JELEBU – Komuniti adat di Luak Jelebu belum boleh menarik nafas lega 
meskipun nama Undang Luak Jelebu berkenaan yang baharu telah 
diisytiharkan pada Jumaat lalu.
Ini kerana Buapak Yang Empat Waris Dato’ Menteri tetap dengan 
pendirian bahawa Mat Tarmizi Selamat telah dipecat sebagai Pemegang 
Pesako yang bergelar Dato’ Menteri Sah Mangku Alam Raja Sehari sejak 28 
Mac lalu.
Antara fungsi dan tanggungjawab Dato’ Menteri adalah mengisytiharkan nama Undang Luak yang baharu.
Ismail Mohd. Zain yang mendakwa telah dipilih sebagai Dato’ Menteri 
yang baharu berkata, pemecatan itu adalah muafakat semua Ibu Soko, 
Buapak Yang Empat dan Anak Buah Waris Dato’ Menteri dalam kerapatan yang
 diadakan pada 24 dan 25 Mac lalu.
“Bermula daripada tarikh tersebut, Mat Tarmizi tidak dibenarkan sama 
sekali mengurus, mengendali serta mencampuri urusan adat istiadat di 
dalam Luak Jelebu.
“Semua tindakan yang dibuat oleh beliau yang berlaku di Balai Undang 
Luak Jelebu pada 8 April lalu adalah menyalahi amalan adat Luak Jelebu 
dan tidak diperakui sah oleh Kepala Adat luak ini,” katanya dalam sidang
 akhbar di Kuala Klawang dekat sini semalam.
Yang turut hadir, tiga Buapak Waris Menteri, Tok Lela Raja Mohd. Nor 
Yaakob, Tok Beremban Muhamad Azmi Abdul Aziz dan Tok Amar Pahlawan 
Abdul Rahman Adam.
Dalam majlis pengisytiharan Jumaat lalu, Mat Tarmizi telah 
mengumumkan nama Undang Luak yang ke-16, Muhamad Azafean Muhamad Fahmi,
 39.
Majlis itu turut dihadiri lima daripada lapan Ahli Tiang Balai Dato’ Lembaga adat Luak Jelebu.
Ismail enggan mendedahkan sebab pemecatan Mat Tarmizi dengan alasan 
tidak mahu mengaibkan beliau dan surat pelucutan jawatan itu telah 
diserahkan kepada Mat Tarmizi pada pukul 7 pagi 28 Mac lalu.
Beliau juga menafikan pemecatan itu dibuat kerana pihaknya mempunyai calon lain bagi jawatan Undang Luak Jelebu.
Ditanya mengenai tindakan selanjutnya, beliau berkata, pihaknya hanya
 mahu membuat pemakluman mengenai status jawatan adat Mat Tarmizi dan 
telah menghantar surat mengenainya kepada Dewan Keadilan dan Undang 
Negeri Sembilan. – Utusan
sumber utusan online 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PERTANDINGAN VIDEO PENDEK HIJRAH MERDEKA ONLINE SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1443H/2021M
“Bersama Menjiwai Hijrah Dan Merdeka” Assalamualaikum wrt wbt, Sukacitanya dimaklumkan bahawa Pertandingan Video Pendek Sempena Majlis Samb...
- 
PERLEMBAGAAN PENTADBIRAN ADAT LUAK JELEBU Alam Beraja Luak Berpenghulu Lingkungan Bertua Anak buah Berbuapak Orang Semenda Bertempat Semenda...
 - 
“Bersama Menjiwai Hijrah Dan Merdeka” Assalamualaikum wrt wbt, Sukacitanya dimaklumkan bahawa Pertandingan Video Pendek Sempena Majlis Samb...
 - 
PELAJAR generasi kini dilihat lebih moden, menjadikan cabaran yang perlu dihadapi mereka yang bergelar guru juga lebih ‘moden’, rumit dan...
 

No comments:
Post a Comment