KUALA LUMPUR – Polis mengarahkan pihak penganjur forum penceramah
antarabangsa, Dr Zakir Naik yang akan berlangsung di Universiti Teknikal
Malaysia Melaka (UTEM) pada 17 April ini, dibatalkan.
Arahan supaya membatalkan forum bertajuk Similarites Between Hinduism
& Islam (Persamaan antara Hinduism & Islam) dikeluarkan Ketua
Polis Negara, Tan Sri Khalid bagi memastikan ketenteraman awam di negara
ini terjaga.
Katanya, pihak polis berpendapat forum yang membincangkan dua agama
berbeza tidak akan mendatangkan apa-apa kebaikan kepada masyarakat
berbilang kaum dan agama di negara ini.
“Saya menasihatkan penganjur berkenaan supaya membatalkan segera
program itu daripada diadakan demi menjaga keharmonian dan ketenteraman
awam di negara kita.
“Kami berpandangan bahawa apabila penceramah-penceramah membincangkan
perkara melibatkan persamaan dua agama (persamaan antara Hinduism dan
Islam), mereka tidak akan lari daripada membincangkan keburukan mengenai
satu agama yang lain yang dilihat tidak sihat untuk negara kita. perlu
dibatalkan segera,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pemakaian
Pangkat Pegawai Kanan Polis di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman hari ini.
Khalid berkata, bagi memastikan arahan segera itu dipatuhi, penganjur
berkenaan akan dipanggil pagi ini untuk membatalkan forum itu seperti
yang disyor dan dinasihatkan polis.
“Forum sebegini perlu dihentikan, kita buat keputusan ini atas dasar
logik dan berpatutan, kalau tidak sesuai, kita perlu beritahu ia
mengancam ketenteraman awam.
“Saya harap penganjur ikut arahan, tidak berdegil,” katanya.
Sementara itu, penganjur forum akan mengadakan sidang akhbar pada jam
4 petang bagi memaklumkan perkembangan terkini bantahan itu.
Kedatangan Dr Zakir ke negara ini ini mendapat bantahan parti politik
dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kerana didakwa pernah menghina
agama lain.
Tokoh Maal Hijrah 2013 itu pernah dilarang masuk ke Singapura dan United Kingdom.
Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin bagaimanapun
mempertahankan Dr Zakir kerana beliau seorang pendakwah yang terkenal di
dunia dan kuliahnya telah meyakinkan beribu orang untuk memeluk Islam.
“Ribuan manusia menganut Islam kerana ceramahnya. Jutaan muslim mendapat manfaat dari penghujahannya,” kata Asri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PERTANDINGAN VIDEO PENDEK HIJRAH MERDEKA ONLINE SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1443H/2021M
“Bersama Menjiwai Hijrah Dan Merdeka” Assalamualaikum wrt wbt, Sukacitanya dimaklumkan bahawa Pertandingan Video Pendek Sempena Majlis Samb...
-
Keberanian Leftenan Adnan Saidi dan rakan yang bertempur bermati-matian adalah episod yang kekal dalam lipatan sejarah tanah air. “Biar...
-
PELAJAR generasi kini dilihat lebih moden, menjadikan cabaran yang perlu dihadapi mereka yang bergelar guru juga lebih ‘moden’, rumit dan...
-
PERLEMBAGAAN PENTADBIRAN ADAT LUAK JELEBU Alam Beraja Luak Berpenghulu Lingkungan Bertua Anak buah Berbuapak Orang Semenda Bertempat Semenda...
No comments:
Post a Comment