Thursday, October 22, 2009

KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK (TABIKA) SIMPANG GELAMI, JELEBU


PENDAHULUAN


Taman Bimbingan Kanak-Kanak atau rengkasnya TABIKA Kg Simpang Gelami telah mula diasaskan pada tahun 1979. Ia dikelolakan Jabatan Kemajuan Masyarakat ((Kemas) di bawah Kementerian Luar Bandar. Tujuan Tabika yang diujudkan diseluruh negara untuk memberi peluang dan kemudahan bagi kanak-kanak yang berusia enam tahun terutama di luar Bandar untuk mendapat pendidikan asas sebelum mereka masuk secara formal ke darjah satu ( tahun satu ) di sekolah rendah apabila mereka berumur tujuh tahun.


Di Bandar-bandar kelas tabika sudah lama diwujudkan dan diusahakan oleh pihak Swasta .Kanak –kanak dibandar lebih terdahulu mendapat didikan asas sebelum mereka masuk ke sekolah rendah. Tindakan kerajaan menubuhkan Tabika supaya kanak-kanak dapat sama berpeluang belajar saperti dialami oleh rakan-rakan sebayanya yang tinggal di bandar.


BILA TABIKA SPG GELAMI DI ASASKAN:


Bagaimana Tabika di Kg Spg Gelami ditubuhkan? Dalam satu mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung Spg Gelami, saya selaku Setiausaha JKKK ketika itu telah mencadangkan agar Tabika dapat wujudkan di Balai Raya Spg Gelami memandangkan Spg Gelami lokasinya di tengah –tengah Mukim Peradong .Di mukim Peradong ada dua buah sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan Peradong dan Sekolah Kebangsaan Kampai. Sebelum masuk sekolah secara formal amat baik mereka dapat peluang belajar asas di Tabika dahulu.


Kanak-kanak dari Kg Peradong dan Kg Chenor juga Kampai mudah untuk datang ke Spg Gelami. Pengerusi JKKK En Selamat Ishak (Allahyarham) memberi peluang perbincangan dibuat dan ada pandangan yang baik dan ada seolah-olah tidak bersetuju namun syor ini mendapat persetujuan kuat dari En Salim Yusof dan Tuan Hj Abu Samah. Saya selaku yang membawa cadangan amat gembira kerana akhirnya majlis bersetuju dan permohonan bertulis dibuat kepada pihak Kemas Jelebu dan mendapat persetujuan Penyelia Kemas Kawasan En Khamis Mahmud. Kelas Tadika sebelum ini dijalankan di Kg Kuala Pah.


TABIKA BEROPERASI DI BALAI RAYA:


Di atas persetujuan pihak Kemas Tabika ini berpindah dari Kg Kuala Pah dan mula beroperasi di Balai Raya Spg Gelami. Inilah satu –satu kemudahan bangunan dulunya dikenali sebagai pejabat “Local Counsel “zaman darurat 1948. Spg Gelami ini dikenali Peradong New Village atau Kg Baharu. Dizaman darurat Peradong New Village ini adalah merupakan penempatan sementara rakyat kebanyakan orang Cina dan orang asli yang dikumpulkan dan terkawal kerana kampung ini dipagar keliling dengan kawat duri dan semua mesti berada dalam kawasan tepat pukul 7 petang dan boleh keluar kerja pukul 6 pagi begitulah keadaan kehidupan harian masyarkat di sini ketika darurat. Di kampung Peradong New Village /Kampung Baharu Peradong ini ada ditempatkan pasukan keselamatan iaitu pasukan polis yang ditempatkan di Balai Polis Peradong.


En Selamat Ishak Pengerusi JKKK Kg Spg Gelami dilantik sebagai pengerusi Tabika Spg Gelami yang pertama ( 1979 - 1981 ) Apabila En Selamat Ishak meninggal dunia ( Tuan Hj Syed Loed Syed Yusof telah mengambil alih tempat beliau.(1982 -1983 ) kemudian Hj Shamsudin Hj Baharun menjadi pengerusi mulai 1984- 2000 dan mulai tahun 2001 Tuan Hj Syed Loed Syed Yusof telah dipilih semula untuk menjadi pengerusi Tabika ini.

Tabika ini telah menumpang di Balai Raya ini buat sekian lama walaupun peruntukan dari Kemas telah ada (tahun 2001) bagi tujuan pembinaan bangunan sendiri dan lengkap dengan kemudahan pembelajaran dan alat-alatan jasmani. Projek ini tidak dapat dilaksanakan kerana di kampung Spg Gelami dan sekitarnya tidak ada tanah kerajaan bagi tujuan pembinaan Tadika ini. Rata-rata tanah-tanah di sini adalah tanah milik persendirian dan tiada yang sanggup untuk mewakafkan tanah mereka. Jika bangunan tidak dibina bermakna kelas ini terus menumpang di Balai Raya ini juga dan kerumitan menyusun peralatan dan masalah keselamatan memang ketara apabila ada majlis dijalankan di Balai Raya oleh pihak JKKK dan lain-lain badan sukarela atau siasah di kampung ini.


Pada tahun 1998 Tabika menumpang di bangunan FAMA Spg Gelami apabila Balai Raya Spg Gelami ia itu ‘Bangunan Local Counsel ‘ dirobohkan untuk digantikan dengan bangunan baru saperti yang ada sekarang.


PENGERUSI TABIKA SPG GELAMI:


Di antara pengerusi Tabika Spg Gelami:


  1. En Selamat Ishak PPN,PJK 1979 - 1981
  2. Tn Hj Syed Loed b Syed Yusof 1982 - 1983
  3. Tn Hj Shamsudin b Hj Baharom PMC,PJK 1984 -2000
  4. Tn Hj Syed Loed b Syed Yusof

(AMN, PPN, ANS, PMC, PJK, JP) 2001… sekarang


Saya telah dipilih menjadi pengerusi dalam mesyuarat melantik Jawatankuasa TBK atau mesyuarat tahunan pada 22 Mac, 2001 oleh ibu bapa dan penjaga kanak-kanak yang hadir.


BARISAN JAWATANKUASA TBK 2001/2002:

Pengerusi : Tn Hj Syed Loed b Syed Yusof

Naib Pengerusi : En Mohd Hafidz b Hj Ibrahim

Setiausaha : Pn Harlina bt Hj Abd Karim

Bendahari : Pn Zamzaili bt Hj Zainal (guru TBK)

Jawatankuasa : En Zulkifli b Saman

En A.Halim b Abu

En Ibrahim Omar

En Shaharudin b Musa

En Azmi b Md Nor

En Rosnan b Md Noh

Pn Asiah bt Tabri

Pn Atimah bt Wagiman

Pn Kalsom bt Sanusi

Pn Siti Zawiyah bt Jaya

Pn Hajjah Dahari

Pn Ramlah bt Lela

Pemeriksa Kira-kira:

En Misyar b Hj Majid

Pn Zaleha bt Karim


Selaku pengerusi saya terpaksa mencari dan berakhtiar untuk mendapatkan sebidang tanah kosong untuk mendirikan bangunan TBKini..Pihak Kemas hanya menyediakan kos pembinaan bangunan sahaja. Lebih merumitkan jika tidak ada tapak peruntukan ini akan dibawa ke kawasan lain dan Tabika terpaksa menumpang lagi dan sampai bila untuk menumpang.


Pada 03 April 2001 saya telah menulis surat memohon kepada Pertubuhan Peladang Kawasan Jelebu (PPK) untuk menggunakan tanahnya di Lot 1779 yang saya berpendapat amat sesuai dan stratejik. Kedudukan tanah ini di antara Balai Raya Spg Gelami dan Masjid Sungai Relai, Spg Gelami. Tanah ini digunakan oleh pihak Jabatan Parit dan Saliran (JPS) dengan mendirikan tolok hujan.


Permohonan jawatankuasa TABIKA Spg Gelami telah dipersetujui oleh pihak Jemaah Pengarah PPK Jelebu melalui suratnya PPK J( AO) 5 Jld 2 ( 76) bertarikh 18 April, 2001.Dengan surat tersebut diangkat kepada Pegawai Daerah Jelebu bahagian unit pembangunan. Dengan ada kebenaran pihak PPK Jelebu meminjamkan tanah tersebut dan kerja –kerja pembinaan pun dilaksanakan. Bangunan Tabika siap dibina dan kelas Tabika dapat diguna sepenuhnya mulai tahun 2002.


TENAGA PENGAJAR TABIKA SPG GELAMI;

Puan Siti Jariah bt Dahban 1979- 1983

Puan Siti Bariah bt Ibrahim 1980-1981

Pn. Siti Jariah bt Dahban 1982-1983

Pn. Nur Rashidah bt Yahya 1984-1998

Puan Zamzaili bt Zainal 1999- sekarang


PEMBANTU MASYARAKAT TABIKA SPG. GELAMI

Pn. Mariam bt Ibrahim 1979-1980

Cik Nornisah bt Mat Jadi 1980-1981

Cik Norsimah bt Hj Sareh 1982- 1983

Cik Nornisah bt Mat Jadi 1982-1983

Cik Mazirah bt Usul 1984-1998

Cik Suraya 1984-1998

Pn. Rohani bt Abu Kasim 1984-1998

Pn. Normala bt Mat 1984-1998

1999-2000

Pn. Atemiah bt Wagiman 2001-2003

Pn. Hjh. Zainab bt Tubah 2003-2004

Pn. Hjh. Sh. Aishah bt Sy. Hassan 2004-2005


KERAMAIAN PELAJAR:


Sejak Pra Sekolah dipekenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia di sekolah-sekolah rendah khasnya di Sekolah Kebnangsaan Peradong, kemasukkan pelajar ke Kelas Tabika Simpang Gelami mula berkurangan namun kelas ini ditumpukan kepada pelajar-pelajar yang berumur di bawah 6 tahun. Namun sambutan masyarakat masih menggalakkan dan diharapkan Tabika ini terus maju.


KERJA TAMBAHAN:


Jabatan Kemas telah meluluskan peruntukan untuk membina singap di bahagian depan bangunanTabika dan menyimen tapaknya bagi kemudahan meletakkan alat permainan dan keselesaan pelajar-pelajar. Projek ini dijalan secara gotong royong. Majlis perasmian dilakukan oleh Ybg En Jalaludin Hj Alias pada Mac 2004 menggantikan tempat YB Dato Seri Utama Dr Rais Yatim, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri merangakap Ahli Parlimen Jelebu yang tidak dapat hadir . Kebetulan hari ini adalah hari calon –calon Kawasan Parlimen dan Dewan Undangan negeri berkumpul di kediaman YAB Dato Menteri Besar Negri Sembilan mengisi dan melengkap dokumen pilihan raya dan hari penamaan calon pada 12.3.2004, En Jalaludin adalah calon bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Klawang.Beliau menggantikan tempat Dato Hj Shamsul b Mat yang tidak bertanding tahun ini.


PROJEK TAMBAHAN


Pihak Kemas pada tahun 2004 telah memperuntukan untuk kerja-kerja bagi memberi keselesaan dan kemudahan kepada anak-anak. Kerja-kerja tersebut adalah melebarkan bangunan berukuran 9 x 40 kaki, mengecat bangunan, menaik taraf longkang dan kerja-kerja pendawaian .


PENUTUP:


Bagi pihak penduduk khasnya Kg Spg Gelami dan masyarakat Mukim Peradong mengucapkan terima kasih kepada Pertubuhan Peladang Kawasan Jelebu (PPK) di atas keprihatinan pihak ahli jemaah pengarahnya terhadap pendidikan dan masa depan anak –anak membenarkan pihak jawatankuasa Tabika Kg Spg Gelami mendirikan Bangunan ini. Ini adalah kebajikan yang amat tinggi yang disumbangkan PPK Jelebu.


Oleh: Hj Syed Loed b Syed Yusof

AMN, PPN, ANS, PMC, PJK, JP

No comments:

Post a Comment

PERTANDINGAN VIDEO PENDEK HIJRAH MERDEKA ONLINE SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1443H/2021M

 “Bersama Menjiwai Hijrah Dan Merdeka” Assalamualaikum wrt wbt, Sukacitanya dimaklumkan bahawa Pertandingan Video Pendek Sempena Majlis Samb...