Sunday, October 31, 2010

Wan Jamak kecewa sentuhan NS tumpul

KEPINCANGAN jentera serangan dan kehilangan kapten, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak pada babak kedua perlawanan diakui jurulatih Negeri Sembilan, Wan Jamak Wan Hassan yang jelas berang ketika ketumpulan barisan depannya dipersoalkan, malam tadi.

“Mengapa awak nak tanya pasal ketiadaan penyerang. Takkan awak (pemberita) tak tahu mengenainya. Soalan ni tak sepatutnya ditanya,” katanya.

Wan Jamak jelas kecewa dengan pasukannya yang gagal menemui sentuhan di depan gol ketika ketinggalan 2-1 kepada Kelantan dalam final Piala Malaysia yang akhirnya dimenangi The Red Warriors. Keadaan itu bertambah parah dengan kehilangan pertahanan tengah, Aidil yang bertindak cemerlang sepanjang perlawanan sejurus sebelum gol kedua Kelantan.
“Kehilangan Aidil menampakkan jurang besar. Pasukan lawan mengambil kesempatan kami. Mengenai kecederaan Aidil, kami belum dapat pengesahan sama ada serius atau tidak,” tambahnya.

Bekas pengendali turut menghambur pujian ke atas Kelantan yang dibarisi bintang namun tidak merungut atas kekurangan itu sebaliknya menumpukan terhadap usaha memperkembangkan bakat baru.

“Sebelum ini anda tidak mengenali Halim Zainal, Qhairul (Anwar Roslani), Tengku Qayyum (Ubaidillah). Mungkin anda hanya kenal Shahurain (Abu Samah), itu pun kerana dia beraksi pada final tahun lalu,” katanya.

No comments:

Post a Comment

PERTANDINGAN VIDEO PENDEK HIJRAH MERDEKA ONLINE SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1443H/2021M

 “Bersama Menjiwai Hijrah Dan Merdeka” Assalamualaikum wrt wbt, Sukacitanya dimaklumkan bahawa Pertandingan Video Pendek Sempena Majlis Samb...