KUALA PILAH: Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir, dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani binti Tengku Besar Mahmud hari ini menjalani istiadat bersiram dengan penuh tradisi yang diwarisi turun-temurun di Istana Besar Seri Menanti dekat sini.
Istiadat bersiram ini diadakan selepas istiadat menurunkan dan memasang alat kebesaran diraja di halaman Istana Besar Seri Menanti pada Khamis lalu.
Negeri Sembilan bakal menyaksikan pertabalan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, yang akan berlangsung penuh istiadat di Balairong Seri Istana Besar Seri Menanti pagi esok.
Istiadat pertabalan ini akan disempurnakan oleh Undang Luak Sungai Ujong Datuk Mubarak Dohak sebagai imam Undang Yang Empat.
Pada istiadat bersiram bermula pukul 10.35 pagi ini, Tuanku Muhriz dan Tuanku Aishah Rohani bersemayam di atas Takhta Rencana dan diarak dari Istana Besar Seri Menanti ke Panca Persada (kira-kira 500 meter) disusuli dengan empat das tembakan meriam.
Perarakan Takhta Rencana yang ditarik Pegawai 99 didahului kumpulan Rebana, diikuti pembawa alat kebesaran diraja, pembawa Cepu Bedak Limau dengan diiringi Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz dan kerabat diraja.
Setelah sampai dan bersemayam di Panca Persada, Orang Empat Istana menyempurnakan istiadat bersiram dengan menyembahkan bedak limau setelah mengelilingi baginda berdua sebanyak 7 kali.
Selesai pusingan ketujuh Datuk Seri Amar Diraja Ahmad Minal menyembahkan Cepu Bedak Limau untuk istiadat bersiram. Tuanku Muhriz kemudian mencelupkan kedua belah tangan baginda ke dalam Cepu Bedak Limau.
Selepas itu Datuk Seri Amar Diraja menjunjung duli kepada Tuanku Aishah Rohani. Setelah selesai upacara itu, diadakan persembahan pencak silat, tarian piring dan caklempong lagu "Raja Bersiram".
Majlis diakhiri bacaan doa oleh mufti kerajaan negeri Datuk Mohd Yusof Ahmad.
Baginda berdua kemudian bersemayam semula di atas Takhta Rencana dan diarak kembali ke Istana Besar Seri Menanti dengan disusuli empat das tembakan meriam lagi.
Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan dan isteri Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Razak Mansor, anggota Exco, wakil rakyat dan ketua-ketua jabatan adalah di antara 5,000 orang yang menyaksikan istiadat tersebut.
Istiadat bersiram yang selesai pada jam 12 tengah hari itu diakhiri dengan majlis santapan tengah hari di Dewan Banquet, Istana Besar Seri Menanti manakala rakyat menikmati hidangan tengah hari di dua tempat berasingan iaitu di padang Sekolah Kebangsaan Tunku Laksamana Nasir dan kawasan lapang berhampiran Istana Tasek.
Pada 29 Disember 2008, Tuanku Muhriz dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan oleh Undang Yang Empat di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti, selepas kemangkatan Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman dua hari sebelumnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PERTANDINGAN VIDEO PENDEK HIJRAH MERDEKA ONLINE SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1443H/2021M
“Bersama Menjiwai Hijrah Dan Merdeka” Assalamualaikum wrt wbt, Sukacitanya dimaklumkan bahawa Pertandingan Video Pendek Sempena Majlis Samb...
-
Keberanian Leftenan Adnan Saidi dan rakan yang bertempur bermati-matian adalah episod yang kekal dalam lipatan sejarah tanah air. “Biar...
-
PELAJAR generasi kini dilihat lebih moden, menjadikan cabaran yang perlu dihadapi mereka yang bergelar guru juga lebih ‘moden’, rumit dan...
-
PERLEMBAGAAN PENTADBIRAN ADAT LUAK JELEBU Alam Beraja Luak Berpenghulu Lingkungan Bertua Anak buah Berbuapak Orang Semenda Bertempat Semenda...
No comments:
Post a Comment