Tuesday, October 13, 2009

Jamuan Hari Raya Timbalan Ketua UMNO Bah. Jelebu



Ybg Datuk Hj Jalaluddin Hj Alias Timbalan Ketua UMNO Bhg Jelebu dan keluarga mengadakan majlis jamuan hari raya aidilfitri 1430 H di kediaman beliau di 742 Lavender Height, Seremban pada 12 Oktober, 2009 mulai 8.00 malam. Kelihatan dalam gambar dari kiri Tn Osman Dusa (AJK Bah.Jelebu),Tuan Syed Loed Aljufri (AJK Bah Jelebu), En Adnan Isa ( UMNO Ulu Klawang, Datuk Hj Jalaluddin Alias (Tim Ketua UMNO Bah. Jelebu) dan En Mohd Hanif Hj Mohd Nor (AJK UMNO Cawangan Bandar ).




Syed Loed aljufri ( AJK Bah.Jelebu ) dan isteri Hjh Saleha Manap (AJK Wanita Bhg Jelebu sempat bergambar bersama Datuk Hj Jalaluddin Alias ( Tim Ketua UMNO Bah Jelebu) dan isteri Datin Hjh Maziah Md Nor.



Turut memeriahkan majlis hadir sama YB Datuk Yunus Rahmat ADUN Klawang merangkap Ahli Mesyuarat Kerajaan N.9 Datuk Yunus Rahmat (Apak), En Dol Ramly (AJK Bah Jelebu) serta Yang Setia Tuan Setapa (Ketua Polis Daerah Jelebu dan isteri) telah hadir sama.



Kelihatan kehadiran mantan Exco Kerajaan N.9 dan ADUN Ampangan Datuk Zakaria (Pak Ya) oleh Dato Hj Jalaluddin bersama beberapa pemimpin UMNO Bah.Jelebu



Kehadiran orang kuat dari Kg Renal Adnan Isa dan isteri Norzaini Kadir penyelia Kemas Jelebu serta anak menyemarakkan majlis ini.



Sebahagian AJK Puteri UMNO Bah Jelebu sempat bersama hadir dalam majlis ini.



Turut dapat dirakamkan kehadiran Tuan Hj Ibrahim Harun (AJK UMNO Tembun), Ybg Dato' Nasir Sabtu (Pengerusi Tetap UMNO Cawangan Kemin) bersama tetamu lain menikmati jamuan yang disediakan.

Majlis malam ini telah dihadiri ramai pemimpin -pemimpin dari AJK Bah Jelebu, Pemuda, Wanita dan Puteri dan Ketua-ketua Cawangan dan pemimpin UMNO pada amnya termasuk sahabat-sahabat Ybg Datuk Hj Jalaluddin Alias dan jiran-jiran setamannya.

YB Dato Seri Utama Dr Rais Yatim, Ketua UMNO Bahagian Jelebu/Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan Dati Seri Masnah Mohamad juga telah hadir bersama memeriahkan majlis ini.



En Rauf b Puteh ( AJK UMNO Bah Jelebu) tidak ketinggalan telah menunjukan bakatnya menghibur hadiran pada majlis tersebut.

No comments:

Post a Comment

PERTANDINGAN VIDEO PENDEK HIJRAH MERDEKA ONLINE SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1443H/2021M

 “Bersama Menjiwai Hijrah Dan Merdeka” Assalamualaikum wrt wbt, Sukacitanya dimaklumkan bahawa Pertandingan Video Pendek Sempena Majlis Samb...