bagaimanapun kalau Parlimen tidak cukup korum nak debat apa?.

"Komitmen satu, pengetahuan satu, mutu satu tapi komitmen mendukung tugas sebagai ahli Parlimen adalah juga penting", tambah beliau.

Manakala Naib Pengerusi SUHAKAM Tan Sri Simon Sipaun, pula mempunyai pendapat yang berlainan.

Beliau mahu isu yang lebih penting bagi negara diberi keutaman berbanding isu yang remeh-temah semasa perbahasan.

Beliau berpendapat tugas Parlimen ialah meluluskan undang-undang untuk memudahkan rakyat tinggal dalam satu suasana yang lebih selesa dan bukan menyusahkan.

"Apa guna buat undang-undang yang menyusahkan rakyat. Jadi saya harap ahli Parlimen tumpukan tenaga, kebolehan dan pemikiran mereka kepada isu selain daripada yang remeh temeh dan yang peribadi.

Kalau ada isu-isu peribadi hendaklah dijalankan dalam forum yang lain dan bukannya di Parlimen, jelas Simon.

SUMBANGAN TERBESAR

Sumbangan terbesar Parlimen sejak 52 tahun penubuhannya dapat dilihat dengan jelas daripada segi keselamatan, kestabilan dan kemakmuran melalui pembangunan ekonomi.

Semua ini berlaku dan berkembang di bawah perjalanan demokrasi berparlimen.

"Ini satu soal yang cukup pokok kena ada demokrasi berparlimen," kata Abdul Hamid.

Atas pencapaian yang dinikmati selama ini setiap orang harus memperingati diri untuk menerima suara ramai.

Dalam menyelesaikan persoalan dan isu yang besar melibatkan semua, hendaklah balik kepada suara ramai kerana ia adalah intisari demokrasi berparlimen.

"Suara pemimpin mungkin tidak melibatkan semua. Ada yang sokong pemimpin ini dan ada yang sokong pemimpin itu", katanya.

SISTEM DUA PARTI

Kalau diselami sejarah dan dilihat demokrasi yang telah matang misalnya demokrasi yang berusia 200 tahun di Perancis dan ratusan tahun di Kanada, dapat dilihat bagaimana sama sahaja ketika itu negara-negara berkenaan mempunyai banyak parti, seolah-olah mengalir menyatupadu.

Tetapi akhirnya hanya tinggal dua atau tiga parti di negara maju berkenaan seperti di Amerika Syarikat (Republik dan Demokrat), di Britain (Konservatif dan Liberal).

Seolah-olah dalam isu yang besar akhirnya ada insan yang mirip kiri dan ada insan yang mirip kanan.

Atas sebab-sebab itu Malaysia tidak terkecuali daripada arus perjalanan sejarah dalam hal ehwal demokrasi.

Bagi Malaysia, Abdul Hamid berkata memang ada bibit permulaan kewujudan sistem dua parti di tanah air.

Beliau menerima dan mengakui proses ini adalah proses yang tidak boleh ke belakang lagi dan ia akan terus menular dalam politik tanah air.

Lihat sahaja perkembangan di India, Indonesia, Mesir disebabkan kepelbagaian pandangan politik mengikut kelompok akhirnya telah mengalir menjadi dua iaitu kiri dan kanan yang merupakan proses peradaban ketamaduan manusia.

Perubahan kepada sistem dua parti itu, menurut beliau adalah sihat kerana ia selaras dengan tuntutan dan aspirasi manusia sejagat.

Bagi beliau apa sahaja yang menjurus kaum, bangsa, negara supaya sealiran dengan perkembangan sejagat dan boleh 'berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah' dengan bangsa-bangsa di atas muka bumi ini, ia adalah satu perkara yang sihat.

Bagi Simon walau siapa pun yang memerintah, kerajaan hendaklah adil kepada semua dan jangan salahguna undang-undang hingga boleh memberi kesengsaraan kepada orang lain.


Oleh Cik Rashidah Abd Ghani


Saturday, September 12, 2009

Latar Belakang Ringkas Parlimen Malaysia

Sempena Dengan Ulangtahun Ke-50 Parlimen Malaysia

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Selepas 52 tahun merdeka, sistem demokrasi berparlimen di Malaysia dan institusi-institusi demokrasinya kekal agung.

Badan perundangan yang berasaskan kepada Westminster di Britain diterima oleh Malaysia selepas mencapai kemerdekaan daripada Britain pada 1957 dan merupakan institusi penting bagi Demokrasi Berparlimen dengan Raja Berpelembagaan sebagai pemimpin tertinggi.

Rakyat Malaysia patut bersyukur kerana Malaysia kekal sebagai negara demokratik sejak merdeka sedangkan banyak daripada negara telah beralih kepada pemerintahan tentera atau diktator.

Walaupun prinsip demokrasi negara pernah tercabar tetapi secara keseluruhannya demokrasi serta institusi-institusinya masih berperanan penting di Malaysia.

Antara institusi yang mendaulatkan demokrasi di Malaysia ialah Parlimen, yang terdiri daripada Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Parlimen merupakan tempat di mana undang-undang negara dirumus, dibahas dan diluluskan demi manfaat negara dan rakyatnya. Parlimen mewakili suara rakyat, intipati penting demokrasi.

SEJARAH BANGUNAN PARLIMEN

Pada bulan Disember 1959, satu kawasan berhampiran Taman Bunga Kuala Lumpur dipilih sebagai tapak kompleks bangunan Parlimen.

Menurut laman web rasmi Parlimen, ilham untuk membina kompleks bangunan Parlimen datangnya daripada Ketua Menteri pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Bangunan yang menjadi simbol demokrasi di negara ini melibatkan kos RM18 juta.

Yang di-Pertuan Agong ketiga Tuanku Syed Putra Al-Haj Ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail telah berkenan melakukan peletakan batu asas.

BANGUNAN UTAMA

Kompleks bangunan parlimen ini terbahagi kepada bangunan utama tiga tingkat dan menara yang mempunyai 17 tingkat.

Ia dirasmikan oleh Tuanku Syed Putra pada 21 Nov 1963.

Bangunan utama tiga tingkat itu menempatkan Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Di tingkat pertama terdapat kantin, bilik wartawan dan bilik jamuan anggota Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Reka bentuk Dewan Negara hampir serupa dengan Dewan Rakyat tetapi ruangnya kecil sedikit. Bagaimanapun Dewan Negara mempunyai keistimewaan tersendiri. Jendela-jendelanya lutsinar dengan corak Islam asli daripada mozek merah dan biru.

Di tingkat bawah bangunan ini pula terletak bilik rehat diraja, sebuah surau bulat yang boleh memuatkan 100 jemaah dan sebuah dewan jamuan besar yang boleh memuatkan 500 orang.

Di tingkat kedua terbahagi kepada dua anjung. Anjung kiri terdapat dua buah bilik jawatankuasa yang besar (boleh memuatkan 30 orang), empat bilik kecil (muat 12 orang), pejabat dan tempat rehat bagi para pegawai kerajaan serta bilik Persatuan Parlimen Komanwel.

Di anjung kanan pula terdapat dua bilik makan, satu bilik khusus untuk ahli Parlimen dan yang lainnya untuk tetamu serta pegawai kerajaan. Ruang dapur terletak di antara dua bilik makan ini. Dapur ini mampu menyediakan makanan bagi 1,000 orang tetamu dalam satu masa. Bahagian tengah tingkat kedua ini dipayungi oleh bumbung Dewan Rakyat. Ia dijadikan Taman Sari iaitu tempat anggota Parlimen berehat semasa persidangan.

MENARA

Menara setinggi 17 tingkat ini terletak di hadapan bangunan utama. Ia bersambung ke bangunan utama melalui sebuah jambatan dan di dalamnya ditempatkan pejabat para menteri dan anggota Parlimen yang lengkap dengan segala kemudahan seperti kerusi meja dan pembesar suara.

Di tingkat dua menara ini terdapat ruang tempat duduk dengan pemandangannya ke arah padang perbarisan di mana acara sambutan rasmi Parlimen diadakan.

Di tingkat 16 pula terdapat ruang lapang untuk menikmati keindahan pemandangan sekeliling kawasan Parlimen. Di menara inilah majlis-majlis tidak rasmi diadakan.

KEISTIMEWAAN

Tahukah anda berapa banyak batu-bata yang digunakan untuk membina kompleks Parlimen?

Menurut laman web rasmi Parlimen, lebih daripada sejuta batu-bata, 2,000 tan besi waja, 54,000 tan konkrit, 200,000 kampit simen dan 3,000 tan kaca telah digunakan untuk pembinaannya.

Keseluruhan bangunan Parlimen ditutup dengan kaca yang boleh menyerap haba dan cahaya.

Bagi menghalang sinaran cahaya matahari itu, seluruh bangunan ditutup dengan terawang berukir diperbuat daripada konkrit. Terawang berbentuk sarang lebah itu dipasang bahagian demi bahagian dan ini menyerlahkan lagi kehebatan bangunan ini.

Sementara itu, sistem pembahagian air yang membekalkan air kolam dan pancurannya merupakan satu lagi ciri keistimewaan bangunan Parlimen yang mana air akan mengalir melalui dua sistem yang berangkai.

Air berwarna biru, yang berfungsi untuk menghindarkan lumut dan lumpur, bermula di bahagian bumbung bangunan membawa ke seluruh kompleks.

Selain daripada keistimewaan pada bangunannya, kompleks Parlimen turut dihiasi dengan pelbagai jenis tumbuhan dan binatang peliharaan.

Antara pokok yang ditanam sekitar kawasan Parlimen ialah pokok berlian, mata kucing, berangan, nam-nam, selarat dan tamar, yang diimport khas dari Arab Saudi.

Bersebelahan kawasan kompleks Parlimen terdapat kawasan lapang yang dijadikan Taman Rusa.

Parlimen sekarang ini sudah masuk penggal ke-12.

Oleh Cik Rashidah Abd Ghani

Senarai Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung Simpang Gelami 2009-20011

Pengerusi : Tuan Hj Zulkifli bin Hj Mat Ali
Setiausaha : En. Bakri bin hj Majid
Bendahari : En. Musa b Hj Husin

AJK : Tuan Hj Syed Loed b Syed Yusof
Tuan Hj Jamil b Husin
Tuan Syed Sheith b Syed Ahmad
En. Mohd Farid b Mohd Rohan
En. Ayob b Hj Omar
En. Sharif b Osman
En. Nasir b Ujang
Pn. Rosnah bt Shariff
En. Ibrahim b Hj Omar
Tuan Syed Mohamad b Syed Mohd Noh
Cik Fatimah bt Yusof
Pn Rokiah bt Daud

Saya selaku Ketua UMNo Cawangan Sg Gelami hanya dapat maklum senarai penuh ahli JKKK pada mesyuarat Pra JKKK sesi2009/2011 pada patang ini 06 September,2009
Amalan yang amat luar biasa dilakukan oleh YB Dato Yunus Rahmat Exco Kerajaan /ADUN Klawang :

1. Senarai pencalonan dari UMNO Cawangan (UCSG) langsung tidak dipakai.
2.Senarai yang dikemuka oleh Pengerusi JKKK ,Hj Zulkifli b Ali saja digunapakai wal hal Hj Zulkifli baru memangku jawatan Pengerusi di penghujung bulan Oktober 2008 berikutan penyandang pengerusi Hj Abd Shattar Hj Hashim kembali ke rahmatullah.Pihak UMNO cawangan telah mengemukakan cadangan kepada ADUN Klawang ,YB Dato Yunus Rahamt.Juga cadangan ini diketepikan begitu saja walaupun pihak ketua Cawangan minta adakan perbincangan.
3.Seolah-olah Wakil Rakyat tak perlukan parti dan saya juga telah memberi pandangan supaya mengadakan perbincangangan dengan ketua-ketua cawangan dalam DUN Klawang bagi mengelakan ketidak puas hati pemimpin Parti.
4.Ini kedudukan mereka (AJK) yang disetujui Dato Yunus konon lantikan bersih.Apa rasional mereka seperti ini :

a . En Mohd Farid b Mohd Rohan - seorang ahli UMNO Spg Gelami (Pemuda )
- Menjadi penyokong Pas dalam pilihanraya umum ke 12
yang lalu .

b. En Ayob b Hj Omar --Imam 2 masjid Kariah Sg Relai ,belum menjadi ahli UMNO.

c. Cik Fatimah bt Yusof -Seorang pembantu perpustakaan desa Spg Gelami
-Belum menjadi ahli UMNO

Thursday, September 10, 2009

Ibadah Qurban 2008 Masjid Jame' Kuala Klawang

















Penternak yang berjaya di Jelebu



Kawasan ternakan kambing yang telah di usahakan oleh seorang Usahawan Bumiputra yang berjaya dalam ternakan kambing. Usahawan terebut adalah En. Mahmor Mahmud.





Ini adalah hasil usahanya dan diusahakan beliau dan keluarganya di kampung petaseh hilir. Usaha keras selama ini telah menjadikan beliau penternak yang berjaya dan penternak contoh oleh beberapa agensi kerajaan seperti Jabatan Haiwan, RISDA, Pertubuhan Peladang, dan sebagainya. inilah contoh yang perlu diikuti oleh semua penternak melayu untuk maju dalam bidang pertanian.


Wednesday, September 9, 2009

Perasmian Lampu Isyarat pertama di Kuala Klawang



Perasmian Lampu Isyarat telah disempurnakan oleh Dato' Yunus B Rahmat, ADUN Klawang merangkap Ahli Exco Kerajaan Negeri Sembilan pada Menjelang tengah malam 31.8.2009. Pelancaran Lampu Isyarat ini telah dibuat pada tengah malam bersempena Hari kemerdekaan Malaysia ke 52. salah satu tanda kemajuan yang telah wujud di Kuala Klawang selepas 52 tahun merdeka




Keadaan ini jarang kelihatan di pekan Kuala Klawang kerana kebiasaannya pekan kuala klawang ini agak lengang apabila hari menjengah malam, tetapi pada tengah malam itu, agak ramai juga menyaksikan hari yang agak bersejarah ini.




Juga kempen Kibarkan Jalur Gemilang juga salah satu pengisian pelancaran program ini.







Ini keadaan pesimpangan yang telah diwujudkan Lampu Isyarat di pekan Kuala Klawang pada siang hari. keadaan persimpangan agak lengang, walaupun kenderaan agak banyak jika dibandingkan 10 tahun lepas. Jika dulu orang luar datang ke pekan ini dan lihat keadaan yang agak lengang, orang akan cakap, "boleh tidur la di atas jalan ni". tetapi sekarang, jangan haraplah.

PERTANDINGAN VIDEO PENDEK HIJRAH MERDEKA ONLINE SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1443H/2021M

 “Bersama Menjiwai Hijrah Dan Merdeka” Assalamualaikum wrt wbt, Sukacitanya dimaklumkan bahawa Pertandingan Video Pendek Sempena Majlis Samb...