KOTA BHARU – Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dimasukkan ke
Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) hari ini akibat pendarahan di
kepala.
Setiausaha Akhbarnya, Mohd Asri Mat Daud, ketika memaklumkan perkara
itu berkata, Ahmad dijangka menjalani pembedahan kecil esok.
Katanya, keadaan Menteri Besar kini sedar sepenuhnya dan berada dalam
keadaan stabil selepas dibawa ke HUSM, kira-kira jam 11.30 pagi tadi.
“Pihak Pejabat Menteri Besar Kelantan mengucapkan jutaan terima kasih
kepada semua pihak yang prihatin dengan kesihatan Menteri Besar.
“Semua pihak diminta berdoa agar kesihatan Menteri Besar pulih
seperti sedia kala dan dapat kembali berkhidmat,” katanya. – BHarian

No comments:
Post a Comment