KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas dari India, Dr Zakir Naik boleh 
menyampaikan ceramah di Perlis jika program ceramah beliau di Universiti
 Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) dibatalkan kata Mufti Perlis, Prof 
Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Menurut Asri, beliau telah membincangkan perkara itu dan mendapat 
persetujuan daripada Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra 
Jamalullail.
“Alhamdulillah, saya telah mendapat perkenan DYTM Raja Muda Perlis untuk menjemput Dr Zakir Naik ke Perlis.
“Oleh itu jika ceramah beliau di Melaka digagalkan, InshaAllah Perlis
 terbuka untuk beliau. Saya sudah bercakap dengan penganjur dan menunggu
 perkembangan seterusnya,” katanya di laman sosial Facebook beliau.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pagi tadi membuat 
keputusan membatalkan program Zakir Naik di UTEM atas faktor 
keselamatan.
Zakir Naik dijadualkan akan berada di UTEM bagi menyampaikan cermah 
yang bertajuk ‘Persamaan Antara Hinduisme dan Islam’ bermula petang ini 
sehingga malam.
Semalam Zakir Naik mengadakan program di Terengganu dihadiri oleh 
30,000 orang ramai pada majlis yang diadakan hasil inisiatif Menteri 
Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.
Kehadiran Zakir Naik ke negara ini mendapat bantahan Barisan 
Bertindak Hak Asasi Hindu (HINDRAF) dan Pemuda MIC kerana bimbang ia 
akan menyentuh sensitivi agama.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PERTANDINGAN VIDEO PENDEK HIJRAH MERDEKA ONLINE SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1443H/2021M
“Bersama Menjiwai Hijrah Dan Merdeka” Assalamualaikum wrt wbt, Sukacitanya dimaklumkan bahawa Pertandingan Video Pendek Sempena Majlis Samb...
- 
PERLEMBAGAAN PENTADBIRAN ADAT LUAK JELEBU Alam Beraja Luak Berpenghulu Lingkungan Bertua Anak buah Berbuapak Orang Semenda Bertempat Semenda...
 - 
“Bersama Menjiwai Hijrah Dan Merdeka” Assalamualaikum wrt wbt, Sukacitanya dimaklumkan bahawa Pertandingan Video Pendek Sempena Majlis Samb...
 - 
PELAJAR generasi kini dilihat lebih moden, menjadikan cabaran yang perlu dihadapi mereka yang bergelar guru juga lebih ‘moden’, rumit dan...
 

No comments:
Post a Comment