Sunday, November 8, 2009

PIALA MALAYSIA Edisi 83 / 2009





TAHNIAH DARI RAKYAT NEGERI SEMBILAN .

Negeri Sembilan ulangi sejarah 1948.

Negeri Sembilan menamatkan penantian selama 61 tahun untuk muncul JUARA Piala Malaysia Kali kedua selepas kali terakhir memenanginya pada tahun 1948. Kejayaan ini diukir selepas menewaskan Kelantan 3-1 pada perlawaan akhir Piala Malysia 2009 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi ( 07.Nov. 2009).



Kejayaan ini merupakan hadiah istimewa sempena Pertabalan DYMM Yang DiPertuan Besar Tuanku Muhriz Almarhum Tunku Munawir pada 26 Oktober 2009 baru-baru ini.
Kejuaraan ini diharap akan mencetuskan semangat baru yang tinggi kepada pemain-pemain bola sepak khasya belia-belia dan remaja di semua peringkat di Negeri Sembilan. Ia juga mengambalikan keyakinan penyokong-penyokong dan peminat-peminat bola sepak di Negeri Sembilan khasnya.



Kepada pemain-pemain pasukan ,jurulatih pasukan Hobin Den Hobin, Pegawai -pegawai Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan, ahli-ahli kelab penyokong jasa dan keterlibatan anda amat dihargai dan teruskan sokongan anda demi kecemerlangan sukan Negara.

No comments:

Post a Comment

PERTANDINGAN VIDEO PENDEK HIJRAH MERDEKA ONLINE SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1443H/2021M

 “Bersama Menjiwai Hijrah Dan Merdeka” Assalamualaikum wrt wbt, Sukacitanya dimaklumkan bahawa Pertandingan Video Pendek Sempena Majlis Samb...