Saturday, October 10, 2009

PILIHANRAYA KECIL N 31 BAGAN PINANG PORT DICKSON

03 Oktober,2009/14 Syawal 1430 Sabtu.

Teka teki siapa dan berapa calon layak bertandingi menentang calon BN Tan Sri Mohd Isa Samad 60 dalam pilihanraya kecil N 31 Bagan Pinang,PortDickson telah terjawab pagi ini apabila Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang mengumumkan pada jam 11.30 pagi di Pusat Penamaan calon di Dewan Perbandaran Port Dickson.



PRK DUN Bagan Pinang pada 11 Oktober, 2009 menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasinal dan Pas. Tan Sri Mohd Isa Samad (BN) akan ditentang calon Pas, Zulkefly Mohamad Omar 45 tahun, seorang peniaga dan merupakan Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan.



UMNO Bahagian Jelebu turut menghantar petugas-tugas terdiri daripada AJK bahagian, Pemuda, Wanita dan Puteri membantu jentera pilihanraya kecil BN di Bagan Pinang bermula 02 Oktober, 2009 hingga 10 Oktober, 2009. Kita mahu BN berjaya mendapat keputusan majoriti terbaik.




Petugas-petugas dan urusan dari Bahagian Jelebu di tempatkan di Golden Straits Villas, Bt 3, Jalan Pantai, Port Dickson. Saya di jadualkan pada 8-10 Oktober, 2009 bersama dengan En Osman Hj Dusa (ketua), En Abd Rauf Puteh dan En Malek Manap dan isteri saya Pn Hjh Saleha Manap AJK Wanita Bahagian bertugas pada 02 -4 Oktober, 2009.

No comments:

Post a Comment

PERTANDINGAN VIDEO PENDEK HIJRAH MERDEKA ONLINE SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1443H/2021M

 “Bersama Menjiwai Hijrah Dan Merdeka” Assalamualaikum wrt wbt, Sukacitanya dimaklumkan bahawa Pertandingan Video Pendek Sempena Majlis Samb...