Monday, November 2, 2009
RUMAH TERBUKA MALAYSIA DEEPAVALI 2009
YAB Timbalan Perdana Menteri Tan Seri Muhyiddin Yassin sedang berucap merasmikan Rumah Terbuka Malaysia Deepavali di pentas Utama ditemani YB Dato Seri Utama Dr Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan.
Kementerian Penerangan, komunikasi dan Kebudayaan telah mengadakan majlis Rumah Terbuka Malaysia Deepavali di Ladang Siliau,Port Dickson pada 01 Nov 2009. Majlis tersebut bermula sejak 10 pagi hingga 6.00 petang.
Kira-kira 10,000 orang telah mengunjungi majlis tersebut. Majlis telah dirasmikan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin,Timbalan Perdana Menteri. Turut hadir Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato Seri Rais Yatim, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu dan Ahli Dewan Undang Negeri Bagan Pinang,Tan Sri Mohd Isa Samad dan lain-lain pemimpin parti komponon BN disemua peringkat telah hadir memeriahkan majlis ini.
Beberapa ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Jelebu telah sama -sama hadir.
Sempat merakam gambar sahabat lama Cikgu Hj Bahaman( orang Kampai) dan isteri tersayangnya , sama bertagus di SK.Kuala Klawang dalam tahun 70 an yang telah bersara dan kini menetap di Kg Rantau, Seremban.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PERTANDINGAN VIDEO PENDEK HIJRAH MERDEKA ONLINE SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1443H/2021M
“Bersama Menjiwai Hijrah Dan Merdeka” Assalamualaikum wrt wbt, Sukacitanya dimaklumkan bahawa Pertandingan Video Pendek Sempena Majlis Samb...
-
Keberanian Leftenan Adnan Saidi dan rakan yang bertempur bermati-matian adalah episod yang kekal dalam lipatan sejarah tanah air. “Biar...
-
PELAJAR generasi kini dilihat lebih moden, menjadikan cabaran yang perlu dihadapi mereka yang bergelar guru juga lebih ‘moden’, rumit dan...
-
PERLEMBAGAAN PENTADBIRAN ADAT LUAK JELEBU Alam Beraja Luak Berpenghulu Lingkungan Bertua Anak buah Berbuapak Orang Semenda Bertempat Semenda...
No comments:
Post a Comment