KUALA TERENGGANU – Dr Zakir Naik yang ceramahnya di Melaka pada Ahad 
ini diarahkan batal oleh pihak berkuasa atas alasan keselamatan, 
melahirkan rasa kesal atas sikap sebilangan orang Islam yang begitu 
mudah melabel dan menuduh saudara seagama sebagai kafir.
“Saya sedih melihat keadaan seperti ini, sangat banyak berlaku dalam 
kalangan umat Islam. Ada orang Islam dengan mudah tuduh saudara seagama 
sebagai kafir hanya kerana berbeza pendapat atau tidak sehaluan,” 
katanya.
Menurut pendakwah yang berasal dari India itu, masalah besar bagi 
umat Islam ialah mereka cenderung untuk memperbesarkan perbezaan 
walaupun hanya melibatkan isu-isu yang kecil atau remeh.
“Perbezaan apabila diperbesarkan, akan membawa kepada perbalahan. 
Akhirnya berlaku perpecahan dalam masyarakat, dan inilah yang melemahkan
 kita, umat Islam,” katanya ketika menyampaikan syarahan bertajuk The 
Importance of Unity Among The Muslim Ummah di sini, kelmarin.
“Apa yang membuatkan saya berasa sedih dan risau adalah apabila 
melihat perpecahan dalam kalangan orang Islam semakin membimbangkan 
mutakhir ini,” katanya.
Beliau berkata, perbalahan yang berlaku bukan sahaja melemahkan 
kekuatan Islam tetapi secara tidak langsung turut memberi gambaran 
negatif mengenai Islam kepada penganut agama lain.
“Melihat apa yang berlaku, mereka percaya, itulah Islam sedangkan 
sikap-sikap yang negatif seperti itu bukanlah daripada ajaran Islam yang
 sebenar,” katanya.
Zakir berkata, perpaduan dalam kalangan umat Islam ketika ini bukan 
sahaja dilihat lemah, malah dalam keadaan berpecah belah dan mudah pula 
untuk tuduh menuduh antara satu sama lain, meskipun dalam perkara yang 
remeh-temeh.
Ceramah itu diadakan sempena Program Jelajah Terengganu di Stadium 
Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak dan turut 
dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman serta 
pemimpin-pemimpin negeri lain.
Sebagai jalan penyelesaian kata beliau, umat Islam yang berpegang 
teguh kepada ajaran agama yang sebenar, tidak akan sesekali 
memperlakukan orang lain terutamanya saudara seagama dengan gelaran yang
 tidak baik, apatah lagi dengan melabel seseorang itu sebagai kafir.
“Umat Islam ketika ini dilihat lemah kerana bukan sahaja sering 
mengkritik sesama sendiri, namun sanggup menggelar saudara seagama 
dengan gelaran yang tidak sewajarnya. Mereka amat mudah melakukannya.
“Sedangkan dalam Al-Quran telah menjelaskan bahawa kita dilarang 
menggelar saudara seagama yang lain sebagai kafir. Saya menyeru semua 
umat Islam untuk kembali bersatu padu dan bergerak di atas ajaran Islam 
yang sebenarnya,” katanya.
Lebih 30,000 orang menghadiri ceramah disampaikan tokoh perbandingan agama yang terkenal di seluruh dunia itu.
Selain program tersebut, Zakir menyampaikan syarahan bertajuk Islam 
The Solution For Humanity di Masjid Pusat Islam Sultan Mahmud, 
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) semalam dan hari ini di Sekolah 
Menengah Imtiaz Besut dengan ceramah bertajuk Does God Exist?
Syarahan terakhir beliau di negeri ini adalah di Padang Astaka, 
Kemaman dengan tajuk syarahan Muslim Choice-Dakwah or Destruction pada 
Khamis ini. – Sinar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PERTANDINGAN VIDEO PENDEK HIJRAH MERDEKA ONLINE SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1443H/2021M
“Bersama Menjiwai Hijrah Dan Merdeka” Assalamualaikum wrt wbt, Sukacitanya dimaklumkan bahawa Pertandingan Video Pendek Sempena Majlis Samb...
- 
PERLEMBAGAAN PENTADBIRAN ADAT LUAK JELEBU Alam Beraja Luak Berpenghulu Lingkungan Bertua Anak buah Berbuapak Orang Semenda Bertempat Semenda...
 - 
“Bersama Menjiwai Hijrah Dan Merdeka” Assalamualaikum wrt wbt, Sukacitanya dimaklumkan bahawa Pertandingan Video Pendek Sempena Majlis Samb...
 - 
PELAJAR generasi kini dilihat lebih moden, menjadikan cabaran yang perlu dihadapi mereka yang bergelar guru juga lebih ‘moden’, rumit dan...
 

No comments:
Post a Comment