KUALA NERUS — Kerajaan Negeri Terengganu tidak mengeluarkan
perbelanjaan besar untuk membawa tokoh pendakwah terkenal Dr Zakir Naik
ke negeri ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.
Beliau menjelaskan hanya penginapan dan makan tokoh ilmuan Islam itu
dibiayai kerajaan negeri manakala perbelanjaan lain dibiayai sendiri
oleh Dr Zakir menerusi Islamic Research Foundation.
“Kerajaan negeri hanya menyediakan (menanggung) penginapan dan makan
minum sepanjang beliau berada di sini,” katanya ketika dihubungi Bernama
malam tadi, ketika diminta mengulas dakwaan sesetengah pihak kononnya
kerajaan negeri mengeluarkan kos yang banyak bagi membawa Dr Zakir ke
negeri ini.
Ahmad Razif berkata Dr Zakir sememangnya pejuang agama yang wajar
dicontohi malah rakyat Terengganu bertuah kerana pendakwah terkenal itu
bersetuju hadir untuk menyampaikan ceramah.
Undangan kepada Dr Zakir, 50, dibuat pada tahun lepas apabila Ahmad
Razif bertemu tokoh ilmuan Islam itu di Korea Selatan semasa melakukan
lawatan kerja.
Terdahulu, dalam ceramah bertajuk ‘The Importance of Unity Among
Muslim Ummah’ (Pentingnya Perpaduan Dalam Kalangan Ummah Islam” selama
dua jam di Stadium Tertutup Gong Badak di sini, Dr Zakir menekankan akan
pentingnya bersatu dalam mengukuhkan Islam.
Katanya umat Islam perlu mengelak perbalahan sesama sendiri kerana ia hanya akan merosakkan perpaduan serta amat merugikan.
Sesi ceramah bermula pada 9.45 malam dan disusuli dengan sesi soal
jawab sebelum tamat kira-kira 1 pagi. Hampir 30,000 orang memenuhi
bahagian dalam dan luar stadium untuk mengikuti ceramah itu.
Dr Zakir yang pertama kali berkunjung ke Terengganu akan berada di
sini selama lima hari dan dijadual menyampaikan ceramah di pelbagai
tempat termasuk universiti.
Sebelum menceburi bidang dakwah, Dr Zakir yang pernah dipilih sebagai
penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah peringkat antarabangsa pada 2013,
terlatih sebagai doktor perubatan. — Bernama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PERTANDINGAN VIDEO PENDEK HIJRAH MERDEKA ONLINE SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1443H/2021M
“Bersama Menjiwai Hijrah Dan Merdeka” Assalamualaikum wrt wbt, Sukacitanya dimaklumkan bahawa Pertandingan Video Pendek Sempena Majlis Samb...
-
Keberanian Leftenan Adnan Saidi dan rakan yang bertempur bermati-matian adalah episod yang kekal dalam lipatan sejarah tanah air. “Biar...
-
PELAJAR generasi kini dilihat lebih moden, menjadikan cabaran yang perlu dihadapi mereka yang bergelar guru juga lebih ‘moden’, rumit dan...
-
PERLEMBAGAAN PENTADBIRAN ADAT LUAK JELEBU Alam Beraja Luak Berpenghulu Lingkungan Bertua Anak buah Berbuapak Orang Semenda Bertempat Semenda...
No comments:
Post a Comment