
Sebagai sebuah pentadbiran yang mendahulukan rakyat, segala sumpah janji dan khidmat diabdikan tidak lain tidak bukan, adalah untuk melihat kesejahteraan serta kemakmuran dinikmati semua pihak tanpa sebarang pengecualian
CUKAI
- Pelepasan cukai pendapatan individu dinaikkan kepada RM9,000 daripada RM8,000. 
Pengurangan kadar cukai maksimum individu daripada 27 peratus kepada 26 peratus.
 - Pelepasan cukai langganan jalur lebar sehingga RM500 setahun pada 2010 hingga 2012.
 
KAKITANGAN AWAM
- Bayaran khas RM500 kepada penjawat Gred 41 hingga Gred 54 serta pesara wajib kerajaan pada Disember ini.
 - Pinjaman pembelian komputer setiap tiga tahun berbanding lima tahun sekali sekarang.
 
RUMAH
- 74,000 unit rumah kos rendah disediakan untuk disewa kepada rakyat pada 2010.
 
KWSP
- Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia diuruskan oleh KWSP untuk yang tiada pendapatan tetap termasuk pemandu teksi, petani dan penjaja. Setiap RM100 caruman, kerajaan menyumbang 5 peratus tertakluk kepada jumlah RM60 setahun.
 - Pelepasan cukai individu untuk caruman KWSP dan premium insurans hayat dinaikkan RM1,000 kepada RM7,000.
 - Caruman KWSP dinaikkan semula kepada 11 peratus.
 
PENDIDIKAN
- Menukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa bagi pelajar mendapat ijazah kelas pertama.
 - 30 pelajar terbaik menerima Biasiswa Nasional di universiti tersohor.
 - Pakej ‘netbook’ termasuk perkhidmatan jalur lebar dengan bayaran RM50 sebulan untuk dua tahun.
 - Diskaun 50 peratus perkhidmatan kereta api jarak jauh kepada pelajar dengan kad diskaun pelajar 1Malaysia.
 
No comments:
Post a Comment