JELEBU – Pengarah urusan sebuah syarikat swasta, Muhamad Azafean 
Muhamad Fahmi, 39, hari ini diisytiharkan sebagai Undang Luak Jelebu 
yang baharu.
Majlis pengisytiharan itu dibuat di Balai Undang Luak Jelebu di Kuala Klawang dekat sini sebentar tadi.
Pengisytiharan itu dibuat oleh Dato’ Menteri Sah Mangku Raja Sehari, 
Datuk Tarmizi Selamat pada majlis yang turut dihadiri tujuh daripada 
lapan Dato Lembaga adat Luak Jelebu.
Jawatan Undang Luak Jelebu kosong selepas kemangkatan penyandangnya, 
Datuk Mendika Menteri Akhirulzaman, Datuk Musa Wahab, 77, pada 11 
September 2014.
Dalam struktur pemerintahan beraja di Negeri Sembilan, institusi 
Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin mempunyai fungsi kuasa secara 
mutlak di luak masing-masing.
Undang Yang Empat adalah bertanggungjawab melantik Yang di-Pertuan 
Besar Negeri Sembilan bagi menaiki takhta menggantikan baginda Yang 
di-Pertuan Besar yang mangkat.
Fungsi berkenaan diperjelaskan dalam Undang-Undang Tubuh Negeri 
Sembilan iaitu Undang Yang Empat (Undang Luak Sungai Ujong, Undang Luak 
Jelebu, Undang Luak Johol dan Undang Luak Rembau serta Tunku Besar 
Tampin) adalah pemerintah (The Rulers) bagi Negeri Sembilan bersama Yang
 di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. – SuaraTV
sumber suara tv online 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PERTANDINGAN VIDEO PENDEK HIJRAH MERDEKA ONLINE SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1443H/2021M
“Bersama Menjiwai Hijrah Dan Merdeka” Assalamualaikum wrt wbt, Sukacitanya dimaklumkan bahawa Pertandingan Video Pendek Sempena Majlis Samb...
- 
PERLEMBAGAAN PENTADBIRAN ADAT LUAK JELEBU Alam Beraja Luak Berpenghulu Lingkungan Bertua Anak buah Berbuapak Orang Semenda Bertempat Semenda...
 - 
“Bersama Menjiwai Hijrah Dan Merdeka” Assalamualaikum wrt wbt, Sukacitanya dimaklumkan bahawa Pertandingan Video Pendek Sempena Majlis Samb...
 - 
PELAJAR generasi kini dilihat lebih moden, menjadikan cabaran yang perlu dihadapi mereka yang bergelar guru juga lebih ‘moden’, rumit dan...
 

No comments:
Post a Comment