Selepas Datuk Seri Najib Razak menyampaikan ucapan yang sedemikian bernas dan baik, antara ucapan yang terbaik pernah disampaikan oleh Presiden UMNO dalam mana juga perhimpunann Agung, kalangan ahli, orang Melayu dan rakyat Malaysia sedang menunggu semoga kata-kata itu dikotakan.
Dalam usaha pemimpin UMNO pada semua peringkat ingin memperkuatkan sesebuah organisasi.termasuklah parti, negeri dan Negara Ybhg Dato Seri Sanusi Junid menulis dalam blognya, sanusijunid.blogspot.com telah merujuk buku How To Run Any Organization karangan Pof Emeritus Theodore Caplow, dari University Viginia terbitan 1976.
Dalam buku itu Prof Caplow menyenaraikan lima faktor perlu diberi perhatian jika sesebuah organisasii mahu dijayakan iaitu:
1. Authority –Kuasa
2. Comunication- Perhubungan
3. Productivity- Pengeluaran ( prestasi )
4. Morale – Semangat ( Maruah )
5. Change- Perubahan
KUASA:
Prof Caplow mengingatkan orang yang berkedudukan tidak lupa dan sentiasa menyedari siapa yang memberi kuasa atau empower. Wakil Rakyat mesti ingat kepada pengundi yang memberi kuasa kepadanya dan menteri pula selain menjadi wakil rakyat perlu setia kepada Perdana Menteri yang melantiknya.
Bagamanakah menteri yang tidak dipilih dalam pilihanraya, tetapi dilantik Senator. Apakah mereka akan terfikir untuk menjaga kepentingan pengundi kerana mereka tidak pernah dipilih.
KOMUNIKASI- PENERANGAN:
Faktor kedua ialah komunikasi yang memberi penerangan. Adalah penting bagi seseorang pemimpin organisasi untuk memastikan rakyat mengetahui apa yang hendak dilaksanakan.
PRODUKTIVITI – PENGELUARAN:
Sesebuah kerajaaan tidak boleh hidup dengan hanya mengumumkan slogan tanpa program yang konkrit. Masalah ini boleh diselesaikan dengan ada sukatan Petunjuk Presatasi Utama (KPI) bagi setiap individu dan unit atau jabatan kerajaan. Kerajaan tidak boleh mengekalkan kuasa membuat pengumuman tanpa perancangan dan tindakan susulan.
MORALE - SEMANGAT
Semangat ini hanya akan bersemarak membara jika satu-satu projek itu berjaya. Bertambah banyak projek berjaya maka bertambah tinggi semangat organisasi atau kerajaan.
Pada zaman Tun Dr Mahathir Mohamad itu dapat lihat kejayaan dalam bentuk KLIA, KLCC, Menara Telekom, Proton, Jambatan Pulau Pinang, Perlabuhan Klang, Pelabuhan Tanjung Pelepas, Lebuh Raya Persekutuan, LRT, Putrajaya, Cyberjaya dan projek lain lagi.
CHANGE – PERUBAHAN:
Mengikut Prof Caplow untuk menjayakan sesuatu organisasi ialah ‘Perubahan ‘Dalam mendukung konsep perubahan ini sudah tentu pemimpin dan ahli UMNO yang ingin mengubah UMNO, BN dan kerajaan hendaklah mengetahui apa dan kenapa perubahan itu wajib dijayakan.
Purata umur temadun besar di dunia sejak bermulanya sejarah ialah sekitar 200 tahun. Dalam masa 200 tahun, negara ini maju mengikut urutan :
• From bondage to spiritual faith ( Dari perhambaan timbul semangat keagamaan )
• From spiritual faith to great courage ( Kerana semangat agama muncul keberanian)
• From liberty to abundance ( Daripada kemewahan datang kepuasan )
• From complacency to apathy ( Daripada kepuasan dating sikap tidak peduli )
• From apathy to dependence (Daripada tidak peduli datang sikap bergantung kepada orang lain)
• From dependence back into bondage (Daripada bergantung kepada orang lain akhirnya kembali menjadi hamba ).
Malaysia yang dipimpin oleh Melayu daripada UMNO belum membentuk satu tamadun yang besar dan tidak memerlukan 200 tahun untuk hancur. UMNO yang berumur 60 tahun dan memerintah selama 50 tahun sudah cukup lama untuk mengalami pelbagai tahap dan perkembangan daripada keadaan terjajah ( perhambaan ) kepada dijajah semula ( back to bondage again ) jika UMNO tidak membuat perubahan.
Dari urutan perkembangan di atas, UMNO harus mengenal pasti kelompok ditahap manakah yang sedang merosakkan UMNO, diikuti oleh Melayu dan kemudian neagara Malaysia.
Sementara itu kita perlu perubahan, kita perlu tahu apa, di mana dan bagaimana hendak berubah. Asal kita tidak ubah yang tak patut diubah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PERTANDINGAN VIDEO PENDEK HIJRAH MERDEKA ONLINE SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1443H/2021M
“Bersama Menjiwai Hijrah Dan Merdeka” Assalamualaikum wrt wbt, Sukacitanya dimaklumkan bahawa Pertandingan Video Pendek Sempena Majlis Samb...
-
Keberanian Leftenan Adnan Saidi dan rakan yang bertempur bermati-matian adalah episod yang kekal dalam lipatan sejarah tanah air. “Biar...
-
PELAJAR generasi kini dilihat lebih moden, menjadikan cabaran yang perlu dihadapi mereka yang bergelar guru juga lebih ‘moden’, rumit dan...
-
PERLEMBAGAAN PENTADBIRAN ADAT LUAK JELEBU Alam Beraja Luak Berpenghulu Lingkungan Bertua Anak buah Berbuapak Orang Semenda Bertempat Semenda...
No comments:
Post a Comment