Thursday, April 14, 2016

Mesej Dr. Zakir untuk umat sejagat

Pertubuhan Multaqa Asatizah & Du’at (Murshid) atau Himpunan Para Ustaz & Pendakwah, menyokong aktiviti dan jelajah dakwah oleh Dr. Zakir Naik dan mengalu-alukan kedatangan beliau dalam mewarnai arena dakwah negara. Tambahan pula beliau pernah dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah oleh kerajaan Malaysia pada tahun 2013.
Dr. Zakir mempunyai pengalaman luas dan mempunyai kepakaran dalam dialog antara agama termasuk menjelaskan hujah-hujah penolakan terhadap golongan ateis, evolusi dan seumpamanya secara ilmiah dan berhikmah berdasarkan manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah. Beliau juga berkebolehan dalam membawakan hujah logik akal yang baik bagi menjawab persoalan yang diutarakan.
Selain itu, beliau banyak menjawab kempen Islamofobia, salah faham terhadap jihad dan keganasan (terrorisme) yang sering dikaitkan dengan Islam. Latar belakang beliau sebagai seorang doktor perubatan juga banyak membantu dalam menjawab persoalan berkaitan Islam dan sains seperti yang sering timbul dalam masyarakat moden pada hari ini.
Justeru, segala pengetahuan dan pengalaman serta hujah ilmiah beliau wajar dan sesuai dikongsi bersama dengan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Beliau dengan bebasnya dibenarkan melaksanakan aktiviti ceramah beliau di India tanpa sebarang halangan daripada kerajaan India, malah tiada timbul ketegangan dan ketidakharmonian kepada masyarakat berbilang kaum.
Pihak kami turut menyeru pihak berkuasa khususnya polis agar tidak tergesa-gesa dalam menghalang ceramah beliau, malah sepatutnya diberikan alternatif lebih ringan seperti menukar tajuk kepada yang kurang sensitif, menukar lokasi agar sedikit tertutup seperti di premis persendirian.
Langkah ini lebih sihat bagi menghormati hak pihak penganjur dan rakyat jelata dalam kalangan Muslim khususnya yang ingin menimba ilmu daripada Dr. Zakir.
Sebenarnya ceramah terbabit adalah buat umat Islam dan sekiranya penganut agama Hindu berasa tergugat, pihak polis boleh sahaja mencadangkan agar tajuk di UTEM sebagai contohnya ditukar agar tidak perlu berkait dengan agama Hindu.
Kita tidak mahu kelak nanti akan menjadi trend iaitu setiap penceramah agama dari pelbagai agama yang dijemput memberi ceramah kepada penganutnya, tiba-tiba boleh wujud kumpulan daripada agama lain yang membantah dengan alasan remeh dan tuduhan tanpa pembuktian kukuh, lalu akhirnya disekat dengan alasan menjaga keharmonian awam.
Pihak Murshid ingin sekali lagi meminta pihak berkuasa mengkaji semula sebarang bentuk tindakan penyekatan mahupun penguatkuasaan, agar isu ini boleh dilihat sebagai saksama dan adil, apatah lagi berdasarkan semangat dan roh Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan yang mengangkat Islam sebagai Agama Persekutuan negara ini.
Menghalang usaha dakwah yang murni ini seolah-olah tidak selari dengan kedudukan dan kedaulatan Islam sebagai agama rasmi. Pada hemat kami, tiada isu keselamatan mahupun faktor-faktor yang mampu menggugat keamanan, kestabilan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
Menjadi permintaan Murshid khasnya kepada kelompok tertentu dalam kalangan saudara senegara yang berlainan agama agar menghormati kedudukan kepentingan agama Islam dan penganutnya atas dasar keharmonian dan kebebasan beramal dengan agama masing-masing yang selama ini dihormati dan diraikan.
DR. ZAHARUDDIN 
ABDUL RAHMAN
Presiden Murshid
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/forum/mesej-dr-zakir-untuk-umat-sejagat-1.253866#sthash.bRYoGiD8.dpuf



Pertubuhan Multaqa Asatizah & Du’at (Murshid) atau Himpunan Para Ustaz & Pendakwah, menyokong aktiviti dan jelajah dakwah oleh Dr. Zakir Naik dan mengalu-alukan kedatangan beliau dalam mewarnai arena dakwah negara. Tambahan pula beliau pernah dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah oleh kerajaan Malaysia pada tahun 2013. Dr. Zakir mempunyai pengalaman luas dan mempunyai kepakaran dalam dialog antara agama termasuk menjelaskan hujah-hujah penolakan terhadap golongan ateis, evolusi dan seumpamanya secara ilmiah dan berhikmah berdasarkan manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah. Beliau juga berkebolehan dalam membawakan hujah logik akal yang baik bagi menjawab persoalan yang diutarakan.
Selain itu, beliau banyak menjawab kempen Islamofobia, salah faham terhadap jihad dan keganasan (terrorisme) yang sering dikaitkan dengan Islam. Latar belakang beliau sebagai seorang doktor perubatan juga banyak membantu dalam menjawab persoalan berkaitan Islam dan sains seperti yang sering timbul dalam masyarakat moden pada hari ini. Justeru, segala pengetahuan dan pengalaman serta hujah ilmiah beliau wajar dan sesuai dikongsi bersama dengan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Beliau dengan bebasnya dibenarkan melaksanakan aktiviti ceramah beliau di India tanpa sebarang halangan daripada kerajaan India, malah tiada timbul ketegangan dan ketidakharmonian kepada masyarakat berbilang kaum.
Pihak kami turut menyeru pihak berkuasa khususnya polis agar tidak tergesa-gesa dalam menghalang ceramah beliau, malah sepatutnya diberikan alternatif lebih ringan seperti menukar tajuk kepada yang kurang sensitif, menukar lokasi agar sedikit tertutup seperti di premis persendirian.

Langkah ini lebih sihat bagi menghormati hak pihak penganjur dan rakyat jelata dalam kalangan Muslim khususnya yang ingin menimba ilmu daripada Dr. Zakir. Sebenarnya ceramah terbabit adalah buat umat Islam dan sekiranya penganut agama Hindu berasa tergugat, pihak polis boleh sahaja mencadangkan agar tajuk di UTEM sebagai contohnya ditukar agar tidak perlu berkait dengan agama Hindu. Kita tidak mahu kelak nanti akan menjadi trend iaitu setiap penceramah agama dari pelbagai agama yang dijemput memberi ceramah kepada penganutnya, tiba-tiba boleh wujud kumpulan daripada agama lain yang membantah dengan alasan remeh dan tuduhan tanpa pembuktian kukuh, lalu akhirnya disekat dengan alasan menjaga keharmonian awam.

Pihak Murshid ingin sekali lagi meminta pihak berkuasa mengkaji semula sebarang bentuk tindakan penyekatan mahupun penguatkuasaan, agar isu ini boleh dilihat sebagai saksama dan adil, apatah lagi berdasarkan semangat dan roh Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan yang mengangkat Islam sebagai Agama Persekutuan negara ini. Menghalang usaha dakwah yang murni ini seolah-olah tidak selari dengan kedudukan dan kedaulatan Islam sebagai agama rasmi. Pada hemat kami, tiada isu keselamatan mahupun faktor-faktor yang mampu menggugat keamanan, kestabilan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
Menjadi permintaan Murshid khasnya kepada kelompok tertentu dalam kalangan saudara senegara yang berlainan agama agar menghormati kedudukan kepentingan agama Islam dan penganutnya atas dasar keharmonian dan kebebasan beramal dengan agama masing-masing yang selama ini dihormati dan diraikan.

DR. ZAHARUDDIN ABDUL RAHMAN
Presiden Murshid 

sumber utusan online

Pertubuhan Multaqa Asatizah & Du’at (Murshid) atau Himpunan Para Ustaz & Pendakwah, menyokong aktiviti dan jelajah dakwah oleh Dr. Zakir Naik dan mengalu-alukan kedatangan beliau dalam mewarnai arena dakwah negara. Tambahan pula beliau pernah dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah oleh kerajaan Malaysia pada tahun 2013.
Dr. Zakir mempunyai pengalaman luas dan mempunyai kepakaran dalam dialog antara agama termasuk menjelaskan hujah-hujah penolakan terhadap golongan ateis, evolusi dan seumpamanya secara ilmiah dan berhikmah berdasarkan manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah. Beliau juga berkebolehan dalam membawakan hujah logik akal yang baik bagi menjawab persoalan yang diutarakan.
Selain itu, beliau banyak menjawab kempen Islamofobia, salah faham terhadap jihad dan keganasan (terrorisme) yang sering dikaitkan dengan Islam. Latar belakang beliau sebagai seorang doktor perubatan juga banyak membantu dalam menjawab persoalan berkaitan Islam dan sains seperti yang sering timbul dalam masyarakat moden pada hari ini.
Justeru, segala pengetahuan dan pengalaman serta hujah ilmiah beliau wajar dan sesuai dikongsi bersama dengan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Beliau dengan bebasnya dibenarkan melaksanakan aktiviti ceramah beliau di India tanpa sebarang halangan daripada kerajaan India, malah tiada timbul ketegangan dan ketidakharmonian kepada masyarakat berbilang kaum.
Pihak kami turut menyeru pihak berkuasa khususnya polis agar tidak tergesa-gesa dalam menghalang ceramah beliau, malah sepatutnya diberikan alternatif lebih ringan seperti menukar tajuk kepada yang kurang sensitif, menukar lokasi agar sedikit tertutup seperti di premis persendirian.
Langkah ini lebih sihat bagi menghormati hak pihak penganjur dan rakyat jelata dalam kalangan Muslim khususnya yang ingin menimba ilmu daripada Dr. Zakir.
Sebenarnya ceramah terbabit adalah buat umat Islam dan sekiranya penganut agama Hindu berasa tergugat, pihak polis boleh sahaja mencadangkan agar tajuk di UTEM sebagai contohnya ditukar agar tidak perlu berkait dengan agama Hindu.
Kita tidak mahu kelak nanti akan menjadi trend iaitu setiap penceramah agama dari pelbagai agama yang dijemput memberi ceramah kepada penganutnya, tiba-tiba boleh wujud kumpulan daripada agama lain yang membantah dengan alasan remeh dan tuduhan tanpa pembuktian kukuh, lalu akhirnya disekat dengan alasan menjaga keharmonian awam.
Pihak Murshid ingin sekali lagi meminta pihak berkuasa mengkaji semula sebarang bentuk tindakan penyekatan mahupun penguatkuasaan, agar isu ini boleh dilihat sebagai saksama dan adil, apatah lagi berdasarkan semangat dan roh Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan yang mengangkat Islam sebagai Agama Persekutuan negara ini.
Menghalang usaha dakwah yang murni ini seolah-olah tidak selari dengan kedudukan dan kedaulatan Islam sebagai agama rasmi. Pada hemat kami, tiada isu keselamatan mahupun faktor-faktor yang mampu menggugat keamanan, kestabilan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
Menjadi permintaan Murshid khasnya kepada kelompok tertentu dalam kalangan saudara senegara yang berlainan agama agar menghormati kedudukan kepentingan agama Islam dan penganutnya atas dasar keharmonian dan kebebasan beramal dengan agama masing-masing yang selama ini dihormati dan diraikan.
DR. ZAHARUDDIN 
ABDUL RAHMAN
Presiden Murshid
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/forum/mesej-dr-zakir-untuk-umat-sejagat-1.253866#sthash.bRYoGiD8.dpuf

No comments:

Post a Comment

PERTANDINGAN VIDEO PENDEK HIJRAH MERDEKA ONLINE SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1443H/2021M

 “Bersama Menjiwai Hijrah Dan Merdeka” Assalamualaikum wrt wbt, Sukacitanya dimaklumkan bahawa Pertandingan Video Pendek Sempena Majlis Samb...