Sunday, November 22, 2009

SUKANEKA TABIKA KEMAS KG SIMPANG GELAMI

Kg Simpang Gelami, Jelebu: 17 November,2009 (SELASA )



Saat yang paling mengembirakan dan menyeronokkan bagi kanak-kanak terutama diperingkat Tabika adalah sukaneka dan majlis konvokesyen dan penyampaian sijil.Aktiviti ini seolah -olah ' wajib ' pada setiap kali berakhirnya penggal persekolahan atau hujung tahun sebelum mereka bercuti. Bagi mereka yang berumur enam tahun, tahun hadapan mereka akan berpindah ke Sekolah Kebangsaan memasuki Tahun Satu dan bagi yang berumur Lima tahun akan berpindah masuk pra sekolah diSekolah Kebangsaan.



Ini bermakna mereka telah tamat belajar di peringkat Tabika. Sukaneka Tabika Kg Simpang Gelami telah dijalankan pada 17 November,2009 ( Selasa ) mulai jam 8.30 pagi di Dataran Masjid Kariah Sg Relai,Simpang Gelami. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan Ybh Datuk Hj Jalaluddin Hj Alias , Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jelebu.



Turut hadir Puan Jamelah (Penyelia Tabika Kemas Jelebu), Pn Norzaine Abd Kadir (Penyelia Kemas Kawasan Klawang dan Pn Nora Salleh (Pem Penyelia Tabika Jelebu) dan Tuan Syed Loed Syed Yusof Aljufri (Pengerusi Tabika Kemas Kg Spg Gelami) dan Tuan Hj Jamal Husin (Imam 1 /ahli JKKK Spg Gelami) dan En Ayub Omar (imam 2 /Timbalan Pengerusi Tabika Kg Spg Gelami ) dan ahli-ahli Jawatankuasa Tabika Kg Spg Gelami.



Kerjasama dan sokongan ibu bapa, pihak tadbiran masjid juga masyarakat amat menggalakkan sama ada berupa sumbang tenaga, bantuan kewangan dan lain-lain. Apa juga yang dialami anak-anak hari ini akan menjadi sumber ingatan dan pengalaman berguna kepada mereka di hari muka kelak.



Tahun ini lawatan belajar tidak dapat dilakukan di atas persetujuan ibu bapa dan penjaga disebabkan musim tengkujuh dan mengelakkan jangkitan H1N1.

Monday, November 16, 2009

MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA PEMIMPIN

KAMPUNG KAMPAI, Jelebu
15 November,2009 (Ahad):



UMNO Cawangan Kampai/Kuala Pah telah menganjurkan majlis ramah mesra bersama Pemimpin bertempat di Balai Raya Kg Kampai, Jelebu mulai jam 8.30 malam. Tetamu Ybg Datuk Jalaluddin HJ Alias, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jelebu. Disamping turut hadir Ketua Pergerakan Pemuda, Ketua Penerangan UMNO Bahagian dan beberapa ahli
Jawatankuasa UMNO Bahagian Jelebu, sama-sama memeriahkan majlis tersebut.



UMNO Cawangan Kampai/Kuala Pah ketika ini di pimpin Puan Aziah bt Md Rashad
(Timbalan Ketua ) memangku jawatan Ketua Cawangan berikutan En Abd Wahab Hj Kassim telah meletakkan /mengosongkan jawatan ini sejak beberapa bulan lalu. Barisan lain disandang: Pn Esah Hj Kassim (Ketua Wanita ), EnAzman Ghaffar (Ketua Pemuda ), En Jaffar Awang ( Ketua Penerangan ), En Abu Safian Shaharuddin ( Setiausaha) dan En Qhanaruruzzaman Salim
( Bendahari ).



Isu Ketara yang dibangkitkan dari ahli-ahli:
1. Mahu penjelasan pindaan Perlembagaan UMNO yang diluluskan dalam Perhimpunan Agung baru-baru ini.

2.Menyuarakan tidak puas hati ahli-ahli dan masyarakat terhadap perlantikan Pengerusi JKKK Kg Kampai/Kuala Pah dan mahu satu penyelesaian dapat dibuat UMNO Bahagian bagi kebaikan masyarakat di Kampung Kampai/Kuala Pah ini.

Ybg Datuk Jalaluddin Hj Alias telah menjelaskan per (1 ) dan per. (2) di atas.



Sunday, November 15, 2009

Perpustakaan Desa Kampung Simpang Gelami,Jelebu



Satu program semarak membaca telah dianjurkan Jawatankuasa Perpustakaan Desa Kg Simpang Gelami, Jelebu telah berjaya dijalankan di sini yang melibatkan murid-murid sekolah terutamanya Sekolah Kebangsaan Peradong, Sekolah Kebangsaan Kampai dan SMK Simpang Gelami dan masyarakat setempat. Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari semua pihak.


Program Semarak Membaca Bersama Pemimpin ini telah diadakan pada 13 NOvember,2009 jam 3.00 ptg di dataran Balai Raya Spg Gelami.



Perasmian dilakukan YB Datuk Yunus Rahmat, Exco Kerajaan Negeri Sembilan /ADUN Klawang.



Turut Hadir En Shamsudin Pengarah Perbadanan Perpustakaan Negeri Sembilan,Wakil Pegawai Daerah Jelebu, ketua -ketua Jabatan, Ketua Polis Daerah (W) serta Pengerusi-Pengerusi JKKK Dun Klawang.



PD Simpang Gelami telah mula beroperasi sejak 3 tahun lalu. Sebanyak lebih kurang 4000 unit buku dengan pelbagai jodol boleh dipinjam /dibaca oleh masyarakat dengan tujuan memberi kemudahan rakyat menimba ilmu dan kempen masyarakat suka membaca di kawsan ini khasnya.

Majlis Konvokesyen TABIKA Kemas DUN Klawang 2009

Majlis Konvokesyen Tadika Kemas DUN Klawang 2009 telah diadakan pada 14 November,2009 bertempat di Dewan Perdana SMK Dato Undang Musa Alhaj (SMKDUMA ) Kuala Klawang.Majlis bermula jam 9.00 pagi.Perasmian dan penyampaian sijil dan hadiah-hadih telah disempurnakan YB Datuk Yunus Rahmat ,Exco Kerajaan N.Sembilan/ADUN Klawang.


Ybhg Tuan Syed Loed Syed Yusof ,( Pengerusi TABIKA Kg Spg Gelami) selaku pengerusi Pengelola sedang.menyampaikan ucapan kepada majlis.



YB Datuk Yunus Rahmat Exco KerajaanNS /ADUN Klawang ( 2 dari kanan ) bersama En Zuber Ghani (Penyelia Kanan Kemas Daerah Jelebu ) dan En Mansor Said ( Wakil Pengetua SMKDUMA) sedang meneliti aluan /ucapan Pengerusi Pengelola (Tuan Syed Loed Syed Yusof )


YB Datuk Yunus Rahmat sedang menyampaikan sijil dan hadiah kepada kanak-kanak yang telah tamat belajar peringkat Tadika dan tahun 2010 mereka akan masuk Pra Sekolah pula.


Kelihatan kanak-kanak ini (Mohd Thaqif Mohd Aizil ) diapit abang dan adiknya dengan bangga memegang hadiah yang diterimanya.Majlis dan hadiah-hadiah tersebut di sumbang oleh pihak Kemas dan YB Adun Klawang.Seramai 170 orang murid yang terlibat.


Kelihatan ( dari kiri )En Mohd Fauzi (Pengerusi TADIKA Tmn Bukit Kempas),En Adnan Isa (Penjaga ) En Nasir Sabtu (Pengerusi Tetap Umno Cgn Kemin) En Yusof Sahat ( Pengerusi JKKK Kg Chenor/Jelin juga Ketua UMNO Cgn Chenor) dan En Abd Rashid (Penjaga murid).

Friday, November 13, 2009

PERSIDANGAN PEMIMPIN DAN PENGURUS BESAR PERTUBUHAN PELADANG 2009






Satu persidangan Pengerusi-Pegerusi dan Pengurus -Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Nasional telah adakan pada 11- 12 November,2009 bertempat di Hotel Cititel,Mid Valley,Kuala Lumpur anjuran Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Malaysia.



OBJEKTIF PERSIDANGAN :

1 .Mendengar amanah secara lansung daripada YB Menteri Pertanian & Industri Asas Tani
berkaitan dasar-dasar dan hasrat kerajaan dalam pembangunan sektor pertanian.

2. Berkongsi pengalaman dan idea bersama tokoh/negarawan ulung dalam konteks
pembangunan negara.

3. Berkongsi idea dan maklumat pembangunan sosio-ekonomi dalam konteks Pertubuhan
Peladang.



Peserta: Hampir 480 peserta terdiri dari pegawai -pegawai LPP dan Pengerusi -Pengerusi Pertubuhan Peladang (PPK) Kawasan seluruh negara telah hadir.

11 November,2009 :
8.00 mlm - 10.30 mlm - Makan malam & Dinner Talk /Forum

12 November,2009
9.00 pagi- 10.30 pagi - Ceramah Bertajuk Sistem Penyampaian & Pembangunan
Institusi Pertubuhan Peladang. Disampaikan oleh Y.Bhg Datuk
Johan Jaaffar,Pengerusi Ekskutif Kumpulan Media Prima &
Pengerusi Dewan Bahasa dan Pustaka.
11.00 pagi- 12.00 pagi -Ceramah bertajuk ' Majlais Pembangunan Pertanian Kawasan
Parliamen ' disampaikan oleh Ybhg Dato Mohd Hashim
Abdullah,Pegawai Tugas khas Kementerian Pertanian & Industri
Asas Tani.
12.00 tengahhari - Ucapan & Amanat serta perasmian Pesidangan Pemimpin
Peladang & Pengurus Besar Pertubuhan Peladang oleh YB Datuk
Seri Noh Hj Omar,Menteri Pertanian & Industri Asas Tani
Malaysia.



Dalam ucapan beliau meminta PPK dan LPP diseluruh negara mengemaskini data ahli-ahli PPK yang telah mencecah hampir 700,000 orang dalam masa enam bulan bagi tujuan pemantauan ke arah meningkatkan pendapatan golongan ini.Data lengkap ini bagi membantu kerajaan merangka bantuan yang perlu disalurkan sejajar dengan hasrat menambah pendapatan peladang serta meningkatkan hasil pengeluaran pertanian negara.
Beliau juga mahu PPK dan LPP perlu melaksanakan segera dasar ' Satu PPK Satu Produk' untuk meningkatkan modal pusingan dan menambah pendapatan pertu8buhan serta ahli mereka.



Persidangan pemimpin dan pengurus Besar Pertubuhan Peladang ( PP) seperti ini seharusnya dijadikkan program tahunan dengan pengisian lebih baik dan menafaat kepada pegawai-pegawai dan Jemaah Pengarah PPK bagi memajukan persatuan dan akan menarik minat golongan muda terhadap bidang pertanian sesuaikan dengan slogan' Pertanian adalah Perniagaan '

Thursday, November 12, 2009

Krisis pemikiran lemahkan Islam

Tradisi intelektual dikenalpasti sebagai penyumbang utama kepada pembentukan sesebuah tamadun. Ini kerana sesebuah tamadun itu dianggap terbina apabila manusia yang berada di dalamnya itu 'hidup'.

Maksud kepada 'hidup' itu ialah manusia sendiri berfikir mencari penyelesaian kepada setiap situasi yang dihadapinya. Dan, kerana itulah Islam telah meletakkan kedudukan manusia secara jelas berbeza dengan lain-lain makhluk lain yang hidup.

Islam tetap melandaskan kehidupan berasaskan kepada ilmu kerana melalui kecergasan dan kecerdasan berfikirlah maka akan menentukan lahirnya sebuah peradaban. Melalui ayat pertama, iaitu wahyu yang diterima oleh Nabi Muhamad SAW ialah berkaitan dengan "ilmu".

Baginda seorang manusia yang dipilih sebagai perantara manusia dengan Allah SWT sebagai Pencipta alam semesta terlebih dahulu mengajar baginda melalui kalam-Nya. Nabi Muhamad SAW yang buta huruf, tidak tahu membaca dan menulis diajar melalui perantaraan malaikat.

Berpandukan petunjuk yang terdapat dalam al- Quran, manusia juga diharapkan mampu menyelaminya secara mendalam tanpa menjadikan perbezaan pendapat sebagai sesuatu yang merosakkan kehidupan mereka sendiri.

Perkembangan tersebut menjadikan Islam telah lahir sebagai sebuah tamadun besar sehingga mampu mempengaruhi kehidupan manusia sejagat. Kelahiran tamadun Islam telah melepaskan belenggu kegelapan yang sedang melanda Eropah setelah runtuhnya tamadun Greek dan Yunani. Tradisi intelektual berkembang pesat sehingga mampu mengatasi tradisi intelektual yang berasaskan falsafah pemikiran yang dikongkong oleh pendekatan Greek dan Yunani.

Namun dalam masa yang sama, kemunculan beberapa kumpulan pemikir yang membahaskan persoalan kehidupan manusia telah mencambahkan lagi perkembangan korpus pengetahuan dan asas falsafah.

Tradisi ini tidak menyebabkan banyak persengketaan, meskipun antara murid dan guru berbeza pendapat terhadap sesuatu perkara kerana antaranya mempunyai pegangan yang kuat terhadap kejernihan sifat Rasullullah dan perintah Allah SWT.

Mereka semakin dekat dengan kezuhudan dan terus mencari ruang berserah diri kepada Allah SWT untuk mendapat keredaan-Nya.

Berbeza dengan suasana masyarakat Melayu-Islam. Tradisi perkembangan intelektual tidak menggalakkan perbincangan dan dialog secara terbuka dilakukan, sebaliknya mereka yang berilmu mengambil peluang untuk menundukkan pemikiran masyarakat di sekelilingnya.

Pertembungan pendapat menjadi sesuatu yang negatif dan amat menakutkan sehingga menyebabkan lahirnya sikap jumud dan taksub.

Berdasarkan kajian yang pernah dilakukan oleh Syed Hussin Al-Attas, Intellectuals in Developing Societies, disebabkan oleh tradisi feudal menjadikan masyarakat di negara-negara membangun tidak menggalakkan perkembangan intelektual.

Perangkap minda itulah akhirnya telah mencorakkan bentuk masyarakat di negara-negara membangun, termasuk Malaysia. Ia turut menyebabkan sebahagian daripada umat Islam berpecah kepada beberapa kumpulan.

Perpecahan itu juga telah menyebabkan ada di antara kumpulan itu mengasingkan diri daripada kumpulan yang lain, sehingga sanggup mengisytiharkan permusuhan yang mesti dihapuskan.

Antara keduanya seolah-olah sudah tidak ada lagi jalan perdamaian yang boleh dirintis untuk membentuk sebuah masyarakat yang bersatupadu atas pelantar Islam sendiri.

Lantaran ada anggapan bahawa perpecahan merupakan takdir yang tidak dapat diubah kerana sepanjang sejarah, umat Islam selalu berbeza pendapat dan bertengkar.

Memangnya dalam Islam, perbezaan pendapat atau dikenali sebagai ikhtilaf seringkali berlaku. Menurut Dr. Basri bin Ibrahim Al-Hasani Al-Azhari, Adab Iktilaf: Formula Mengekalkan Perpaduan Ummah (2009), ia merupakan perkara biasa dalam kehidupan manusia dan berlaku dalam banyak urusan berkaitan peribadi, rumahtangga, masyarakat dan juga negara.

perundangan

Turut berlaku perbezaan pendapat ialah dalam perundangan Islam, iaitu yang berkaitan dengan perkara cabang syariat di mana dalam sesuatu isu, kita menemui dua tiga pandangan ulama.

Menurut penulis itu lagi, ''Bagaimanapun sehingga ke hari ini, kita tidak pernah melihat perbezaan pendapat seumpama ini mencetuskan perpecahan, pertumpahan darah dan peperangan besar sesama umat Islam di negara Islam. Ini kerana ulama dan umat Islam sangat berpegang kuat dengan etika berselisih pendapat atau adab al-Ikhtilaf dan adab al_ikhtilaf ini, menjadi formula unggul dalam mengekalkan perpaduan ummah."

Tetapi yang menjadi semakin jelas dalam perkembangan lain, perbezaan pendapat telah menyebabkan bukan sahaja berlaku sengketa, malah mengundang perpecahan umat Islam disebabkan oleh perspektif kumpulannya sahaja yang betul dan benar.

Telah berlaku peperangan antara kumpulan yang mengakui dirinya sebagi pembawa obor Syiah sehingga menyebabkan mereka yang berada dalam kelompok sunni menjadi mangsa serangan. Mereka kemudian saling berbalas serangan.

Dalam memenuhi tanggungjawab sebagai khalifah Allah di dunia, kita diasak dengan perbezaan pandangan mengenai beberapa perkara sehingga melahirkan pelbagai mazhab.

Umat Islam seakan-akan berpecah dalam kelompok mazhab Shafie, Hambali, Maliki dan Hanafi secara dasar, dan ada pula yang mengambil sikap mengakui bahawa mereka tidak mempunyai apa-apa hubungkait dengan mazhab.

Selain itu ada juga mazhab fiqh lain, meskipun tidak sebesar mazhab yang empat tersebut seperti Zahiri dan Ja'afari. Secara ringkas, mazhab-mazhab besar ini semuanya bersumber kepada sumber yang sama.

Namun mengapa ada pengikut-pengikut Abu Hanifah menentang pengikut mazhab Syafie.? Mengapa pengikut Hambali mengecam pengikut Syafie? Mengapa Syiah mengkafirkan Ahlul Sunnah Waljamaah? Wahabi menyesatkan ahlu sunnah, Wahabi juga mengkafirkan umat Islam yang tidak sealiran dengan mereka.

Dari perspektif kepunyaan sesuatu mazhab itulah adakalanya umat Islam mengambil sikap memilih kelompok Muslim tertentu sahaja. Tidakkah ini menggambarkan telah berlaku perpecahan di kalangan umat Islam?

Dan kerana itu kita mungkin turut bertanya: Betulkah perpecahan dalam Islam sudah merupakan takdir? Atau mungkin pula sebahagian daripada kita akan membuat kesimpulan secara mudah berdasarkan hujah bela diri (determinism argumentation)," perpecahan tidak dapat dielakkan, karena sepanjang sejarah kita selalu pecah" dan menunjukkan dalil al-Quran dan hadis untuk mewajarkan perpecahan itu.

Perpecahan berlaku kerana setiap orang atau kumpulan tertentu merasakan bahawa pendapat kelompok merekalah yang paling benar. Lebih menakutkan lagi ialah apabila ada percubaan untuk mempertahankan pendapat tersebut secara total sehingga menganggap pendapat yang berbeza itu sebagai sesuatu yang boleh menjejaskan akidah dan menjerumuskan ke pelantar kafir. Sikap inilah yang merugikan umat Islam, dan amat dibenci dalam Islam sehingga menamakan kumpulan tersebut sebagai musyrik.

"Orang yang memecahkan agamanya menjadi beberapa golongan, kemudian setiap golongan merasa bangga dengan golongannya." (QS.23:53)

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad, dan diterima dari Muadz bin Jabal, disebutkan:

Serulah umat yang buat ma'aruf, dan laranglah berbuat mungkar sampai nanti ada suatu saat ketika orang mengikuti kebatilan, menaati hawa nafsunya, dan mengistimewakan dunia. Dan di zaman itu, orang merasa i'jab dengan pendapatnya sendiri.

Memiliki pendapat, menyakininya dan menyebarkannya tidak dilarang dalam Islam. Yang diharamkan ialah menjadikan perbedaan pendapat itu sebagai bibit perpecahan atau beranggapan bahwa pendapat kita adalah satu-satunya kebenaran. Islam mengamalkan prinsip toleransi, dan tidak melarang kepada perbezaan pendapat. Ini ditegaskan oleh Allah SWt melalui firman-Nya Dan berpeganglah kami semua dengan tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai-cerai... (Surah ali-Imran: 103)

Pada fuqaha sepakat menyatakan bahawa fiqh merupakan hasil ijtihad mereka melalui metode berfikir tertentu. Kerana method yang mereka gunakan berbeza-beza, maka hasilnya pun berbeza-beza. Setiap fuqaha yang melakukan ijtihad akan mendapat pahala, baik hasil ijtihadnya benar ataupun keliru. Mereka berpegang pada prinsip ijtihad yang menyatakan bahawa apabila seorang hakim melakukan ijtihad dan hasilnya ijtihadnya itu benar, maka ia akan mendapat dua pahala, dan apabila hasil ijtihad itu keliru, maka ia akan mendapat satu pahala.

keliru

Tidak seorang pun di antara mereka mengetahui apakah hasil ijtihadnya itu benar ataupun keliru. Mereka melakukan ijtihad agar tidak terjadi kekosongan hukum tentang suatu tindakan semata-mata kerana menjunjung perintah Allah .

Bahkan, para khalifah sekalipun tidak bersikap fanatik terhadap hasil ijtihadnya. Bagi memecahkan sebarang perbezaan pendapat, mereka membanding-bandingkannya dengan lain-lain pendapat daripada mazhab-mazhab tersebut. Daripada penilaian dan urutan penaakulan pemikiran itu akhirnya diambil satu keputusan yang menjadi rujukan umum. Khalifah Umar bin Khattab mengatakan:

"Hai manusia sesungguhnya pendapat yang benar itu hanya pada Rasulullah saw, kerana Allah swt memperlihatkan kebenaran itu kepadanya. Ada pun pendapat yang kita hasilkan hanya merupakan perkiraan dan usaha sungguh-sungguh. Oleh sebab itu, laksanakanlah apa yang disunahkan Allah swt dan Rasul-Nya, dan janganlah menjadikan pendapat yang keliru sebagai sunnah."

Kesedaran di atas dimiliki oleh para pendokong mazhab. Mereka semua mengatakan bahawa apabila ada hadis atau pendapat yang lebih kuat dan lebih baik daripada pendapatnya, maka itulah keputusan yang harus diterima. Kesedaran ini menunjukkan bahawa para imam menganjurkan kepada para pengikutnya agar membuang hasil pemikirannya apabila mereka menemukan hasil pemikiran yang lebih kuat. Di samping itu, mereka mengkehendaki lahirnya amalan toleransi antara umat dan menghilangkan sikap fanatisme terhadap sesuatu pendapat, agar umat tidak terus menerus dilanda bebalisme.

Ilmu menjadikan kita takut kepada Allah

Pada hari ini, kita melihat rata-rata umat Islam di negara ini sudah mula berjinak-jinak dengan majlis-majlis ilmu dan ulama. Di masjid-masjid dan surau-surau majlis-majlis pengajian ilmu semakin rancak diadakan.

Ia mendapat sambutan yang memberangsangkan dari segenap lapisan masyarakat yang dahagakan ilmu dan pentarbiahan hatta terdapat masjid yang mengadakan majlis pengajian pada setiap malam. Ini suatu perkembangan yang baik kepada peningkatan kualiti umat Islam di negara ini dan agama Islam itu sendiri.

orang beriman yang puasa tidak akan melakukan perkara yang membatalkan amalan itu sama ada semasa bersendirian atau di hadapan orang lain. - Gambar hiasan

Persoalannya, apakah ilmu yang mereka perolehi ini benar-benar memberikan manfaat dan kesan ke dalam diri mereka?

Ketahuilah, bahawa sebaik-baik ilmu ialah ilmu yang menjelmakan perasaan takut kepada Allah SWT. Iaitu, takut yang disertai perasaan membesarkan Allah dan menumbuhkan amal. Allah SWT telah memuji para ulama melalui firman-Nya: Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hamba-Nya hanyalah orang-orang yang berilmu. (al-Faatir: 28)

Inilah ilmu yang paling bermanfaat kerana ilmulah yang memandu kita ke jalan akhirat. Kalam hikmah ini diungkapkan oleh Sheikh Ibnu Atoillah al Sakandari r.a dalam Hikamnya yang bertajuk al Hikam al Atoiyyah.

Terbukti, kalam hikmahnya ini telah mampu melunakkan hati yang keras, menenangkan jiwa yang resah, mengekang nafsu yang rakus dan mengajak manusia menyelami hikmah-hikmah di sebalik kejadian Allah SWT. Semoga kita mendapat manfaat daripadanya.

Adapun orang alim yang tidak mempunyai perasaan takut kepada Allah bukanlah orang alim yang sebenarnya.

Lebih-lebih lagi, orang alim yang keinginannya untuk mendapatkan kemewahan dunia, kemegahan dan bersikap takbur dengan ilmunya.

Ilmu sebegini hanya akan menjadi hujah ke atasnya di akhirat kelak dan sebab yang akan mengundang bala dan akibat yang buruk kepadanya.

Umar ibn al Khattab r.a pernah berkata, "Perkara yang paling aku takuti berlaku terhadap umat ini ialah munculnya orang yang alim pada lisan tetapi jahil pada hati".

Ini bukanlah ciri-ciri pewaris para nabi kerana pewaris para nabi memiliki sifat zuhud terhadap dunia, berminat terhadap akhirat, ikhlas menyampaikan amanah ilmu dan bertakwa.

Orang yang memiliki ilmu yang bermanfaat, tidak memiliki sifat bongkak atau takbur, tidak suka mencaci orang lain, berlapang dada, mudah diajak berbincang dan tidak cepat melatah.

Sahl ibn Abdullah r.a pernah berkata: "Janganlah kalian memutuskan satu urusan dari urusan-urusan dunia dan agama kecuali setelah berbincang dengan ulama. Maka kesudahannya akan dipuji di sisi Allah SWT".

Abu Muhammad r.a pernah ditanya: "Wahai Abu Muhammad! Siapakah ulama?" Jawabnya: "Orang-orang yang mengutamakan akhirat daripada dunia dan mengutamakan Allah daripada diri mereka sendiri".

Saidina Umar ibn al Khattab r.a pernah mewasiatkan: "Berbincanglah mengenai urusanmu dengan orang-orang yang takutkan Allah".

Al Wasiti r.a berkata: "Manusia yang paling pengasih ialah ulama, kerana perasaan takut mereka kepada Allah dan kebimbangan mereka terhadap apa yang diajar oleh Allah SWT".

Banyak ayat dan hadis yang menyebut tentang kemuliaan ilmu atau ulama. Rasulullah SAW pernah bersabda: "Penuntut ilmu dijamin oleh Allah rezekinya".

Ketahuilah, bahawa ilmu yang diulang-ulang sebutannya di dalam al-Quran dan hadis Nabi SAW ialah ilmu yang bermanfaat yang disertai oleh perasaan takut kepada Allah. Bahkan, ilmu yang bermanfaat juga ialah ilmu yang mampu menguasai nafsu dan mengekang syahwat.

Disebut juga, ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang membantu pemiliknya mentaati Allah, dan berdiri di atas landasan agama Allah.

Sebahagian Salaf berkata: "Sesiapa yang bertambah ilmunya, maka bertambah jugalah kekhusyukannya (kerendahan hatinya)".

Seorang lelaki bertanya kepada Sheikh Junaid al Baghdadi r.a: "Apakah ilmu yang paling berguna?" Jawabnya, "Ilmu yang menunjukkan kamu kepada Allah SWT dan menjauhkan kamu daripada menurut hawa nafsumu".

Beliau berkata lagi: "Ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang menunjukkan pemiliknya kepada sifat tawaduk, sentiasa bermujahadah, menjaga hati, menjaga anggota zahir dari melakukan maksiat, takut kepada Allah, berpaling daripada dunia dan penuntut dunia, menjauhi orang-orang yang mengasihi dunia, meninggalkan apa yang ada di dunia kepada ahli dunia, suka memberi nasihat kepada makhluk, baik perilaku terhadap makhluk, suka duduk bersama golongan fuqara, memuliakan kekasih-kekasih Allah dan menghadapkan diri kepada apa yang mereka utamakan.

"Apabila orang alim yang mencintai dunia dan ahlinya, dan mengumpulkan dunia melebihi daripada keperluannya, maka dia akan lalai daripada akhirat dan ketaatan kepada Allah mengikut kadar kecintaannya kepada dunia".

Allah SWT berfirman (maksudnya): Mereka hanya mengetahui perkara yang zahir nyata dari kehidupan dunia sahaja, dan mereka tidak pernah ingat hendak mengambil tahu tentang hari akhirat. (al-Rum: 7)

Rasulullah SAW bersabda: "Siapa yang kasihkan dunia, maka dia telah membahayakan akhiratnya dan siapa yang kasihkan akhirat maka dia telah membahayakan dunianya. Justeru ingatlah, utamakanlah suatu yang kekal (akhirat) daripada yang akan rosak binasa (dunia)". (riwayat Imam Ahmad dan al Hakim)

Fudhail ibn 'Iyadh berkata: "Orang alim ialah doktor agama dan cinta dunia ialah penyakit agama. Apabila doktor telah memasukkan atau mengheret penyakit ke dalam dirinya, maka bilakah masanya dia boleh mengubati orang lain".

Sesiapa yang ilmunya memandunya kepada menuntut dunia, ketinggian di dalamnya, jawatan dan pandangan makhluk, maka ia adalah ilmu yang tidak bermanfaat. Bahkan, dia tertipu dengan ilmunya.

Tidak ada kerugian yang lebih besar daripada rosaknya orang alim dengan ilmunya yang diharapkan dapat menyelamatkannya. Kami memohon dengan Allah daripadanya.

Ilmu yang bermanfaat juga ialah ilmu yang diamalkan. Ulama mengumpamakan orang yang menghabiskan banyak waktu menuntut ilmu, duduk selama 40 atau 50 tahun belajar tanpa beramal, seperti orang yang asyik bersuci selama waktu itu dan memperbaharui wuduknya tetapi tidak solat walau satu rakaat.

Ini kerana maksud atau tujuan suatu ilmu ialah beramal dengannya sebagaimana tujuan berwuduk adalah untuk melakukan solat.

Berkata sebahagian ulama: "Kalaulah ilmu tanpa takwa itu penentu suatu kemuliaan, nescaya semulia-mulia makhluk Allah ialah iblis".

Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN


Bahaya Wahabi

GERAKAN Wahabi diasaskan Imam Muhamad bin Abdul Wahhab At-Tamimi (1703-1791). Beliau muncul ketika pengaruh mazhab Hambali sedang merosot dan umat Islam ketika itu melakukan pencemaran akidah seperti khurafat dan bidaah.

Perkembangan fahaman berkenaan di Malaysia kebanyakan dibawa pelajar yang pernah menuntut ilmu agama di negara Arab yang terpengaruh dengan ajaran itu.

Kehadiran golongan itu di sini dapat dirasakan berikutan ada pengikutnya berani mencerca ulama ahlu Sunnah Wal-Jamaah termasuk amalan sunat yang terdapat dalam ajaran Islam seperti doa qunut dan berzikir selepas solat.

Aliran Wahabi ibarat api dalam sekam dan boleh mengancam negara dan menyebabkan umat Islam bergaduh sesama sendiri jika tidak dibendung pihak berkuasa agama di Malaysia.

Mereka juga seperti musuh dalam selimut kerana sukar untuk mengenal pasti golongan ini apatah lagi mereka turut hadir dalam majlis agama, bersolat di masjid atau surau dan tidak mengaku diri mereka pengikut ajaran Wahabi.

Bagaimanapun, secara halus mereka menyusup dalam kelompok masyarakat Islam di negara ini dengan menghina mazhab Ahlu Sunnah Wal-Jamaah yang menjadi rujukan umat Islam dengan membawa Islam mudah sehingga masyarakat keliru.

Mazhab Ahlu-Sunnah dalam syariat beragama sangat penting bukan saja kepada umat Islam sendiri, malah seluruh masyarakat.

Fahaman Wahabi turut menolak ijmak dan qias. Ijmak ialah persepakatan dalam hukum syarak di kalangan umat Islam dari satu zaman ke satu zaman selepas Nabi Muhamad s.a.w wafat.

Ini jelas dibuktikan dengan firman Allah s.a.w yang bermaksud: "Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran petunjuk (yang dibawanya) dan ia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman. Kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya, dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke dalam neraka jahanam dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali." (Surah an-Nisaa', ayat 115).

Jadi, wajib kita mengikut apa yang diputuskan ijmak kerana ia senarai yang ketiga terpenting daripada sumber perundangan Islam.

Menurut Ahli Jawatankuasa Pemantauan Akidah dan Pentauliahan Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Ustaz Mahfuz Mohamad, fahaman Wahabi bertapak di negara ini sejak awal tahun 1900 apabila Sheikh Abdul Hadi membuka sekolah agama di Melaka.

"Bagaimanapun, sekolah itu tidak mendapat sambutan dan beliau berpindah ke Pulau Pinang. Melalui sekolah itu lahir tokoh fahaman Wahabi iaitu Sheikh Abu Bakar al-Ashaari.

"Selepas menamatkan pengajian di sekolah terbabit pada tahun 1925 beliau menyambung pengajiannya di Mesir dan pulang ke negara ini pada tahun 1932.

"Beliau menyebar fahaman Wahabi di Pulau Pinang, tetapi mendapat tentangan hebat ramai tokoh ulama ahlu Sunnah, antaranya Sheikh Abdullah Fahim.

"Beliau lari ke Kedah dan kemudian menetap di Perlis bagi menyebarkan fahaman Wahabi," katanya.

Mahfuz berkata, ketika itu ia dinamakan fahaman muda atau mudah kerana mereka selalu bermudah-mudahan.

Ini dicatatkan di dalam Kitab Senjata Syariat yang diterbitkan pada tahun 1953 khas bagi menjawab gerakan Wahabi oleh tiga tokoh ulama besar ketika itu: Sheikh Abdullah Fahim, Haji Ahmad Tun Hussein Pokok Sena dan Sheikh Abdul Rahman Abdullah Merbok.

Abu Bakar as-Ashaari pernah menerbitkan buku bertajuk Ibadah Rasulullah s.a.w yang menimbulkan keraguan kerana 'menjelmakan' petua menghalalkan memakan biawak, ular, labi-labi dan penyu.

"Di dalam buku itu, Abu Bakar as-Ashaari mencaci amalan bermazhab yang dikatakan haram dan bidaah dalal.

"Ulama ketika itu sudah memberi amaran bahawa gerakan Wahabi sudah menyusup dalam masyarakat dan perlu membendung segera," katanya.

Hasil ketegasan ulama sebelum ini, fahaman Wahabi kian menyepi, tetapi kini muncul kembali berikutan banyak kelonggaran yang diberikan kepada sesiapa sahaja atas 'tiket' menyebarkan Islam.

"Golongan Wahabi tidak berpegang kepada mana-mana mazhab kononnya hanya berpegang kepada al-Quran dan hadis.

"Tetapi, sejarah membuktikan ramai tokoh tersohor Islam seperti Imam Nawawi, Imam al-Ghazali, Termidzi, Bukhari dan Muslim berpegang kepada mazhab yang empat itu," katanya.

Katanya, tuduhan Wahabi terhadap beberapa amalan yang sudah menjadi kebiasaan masyarakat Islam di Malaysia seperti doa qunut, membaca al-Quran di atas kubur dan wirid selepas solat membuatkan umat keliru.

Merujuk kepada buku Makna Sebenar Bid'ah : Satu Penjelasan Rapi yang dikarang oleh Abdullah al-Siddiq al-Ghumari yang turut disemak oleh Mufti Negeri Sembilan Datuk Mohd Murtadza Ahmad, Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Md Hashim Yahya serta Yang di Pertua Persatuan Ulama Malaysia, Saleh Ahmad menyebutkan ulama bersepakat mengenai pembahagian bid'ah antara yang terpuji dan tercela. Orang pertama yang mengatakan demikian ialah Umar r.a.

Ulama juga bersepakat bahawa sabda Rasulullah s.a.w yang menyebutkan: "Setiap yang bid'ah itu sesat" adalah hadis umum yang perlu dikhususkan.

Imam al-Syafie berkata: "Setiap yang mempunyai sandarannya dari sudut syarak, bukannya bid'ah sekalipun tidak diamalkan oleh generasi salaf. Mereka meninggalkan perkara itu mungkin kerana keuzuran."

Al-Imam Ibn Lub dalam menyangkal pendapat golongan yang tidak menyenangi amalan berdoa selepas sembahyang mengatakan perkara berkenaan tidak diamalkan generasi salaf.

Namun, tidak mungkin mengatakan hukumnya haram atau makruh kerana perkara yang dilakukan itu mempunyai asas dalam syarak.

Mengenai amalan membaca wirid beramai-ramai selepas sembahyang. Memang ia tidak pernah berlaku pada zaman Nabi s.a.w, tetapi tidak haram. Sesiapa yang mendakwa amalan ini diharamkan bererti dia melakukan pembohongan atas nama Allah s.w.t.

Pengharaman amalan itu tidak disebut dalam al-Quran dan al-Sunnah.

Hadis Muslim yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah menyebutkan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Tidaklah berkumpul satu kaum di dalam rumah Allah sambil membaca al-Quran dan mengulangkaji antara sesama mereka melainkan turunlah kepada mereka ketenangan, dan mereka diliputi oleh rahmat dan dinaungi oleh malaikat, dan Allah menyebut perihal mereka kepada makhluk yang di sisiNya."

Hadis ini memberikan kefahaman bahawa membaca al-Quran secara beramai-ramai di dalam masjid adalah disyariatkan.

Dalam Sahih Muslim terdapat juga hadis yang diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asya'ari daripada nabi s.a.w yang bersabda yang maksudnya: "Selalulah membaca al-Quran, demi Dia Yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, al-Quran itu lebih mudah terlepas (hilang) daripada unta yang diikat." (Muslim. Kitab Salah al-Musafirin (231/791).

Kesimpulannya, dari segi tauhid, fahaman Wahabi bukan ajaran baru atau termasuk antara 73 cabang ajaran sesat, cuma ia boleh menimbulkan suasana tegang dalam masyarakat Islam kerana pendekatan yang diambil terlalu mudah tetapi bahaya.



INFO



Amalan dalam fahaman Wahabi antaranya:

  • Dalam mempelajari ilmu Usuludin hendaklah berpegang kepada fahaman yang diasaskan Ibnu Taimiyyah

  • Di dalam amalan fiqh pula tidak berpegang kepada mana-mana mazhab, malah boleh berpegang antara satu sama lain (Talfiq)

  • Berpegang kepada sumber al-Quran dan hadis sahih sahaja tanpa berpegang kepada Ijmak dan Qias

  • Melarang keras umat Islam berdoa melalui tawassul (perantaraan)

  • Melarang ziarah kubur walaupun makam Rasulullah s.a.w

  • Menghancurkan tugu peringatan kerana semua itu menjadikan umat Islam syirik

  • Melarang membaca qasidah dan berzanji yang memuji Rasulullah s.a.w. tahlil dan seumpamanya

  • Melarang umat Islam mengadakan sambutan hari kebesaran Islam seperti Maulid Nabi, Israk Mikraj dan lain-lain

  • Melarang umat Islam belajar sifat 20 dan seumpamanya

  • Fahaman Asa'ari iaitu fahaman Ahlu Sunnah Wal-Jamaah dibuang jauh-jauh

  • Imam dilarang membaca Bismillah pada permulaan Fatihah

  • Tidak boleh membaca wirid-wirid yang memuji Rasulullah s.a.w

  • Tidak boleh melagu-lagukan lafaz al-Quran dan laungan azan, tetapi boleh baca dengan lurus sahaja

  • Mengadakan majlis zikir secara berjemaah dilarang

  • Amalan tariqah dilarang sama sekali

  • Amalan berwirid selepas solat berjemaah dilarang keras
  • Wednesday, November 11, 2009

    Kiamat dari perspektif agama

    Walaupun sifat sebenar hari kiamat tidak diketahui, namun terdapat gambaran-gambaran yang diberikan dalam al-Quran tentang hari kemusnahan yang juga disebut sebagai as-Sa’ah.

    DIRIWAYATKAN dalam hadis, banyak bencana alam terjadi sebelum kiamat. - Gambar hiasan

    TIDAK ada sesiapa boleh menyangkal bahawa kepercayaan kepada hari kiamat turut didasari dengan unsur keagamaan. Justeru, kupasan berdasarkan perspektif agama adalah perlu untuk mengelakkan tersasar pemahaman.

    Bagi sesetengah agama yang menyeru umatnya mengimaninya, hari kiamat merujuk kepada hari berakhirnya dunia dan bermulanya alam akhirat.

    Berdasarkan Islam, hari kiamat adalah hari semua manusia dibangkitkan selepas kematian dan segala amalan ketika di dunia dihitung. Bagi mereka yang berbuat baik dan beramal soleh diberikan ganjaran syurga dan bagi mereka yang ingkar dibalas neraka.

    Menurut Ketua Jabatan Usuluddin, Akademi Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Abu Zaki Ismail, sebelum manusia dibangkitkan seluruh alam dan isinya akan dibinasakan.

    "Sehingga pada saat itu, disebutkan dalam al-Quran, hanya Allah sahaja yang hidup, malaikat-malaikat turut dimatikan," katanya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

    Tambahnya, hanya Allah yang tahu bila ia akan berlaku. Turut disebutkan di dalam al-Quran bahawa hari itu tidak akan datang melainkan secara tiba-tiba.

    "Justeru, kalau ada orang yang meramal, ramalan itu pasti tidak benar," ujarnya sambil memberitahu hari kiamat disebut sebagai yaumul qiyamah dalam bahasa Arab.


    ABU ZAKI ISMAIL

    Walaupun sifat sebenar hari itu tidak diketahui, namun terdapat gambaran-gambaran yang diberikan dalam al-Quran tentang hari kemusnahan atau juga disebut sebagai as-Sa'ah.

    "Misalnya disebutkan langit runtuh dalam surah al-Infitor, langit terbelah dalam surah al-Insyiqaq, langit digulung dalam surah al-Anbia', bumi bergegar dalam surah al-Zalzalah dan sebagainya," tambahnya.

    Katanya, walaupun Allah berfirman 'la ta'tiikum illaa baghtah' (Tidaklah ia datang melainkan secara tiba-tiba), namun Islam turut menggariskan beberapa tanda sebelum kedatangannya.

    Antara tanda-tanda kecil adalah zina bermaharajalela, ramai orang soleh meninggal dunia, negara Arab berpadang rumput, banyak saksi palsu dan lain-lain. Antara tanda-tanda besar pula adalah matahari terbit di sebelah barat, lahirnya Dajal dan turunnya Nabi Isa.

    Abu Zaki menjelaskan, antara tanda-tanda lain kiamat semakin tiba juga adalah berlakunya banyak bencana alam.

    "Diriwayatkan dalam satu hadis, sebelum tibanya hari kiamat, berlaku banyak bencana sehinggakan manusia yang hidup apabila melalui tepi kubur berharap agar mereka (manusia yang hidup itu) yang berada di dalam kubur tersebut. Mereka bukan berkata demikian kerana hendak mati tetapi berkata begitu kerana tidak tahan untuk terus hidup," ujarnya.

    Berhubung ramalan yang digembar-gemburkan, Abu Zaki berkata, ia bukanlah satu perkara yang penting untuk difikirkan.

    "Apa yang penting ialah kita berusaha melengkapkan amal dan bersedia menghadapinya. Walaupun kita tidak tahu bila ia akan berlaku, tetapi ia tetap akan berlaku," ujarnya mengakhiri perbualan.

    Hari kiamat turut ada dalam kepercayaan Kristian dan ia lazim disebut The Last Judgement, Final Judgement atau Day of Lord.

    Sementara itu, menurut penasihat Malaysia Hindu Sangam, Datuk A. Vaithilingam, berdasarkan perhitungan Hindu, dunia kini sedang berada dalam fasa terakhir kitaran iaitu kali yuga.

    Menurutnya, dunia telah melalui fasa pertama, kiru thayuga; fasa kedua, thiretha yuga; fasa ketiga, thuvabara yuga dan kini melalui fasa terakhir iaitu kali yuga.

    "Tetapi, kali yuga merangkumi tempoh 432,000 tahun dan tahun ini, baru 5,111 tahun kali yuga. Ada beratus ribu tahun lagi untuk ia berakhir," kata Vaithilingam.

    A. VAITHILINGAM

    Bagaimanapun, Vaithilingam berkata, menurut ajaran Hindu, dunia ini tidak akan musnah terus sebaliknya akan melalui satu kitaran baru.

    "Dalam agama Hindu, kemusnahan dunia 100 peratus atau secara sekali gus tidak mungkin berlaku. Dalam dunia ini, ada orang yang baik dan kami percaya Tuhan tidak akan membuat kemusnahan begitu.

    "Selepas tamat tempoh kali yuga, kitaran lengkap akan berakhir dan dunia akan berubah kepada bentuk yang lain yang hanya diketahui Tuhan," katanya.

    Vaithilingam menggesa orang ramai agar tidak berasa takut dengan ramalan-ramalan bila berlakunya kemusnahan dunia.

    "Manusia tidak perlu bimbang dengan ramalan-ramalan ini. Mereka harus fokus dalam menjalani kehidupan harian tanpa berasa takut," katanya.

    Teori hari kiamat

    Kalendar kaum Mayan meramalkan kiamat berlaku pada 2012 dan seluruh dunia kini berbicara mengenainya. Apakah bentuk-bentuk kemusnahan yang mungkin boleh terjadi pada dunia?


    RAMALAN tarikh kiamat bukan perkara baru. Sudah acap kali penduduk dunia dimomokkan dengan ramalan hari kiamat berlaku pada tarikh tertentu, namun ternyata nafas dunia belum terhenti. Seorang petani di New England pernah meramalkan kiamat berlaku pada 23 April 1843 sehingga memiliki pengikut yang digelar The Millerites. Tarikh 1 Januari 2000 juga tidak terkecuali antara yang pernah diramalkan.

    Terdahulu, riuh pada tahun 1806 apabila seorang penternak di Leeds, Britain mendakwa seekor ayam betinanya mengeluarkan telur bertulis 'Christ is coming' dan masyarakat dunia menjangkakan itu petanda kiamat hampir tiba. Pengasas gereja Mormon pernah menggemparkan dunia apabila memberitahu kiamat bakal berlaku sebelum tahun 1891.

    Tahun ini, ramalan kedengaran lagi. Kali ini berdasarkan teori 'pengakhiran kalendar' kaum Mayan, Mexico, kiamat akan berlaku pada 21 Disember 2012. Filem berkisar mengenainya '2012' bakal ditayangkan di pawagam esok. Sama ada ramalan itu benar atau tidak, kita hanya akan mengetahuinya tiga tahun lagi.

    RUPA salah satu asteroid yang terapung di angkasa.

    Bagaimanapun, keadaan kali ini agak berbeza kerana manusia sedang digomol ketakutan ekoran alam bagaikan menunjukkan tanda-tanda enggan lagi bersahabat dengan manusia. Siri bencana alam luar biasa dan perubahan cuaca yang agak ekstrem menggamit resah.

    Bagi mereka yang beriman dengan hari kiamat, hari itu pasti akan tiba. Meski kita tidak tahu bagaimana dan bila ia sebenarnya akan berlaku, namun hari kiamat paling rapat dikaitkan dengan peristiwa kehancuran dunia. Di sini, kita membicarakan tentang kehancuran dunia dan apakah yang memungkinkan ia berlaku.

    Saintis mula menjangkakan dunia ini bakal hancur menerusi teori big bang yang diperkukuhkan oleh Edwin Hubble pada tahun 1929. Teori itu mengatakan alam semesta ini terbentuk daripada satu letupan dan ia sedikit sebanyak menggambarkan begitulah juga pengakhirannya atau big crunch. Jika benar teori itu, saintis menjangkakan alam semesta yang kini berusia 13.7 bilion tahun akan 'mati' pada 20 bilion tahun dari sekarang.



    AIS yang mencair boleh menyebabkan banjir besar di bumi.

    Namun begitu, ia bukanlah satu-satunya cara kemusnahan dunia khususnya bumi. Planet yang didiami manusia itu terlalu kerdil untuk dibandingkan dengan seluruh alam semesta. Bumi ibarat setitik pada satu galaksi dan terdapat berbilion-bilion galaksi di alam semesta.

    Menurut Pegawai Sains di Agensi Angkasa Negara, Mohd. Zamri Shah Mastor yang ditemui di Putrajaya baru-baru ini, kehancuran dunia atau bumi boleh berlaku menerusi beberapa cara.

    Hentaman objek

    "Pertama adalah menerusi hentaman objek-objek yang terapung di angkasa lepas seperti komet atau asteroid. Terdapat bukti bahawa objek-objek ini boleh memusnahkan," katanya sambil menunjukkan sekeping gambar terbaru permukaan bulan yang pernah dirakamkan oleh misi angkasa Jepun, Selena.

    "Kawah-kawah yang terbentuk pada bulan planet bumi adalah hasil hentaman daripada objek-objek ini. Bulan dan bumi kita terletak berhampiran. Bumi kita terselamat kerana memiliki atmosfera. Setiap kali komet dan asteroid cuba menerjah astmosfera bumi, ia akan musnah terlebih dahulu. Bayangkan apa akan terjadi jika manusia berterusan memusnahkan atmosfera dan lapisan ozon bumi?" soal Zamri yang berpengalaman selama 15 tahun dalam bidang sains angkasa.

    "Saintis turut mengaitkan kepupusan dinosaur di muka bumi satu ketika dahulu dengan peristiwa hentaman komet. Peristiwa Tunguska yang menyebabkan kewujudan kawah seluas 2,150 kilometer persegi di Siberia pada tahun 1908 dipercayai disebabkan hentaman objek dari angkasa lepas," katanya.


    Menurut Zamri, berdasarkan laporan Agensi Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Amerika Syarikat (NASA) di laman web http://neo.jpl.nasa.gov, boleh dikatakan hampir setiap hari ada sahaja asteroid yang bergerak menghampiri bumi dan berpotensi melanggarnya. Namun ia tidak berlaku kerana atmosfera kita masih menjadi perisainya. Terdapat 1,077 asteroid yang dikenal pasti berpotensi menghentam Bumi. Namun, lazimnya kata Zamri, saintis hanya menyedari kehadiran sesuatu asteroid apabila ia telah melepasi bumi.

    "Antara asteroid yang paling hangat diperkatakan kini adalah asteroid Apophis. Ahli astronomi pada mulanya menjangka ia akan melanggar bumi pada tahun 2029 sebelum diubah kepada 2036.

    "Asteroid ini dikatakan akan berada kira-kira 30,000 kilometer (dianggap hampir) dari bumi dan boleh mencetuskan bencana yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Bagaimanapun, berdasarkan saiznya, ia dijangka tidak akan memusnahkan bumi sepenuhnya," kata Zamri.

    Perlanggaran galaksi

    Selain daripada hentaman komet atau asteroid kata Zamri, bumi juga boleh musnah apabila berlakunya perlanggaran antara galaksi. Kejadian pertembungan antara galaksi memang pernah berlaku.



    ZAMRI menunjukkan satu gambar permukaan bulan terbaru yang teruk dihentam objek terapung di angkasa seperti asteroid dan komet.

    "Jika ia berlaku, seluruh isi galaksi berkenaan akan berlanggar dan tunggang terbalik. Lebih teruk daripada tsunami pun boleh berlaku," katanya.

    Bagaimanapun Zamri berkata, kalangan saintis juga percaya ada kemungkinan alam semesta ini tidak akan berakhir, sebaliknya terus berkembang pesat. Bahkan, ada yang mendakwa bahawa bukti-bukti lebih terarah kepadanya.



    PERBUATAN manusia menjadi salah satu punca berlakunya bencana alam. – Gambar hiasan. (KANAN) Hampir setiap hari, ada asteroid yang cuba menghampiri bumi.
    Sementara itu, menurut bekas Ketua Jabatan Geologi, Universiti Malaya, Prof. Madya Datuk Mohamad Ali Hassan, bencana yang dahsyat dan besar boleh berlaku apabila plat-plat bumi bergerak semakin pantas dan mengakibatkan pertembungan sesamanya.

    "Plat-plat itu kini bergerak lebih pantas dan bertembung dengan kerap berbanding sifat tabiinya sebelum ini. Sebab itulah kini semakin kerap berlaku gegaran gempa bumi dan kita biasa mendengar tentang tsunami. Malaysia yang tidak terletak di Lingkaran Api Pasifik pun sudah boleh merasai gegarannya. Apa akan terjadi sekiranya plat-plat itu bergerak semakin pantas?" soalnya sambil memberitahu bumi kini berusia 4.5 bilion tahun.

    Fenomena alam berangkai

    Mohamad Ali menerangkan, plat bumi bergerak semakin pantas ekoran tindakan manusia sendiri seperti pemusnahan hutan, penggondolan bukit, ujian nuklear dan penggerudian dasar laut.

    "Suhu bumi yang semakin panas boleh mencairkan bongkah ais di kawasan kutub. Jika ais di Kutub Utara dan Kutub Selatan mencair, ia boleh menyebabkan banjir besar pada dunia," katanya ketika dihubungi.

    Mohamad Ali tidak menolak kemungkinan berlakunya kemusnahan alam besar-besaran kerana teori kepupusan haiwan dan tumbuhan purba bagai menunjukkan jawapannya.

    Beliau juga tidak menolak kemungkinan berlakunya fenomena alam berangkai yang dinamakan chain reaction sekali gus mencetuskan bencana yang amat dahsyat.

    "Gempa bumi boleh menolak air laut ke atas permukaan bumi. Apabila ia berlaku, bumi berusaha untuk menyesuaikan diri dengan keadaan itu lalu menghasilkan 'tindakan-tindakan' melampau. Kejadian hujan batu dan salji turun di benua Afrika adalah antara tanda-tanda yang menunjukkan penyesuaian itu," ujarnya.

    Dalam pada itu, NASA baru-baru ini menafikan kewujudan planet Nibiru atau planet X yang dikatakan muncul berhampiran bumi dan bakal melanggarnya pada tahun 2012 berdasarkan teori kaum Mayan.

    "Planet ini tidak wujud," kata saintis NASA, Dr. David Morrison yang mendakwa menerima beribu-ribu e-mel berunsur kebimbangan berhubung kiamat yang dikatakan akan berlaku pada 2012.

    Terma Kosmofobia

    Morrison berpendapat, minat manusia yang semakin berkembang terhadap angkasa lepas telah membawa kepada satu terma iaitu 'kosmofobia'.

    "Semakin manusia mengenali angkasa lepas, manusia semakin takut kepada ancaman cakerawala seperti ribut solar, lubang hitam dan Milky Way.

    "Ramalan kiamat mungkin boleh meninggalkan kesan yang paling buruk iaitu membuatkan manusia takut terhadap unsur-unsur kosmos iaitu bidang astronomi dan alam semesta," ujarnya.

    Tuesday, November 10, 2009

    YB Selangor Mendakwa Sara Hidup Tak Cukup Makan

    Saya terpanggil memberi pandangan apabila seorang Ahli Dewan Undangan (ADUN ) Selangor dari DAP membangkitkan elaun sara hidup wakil rakyat berjumlah RM 4000.00 tidak cukup dan setimpal dengan beban tugas, ketika membahaskan Undang-Undang perbekalan tambahan pada Sidang Dewan Undangan Selangor semalam. Lebih anehnya beliau menyifatkan hidup sebagai wakil rakyat di Selangor lebih teruk berbanding penjual pisang goreng atau penjual mi, yang memperolehi pendapatan lebih RM 5000.00 sebulan.
    Beliau meminta kerajaan negeri menyemak semula elaun wakil rakyat yang terhimpit dengan kenaikan kos sara hidup yang tinggi. Disamping beliau mahu kerajaan patut mencontohi Hong Kong dan Singapura yang membayar gaji tinggi kepada wakil rakyat dan menteri bagi mengelak gejala rasuah.
    Mengulas perkara tersebut Menteri Besar,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau lebih mengutamakan kebajikan rakyat berbanding wakil rakyat.

    PERSOALANNYA:
    1. Apakah benar elaun bulanan WR Selangor RM 4000.00?
    2. Bagaimana dengan lain -lain elaun dan kemudahan yang diterima setiap bulan oleh WR.
    3. Setiap calon dalam Pilihanraya untuk menjadi WR tentunya telah siap dan sedia menghadapi risko yang menunggu di hadapan. Jangan jawatan telah diterima, rakyat telah pilih seseorang menjadi WR soal gaji dan beban tugas tak patut berbangit. Jika seorang WR berasa beban tak mampu lagi ditanggung apa tunggu, kosongkan kerusi DUN dan serah semula kepada rakyat untuk memilih wakil rakyat yang baru. Ada ramai calon-calon boleh mengganti tempat tersebut
    4. Di Dewan yang mulia saperti Dewan Undang Negeri WR sepatutnya membangkitkan hal -hal kebajikan masyarakat bukan kepentingan WR.
    5. Jika WR merasakan menjadi penjual mi dan goreng pisang lebih baik dan mempunyai pendapatan lebih baik dari gaji WR ayuh, sila ceburkan diri dalam perniagaan tersebut. Peluang begitu luas diluar sana.

    Monday, November 9, 2009

    KES MENDERA KANAK-KANAK MEMBIMBANGKAN

    Apa nak jadi masyarakat kita hari ini? Melihat kes mendera kanak-kanak semakin membimbangkan dan menunjukkan peningkatan dari 2,279 tahun 2007 meningkat kepada 2,780 bagi tahun lalu ( 2008).

    Statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk empat bulan pertama tahun 2009 ini mendapati sebanyak 817 kes jenayah itu yang dilaporkan . Ini menunjukkan purata 7 kes berlaku sehari.

    Penderaan yang dilakukan ibu bapa sendiri atau penjaga meningkat dari 992 kes tahun 2007 kepada 1,266 pada tahun 2008 yang lalu.

    Kes kanak-kanak hilang juga telah meningkat. Tahun 2008 sebanyak 4,968 telah dilaporkan hilang dan hanya 1,859 mangsa masih belum dijumpai.

    Kalau masa dahulu kita dengar perbuatan mendera ini banyak dilakukan ibu tiri walau pun tidak semua ibu tiri begitu namun dewasa ini perbuatan mendera ini dilakukan oleh ibu atau bapa sendiri.Di mana silapnya sehingga perbuatan mendera ini berluasa dilakukan ibu bapa atau penjaga sekarang ?

    Bagaimana pula banyaknya belaku kes kanak-kanak hilang dari rumah? Apa kah mereka dilarikan oleh penjahat atau lari kerana tidak tahan mendapat deraan emak atau ayahnya, kakak atau abangnya?

    Wahai ibu dan bapa didiklah anak-anak tuan puan dengan penuh kasih sayang dan sedarlah anak-anak kita adalah harta atau asset kita dan zuriat yang akan membantu semasa kita tua dan akan mendoakan kita apabila kita telah meninggal dunia kelak.
    Kita menyokong kerajaan supaya tindakan lebih berat perlu dikenakan jika penderaan dilakukan oleh ibu bapa sendiri sehingga membawa kecerderaan parah dan kematian. Penderaan yang tidak terkawal ini boleh menjejaskan imej dan nilai kita sebagai negara Islam.

    Sunday, November 8, 2009

    Sejarah tahun 1948 cetus semangat N. Sembilan


    JADI KEBANGGAAN... Skuad Negeri Sembilan yang berjaya menjuarai Piala HMS Malaya pada tahun 1948.

    PADA 1948, Negeri Sembilan telah mengukir sejarah dalam sukan bola sepak tanah air apabila berjaya menjuarai Piala HMS Malaya (kini dikenali Piala Malaysia).

    Bagaimanapun, generasi muda di Negeri Sembilan tidak berkesempatan mengenali wira-wira mereka yang berjaya menjulang piala berprestij itu.

    Mujur, Persatuan India Negeri Sembilan menyimpan khazanah gambar bersejarah skuad Negeri Sembilan ketika itu untuk menyingkap kembali sejarah kegemilangan bola sepak negeri ini.

    Naib Presidennya, Satwant Singh berkata, beliau berbangga kerana gambar kenangan pasukan Negeri Sembilan tahun 1948 masih tersimpan baik untuk dijadikan tatapan gene- rasi muda.

    "Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) pada waktu itu, M. Muthucumaru adalah individu yang bertanggungjawab menyimpan gambar tersebut sebagai simpanan persatuan ini.

    "Memang sukar untuk mencari semula gambar ini dan detik bersejarah yang dirakam pada tahun 1948 perlu dikongsi bersama khususnya generasi muda kerana mereka tidak mengenali legenda bola sepak terdahulu," kata Satwant.

    Faktor Kemenangan Negeri Sembilan Dalam Kempen Piala Malaysia 2009

    'Tiada tekanan jadi faktor'



    WAN JAMAK dijulang pegawai pasukan selepas final, malam tadi.

    KEPUASAN peribadi dinikmati pengendali Negeri Sembilan, Wan Jamak Wan Hassan yang memenangi pertembungan peribadi di antara dua bekas jurulatih kebangsaan dalam final Piala Malaysia, malam tadi.

    Wan Jamak yang mengundur diri daripada skuad Malaysia selepas kempen mengaibkan Sukan Sea 1997 yang menampilkan kenangan pahit kekalahan 1-0 kepada Laos, bangkit daripada titik rendah itu mengenepikan B Sathianathan yang dipecat, awal tahun ini ekoran komen yang mengguris perasaan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

    Tetapi ia bukan gaya pengendali skuad Rusa itu untuk meninggi diri, dengan dirinya memberi nasihat kepada Sathia yang mengemudi Kelantan pada final di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.

    “Setiap jurulatih ada kepuasan dirinya, Sathia masih baru lagi, dia ada banyak masa untuk belajar daripada kesilapan. Antara faktor kemenangan kami adalah tiada tekanan untuk pemain,” katanya, malam tadi.

    'Dah tua masih laku'

    Shukor terkejut dijulang pemain terbaik final

    "SAYA ingatkan dah tua-tua macam ini, tak laku lagi untuk terima anugerah Pemain Terbaik Perlawanan Akhir. Anugerah pemain terbaik ini adalah untuk seluruh pemain dalam pasukan Negeri Sembilan."

    Shukor Adan mengakui betapa pada usia 30 tahun, pengiktirafan itu amat bermakna buatnya, tambahan pula memenanginya hasil daripada keberanian menyahut cabaran jurulatih, Wan Jamak Wan Hassan yang mengubah posisinya ke tengah-tengah benteng pertahanan.


    “Jurulatih jumpa saya selepas perlawanan terakhir Liga Super dan tanya apakah saya sanggup bermain di pertahanan. Saya kata akan cuba dan jika tak menjadi, dia boleh tukarkan saya. Kalau ok, kekalkan saya.

    “Alhamdulillah, semuanya berhasil. Kemenangan ini adalah hasil usaha dan kerjasama semua dalam pasukan. Saya gembira dapat memenuhi matlamat membantu Negeri Sembilan menang sekurang-kurangnya satu piala musim ini,” katanya.

    Shukor juga mengakui betapa peralihan posisi itu sesuatu yang agak besar buatnya - yang memulakan kerjaya selaku penyerang sebelum beralih ke posisi selaku perencana gerak di tengah dan kini cemerlang di posisi baru selaku benteng harapan.

    “Saya berterima kasih kepada pengurusan Negeri Sembilan yang memberi peluang ini kepada saya,” katanya yang digugurkan daripada skuad Selangor, penghujung musim lalu.

    Negeri Sembilan 3 Kelantan 1


    TIGA suku stadium dipenuhi penyokong Kelantan. Hanya di penjuru kanan saja diisi penyokong ‘kuning’ dari Negeri Sembilan pada saingan final Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

    Shahurain, Hairudin, Zaquan Adha meledak untuk 'Rusa', Indra Putra gegar buat 'Kijang'

    PERANG psikologi sebelum sepak mula final Piala Malaysia, malam tadi jelas milik Kelantan yang mencipta 'lautan merah' apabila ribuan penyokong 'The Red Warriors' hampir menguasai segenap pelusuk Stadium Nasional di Bukit Jalil.

    Kehadiran penyokong itu yang merentang kain dan sepanduk dengan kata-kata buat mengapikan semangat pemain negeri sebelum menentang Negeri Sembilan mencetus senario penuh berwarna di gelanggang kira-kira empat jam sebelum saingan memburu mahkota kejuaraan itu dimulakan.


    Antara kain rentang yang terserlah adalah laungan semangat ‘Gomo Klate Gomo’, ‘40 tahun menanti Piala Malaysia milik kami’, ‘The Red Warriors... History in the Making’.

    Turut kelihatan, ‘Piala Malaysia Hok Kito, ‘Kito anak Kelate, ‘Wira Merah, Tanah ‘Merah’, ‘Mari puok kito, pakat sokong.’

    Dentuman mercun dibunyikan acap kali kedengaran juga menyumbang kepada kemeriahan serta menggamatkan suasana di dalam stadium.


    PEMAIN Negeri Sembilan meraikan kejayaan mereka muncul juara Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

    Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa turut dihargai atas kejayaannya membawa Kelantan ke final Piala Malaysia pertama dalam 39 tahun dengan kain rentang ‘Terima Kasih dan Syabas Tan Sri Presiden Kafa...Jasamu Dikenang’.

    Nasihat untuk tidak membawa bendera parti politik ke dalam stadium tidak diendahkan apabila bendera parti kerajaan Kelantan diusung mengelilingi Lautan Merah.

    Sementara itu sikap ghairah untuk meraikan penampilan final Piala Malaysia pertama selepas 39 tahun menyaksikan ribuan penyokong Kelantan menyerbu masuk ke stadium sebaik pintu masuk dibuka, petang semalam.

    Sebaik pintu merah dibuka pada 4.51 petang, penyokong Kelantan yang mengatasi penyokong Negeri Sembilan dengan nisbah 4:1 berasak-asak memasuki stadium umpama tsunami merah.


    REAKSI pemain Negeri Sembilan, Hairudin Omar selepas meledak gol kedua ketika menentang Kelantan, malam tadi


    Empat pegawai polis yang mengawal pintu pagar itu jelas tidak dapat membendung lagi lautan merah itu sehinggakan pintu pagar hampir dilihat remuk dek tahap kegilaan yang sudah lama tidak disaksikan dalam bola sepak tanah air.

    Gol awal ubah segalanya


    KAPTEN pasukan Negeri Sembilan, Rezal Zambery Yahya mencium Piala Malaysia yang disampaikan oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir malam tadi. Negeri Sembilan menewaskan Kelantan 3-1 pada perlawanan akhir.

    "GOL awal menjadi punca kejayaan kami menjulang Piala Malaysia."
    Demikian tegas jurulatih Negeri Sembilan, Wan Jamak Wan Hassan selepas skuad kendaliannya itu menewaskan Kelantan 3-1 pada perlawanan Piala Malaysia 2009 di Stadium Nasional di Bukit Jalil malam tadi, lapor WAN FAKHRUL BAKAR.

    "Dalam final, semua jurulatih mahukan gol awal kerana ia bakal menjadi penentu. Alhamdulillah kami berjaya melakukannya.

    "Ia betul-betul telah mengubah corak permainan, sekali gus menanamkan keyakinan kepada pemain," kata jurulatih yang berasal dari Johor itu.

    Wan Jamak turut berpuas hati kerana Negeri Sembilan berjaya mencipta rekod tersendiri apabila menang semua 11 perlawanan yang diharungi mereka dalam kempen Piala Malaysia musim ini.

    "Setiap jurulatih pasti akan puas apabila pasukannya menang. Saya boleh dianggap jurulatih yang pernah kecewa (ketika membimbing skuad kebangsaan) tetapi saya belajar daripada kesilapan dan kembali semula demi kemajuan bola sepak negara," jelasnya.

    Sementara itu, jurulatih Kelantan, B. Sathianathan menyalahkan peraturan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang mewajibkan seorang pemain bawah 20 tahun dalam kesebelasan utama dan dia menyifatkannya sebagai 'mencacatkan' perancangannya.

    "Pemain bawah umur kami, Zamri Ramli beraksi di bawah prestasi sebenar hari ini (semalam). Tapi saya tak boleh mengeluarkannya kerana dia pemain pertahanan sedangkan seorang lagi pemain bawah umur kami merupakan pemain penyerang (Izuan Solahudin).

    "Apa pun Negeri Sembilan memang layak menang. Mereka dapat gol awal hasil kesilapan pertahanan kami dan gol kedua pada awal babak kedua menjadikan pemain mereka bertambah yakin," katanya.

    Sathianathan menambah, Kelantan tewas bukan disebabkan mereka tertekan dengan harapan tinggi daripada penyokong setianya sebelum final berlangsung tetapi disebabkan keadaan perlawanan itu sendiri.

    "Kami tidak berada pada tahap sebenar dan saya anggap ini adalah prestasi terburuk dalam saingan Piala Malaysia musim ini.

    "Saya anggap Shukor Adan, Aidil Zaquan Radzak dan Hairuddin Omar sebagai watak utama yang mencorakkan permainan Negeri Sembilan pada perlawanan akhir ini," jelas Sathianathan.

    Keganasan penyokong The Red Warriors


    Bagaikan di medan perang apabila Stadium Nasional Bukit Jalil dipenuhi asap gara-gara tindakan penyokong Kelantan yang membakar kerusi serta kain rentang semasa perlawanan akhir Piala Malaysia malam tadi.

    PERLAWANAN akhir Piala Malaysia antara Kelantan dengan Negeri Sembilan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi tercemar dengan insiden yang sangat memalukan.

    Penyokong Kelantan bagaikan hilang pertimbangan sehingga sanggup membakar harta awam seperti kerusi di tempat duduk stadium ketika perlawanan itu berlangsung.

    Tidak salah menyokong tetapi emosi perlu dikawal dan mereka sepatutnya mendisiplinkan diri selama 90 minit sambil menikmati perlawanan dengan penuh semangat.

    Mercun pula satu hal. Entah di mana silapnya meskipun sudah banyak kali dinyatakan bahawa mercun adalah barang larangan, namun ia tetap berjaya dibawa masuk oleh para penyokong Kelantan ke dalam stadium.

    Final Piala Malaysia edisi ke-83 itu bertukar menjadi pesta mercun apabila pelbagai jenis mercun dibakar dan dilemparkan ke arah pemain.

    Balingan mercun tersebut serta letupan dan asapnya hanya kelihatan di kawasan penyokong-penyokong Kelantan.

    Tidak puas dengan membakar mercun, penyokong Kelantan yang kecewa mula mencabut beberapa kain rentang gergasi mereka dan bertindak membakarnya sebelum sempat dikawal oleh ahli bomba yang bertugas.

    Serentak dengan itu, dentuman mercun tidak henti-henti dan asap berkepul-kepul memasuki padang, terutama selepas Kelantan ketinggalan 3-0, sehingga mengganggu tumpuan pemain dan penonton terhadap perlawanan.

    Kecewa dengan kekalahan pasukan mereka, penyokong Kelantan bertindak lebih dahsyat selepas itu apabila membakar kerusi stadium. Seorang jurukamera RTM cedera dibaling batu.

    Sementara itu, seorang penyokong Kelantan ditahan polis malam tadi.

    Lelaki berusia lingkungan 30- an itu ditahan pada pukul 12.05 tengah malam berhampiran stesen LRT Bukit Jalil oleh sepasukan polis kerana dipercayai cuba mencetuskan pergaduhan di dalam stadium.

    Lelaki itu kemudian dibawa ke balai polis berhampiran untuk siasatan lanjut.

    Bagaimanapun, sejam kemudian lelaki terbabit dibebaskan selepas memberi keterangan kepada polis.

    Pada masa yang sama, sekumpulan penyokong Kelantan mencetuskan kekacauan apabila cuba menghalang penyokong pasukan Negeri Sembilan lawan daripada beredar pulang meninggalkan stadium.

    Namun sebaik sahaja anggota polis tiba, mereka berlari lintang-pukang meninggalkan kawasan itu.

    N. Sembilan ulangi sejarah 1948



    HAIRUDIN Omar bersama Idris Abd Karim (kanan) dan Mohd Farizal Harun (kiri) dari pasukan Negeri Sembilan meraikan kemenangan mereka selepas memenangi perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, malam semalam


    NEGERI SEMBILAN menamatkan penantian selama 61 tahun untuk muncul juara Piala Malaysia buat kali kedua selepas kali terakhir melakukannya pada 1948.

    Kejayaan itu diukir selepas menewaskan Kelantan 3-1 pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2009 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.

    a merupakan hadiah paling istimewa sempena pertabalan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir pada 26 Oktober lalu.

    Bagi Kelantan, hasrat mereka untuk menjulang piala berprestij itu buat kali pertama terus musnah setelah tiga kali melangkah ke perlawanan akhir termasuk pada tahun 1955 dan 1970.

    Final Piala Malaysia edisi ke-83 bermula dalam suasana penuh meriah dengan kehadiran 85,000 penonton yang memenuhi setiap ruang di Stadium Nasional itu. Yang pasti, 70 peratus daripadanya terdiri daripada penyokong Kelantan.

    Sebaik perlawanan bermula, Kelantan dilihat lebih bertenaga dengan gerak yang agak terancang.

    Penguasaan mereka terserlah di bahagian tengah namun mereka tidak mampu untuk meloloskan diri daripada kawalan pertahanan lawan.

    Namun, segala-galanyanya berubah pada minit ke-17.



    PERTANDINGAN VIDEO PENDEK HIJRAH MERDEKA ONLINE SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1443H/2021M

     “Bersama Menjiwai Hijrah Dan Merdeka” Assalamualaikum wrt wbt, Sukacitanya dimaklumkan bahawa Pertandingan Video Pendek Sempena Majlis Samb...