Tak lama dulu ada seorang melayu yang ingin makan lauk ketam. Pada pagi tu dia pergilah ke pasar borong dan berjalan ke satu kedai milik cina yang menjual ketam.
Melayu: Apek! Itu ketam ada jual ka?
Cina: Ada…ada…lu mau ketam cina ka ketam melayu?
Melayu: Aik! Ketam pun ada melayu dengan cina ka apek? Cuba lu tunjuk mana ketam melayu, mana ketam cina?
Cina: Itu sana dalam bekas ada tutup…ketam cina…….sana dalam bekas tak ada tutup…ketam melayu la….
Melayu: Apa pasal ketam cina apek kasi tutup…ketam melayu apek tak kasi tutup?
Cina: Itu ketam cina kalau satu ekor keluar…yang lain akan tengok dan kasi belajar macam mana boleh keluar dari bekas. Nanti lama-lama semua ketam pandai macam mana mau keluar dari bekas. Jadi semua keluar la.
Melayu: Ketam melayu tak itu macam ka?
Cina: Ketam melayu, kalau satu ekor keluar yang lain kasi tarik itu kaki ketam tadi…jangan kasi keluar. Dia mau dia sekor saja keluar…yang lain biar dalam bekas. Kalau dia sudah keluar, dia terus lari, tak mau ajar yang lain macam mana mau keluar.
Pengajaran: Begitulah cerita ketam melayu dengan ketam cina. Hakikatnya, jika orang cina berniaga….cina lain tak kacau…dia tengok aje dan belajar macam mana boleh berjaya. Cina dah berjaya tu pulak, akan ajar cina lain agar berjaya jugak. Kalau orang melayu, bila satu melayu nak berjaya, melayu lain akan guna apa saja supaya melayu tu jatuh balik. Macam ketam melayu, bila sekor ketam dah berjaya nak naik, ketam lain tarik kaki dia, at last sorang pun tak dapat naik . Lepas tu mulalah bergaduh sesama sendiri. Itulah hakikat sebenar sekarang ini. sebab tu melayu tak maju..
NAK TAMBAH SIKIT:
KETAM HIDUP YANG CINA MAKAN ITU ADALAH KETAM BATU IA HIDUP DUA ALAM. HARAM DIMAKAN
Kuala Klawang 30 Oktober, 2010 (SABTU) Persattuan Bekas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Cawangan Daerah Jelebu (PBPPP.CDJ) telahBertempat di Hotel Sri Klawang telah mengadakan mesyuarat agungnya mulai jam 10.00 pagi. Turuta hadir Datuk Hj Sulaiman Samad ,Pengerusi PBPPP/NS beserta Tun Hj Muskimin Tukiman,Setiausahanya.Dalam mesyuarat ini telah memilih barisan jawatankuasa bagi sesi 2010 - 2012. Mereka terdiri :
Pengerusi : Datuk Ibrahim Che Mat TImbalan : Hj Hussain Ab Rashid Timbalan (W) : Hjh Zainab Idris Setiausaha : Hj Syed Loed Syed Yusof Aljufri JP Penolong 1 : Hj Shahwan Mansor Penolong 2 : Hjh Saleha Manap Bendahari : Hj Mahadi Abd Rahman JAWATANKUASA Datin Siti Zaharah Busu Hjh Siti Hayati Abas Hj Tahrim Zakaria Mohd Razali Abd Rahman Hj Abd Aziz Mat Baki Hj Ismail Ibrahim
Pemeriksa Kira -Kira: Hjh Siti Halijah Busu Hjh Rashidah Arshad.
Jam 12.00 tgh berlansung majlis jamuan 'Semarak Kasih' melibat ahli-ahli dan rakan -rakan yang telah bersara dan pernah berkhidmat di sekolah-sekolah di Daerah Jelebu walaupun menetap di luar samada di Seremban dan sebagainya.
Tetamu terhormat ialah YB Datuk Yunus Rahmat, Exco Kerajaan Negeri Sembilan /ADUN Klawang. Turut hadir sama Datuk Hj Sulaiman Samad, Pengerusi PBPPP Cawangan Negeri Sembilan,En Shafie Bakri Pengerusi Bekas Polis Malaysia, Tuan Hj Mat Sidek Sikin, Pengerusi Bekas Perajurit Daerah Jelebu.
YB Datuk Yunus memuji usha PBPPP CDJ menganjurkan majlis seperti ini, beliau telah dapat menemui guru-guru yang pernah mendidik beliau sendiri samada sesama beliau berada di sekolah rendah dan di Sekolah Menengah Bandar Tinggi (kini SMK Dato Undang Musa Alhaj). Di atas khidmat dan didikan guru-guru beliau dapat melanjutkan pelajaran ke Universiti dan menjadi pemimpin hari ini. Jasa guru tetap disanjung diingati bila-bila.
"Peranan NGO amat diperlukan dalam menjayakan progaram kerajaan demi kebaikan masyarakat setempat dan juga negara.' tambah beliau
SEORANG penyokong Kelantan, Mai Sarah Maimanah (kiri) melukis muka Shafiq Azwan sambil diperhatikan penyokong Kelantan dan Negeri Sembilan sebelum berlangsung perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.
KUALA LUMPUR - 'Lautan merah' penyokong Kelantan menenggelamkan sorakan penyokong Negeri Sembilan pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.
Kehadiran penyokong 'Hoben Jang Hoben' hanya sekitar 30,000, jelas tidak dapat menandingi jumlah penyokong Red Warriors seramai 60,000 orang.
'Gelombang merah' ribuan penyokong Kelantan tiba di di pekarangan Stadium Nasional seawal pukul 8 pagi dan mendahului memenuhi ruang stadium bermula pukul 4 petang.
Keghairahan penyokong Kelantan sukar dibendung kerana sebaik pukul 7.30 malam, bahagian tempat duduk yang dikhaskan untuk mereka, telahpun dipenuhi 'lautan merah'.
Sementara kebanyakan penyokong Negeri Sembilan pula memilih untuk datang sedikit lewat, iaitu kira-kira setengah jam sebelum perlawanan bermula yang pada pukul 8.45 malam.
Walaupun kalah dari segi jumlah bilangan, penyokong Negeri Sembilan tetap bersemangat ditambah kehadiran kumpulan gendang mengiringi sorakan Hoben Jang Hoben.
Penyokong Red Warriors yang banyak mendiamkan diri pada mulanya, tiba-tiba gamat apabila pemain Kelantan melangkah ke dalam padang untuk melakukan latihan ringan.
Apa yang menarik, penyokong Kelantan dan Negeri Sembilan bersama-sama melakukan 'gelombang Mexico' atau Mexico wave, membuktikan semangat kesukanan di antara kedua-dua penyokong.
DI sebalik kemelut yang melandanya sejak dua minggu lalu, ketua jurulatih Kelantan, B Sathianathan tampak begitu tenang ketika meraikan kejayaan anak didiknya menewaskan Negeri Sembilan 2-1 pada aksi final Piala Malaysia, malam tadi.
Namun, jauh di lubuk hatinya tersimpan perasaan puas dapat menjulang trofi berprestij itu kali ini.
Sathia melalui tempoh memeritkan apabila digantung enam bulan yang kemudiannya ditangguhkan sebelum mengetuai pasukannya mara ke separuh akhir yang disusuli kejayaan manis, malam tadi.
“Saya yakin kami akan menang walaupun pada babak pertama kami ketinggalan 0-1. Tekanan sentiasa membelenggu saya.
“Tetapi apa yang membantu saya adalah Tan Sri Annuar Musa (Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan). Dia kata jika apa-apa berlaku kepada saya, dia tetap akan bersama saya,” kata Sathia pada sidang akhbar pasca perlawanan.
Di sebalik kejayaannya membawa pulang Piala Malaysia buat pertama kali ke Kelantan, Sathia bagaimanapun tidak mahu menganggap dirinya wira. “Saya bukan wira Kelantan, wira sebenar adalah Tan Sri,” katanya yang baru mengendali pasukan itu sejak 13 bulan lalu.
Menurut Sathia, Kelantan tidak akan meningkat mendadak seperti sekarang sekiranya Annuar tidak memberikan kepercayaan penuh kepada jurulatih untuk mengendali pasukan.
KUALA LUMPUR - Jurulatih Kelantan, B. Sathianathan berkata, pasukannya sememangnya layak bergelar juara Piala Malaysia, kerana memberikan prestasi terbaik sepanjang musim.
Menurutnya, rekod hanya tewas dua kali dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) sepanjang musim ini, akhirnya diiktiraf dengan kejayaan memenangi Piala Malaysia, apabila mengalahkan Negeri Sembilan 2-1 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.
Mengulas aksi sengit dan mendebarkan semalam, Sathia berkata, pasukannya bermula agak gugup sehingga pasukan Negeri Sembilan berjaya mengambil peluang.
Katanya, pasukan lawan bersemangat kerana menyangka skuad Kelantan kali ini adalah barisan yang sama ketika perlawanan akhir musim lalu.
''Sebab itulah pada babak kedua saya membuat pertukaran beberapa pemain, juga menukar corak permainan, sehingga akhirnya memberi tekanan kepada Negeri Sembilan.
''Akhirnya kita berjaya bangkit sehingga memperoleh dua gol.
''Kemenangan ini membuktikan Kelantan bukanlah pasukan yang hanya mampu bertahan atau beraksi baik selama 20 minit saya, kita tetap beraksi baik di sepanjang 90 minit perlawanan,'' katanya.
Tambah bekas pengendali pasukan kebangsaan ini, kejayaan menjulang Piala Malaysia cukup manis kerana ini adalah pertama kali beliau berjaya melakukannya.
''Ya ini merupakan kenangan paling manis dalam karier saya sebagai jurulatih.
''Namun, kejayaan ini adalah hasil daripada misi Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa.
''Beliau adalah individu yang membawa bola sepak Kelantan ke puncak.
''Tidak lupa juga para penyokong Kelantan yang tidak jemu-jemu memberi sokongan dan akhirnya mereka memang layak untuk bergembira di atas kemenangan ini.
''Saya akui di awal perlawanan, ketika kami ketinggalan, saya tertekan tetapi dengan sokongan padu para penyokong yang membanjiri stadium, kami bangkit.
''Saya juga rasa amat bertuah kerana memiliki para pemain yang amat berdedikasi, berlatih bersungguh-sungguh.
''Kini tiba masanya mereka menuai hasil yang mereka usahakan selama ini,'' katanya.
KEPINCANGAN jentera serangan dan kehilangan kapten, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak pada babak kedua perlawanan diakui jurulatih Negeri Sembilan, Wan Jamak Wan Hassan yang jelas berang ketika ketumpulan barisan depannya dipersoalkan, malam tadi.
“Mengapa awak nak tanya pasal ketiadaan penyerang. Takkan awak (pemberita) tak tahu mengenainya. Soalan ni tak sepatutnya ditanya,” katanya.
Wan Jamak jelas kecewa dengan pasukannya yang gagal menemui sentuhan di depan gol ketika ketinggalan 2-1 kepada Kelantan dalam final Piala Malaysia yang akhirnya dimenangi The Red Warriors. Keadaan itu bertambah parah dengan kehilangan pertahanan tengah, Aidil yang bertindak cemerlang sepanjang perlawanan sejurus sebelum gol kedua Kelantan.
“Kehilangan Aidil menampakkan jurang besar. Pasukan lawan mengambil kesempatan kami. Mengenai kecederaan Aidil, kami belum dapat pengesahan sama ada serius atau tidak,” tambahnya.
Bekas pengendali turut menghambur pujian ke atas Kelantan yang dibarisi bintang namun tidak merungut atas kekurangan itu sebaliknya menumpukan terhadap usaha memperkembangkan bakat baru.
“Sebelum ini anda tidak mengenali Halim Zainal, Qhairul (Anwar Roslani), Tengku Qayyum (Ubaidillah). Mungkin anda hanya kenal Shahurain (Abu Samah), itu pun kerana dia beraksi pada final tahun lalu,” katanya.
PEMAIN dan pegawai pasukan Kelantan berpelukan di tengah padang sebagai meraikan kejayaan bersejarah merangkul Piala Malaysia manakala dua pemain Negeri Sembilan tunduk kecewa selepas perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil, semalam.
KUALA LUMPUR - Kehilangan bek tengah yang juga ketua pasukan, Aidil Zafuan Radzak dan kegagalan dua pemain muda menunaikan harapan tinggi, dirumuskan sebagai faktor utama tersungkurnya Negeri Sembilan dalam mempertahankan Piala Malaysia musim ini, semalam.
Tanpa menyembunyikan kecewa namun akur dengan kemampuan Kelantan menyambar kesempatan tersebut, jurulatih Negeri Sembilan, Wan Jamak Wan Hassan menganggap Aliff Samsuddin dan Qhairul Anwar Roslani tidak dapat bermain seperti prestasi terbaik mereka sebelumnya.
"Prestasi Negeri Sembilan kali ini tidak seperti perlawanan akhir tahun lalu terutama apabila barisan pertahanan goyah setelah Aidil Zafuan tercedera lalu kesempatan ini diambil sepenuhnya oleh Kelantan dalam babak kedua," katanya selepas perlawanan di Stadium Nasional, Bukit Jalil yang dimenangi lawan 2-1.
"Perlawanan ini jelas menunjukkan dua pemain muda harapan kami tidak menunjukkan prestasi sebenar mereka tetapi saya tetap memuji aksi keseluruhannya kerana kami masih mampu mara hingga ke perlawanan akhir di sebalik pelbagai masalah yang melanda khususnya kecederaan tonggak," katanya.
Gol kemenangan Badri Radzi yang menyusuli tandukan penyamaan Hairuddin Omar sekali gus menenggelamkan jaringan penalti Shahurain Abu Samah itu turut meranapkan harapan dan impian Wan Jamak mencipta rekod dalam kariernya dengan membawa Si Rusa merangkul gelaran berganda selepas menjulang Piala FA, April lalu.
Malah setelah kehilangan penyerang Zaquan Adha Radzak sejak Ogos lalu kerana kecederaan lutut, kehampaan jurulatih Negeri Sembilan itu akibat terkeluarnya abang kembarnya, Aidil Zafuan Radzak pada pertengahan permainan, pasti dikongsi jurulatih negara, K. Rajagobal dalam menyediakan pasukan ke Sukan Asia, bulan depan.
Negeri Sembilan juga sebenarnya mampu beroleh satu lagi gol sekiranya tonggak depan seniornya, Idris Karim mampu menyudahkan peluang depan gol dengan satu tolakan kaki yang lebih deras untuk menghampakan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat yang hanya bersendirian pada babak pertama.
Namun Wan Jamak wajar turut berbangga dengan sumbangan sayap kanannya, S. Kunanlan yang banyak menggerakkan serangan Si Rusa dan mencipta lorongan tepat dan membuat larian yang menghuru-harakan kubu Kelantan untuk menyokong penyerang bidan terjun mereka, Shahurain dan Idris.
Tidak keterlaluan jika anak jati Semenyih ini sebenarnya mampu dijulang sebagai wira mahupun pemain terbaik jika Negeri Sembilan yang mengulangi kejayaan memiliki piala berprestij bola sepak negara dalam edisi ke-44 perlawanan akhir ini seperti ketika mereka menang 3-1, tahun lalu.
Namun corak pantas dan kemantapan pada semua bahagian turut memainkan peranan dalam kejayaan gilang-gemilang dan bersejarah Wira Merah ini selain sokongan padu ribuan penyokong mereka dan gaya kepimpinan tersendiri Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa.
PARA pemain Negeri Sembilan tidak dapat menahan kecewa selepas tewas 1-2 kepada Kelantan pada final Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.
KELANTAN akhirnya berjaya mencipta sejarah baru apabila muncul selaku juara Piala Malaysia buat julung kalinya sejak 89 tahun lalu.
Kejayaan itu dicatat selepas menang tipis 2-1 ke atas juara bertahan, Negeri Sembilan pada aksi final edisi ke-84 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.
Disaksikan kira-kira 75,000 penonton kedua-dua pasukan, Kelantan menamatkan penantian untuk menjadi pasukan ke-14 berjaya menjuarai kejohanan berprestij yang mula diperkenalkan pada tahun 1921 itu.
Selepas tiga kali gagal di pentas final iaitu pada tahun 1955, 1970 dan 2009, kejayaan itu turut dianggap hadiah paling istimewa buat Sultan Muhammed Ke-V yang baru saja ditabalkan sebagai Sultan Kelantan yang baru pada 13 September lalu.
Bagi Negeri Sembilan pula, mereka kempunan untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi tahun lalu, sekali gus gagal untuk muncul juara buat kali ketiga setelah kali pertama melakukannya pada tahun 1948.
Ternyata, tuah lebih memihak kepada skuad The Red Warriors yang dilihat tampil dengan semangat juang yang begitu tinggi biarpun suatu ketika ketinggalan 0-1 kepada Negeri Sembilan.
Pada aksi semalam, Negeri Sembilan yang di bawah kendalian Wan Jamak Wan Hassan terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi penyerang, Shahurain Abu Samah pada minit ke-13 hasil daripada sepakan penalti yang diperoleh selepas penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat menjatuhkan S. Kunanlan di dalam kotak penalti.
Tersentak dengan jaringan awal pihak lawan, Kelantan kembali memperkemaskan jentera serangan mereka bagi mencari gol penyamaan namun masih gagal memecah kebuntuan sehinggalah tamat babak pertama perlawanan
PARA pemain Kelantan meraikan kejayaan menjulang trofi Piala Malaysia selepas menewaskan Negeri Sembilan 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.
KESUNGGUHAN para pemain untuk muncul juara dianggap jurulatih Kelantan, B. Sathianathan sebagai kunci utama kejayaan skuad Red Warriors itu menundukkan Negeri Sembilan 2-1 malam tadi.
Kata-kata Sathianathan di bilik persalinan ketika waktu rehat separuh masa pertama nyata membuatkan para pemain tidak patah semangat biarpun mereka ketinggalan 0-1 menerusi sepakan penalti Shahurain Abu Samah pada minit ke-13.
“Saya bangga dengan pemain kerana nak menang buat kali pertama bukan sesuatu yang mudah. Tapi semua pemain mahukan kemenangan pada perlawanan ini.
“Memang kami ketinggalan 0-1 tetapi gol Negeri Sembilan itu diperoleh terlalu awal dan masih ada masa untuk kami cari gol. Itu sebab kami tak berasa risau,” kata Sathianathan pada sidang media selepas perlawanan.
Biarpun berjaya membawa Kelantan muncul juara Piala Malaysia dan naib juara Liga Super musim ini, Sathianathan menyerahkan kepada pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) sama ada mahu terus menggunakan khidmatnya bagi musim depan atau tidak.
Ini memandangkan dia masih berisiko untuk digantung enam bulan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) andai rayuannya ditolak.
“Saya akan rehat dahulu dan bercuti. Terpulang kepada Tan Sri Annuar Musa (Presiden Kafa) untuk buat keputusan. Apa pun boleh jadi. Saya tak pasti lagi. Kena tunggulah dahulu keputusan FAM,” jelas Sathianathan.
Pada perlawanan akhir edisi ke-84 malam tadi, Kelantan bangkit dengan menghasilkan dua gol pada babak kedua menerusi tandukan Hairuddin Omar pada minit ke-56 dan rembatan Badhri Radzi pada minit ke-64 untuk memastikan kemenangan mutlak 2-1.
Sementara itu, jurulatih Negeri Sembilan, Wan Jamak Hassan pula menyifatkan ketiadaan kapten, Aidil Zafuan Radzak yang mengalami kecederaan pada awal babak kedua sebagai punca pertahanan mereka tiba-tiba rapuh.
ANAK-ANAK Maya Sabti lahir dan dibesarkan di Lebanon. Malangnya, mereka tidak fasih bertutur apatah lagi lancar membaca buku-buku dalam bahasa Arab iaitu bahasa ibunda mereka sendiri.
“Saya berusaha memikat hati mereka supaya mencintai bahasa kebangsaan. Tapi apakan daya ini bukan salah mereka kerana telefon bimbit, Facebook dan filem di sini terdedah pada bahasa Inggeris,” ujar Sabti mengenai anak-anaknya yang berusia di antara lapan hingga 10 tahun yang fasih berbahasa asing berbanding bahasa rasmi.
Bahasa Arab merupakan bahasa rasmi di Lebanon, namun bahasa tersebut masih kurang digunakan.
Sebaliknya negara yang mempunyai 83 peratus etnik Arab itu lebih selesa menggabungkan bahasa Perancis dan Inggeris.
Lama-kelamaan bahasa ibunda mereka pupus begitu sahaja. Secara tidak langsung generasi negara yang mengecapi kemerdekaan pada 26 November 1941 itu terus melupakan bahasa Arab begitu saja.
Buktinya, dua tahun lepas dunia menyaksikan golongan muda Lebanon semakin rancak berbual menggunakan bahasa asing dalam pertuturan seharian.
Penghijrahan
BBC News melaporkan tiada fakta yang jelas bilakah masyarakat Lebanon mula terdedah pada bahasa asing. Namun banyak pihak berpendapat penggunaan bahasa Perancis disebabkan legasi pemerintahan kolonial Perancis manakala bahasa Inggeris pula kerana pengaruh Barat.
“Penghijrahan anak-anak muda ke luar negara semakin meningkat. Apabila kembali ke Lebanon mereka bertutur menggunakan bahasa asing khususnya bahasa Inggeris. Jadi inilah keprihatinan utama kami,” jelas Sunzanne Talhouk, 33, penyair Lebanon yang mengetuai Feil Amer.
Feil Amer merupakan sebuah organisasi yang ditubuhkan pada tahun lepas. Matlamat kumpulan itu ialah untuk mengembalikan penguasaan bahasa Arab di kalangan rakyat Lebanon.
“Jika kita hilang bahasa ibunda bermakna kita kehilangan identiti dan matlamat kebangsaan,” kata Talhouk.
Mengimbau sejarah bahasa Arab, bahasa tersebut dipercayai telah digunakan oleh 280 juta orang di negara-negara Asia Barat dan Afrika Selatan. Cuma dialek dan pertuturan saja yang berbeza di setiap negara. Namun, perbezaan tersebut sedikit pun tidak mempengaruhi pembacaan dan penulisan dalam bahasa Arab.
Meskipun bahasa Arab dipilih sebagai bahasa rasmi di Lebanon tetapi masyarakat tempatan lebih berbangga menguasai bahasa Perancis dan Inggeris dengan baik.
Mereka juga sentiasa mencampuradukkan tiga bahasa sekali gus seperti, “Hi kifak, ca va?” yang bermaksud Hai, apa khabar?.
Perkataan hi itu jelas merujuk pada bahasa Inggeris, kifak (bahasa Arab) manakala ca va itu pula bahasa Perancis. Sapaan sedemikian semakin popular sehingga dijadikan hiasan pada baju-T dan cawan yang dijual di kedai-kedai cenderamata di Lebanon.
“Bukan salah kami. Sejak kecil lagi saya dididik dengan bahasa Perancis sehingga ke sekolah menengah manakala bahasa Inggeris dikuasai sewaktu belajar di universiti.
“Saya tidak berpeluang mendalami bahasa Arab kerana keluarga tidak bertutur menggunakan bahasa itu dan televisyen, radio serta papan tanda semuanya menggunakan bahasa Inggeris,” luah Andrew menerusi blog yang membincangkan topik bahasa Arab dan bahasa Perancis di Lebanon.
Luahan Andrew itu ada benarnya kerana inisiatif pelbagai pihak memupuk masyarakat terutamanya kanak-kanak menggunakan bahasa Arab dilihat semakin rumit.
Trend pada hari ini memperlihatkan kebanyakan aplikasi moden seperti laman web Facebook dan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) menggunakan bahasa Inggeris, bukannya bahasa Arab.
Menurut Penolong Setiausaha Beirut, Asas Arab, Mounira al-Nahed, masyarakat pelbagai agama dan etnik-etnik di Lebanon begitu terbuka menerima bahasa asing. Bahkan, pelancong asing ke Lebanon juga kebanyakannya lebih selesa berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.
Dalam pada itu Al-Nahed turut menyalahkan ibu bapa yang bertutur dengan anak-anak menggunakan bahasa Perancis dan Inggeris di rumah. Bahkan, ramai yang menyifatkan bahasa Arab boleh dipelajari pada bila-bila masa dalam tempoh yang singkat.
“Kita sudah sampai pada tahap yang mengecewakan apabila ramai di kalangan anak-anak muda di Lebanon berasa malu berbahasa Arab,” ujar Al-Nahed.
Al-Nahed menyalahkan teknik pembelajaran di sekolah yang tidak menggalakkan kanak-kanak bertutur dalam bahasa Arab dan membuatkan bahasa itu kelihatan bodoh dan kompleks untuk dipelajari.
Semai rasa cinta
Atas faktor tersebut, Talhouk dan kumpulannya, Feil Amer mendapat idea untuk melakukan perubahan.
Pada fasa awal, mereka mengunjungi beberapa buah institusi pengajian terlebih dahulu untuk melihat cara pembelajaran pelajar. Apabila diminta membaca huruf-huruf Arab kebanyakan pelajar hanya mampu membaca lima huruf yang terawal saja.
“Sudahlah tidak tahu membaca ABC dalam bahasa Arab malah mereka mempersoalkan mengapa mereka perlu mempelajari bahasa itu dan bagaimanakah bahasa Arab dapat membantu aktiviti harian mereka?,” luah Talhaouk dalam nada kecewa.
Sehubungan itu dalam usaha menyemai perasaan sayang pada bahasa ibunda tercinta, kumpulan Feil Amer mengambil inisiatif menganjurkan festival bahasa Arab. Festival yang bertemakan We are our language telah berlangsung di Beirut dalam suasana ceria dan menyeronokkan.
Para pengunjung bukan sahaja terhibur dengan persembahan muzik malah berpeluang membelek koleksi buku dan naskhah sastera berasaskan bahasa Arab. Dalam pada itu pihak penganjur festival turut menampal poster kempen yang tertera: Jangan bunuh bahasa anda dan Ajar anak-anak bertutur dalam bahasa Arab.
“Kami memerlukan lebih banyak aktiviti seperti ini. Saya berharap ia dapat membantu golongan muda bahawa mereka mempunyai bahasa ibunda yang cantik. Mereka wajar melindungi bahasa tersebut sebelum ia hilang dan pupus ditelan zaman,” tambah Sabti.
Kepada seorang pelajar, Youssed Dakhil, 20, dia menyifatkan masalah itu berpunca daripada kurangnya semangat jati diri di kalangan masyarakat Lebanon.
“Malangnya, kami menggemari semua barangan dan perkara yang diimport dari luar termasuklah bahasa asing,” ujarnya.
Kelihatan Tuan Hj Mohd Kamil Md Sani (Bendahari K/Bestari Mukim Peradong (kiri hadapan)bersama hadiran termasuk remaja sekolah menengah tempatan.
Kelihatan (kiri ) Ustaz Sabri Alias sedang menyampaikan ceramahnya kepada hadirin dan Tuan Syed Loed b Syed Yusof aljufri (kanan) ,Timbalan Pengerusi Kominiti Bestari Mukim Peradong meyampaikan ucapan aluan dan penerangan kepada tetamu yang hadir.
Hadirin sedang khusuk mengikuti ceramah yang di sampaikan oleh Ybg Ustaz Sabri Alias.
Kelihatan hadirin sedang tekun mengikuti ceramah di majlis tersebut.