Thursday, April 14, 2016

Zakir Naik Berterima Kasih Kepada Hindraf

UALA LUMPUR – Pendakwah terkenal, Dr. Zakir Naik menyifatkan tentangan daripada sesetengah pihak memberikan publisiti percuma buatnya.

Zakir berkata, disebabkan penentangan itu membuatkan dua parti yang mempunyai pengikut terbesar agama Islam (Pas dan UMNO) turut membelanya, sekali gus ‘menyatukan’ parti itu.

“Saya berterima kasih kepada Hindraf kerana memberi publisiti percuma kepada saya. Sekarang semakin ramai yang datang mendengar syarahan saya.

“Saya gembira apabila tentangan itu membuka mata dua parti politik Islam di Malaysia iaitu UMNO dan Pas untuk bersatu,”katanya memetik laporan sebuah portal.

Beliau berkata, apabila musuh datang, nampak umat Islam semakin bersatu. Itu cabaran biasa sebagai pendakwah. Itu sifat manusia biasa apabila ada yang suka dan tidak suka.

Tambahnya, jika perkara itu dapat menyatukan umat Islam, beliau berharap agar Allah s.w.t memberkati usaha tersebut.

Menurutnya, beliau akur dengan permintaan pihak berkuasa ke atas perubahan tajuk syarahan umum yang bakal dianjurkan di Melaka

Zakir berkata, sebagai penceramah versatile, beliau perlu bersedia dengan sebarang perubahan termasuk menukar tajuk syarahan walaupun pada saat akhir.

“Dengan insiden ini, saya dapat rasakan jumlah kehadiran orang ramai ke syarahan umum saya di Melaka akan bertambah. Saya dapat rasakan penduduk Melaka semakin tidak sabar menantikan kehadiran saya,” katanya di pekarangan Sekolah Menengah Imtiaz Besut, Terengganu malam tadi.

Berucap di hadapan lebih 5,000 orang termasuk Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh, beliau turut memaklumkan kedatangannya ke Malaysia adalah kali keenam dalam tempoh 20 tahun dan pada setiap kalinya semakin bertambah.-SuaraTV

No comments:

Post a Comment

PERTANDINGAN VIDEO PENDEK HIJRAH MERDEKA ONLINE SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1443H/2021M

 “Bersama Menjiwai Hijrah Dan Merdeka” Assalamualaikum wrt wbt, Sukacitanya dimaklumkan bahawa Pertandingan Video Pendek Sempena Majlis Samb...